Chedet Si Pengkaji Bukan Si Pengaji |
PEMANIS 'UM - Maaf sahabat sekalian kerana 'UM lewat ambil keputusan untuk menjawab persoalan-persoalan (?) Tun Dr Mahathir (TDM). 'UM tak tau yang TDM ada jawab pertikaian orang mengenai isu hudud yang ditimbulkannya hari tu [klik : UM menjawab setiap persoalan TDMl]. Apapun terima kasih bebanyak dan 'UM akan cuba jawab lagi sekadar mampu, insyaAllah. Macam biasa jawab IKUT RENTAK soalan je.. ala cucuk angin beb . Tapi kali ini 'UM banyakkan sikit fakta kerana. rempit atas highway agama ni bahaya bro! Kawan tu tak pa lah sebab memang jelas tak berapa faham bab-bab ni .. Pernah dengar ke TDM mengajar ayat Quran selama ni ? YA atau TIDAK ... eh tak yah jawablah.. melawak je..
[i]
SOALAN TDM : Punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, fatwa, ajaran
ulama’-ulama’ dan guru-guru agama. Diantara punca-punca ini yang mana
satukah yang diutamakan? [Nak jawab YA atau TIDAK camne kalau soalan pun TDM dah tak reti tanya]
Jawab 'UM : Al Quran adalah wahyu. Percakapan dan akhlak Nabi SAW adalah wahyu. Dalam sudut sebagai sumber hukum, jangan dibezakan jika keduanya mutawatir. Ruj Al Tamhid Fi Ulum al Hadith – Dar al Furqan
[ii]
SOALAN TDM : Sekiranya terdapat perlanggaran atau percanggahan antara hadith,
fatwa, pendapat ulama’ dan guru-guru agama dengan apa yang terdapat
dalam Al-Quran, apakah kita harus tolak Al-Quran (terutama ayat-ayat
yang jelas) dan terima hadith, fatwa dan lain-lain?
Jawab 'UM : YA sekira adanya nas yang lebih sahih dan kuat. Begitu juga dengan fatwa, pendapat ulama', guru-guru agama jika ia bercanggahan dengan nas sahih. Dilarang menolak sesuatu dari hadis dan golongan tersebut tanpa landasan ilmu yang sah.
Contoh - Terdapat dua hadis Rasulullah yang bercanggah, yang pertama dari Abu Sa’id al-Khudri yang melarang penulisan hadis manakala yang kedua dari Abdullah bin ‘Amr yang membenarkan penulisan hadis. Akan tetapi setelah dikaji hadis lain dari Abu Hurairah, fahamlah kita bahawa yang sebenarnya dilarang oleh Rasulullah adalah menulis hadis di atas lembaran yang sama dengan al-Qur’an hingga mungkin menyebabkan percampuran.
[iii]
SOALAN [??] TDM : Ada pihak yang mendakwa bahawa Al-Bukhari telah mengkaji sebanyak 600,000 hadith tetapi menerima hanya 7000 sebagai sahih. << Tiada simbol soal maka tiada YA atau TIDAK.. hehe
Jawab [ulas] 'UM : Anti hadis (HAKIKAT : Anti Islam Kaafah) je kot nafi guna logikal ilmu hisab dan menolak adanya kehendak Rabb yang bisa mencarik adat. Atau TDM nak dakyah : Jumlah 600,000 ini jelas menunjukkan bahawa berlakunya penciptaan hadis-hadis palsu secara besar-besaran di zaman awal Islam .. [?]
Penjelasan - Hadis tidak dikira menurut jumlah sebutan yang berasal dari Rasulullah. Namun ianya menurut jumlah jalan periwayatannya. Jalan-jalan periwayatan hadis adalah sangat besar jumlah bilangan kerana orang yang meriwayatkannya dari generasi ke generasi adalah banyak dan ia bertambah secara gandaan. Maka matannya boleh saja berulang-ulang

[iv]
SOALAN TDM : Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih
pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain.
Jawab 'UM : YA secara amnya, namun menafi sesuatu hadis yang telah ditashihkan adalah tugas khusus mereka yang layak sahaja.
SOALAN tambahan TDM - Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?

Jawab 'UM - Kita ?? Mengajak nampak, hehe. TIDAK harus ditolak sewenangnya kajian ulama' yang belajar dengan memenuhi syarat sah dan rukun, apalagi jika semata kerana kajian si yang tak tau syarat dan rukun dalam menuntut ilmu.
[v]
SOALAN TDM : Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti
wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian
dibukukan sebagai Al-Quran.
Jawab 'UM : TIDAK secara umumnya, namun TDM fikirkan contoh mudah ni ORANG BUTA yang hafal Quran, cuba kaji ingatan mereka. Salafussoleh tu buta maksiat dalam celik mata.
Jawab 'UM : TIDAK secara umumnya, namun TDM fikirkan contoh mudah ni ORANG BUTA yang hafal Quran, cuba kaji ingatan mereka. Salafussoleh tu buta maksiat dalam celik mata.
[vi]
SOALAN TDM : Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi.
Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya?
Jawab 'UM : Tempoh 200 tahun tu jangan pula dijadikan alasan spekulatif, bahawa pergeseran politik ummat Islam penyebab lemahnya penulisan hadis. Kajilah sejarah penulisan hadis di zaman Khalifah 'Umar 'Abdul 'Aziz sekitar awal 100 Hijriah dan zaman sebelumnya.
YA berlaku semenjak daripada awal malah ia dalam bentuk pengamalan dalam kehidupan seharian. Teliti kembali Contoh dalam jawab soal kedua. Jadi jangan keliru kerana arahan baginda yang bersifat berketika.. Lihat juga Al Manhaj al Sahih Fi al Hukmi ‘Ala al Hadith al Nabawiy al Sharif – Dar al Basyir. Oppp .. lupa TDM tak reti Bahasa Arab.
Lihat saja hasil kajian yang jujur dalam Bahasa Inggeris -

[1] Nadia Abbott – Studies in Arabic Literary Papyry - jilid 1. (Chicago Univ. Press 1957).[2] Fu’ad Segzin – Geschichte des Arabischen Schrifttums - jilid pertama. (Leiden 1967).[3] Mustafa Azami – Studies in Early Hadis Literature – with A Critical Edition of some Early Text. (Indiana: American Trust Publication 1968).[4] Muhammad Hamidullah – Sahifah Hammam bin Munabbih. (England: Apex Books 1979).[5] Harald Motzki – The Musannaf of ‘Abd al-Razzaq al-San’ani as a Source of Authentic Ahadis in The First Century A.H. (Journal of Near Eastern Studies – edisi 50, 1991).
SOALAN tambahan TDM - Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang
diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada
Al-Bukhari ?
Jawab 'UM - YA , namun syarat sah tiap periwayat yang sah adalah kekal sama, walaupun diriwayat oleh berapa generasi pun sebelum al Imam al Bukhari
Jawab 'UM - YA , namun syarat sah tiap periwayat yang sah adalah kekal sama, walaupun diriwayat oleh berapa generasi pun sebelum al Imam al Bukhari
SELINGAN NAKAL - TDM & 'UM
(Di sini jangan mula cap saya sebagai anti-hadith. Saya pegang kuat kepada hadith asalkan ia tidak berbeza, bercanggah dan menafi ayat-ayat Al-Quran.
Wah TDM mampu menilai ke sesuatu hadis nabi tanpa belajar dari pewaris nabi? Kalau yer dah taraf wala' penuh diri sendiri .. tinggi tu. Saya sedar saya tak mungkin tahu bagaimana sembahyang jika saya pegang semata-mata kepada ayat-ayat dalam Al-Quran.
Dalam hadis jelas sebut 5 waktu. Dalam Quran SEOLAH sebut 3 waktu je. TDM solat sama Quran ke sama hadis ?
Menuduh seseorang itu anti-hadith seperti menuduh seseorang itu kafir adalah cara mereka yang tidak dapat pertahan kefahaman dan pendapat mereka
Yang menuduh tak tepat kafir jugak lah kan. Ugut yer ? Membiar dan meredhai kekafiran juga kafirkan ? 'UM takkan biar apalagi redha, hihi..).
[vii]
SOALAN TDM : Tuhan menjadikan manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia
diberi akal fikiran. Apakah agama Islam melarang manusia dari mengguna
akal dan berfikir?
Jawab UM : YA , memang manusia dilarang berfikir untuk pertikai hal yang bersifat thabitah. Setiap Muslim wajib menyelaras fitrah, hawas, aqal dan ad diin yang diberi sebagai petunjuk daripada Allah SWT.
PENUTUP TDM & UM
Saya menunggu jawapan daripada adik Hilal Asyraf supaya dapat saya betulkan diri saya.
Lakkk... saya ingat TDM tunggu jawaban saya. Perasan la pulak.. hahah. Apapun TDM jangan abaikan kata 'UM yang juga 'abang' TDM ni yer ... Jawaban Hilal : klik sini
TDM bucuk-bucuk cayang, 'UM mintak maaf yer sebab 'UM ni memang nakal daripada hari tu. Pengkaji hadis sejati orangnya pemaaf dan berlapang dada.
Sebagai penutup yang manis juga, ada cerita pasal Imam al Bukhari dalam kitab Hadyi as Sari, Muqaddimah Fathul Bari juz ke 2, Ibn Hajar al Asqalani [Tahqiq - Ibrahim Atwah]. 'UM catatkan dan dedikasi buat TDM secara ringkas sebab TDM tak reti Arab kan .. ?
Abdullah Ibnu Muhammad as Sarafi telah berkata mengenainya (al Imam) : Saya pernah berada bersama dengan Muhammad Ibnu Ismail di rumah beliau, salah seorang hamba daripada hamba-hamba beliau mendatangi beliau, sedang mahu masuk rumah .. si hamba tadi terlanggar bekas dakwat yang berada dihadapan beliau. SASPEN !
Beliau bertanya kepada hamba itu : Bagaimanakah kamu berjalan ? Si hamba menjawab : Bagaimana aku mahu berjalan jika laluannya tiada ? Kemudian beliau membentangkan kedua tangan beliau seraya berkata : Pergilah saya memerdekakan kamu. Beliau ditanya : Wahai Abdullah adakah ia menimbulkan kemarahanmu ? Beliau pun menjawab : Saya telah merelakan diri dengan apa yang telah saya lakukan.
Sekian - Wallaahu a'lam.
Oleh - 'UM as Shindi geng al Muhaddith Shah Waliyullah ad Dahlawi rhm.
Merangkap 'playerpark' Faculty Hadith - Jami'ah Ahlul Hadith, Sindh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan