بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم
Ulasan Tun Dr.Mahathir ketika diajukan soalan mengenai perlaksanaan HUDUD dalam Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 26 Februari 2012.
Transkrip ulasan Tun Dr. Mahathir (TDM) dalam menjawab persoalan pelaksanaan HUDUD dan ulasan aku (UM - penngulas/pen) terhadap jawapan beliau. Aku sekadar akan menjawab tidak melebihi waktu [BARIS AYAT] yang digunakan beliau sebagai tanda keadilan.
TDM : Hudud ini dibentuk oleh ahli-ahli Fekah, ia tidak terdapat dalam al Qur'an. Di dalam al Qur'an ada hukum-hukum yang tidak begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Fekah. Sebab itu apabila kita nak laksana sesuatu, kita harus rujuk Qur'an kerana itulah punca kepada asas kepada agama kita. [4 baris]
UM : Apabila tiada disebut secara khusus di dalam Al Qur'an dan As Sunnah, maka para fuqaha akan berijtihad dengan petunjuk yang umum. Apakah doktor yang berijtihad mengerat kaki pesakit diabates itu bersikap begitu keras terhadap pesakitnya apabila ianya tiada disebut dengan khusus dalam Al Qur'an? [4 baris juga]
TDM : Dan kalau kita baca Qur'an dalam bahasa yang kita faham - kalau kita baca dalam bahasa Arab mungkin kita tak faham walaupun bunyinya sedap tapi kita tak faham. Kalau dalam bahasa kita sendiri kita kaji -baca dalam Qur'an terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. [4 baris]
UM : Banyak sekali perkataan Arab telah dipinjam ke bahasa ibunda kita dan diguna pakai dalam Quran terjemahan ? Apakah benar kita telah memahami lafaz-lafaz tersebut ? Huraikan maksud adil dalam syara' ? Membaca terjemahan adalah tidak dapat disamakan dengan membaca tafsiran al Quran yang ditafsirkan oleh para mufassirin. [4 baris juga]
TDM : Dalam Islam yang terutama bukan hukuman itu, bukan pun saksi yang empat itu. Tetapi hukuman yang adil, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang agama. [2 baris]
UM : Benar, jika tiada empat saksi. Kita boleh guna takzir sebagaimana yang telah dibahaskan Undang-undang Jenayah Syariah . Dulu di Madinah juga berbilang agama. [2 baris juga]
TDM : Ada pendapat yang disuarakan oleh pihak yang taat melaksanakan hukum hudud di Malaysia, mereka kata bahawa hukum hudud ini akan dikenakan kepada orang Islam sahaja. Orang bukan Islam tidak akan dikenakan hukum hudud. Apa akan terjadi apabila seorang Islam dan seorang bukan Islam melakukan satu jenayah mencuri umpamanya. Apabila kita hukum mereka, yang Islam kita potong tangan, yang bukan Islam kita masuk dalam jel selama dua bulan. Kalau kita tanya pada diri kita : Apakah ini adil ? Adilkah orang Islam putus tangan, bukan Islam masuk jel 2 bulan lepas tu keluar bebas. Adil tak ? Kalau jawapannya tidak adil, dia bukan Islam. [7 baris]
UM : Usaha yang telah, sedang dan akan terus cuba ditegakkan adalah Undang-undang Jenayah Syariah; Hudud, Takzir, Qisas dan diyah. Sekali lagi, apakah makna adil dalam syara' ? Apakah tidak adil apabila kita tidak memaksa orang lain menganut Islam ? Apakah masih tidak adil pencuri yang menolak Islam dan Undang-Undang Jenayah Syariah akan dihumban ke neraka kelak dan orang Islam yang redha dengan tangannya dipotong akan diampunkan dosanya dan kemudian akan masuk syurga atas keredhaannya itu yang disusuli dengan taubat dan meneruskan hidup sebagaimana kehendak Islam ? Kalau jawabannya adil, maka laksanakanlah ia. [7 baris juga]
TDM : Dalam Islam hukuman mesti adil. Kalau kita dapati kes rogol umpamanya, sempena.. sebenarnya dalam surah an Nisa' tak ada hukuman yang di.. disebutkan dalam apa yang dipanggil sebagai hukum hudud. Apabila seorang wanita yang dirogol, dia kenal betul-betul siapa yang merogolnya. Tetapi ia tidak dapat mengadakan 4 orang saksi yang bebas daripada dosa yang besar untuk memberitahu kepada makhamah bahawa dia dirogol oleh si polan si polan. Oleh kerana dia tidak mempunyai empat orang saksi, apabila dia membuat tuduhan. Maka tuduhannya ini dianggap sebagai ciptaannya sendiri dan untuk ini dia akan dikena dengan dihukum sebat seratu.. err .. se..se.. 80 kali. Kemudian kalau dianya hamil dan melahirkan anak, maka dia akan dituduh telah berzina dan hukuman bagi orang berzina ... ini tak dak dalam Qur'an, tapi orang ahli Fekah kata : hukuman bagi orang berzina ini ialah rejam dengan batu sampai mati. Adilkah mangsa rogol dibunuh - perogol dilepas semata-mata tak ada 4 orang saksi ? [11 baris]
UM : Sekali lagi, apakah makna adil ? Ightisab termasuk dalam hudud kerana ia adalah sebahagian perlakuan zina, ia juga adalah termasuk dalam takzir. Namun apabila lengkap pembuktiannya, maka hukumannya terhadap perogol adalah bergantung kepada keadaan mangsa. Perogol mungkin ditakzir dengan gabungan had zina dan hirabah. Disusuli dengan qisas jika nyata ada kecederaan yang berpunca dari perlakuaan perogol dan bergantung pada keadaan mangsa. Tertuduh boleh dijatuhkan hukuman takzir jika bukti-bukti yang ada tidak dapat mensabitkan hukuman hudud. Takzir adalah terserah kepada hakim seperti yang ditetapkan dalam undang-undang yang berpandukan kepada methodologi syara' bukan timbangan akal semata. Mengandung suatu qarinah, pembuktian cara ini tidak diterima jumhur ulama. Maka di sini tiada rejam dan tiada ketidakadilan. Penjenayah tetap kena, tak terlepas ! Tak adil lagikah ini ? [10 baris sahaja]
TDM : Ini semua ditambah tokok kepada agama kita. Sebab itu kita sanggup membelakangkan ajaran Qur'an dan mengutamakan hukum yang amat berat ini, kerana kalau kita berpendapat hukuman tu berat maka kita pi (pen-nafi?), Islam tak benar. Dalam Qur'an sila baca Qur'an dalam bahasa kita boleh faham dan kita akan dapati beberapa kali disebut apabila kamu be.be.bubuk..(pen -berbolok weh, tak dapat tangkap. mungkin 'berhukum') dengan adil. Yang utama ialah adil bukan soal saksi, bukan soal hukum-hukuman yang berat tetapi keadilan, sebab itu mereka yang membuat cadangan ... terlalu banyak nak laksanakan hukum hudud, mereka itu sebenarnya bukan bercakap berkenaan hukum Islam tetapi ini adalah ciptaan mereka sendiri dan kita tak dapat terima. Terima kasih [9 baris]
UM : Ini semua tokok tambah mereka yang memang anti penafsiran Al Quran yang bercanggahan dengan nafsu. Anti hadis dan anti para fuqaha. Mereka sanggup membelakangkan al Quran dan segala sumber Islam yang tidak bertepatan dengan nafsu dan kedegilannya untuk menerima kalimah adil dalam syara' yang bererti meletakkan sesuatu pada tempat selayaknya. Adil bukan bererti beli songkok tinggi bagi anak lelaki maka dibeli juga songkok pada anak perempuan. Mereka ini bukan bercakap berkenaan keadilan Islam, tapi mengikut hawa nafsu berlandaskan akal yang tidak berpedoman dengan hanya berpandukan makna adil dalam bahasa Melayu yang membawa maksud samarata. Ini tidak boleh diterima kaum Muslimin. Terima kasih kerana membuktikan anda siapa. Wallahu a'lam [9 baris juga]
Ightisab : Rogol
Fuqaha : Ahli-ahli Fekah
ANGGAPLAH INI SURAT TERBUKA UM YANG PENUH 'KEBIADABAN' TERHADAP TDM . SEBARKANLAH JIKA IA MEMBAWA KEBAIKAN .... YANG BAIK DARIPADA ALLAH YANG BURUK DARIPADA DIRIKU SENDIRI.
[FYI : " Mahathir Pengotor " dipindahkan ke entry berasingan , update - 11.42pm, 3 Mac 2012 ]
1 ulasan:
Menjawab berapa soalan sahabat fb :
Apa maksud hirabah ?
Hirabah adalah pemberontakan. 1/7 hudud yg nyata dalam AQ
Apakah benar rejam tiada dalam AQ ?
Benar,namun ianya adalah sebahagian firman Allah yang dimansukh pada lafaz (tidak dibaca sbg al Quran)tapi tiada dimansukh pada pelaksanaan kerana sabit pada hadis2 shahih.Wallahu a'lam
Catat Ulasan