Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 24 Februari 2012

Si Manjakini Najib Adalah Imam Khalifah Agong 3 JUTA makmum !?

بســــــــــــم الله الـرحــمن الـرحـيم





Majlis Adat Istiadat serta Majlis Guru-Guru Pusaka Gayong Malaysia dengan perkenan Ummi Siti Fadzilah Anakanda Dato' Meor Abdul Rahman dan Dato' Raja Abdul Majid Yang Dipertua PSSPGM bermuafakat bagi menyandangkan Dato' Najib ; PM Malaysia sebagai Imam Khalifah Agong PSSPGM yang baru di Program Himpunan Raksasa Perpaduan Gayong pada 25 Feb 2012 (esok) di Gurun, Kedah. Jawatan tersebut juga membawa gelaran Sri Tri Buana Gangga Si Manjakini Chula Sakti.

Aku tidak mahu berbicara mengenai status Imam Khalifah Agong PSSPGM Datuk Sri Anwar Ibrahim dan mengenai sandangnya yang tidak diketahui apa ceritanya, samaada masih kekal atau terbatal dengan perlantik Imam Khalifah Agong yang baru esok. Apapun nasihat DSAI di atas tu boleh dijadikan nasihat, beliau pun Imam Khalifah Agong juga. Malah dengar ceritanya ada ahli PSSGPM cakap anugerah beliau tu dari amanah Dato' Meor Rahman sendiri - yer ker ? Cam tak caya jer ..

Apa yang mahu aku sampaikan adalah mengenai PSSPGM, sewajarnya PSSPGM perlu lebih bersedia untuk terpaksa berdepan dengan kenyataan bahawa mungkin mereka akan dipolitikkan pada esok hari sebagaimana yang pernah berlaku dalam majlis yang seumpamanya sebelum ini. Lainlah kalau mereka memang nak berpolitik, jadi abaikanlah nasihat ini. 

------------------------------------------------------------------------------------------

Nilaikan sendiri, aku nak ulas sikit-sikit je  :


Tanggal 3 April 2009 satu sejarah baru tercatat lagi dalam negara kita. YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak secara rasminya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam, menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.


“ Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”.

ULASANKU : Laungan yang hebat .. Apa dah jadi ramai yang takkan lupa pelbagai isu kepincangan, sesuai dinamakan  semangat gagasan '1Kroni' dan slogan 'Rosmah Didahulukan, Cincin Berlian Diutamakan'. OPp, lupa menabung dari kecillah.!!

Sedikit Rentetan Najib Dan PSSGM

PERHIMPUNAN PIMPINAN TERTINGGI PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA BERSAMA PEMIMPINAN TERTINGGI NEGARA

YBhg. Datuk Adiwijaya Haji Abdullah telah memaklumkan bahawa Pejabat YAB Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah memaklumkan bahawa YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak bersetuju untuk bertemu dengan pimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di majlis khas yang dianjurkan bersempena dengan penyampaian sijil kepada peserta Kursus Gurulatih Kanan dan Pemantapan Wasit/Juri Kebangsaan. yang akan diadakan pada 28 Februari 2010 di Hotel De Palma Ampang. Majlis ini akan diadakan pada jam 8.45 malam.

Seramai 300 orang akan menghadiri majlis ini yang terdiri dari 100 orang peserta kursus, pemimpin negeri dan kebangsaan Pertubuhan. Berita yang dibawa oleh Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 6 Februari 2010 telah membawa rasa terharu dalam kalangan ahli-ahli yang hadir, dan dipercayai akan turut dirasai juga oleh semua ahli Pertubuhan seramai 45,000 orang di seluruh negara. YAB Dato’ Sri Mohd Najib dan Allayahyarham Tun Haji Abdul Razak merupakan di antara pemimpin negara yang pernah ditabalkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sebagai pemegang sandang adat Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

ULASANKU : Bagusnya PM kita ni, dalam kesibukan sebagai PM baru tak sampai setahun, sanggup bertemu dengan sebuah pertubuhan ... aiii ada niat tak baik ke? Eh, bersangka buruk la pulak aku ni.. maaf la yer.  U help me I help U


PERDANA MENTERI MELULUSKAN PEMBINAAN WISMA DAN PENUBUHAN AKADEMI PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

Pertemuan pimpinan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dengan YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 2010 di De Palma Hotel Ampang menjadi amat bermakna apabila diumumkan bahawa pembinaan Wisma Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dipersetujui. YAB Dato’ Seri meminta supaya usaha mencari sebidang tanah yang bersesuaian sama ada di Selangor mahupun di Negeri Sembilan hendaklah dimulakan sebagai langkah awal ke arah ini. Sebagai sebuah pertubuhan silat yang telah wujud kian lama, seharusnya kini mempunyai sebuah bangunan sebagai mercu tanda kepada dunia persilatan negara.

Kemeriahan penyampaian sijil kepada peserta Kursus Gurulatih Kanan dan Pemantapan Wasit pada malam itu dipuncakkan lagi dengan cadangan oleh YAB Dato’ Seri supaya sebuah Akademi Silat Seni Gayong Malaysia ditubuhkan. Penubuhan sebuah akademi akan membuka laluan yang lebih bersifat jangka panjang katanya dalam usaha untuk memartabatkan Silat Seni Gayong Malaysia dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa.

ULASANKU : Wahh mudahnya, memang hebatlah dapat wisma sendiri, kan aku dah cakap jangan sangka buruk dengan PM kita, dalam masa yang singkat beliau meluluskan pembinaan sebuah wisma untuk PSSGM. Sayang sungguh pada PM kita .. U help Me, I help U..Apa yang duk help-help ni..? Jom baca la dulu berita hairan di bawah, tengok apa yang patut, janganlah malas sangat membacanya..dunia ting tong sudah bermula

Najib dinobat sandang tertinggi
Oleh Nadia Hamid
nnadia@bharian.com.my
2010/09/19

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dianugerahkan sandang tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), yang membawa gelaran ‘Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi’ pada 2 Oktober depan. Sandang yang dianugerahkan sempena Majlis Gayong Perdana 2010 itu turut menjadikan Najib sebagai ‘Imam Khalifah Agung PSSGM’, sekali gus ketua kepada kira-kira tiga juta ahli pertubuhan berkenaan di seluruh negara.

Dijangka 5,000 ahli pertubuhan akan menghadiri majlis yang bakal diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya itu dengan penyertaan beberapa negara lain seperti Syria, Singapura dan Britain.

Yang Dipertuanya, Datuk Adiwijaya Abdullah, berkata pemilihan itu dibuat berdasarkan penilaian pertubuhan terhadap idea Gagasan 1Malaysia yang dibawakan pemimpin negara itu.

"Gagasan yang diperkenalkan Najib menarik minat pertubuhan dengan memperjuangkan nasib rakyat seperti pertubuhan ini, sejajar slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Kita tidak berniat untuk mencampuri urusan politik, namun pertubuhan sentiasa menyokong apa juga program yang membawa kebaikan kepada orang Melayu. Malah, gagasan itu sendiri lebih mengutamakan pencapaian dan bakti kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Gayong Perdana, di sini, semalam.

Hadir sama, 35 wakil pertubuhan dari seluruh negara.

Selain Najib, dua pemimpin tertinggi turut menerima anugerah sama pada 1 Oktober bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini iaitu Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zin dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib dan Exco Negeri Perak, Datuk Zainol Padzi Paharudin pula dianugerahkan sandang tertinggi, ‘Mahkota Seri Cahaya Pelangi’.

Adiwijaya turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pertubuhan itu mengamalkan isu perkauman sebaliknya mengakui pertubuhan itu ‘terbuka’ kepada semua individu yang berminat dan mampu mengucap kalimah syahadah.

“Jangan jadikan isu pertubuhan yang membela nasib orang Melayu untuk membangkitkan sentimen perkauman kerana ia adalah matlamat asas yang dibangunkan oleh pengasasnya.

"Malah, sandang tertinggi ini hanya diberikan kepada individu yang berjiwa pahlawan selain membela nasib orang Melayu seperti penganugerahan kepada ayahanda Najib, iaitu Tun Abdul Razak Hussein ketika beliau menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Najibdinobatsandangtertinggi/Article/print_html


ULASANKU : Apa kata web rasmi PSSGM, korang baca bawah ni je lah ...

PERDANA GAYONG MALAYSIA : Perdana Menteri Malaysia menerima Sandang Imam Khalifah Agung Silat Seni Gayong Malaysia

Perdana Gayong Malaysia akan menghimpunkan seramai 3,000 orang pesilat Gayong Malaysia di Padang MPAJ, Ampang, Selangor. Perhimpunan ini akan diadakan pada 2 Oktober 2010 jam 1500. Di majlis ini YAB Dato’ Sri Mohd Najib b Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia akan di sandangkan dengan Sandang Seri Mahkota Agung Bintang Pelangi yang membawa gelaran jawatan Imam Khalifah Agung Silat Seni Gayong Malaysia.

Pesilat-pesilat yang berhimpun pada hari tersebut akan mewakili 50,000 orang ahli Pertubuhan di seluruh negara akan melafazkan ikrar taat setia kepada YAB Perdana Menteri. Majlis akan diserikan dengan persembahan silat oleh pesilat Silat Seni Gayong Malaysia dan juga 70 orang dari anggota angkatan tentera. Pasukan kebudayaan DBKL akan turut melengkapkan pelaksanaan majlis. Menjelang kepada acara kemuncak ini, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia menganjurkan kejohanan silatnya peringkat kebangsaan pada 29 Sept – 1 Okt 2010 di Kompleks Sukan PULAPOL, dan Majlis Penyampaian Sandang di Dewan Pengaman, PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur


BABAK PENTING : Politik Najib Dalam PSSGM.

"Kita tidak boleh berjaya sebagai sebuah bangsa atau semangat sahaja...kita tidak boleh jadi bangsa yang mulia atas laungan sahaja.

"Sebab itu kita perlu jadi anak-anak Melayu dalam silat gayong yang cemerlang dalam abad ke-21. Kita jangan jadi pengamal (seni silat) yang tidak tahu hala tuju dan landasan.

"Kita mesti pengamal silat yang berjaya dalam abad ke-21, kata Najib.
Najib juga berkata, senjata yang paling tajam bukanlah senjata keris sebaliknya kuasa politik.

"Selagi ada kuasa, InsyaAllah ada esok untuk kita. Jadi rapatkanlah barisan kita. Kita tidak mahu sesiapa memperkotak katik serta memperlekehkan kita...hanya kekuatan hakiki yang dapat menentukan kelangsungan negara kita," katanya.


Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga Penaung Agong PSSGM Kebangsaan.

Petikan : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pesilatgayongbarisanketigapertahanannegara_Najib/Article

ULASANKU : Laungan Najib memang berbisa penuh madah berhelah, perjuangan PSSGM dan PSSPGM mestilah berteraskan agama sebagaimana dalam hakikat gayong yang sebenar, kekuatan Hakiki itu datangnya daripada Allah dan bukannya daripada politik kotor Najib. Kenali sama kekuatan majazi dan maknawi. Maklumkanlah pada Najib duduk elok dan kenalilah agama Allah dalam erti kata sebenar, maka insyaAllah akan kenal dia kekuatan hakiki itu. Suruh bini pakai tudung dah la dulu kalau solat dah terjaga dan jangan terus menjadi lelaki dayus. Jangan malukan para pendekar Islam yang berjuang di jalan sabilillah kerana anda kini adalah Imam yang akan jadi tauladan kepada 3 Juta ahli (?). Apapun hati ini amat meyakini tidak semua pimpinan sepakat bersetuju melantik Najib.

Bukti Pemimpin UMNO Memperalatkan Pesilat Untuk Kepentingan Politik Mereka.

Batalkan Jika Tidak Mahu 'Perang' - Omardin PSSLM

Zambry Penyamun Pangkor Mengaitkan Nama PSSGM Untuk Tujuan Politik
Setelah Ditabalkan Imam Khalifah Negeri


Aku sudahi entry yang panjang ini dengan serangkap pengenalan  :
Dari Seberang aku berenang setelah melangkaui Gurun, mendaki aku Bukit Besar dan membesar aku dalam jalan ke Siam. Namun Tanah Jawi Bumi Bertuah Yang KU Cintai, PM adil PM disembah - PM Zalim PM diSanggah.

Ingatlah firman Allah berkenaan kata seorang RasulNya :
Tujuan aku hanya mahu memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. KepadaNya jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.(Hud: 88)

Wallahu a'lam

By 'UM 



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...