Sedang aku meronda di fb group, aku menemui satu link iaitu Suara Lensa: Pencaca DSAI Solat Sampai Lutut Longlai tapi lupa ambil wudhuk !!! yang dipostkan ke group tersebut oleh facebooker @ pencacai UMNO.
Aku yang kehairanan tertanya pada diri apa dosa pencacai (??!) DSAI yang lupa berwudhu' sehingga perlu diisukan si pencacai UMNO ??! Apakah mereka ini layak mempertikaikan keampunan Allah pada mereka yang lupa ?? Atau mereka ini nak mengupas hukum berkaitannya .. arghh menyemak je memikirkannya, maka aku buka link tersebut dan rupanya link tersebut lebih kepada mengulas link Kapal Israel:Menjawab Kebodohan Pak Pandir Jingga13 yang menjawab berkenaan isu kapal-kapal dagang yang didakwa Jingga13 sebagai milik Israel. Secara ringkasnya, penulisan tersebut menghukum Jingga13 adalah tidak benar dan bersikap bodoh kerana tidak menyiasat terlebih dahulu ...
Secara jujurnya, aku sebelum ini sudah banyak kali lihat perdebatan dan perbahasan alam maya berkenaan hubungan dagang ini. Tapi aku tak mbik port sangat sebab bukan bidang aku nak kupas bab ni, biarkan kawan-kawan seperjuangan lain je lah .. lagipun mereka lebih berpegetahuan.
Aku lebih berminat untuk bersama-sama para ulamak untuk memastikan persoalan politik tidak boleh tidak mesti dihuraikan juga menurut perspektif Islam, begitu juga dengan isu hubungan dagang ini - lihat jawabanku berkenaan hukum berdagang dengan Zionis Israel : Isu Jual Beli Minyak Malaysia Israel : Larangan Berdagang Dengan Yahudi Zionis Laknatullah ..
Namun dengan kehendak Allah aku bertemu pula sesuatu yang menarik di youtube, oleh kerana ini adalah limpahan kasih sayang Allah dengan memberi maklumat berkaitan hal yang dibahaskan dalam link-link di atas, maka aku rasa perlu membantu menjawabnya kembali sebagai menyatakan kesyukuran aku kepada Allah. Jawaban yang mudah - hal ini pernah diakui sendiri oleh menteri pengangkutan melalui media
Sesungguhnya aku adalah hamba Allah yang amat benci Zionis Israel laknatullah .. Aku juga amat membenci APCO laknatullah yang dijemput untuk mencampuri urusan tanahair ku ini ..
Sudah jelas dan terbukti belum ? Tunggu apa lagi .. tinggalkanlah perjuangan yang membantu ekonomi Yahudi Zionis Israel laknatullah ini ... jangan duk undi mereka yang menyokong dan membantu kezaliman.
'UM
Baca juga entry aku sebelum ini : http://ustazthrash4u.blogspot.com/2011/11/kes-jemput-peninju-israel-jom-belasah.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan