Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 22 Februari 2012

Isu Malaysia Berdagang Dengan Yahudi Zionis Laknatullah - Menurut Perspektif Islam

Soalan :
Datangkan satu dalil bahawa haram berdagang dengan Yahudi. Apakah ianya haram ?!!!
-Pencacai UMNO-

---------------
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani~
Assalamualaikum saudaraku pencacai-pencacai UMNO sekalian,

Berat soalan kamu ini ..  Apapun, insyaAllah saya hanya akan menjawabnya sekadar yang termampu dan kemudian rujuklah kepada yang lebih pakar. Jika bersikap ambil mudah dan tak mau pening maka pastinya mahu saja nafsu saya jawab kesemuanya adalah haram..

Pada asalnya seorang muslim boleh saja berjual beli dengan non muslim pada apa yang diperlukan daripada apa yang dihalalkan oleh Allah. Nabi sendiri juga kadang membeli sesuatu keperluan daripada orang Yahudi. Ini disepakati ulamak akan kesahihan adanya jual beli Rasulullah dengan Yahudi.

Maka dalam isu minyak ini aku menjangkakan adanya beberapa cara ilmiah (?) yang akan dipertahankan UMNO / BN, antaranya :

1) Mungkin alasan pimpinan BN kelak adalah : Bayangkan apabila sebarang perusahaan-perusahan berkaitan dengan kerjasama Israel - Malaysia pada hari ini dihentikan, maka negara akan jadi porak peranda. Kita tidak boleh menafikan bahawa kita memerlukan pelaburan negara asing termasuk Israel kerana ia membantu ekonomi negara dan menyediakan ruang pekerjaan yang amat diperlukan oleh rakyat. Oleh itu saya tidak memandang ia suatu kesalahan jika adanya desakan kerana ia adalah keperluan.

2) Mungkin alasan ulamak BN kelak adalah : Kaedah-kaedah fiqh menyebut : hal-hal yang dianggap perlu itu sama dengan darurat - darurat itu membolehkan hal yang terlarang. Inilah perkara yang akan mereka sentuh selain dari apa yang telah menjadi ijma' dalam hal berjual beli dengan Yahudi Zionis.

Jadi jawabanku tanpa meninggalkan kesinambungan kepada ijma' ulama' di atas. Sedang Zionis Israel pada saat ini adalah mereka yang telah membunuh ribuan nyawa saudara kita yang seagama dan juga saudara dalam kemanusiaan. Bahkan jelas keuntungan daripada hasil jual beli tersebut akan dimanfaatkan oleh gerombolan Zionis Israel si penceroboh bumi Anbiya' yang sedang memerangi umat Islam di Palestin, maka hukumnya berubah menjadi haram di atas beberapa kaedah fiqh :

1- Kemudaratan harus dihilangkan الضرار يزال
2- Mencegah kerosakan itu didahulukan daripada membuat kebaikan دار المفاشد مقدم على جلب المصالح

Hasil itu jadi haram jika ianya diperolehi dengan melakukan perkhidmatan atau penjualan barang yang haram wpun asalnya halal. Begitulah jua dengan menjual sesuatu yg menjadi keperluan untuk Israel membina kekuatan

Ini kerana mengikut kaedah fiqh :
الحكم بالوصيلة حكم بالمقاصد
Hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud

Kaedah di atas ini lahir dari kaedah fiqh :
ما حرم استعماله حرم اتخاذه
Yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya
[Muhamamd al-Zarqa’, Syarah Qawaid / 389]


Tanpa mengira apa isme asalkan memerangi Islam walaupun isme itu datangnya daripada orang yang mengaku beragama Islam sekalipun. Jika dengan usaha ini boleh menolak kemudaratan maka perlu dihentikan jual beli tersebut jika ternyata ianya lebih banyak manfaatnya untuk kemaslahatan ummat Islam. Maka di sinilah perlunya difahami kaedah saddul zara'ie (menutup pintu-pintu kerosakan)

Sabda Rasulullah SAW :
Tolonglah saudaramu yang zalim atau yang dizalimi (teraniaya). Para shahabat bertanya: “Wahai Rasulullah. Kami jelas akan menolong yang dizalimi, lalu bagaimana kami menolong saudara kami yang zalim?” Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Yakni kamu tahan tangannya agar tidak berbuat zalim.”
(Shahih - HR Imam Al Bukhari)

Sudah jelas sekali wahai saudaraku pencacai, jika dilihat kepada mafsadat (keburukan) Yahudi Zionis pada ummat Islam buat masa sekarang ditimbang dengan mafsadat jika ekonomi negara lumpuh, maka peringkat daruratnya-lah yang akan dijadikan timbangan (mengikut kaedah fiqh muwazanat). Namun, jika lebih banyak kemafsadatannya bagi ummat, maka meninggalkannya tidaklah lebih daripada sunat. Apakah dengan menghentikan perniagaan dengan Israel tu lebih mafsadat kepada ekonomi berbanding dengan kematian-kematian akibat pembunuhan kejam puak Yahudi Zionis ?

InsyaAllah kita juga mampu mencapai kebaikan dalam hidup ini walaupun dengan tidak berkerjasama dalam dagangan dengan Israel .. Jangan takut menolak kebatilan. Bukankah itu janji Allah bahawa rezeki itu akan dipermudahkan asalkan ada usaha.

Firman Allah :

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ ذَلُولا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. [Al Mulk : 15]


Rezeki Allah ada di mana-mana saja, carilah ia dan pasti didapati. Setiap usaha itu ada ujiannya sebelum berjaya. Justeru itu saya nasihatkan pimpinan negara kita supaya bersikap berpada dengan yang sedikit asalkan diredhai Allah dan juga sebagai tanda hamba yang mensyukuri nikmatNya. Sesungguhnya bermula dengan sikap ini, maka Allah akan menambahkan lagi rezeki kepada kita dan membina / membangunkan negara ini dengan lebih berkat serta sempurna.

Firman Allah yang bermaksud : “Jika engkau bersyukur atas nikmat-Ku, nescaya akan Aku tambah. Dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”
[Ibrahim : 7]
Daripada Abi Sahid daripada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, baginda telah bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid. [HR Al Imam At Tarmizi]Dalam suatu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda : Ahli perniagaan Muslim yang amanah dan jujur di hari akhirat akan berkumpul di dalam syurga bersama para syuhada (orang mati syahid). [HR Hakim dan Ibnu Majah]

Di ingatkan juga kepada mana peniaga atau korprat yang berusaha nak bangunkan ekonomi mereka dengan berhubung dagang dengan Israel ini dengan sebuah hadis.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya ahli perniagaan di akhirat nanti akan dibangkitkan sama seperti pelacur dan penipu. Kecuali ahli perniagaan yang bertakwa kepada Allah, menepati janji dan jujur. [HR Ibnu Majah dan Ibnu Hibban]
Maka sayugialah peniaga Muslim tidak hanya memikirkan keuntungan semata tanpa memikirkan akibatnya kepada orang lain. Sesungguhnya darjat para peniaga Muslim yang beretika dalam perniagaannya di dalam Islam adalah sangat mulia. Fikir-fikirkanlah mengapa darjat peniaga di angkat sehingga ke tahap itu ... tidak lain tidak bukan secara umumnya adalah kerana peniaga yang baik akan dapat membantu ummah dan peniaga peniaga yang keji akan menghancurkan ummah.


Sekadar mampu, moga Allah memberkati kita sekalian dengan kefahaman yang benar. Tinggalkan perjuangan kalian bersama pimpinan UMNO / BN yang menyebabkan Zionis lebih berkemampuan untuk membunuh saudara seagama kita di Palestin. Menyokong kerajaan UMNO/BN-APCO yang sedia ada ini bererti membenarkan wujudnya kekuatan pada Yahudi Zionis Laknatullah yang haram untuk terus menindas saudara kita di Palestin. Lihat Kewajiban Mengundi Dan Larangan Memilih Pemimpin Yang Zalim..  .. Wallahu a'lam


'UM
Disunting daripada soal jawab bersama pencacai UMNO - February 16 at 12:05am

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...