Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sabtu, 24 Mac 2012

Siri Keempat : Benarkah Tok Guru NIk Aziz Hina Nabi - Menjawab Tuduhan Kazim ..


Mungkin ada di kalangan kalian tidak suka jawaban daripada mereka yang kelihatan menyebelahi pembangkang. Sekarang dengarlah jawaban daripada Ulamak Muda UMNO dengan teliti sebelum membaca jawaban dan bidasan aku pula nanti. Apakah korang pun jadi mula tak suka padanya bila dengar kata-katanya ? Janganlah dan harapnya memang korang setuju apa dikatanya.. Yang benar tetap benar. Semoga Allah memberi petunjuk kepadanya. Apapun dalam hal ini aku akui dia benar dan bahkan dalam banyak hal lain dia juga benar.

[4]

Tuan Guru Nik Aziz : Kerana Nabi Muhammad 'waktu dia beranak' tu serupa Muhammad-Muhammad lain. Po kampung kita ada Muhammad, situ ada Muhammad. Ada Mad ; -ore Melayu Kelate panggil Mad-, Mad anak kita, Mad budak kampung kita dengan Mad bin Abdullah di tanah Arab tu, 'waktu dia beranak' tu serupa jaa.

Soalan : Nabi Muhammad waktu kecil = Mamat budak kampung ??
Jawaban : 'Waktu dia beranak' (waktu dilahirkan) TGNA ulang sebanyak 3x dalam rakaman yang mu sunting tu. Camne lah mu kait masa kecil sedang dah diberitahu waktu dia beranak berulang kali? Sebelum beranak, waktu beranak dan setelah beranak adalah suatu masa yang berbeza. PPSMI punya pasal kot sampai hilang kefahaman pada bahasa ibunda sendiri..hehe.

Secara etimologi dan ethnologinya,
budak dalam dalam loghat kelate tidak hanya merujuk pada kanak-kanak sepertimana dalam loghat lain, budak dalam loghat Kelate juga adalah merujuk kepada bayi. Remaja dalam loghat kelate disebut anok mudo atau veron [diguna di daerah yang bersempadan negara jirannya]. Mungkinkah soalan mu yang tak faham telah mempengaruhi Ust Kazim yang tak berapa cergas (lembab) untuk terjebak sekali dalam kubang taik fitnah ? 

Apapun aku yakin korang bersetuju lafaz dia beranak yang diguna TGNA dalam kuliah beliau merujuk nabi dilahirkan bukan nabi beranak [kerana nabi bukan perempuan]. Kenapa tidak pula cuba faham bahawa budak dalam masa waktu dia beranak itu adalah bayi ?  

Takpa, sebagai berterima kasih pada korang yang tak fitnah TGNA sebagai berkata nabi tu pompuan, walau tak dilupai juga kerana korang memang suka cari publisiti murahan ; dengan cara menghina dan mencaci serta memfitnah ulamak dalam banyak hal. Maka dengan rela aku katakan pengaruh istilah budok dari negeri bersebelahan juga tak leh dinafi kerana bagi orang Ganung budok merujuk kepada pelbagai peringkat usia, malah yang dewasa tak berakal penuh pun di panggil budak. Dan persoalan di atas aku jawab dengan jujur dan tidak mahu membelit kalian dengan permainan etimologi dan ethnologi semata ! Sebelum tu tengok dulu apa intipati Ust Kazim ..

Inti pertikaian Ust Kazim :
Marah sungguh ... orang yang kata nabi .. budak .. bla bla. Sedang nabi lahir bla ... bla... surah ad Dhuha .. Bodoh.. pergi belajar balik.. taksub. membabi buta..marilah bersatu bla bla ..  dan bla bla dan nabi lahir sujud dan mengadap kiblat bla bla  ... jentik telinga dan kalau ada yang kata nabi sama dengan budak-budak tampar dia, pertahan nabi tu wajib ...
Jawaban bidasan 'UM : Nak taip transkrip ucapan kamu pun rasa meluat.
Tidak dinafikan memang banyak sekali cerita-cerita yang dikhabarkan mengenai peristiwa keajaiban yang berlaku sekitar kelahiran nabi, akan tetapi sukar untuk memastikan kesahihannya.. apapun hal ini kita akan bicarakannya pada siri selanjutnya nanti, insyaAllah

Secara umum, didalam al-Quran, Allah swt sendiri memberitahu Nabi  SAW bahawa katakan kepada mereka yang bertanya, bahawa engkau adalah manusia biasa. Firman Allah swt bermaksud:-

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya” [surah al-Kahfi : 110]

Menurut Imam al-Qurthubi, surah ini mengambarkan Allah memberitahu Muhammad saw  bahawa beliau adalah manusia biasa dengan tujuan merendahkan ego-ego manusia agar tidak merasa diri mereka tinggi sangat, sedangkan Nabi Muhammad sendiri adalah manusia biasa.

Ayat ini juga boleh memberi motivasi kepada manusia untuk beramal. Jika Muhammad saw  boleh melakukan amalan-amalan baik, maka kita pun boleh melakukannya.

Ayat ini juga boleh digunakan untuk melarang manusia yang berlebih-lebih sikapnya terhadap Nabi saw sebagaimana orang-orang Nasrani mengangkat Nabi Isa as. Inilah yang dimaksudkan oleh TG Nk Aziz didalam petikan video diatas, menasihatkan agar umat Islam tidak berlebih-lebih menyambut Maulid Nabi, tetapi apa yang penting adalah memartabatkan al-Quran dan al-Sunnah yang Nabi Muhammad  saw bawa setelah beliau menerima wahyu semasa berumur 40 tahun.

Namun dilarang bagi mereka yang mahu menggunakan ayat ini untuk merendah-rendahkan martabat Nabi Muhammad saw kerana baginda sebelum menerima wahyu lagi merupakan hamba Allah swt yang diperlihara oleh Allah swt. Jelas dalam ayat ini ada 2 sifat iaitu biasa kerana ada keharusan baginda bersifat seperti manusia biasa dan luar biasa apabila dalam sudut yang melibatkan nubuwwah kerana walaupun Allah menyuruh baginda mengatakan dia adalah manusia seperti manusia, akan tetapi sambungan ayat tersebut menyatakan bahawa beliau menerima WAHYU. Manusia biasa tidak mungkin akan menerima wahyu seperti Nabi saw.

Dalam hal TGNA budak kampung dan sama dengan mad-mad kampung adalah cara TGNA yang perlu difahami .. dengarkan benar-benar rakaman di bawah sejelasnya .. jangan duk belit la pulak yer.. hehe, ikhlaskan kerana Allah untuk cari kebenaran dengan usaha sungguh-sungguh.


Jika direnung sedalamnya dalam rakaman ceramah TGNA di atas, Maka akan ditemui beberapa perkara penting berkaitan kes ini. Namun aku hanya nak sentuh 2 perkara :
1. TGNA jelas menyebut perihal nubuwwah dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW sebelum zaman kejadian nabi Adam a.s. Malah mengukuhkan nubuwwah sebelum kelahiran baginda SAW dengan firman Allah berkenaan bakal pengutusan baginda SAW dalam kitab terdahulu. [Sila rujuk juga 
:
[sini] dan klik sini .]
2. Apabila menyentuh perihal Nabi Musa ketika diutuskan kepada Bani Israel, TGNA guna lafaz 'bukan orang biasa' yakni untuk merujuk kepada tugas kerasulan.


Jelas dalam isu ini TGNA juga bermaksud bahawa nabi SAW adalah sama budak biasa pada suatu keadaan dan berbeza pula dalam keadaan yang khusus bukan seperti orang kebanyakan kerana baginda adalah Nabi juga Rasul. Jadi, dalam hal ini mesti skop tajuk dan fokus perbahasan ... bukan bedal samarata, main langsam.

Pertikaian ust Kazim adalah berpandu pada ciri atau tanda nubuwah, bukan pada masalah keharusan seorang Nabi untuk memiliki sifat manusia biasa. Bagiku bidasan ini lari daripada kehendak permasalahan yang TGNA mahu sampaikan. 2 kali TGNA guna perkataan masalah  dalam rakaman yang dikatakan TGNA hina nabi. Kaji betul-betul apa yang diistilah masalah dalam bahasa orang mengaji kitab. Kenapa orang yang bertaraf ustaz boleh lupa istilah masalah dalam bahasa orang mengaji sehingga lari tajuk perbincangan ?

Sedang apa yang disebut oleh TGNA sebelumnya pula adalah masalah sifat keharusan seseorang hambaNya yang dipilih untuk menjadi Rasul untuk menyerupai manusia biasa, imma di saat sebelum atau selepas menerima wahyu dan keharusan ini tidak menyebabkan baginda menjadi hina. Kemudian TGNA sebut masalah kepentingan melaksanakan ajaran Rasul itu melebihi dari hal yang berkaitan dengan sambutan kelahiran ...

Kesimpulannya, perkara yang berlaku kepada bakal rasul sebelum dilantik sebagai rasul ada 2 jenis :
1-Yang biasa tu adalah sifat harus bagi seseorang Nabi yang ada persamaan orang biasa.
2- Yang luar biasa tak sama itu adalah irhas dan mukjizat yang tak dimiliki orang biasa.

Berkenaan ucapan Ust Kazim yang telah berulang membidas Tuan Guru Nik Aziz dalam tempoh 4 tahun ini, tidak dapat tidak setelah dibuktikan hendaklah berpandu kepada 2 penjenisan di atas.

Dalam ertikata yang lain TGNA bercakap bab no 1 tanpa ada membuat penafian adanya Irhas dalam perkara yang no 2, bahkan yang ada adalah penekanan hakikat yang no2 iaitu mukjizat Al Quran yang perlu dilaksana. Ust Kazim bercakap yang no 2 sekadar bab irhas dan lupa ada yang no 1 sebab excited duk smash TGNA tanpa bertanya kepada tuan empunya badan apa yang dimaksudkan..

Ust Kazim penilaiannya tidak fathanah dalam bertabligh. Selayaknya dia bertindak dengan sifat amanah pada ajaran Islam dengan berusaha menerangkan kebenaran adanya sifat harus bagi Nabi. Nescaya kamu akan tergolong sebagai mereka yang siddiqiin. Bukan menggunakan masa dalam tempoh 4 tahun untuk membelit-belit sesuatu yang tidak difahami sehingga ternampak jelas akan pengkhianatan dan pendustaan terhadap kaedah berhukum dengan sumber yang mesti diguna. Sebaiknya gunakan tempoh itu untuk mempelajari apa yang perlu untuk memantapkan ilmu sebagai pendakwah bukan jadi pendakyah yang ditegur tapi bersikap menolak mentah !

Kesimpulan ringkas siri ke3 dan ke4 : Waktu dia beranak jelas adalah seperti kelahiran budak biasa [tanpa menafi waktu sebelum dan selepas adanya banyak pembuktian nubuwwah], dalam ertikata lain yakni tepat saat dilahirkan sebagaimana telah dijelaskan dalilnya oleh Maulana Asri Yusof dan Ustaz Fathul Bari juga penghujahan yang selainnya. Kelahiran biasa ini tidak samasekali mencacatkan kemuliaan nabi walaupun sedikit kerana adanya keluarbiasaan sebelum dan selepas. Wallahu a'lam

[Kemaskini 25/3 - Jomlah kita kemaskini apa je yang salah]
BERSAMBUNG DI SIRI AKHIR : Nabi mulia setelah turun Quran ???
http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-pertama-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html
http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-kedua-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html
http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-ketiga-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html
http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-akhir-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html

6 ulasan:

Ruzi Shuib berkata...

Kita diajar bahawa segala yg terjadi dalam alam semesta ini adalah qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Maha Pencipta. Apa yang ada di Luh Mahfus? Adakah TGNA berasa lebih berpengetahuan tentang hal ini berbanding Allah? sehingga sanggup menyatakan bahawa Allah hanya memilih Nabi kita bila baginda berusia 40 tahun sebagai nabi? Bertaubatlah, agaknya begitulah perangai manusia mudah lupa bila diri disanjung tinggi dan mempunyai ramai pengikut yang agak taksub kepada beliau. wallahualam.

Ruzi Shuib berkata...

Kita diajar bahawa segala yg terjadi dalam alam semesta ini adalah qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Maha Pencipta. Apa yang ada di Luh Mahfus? Adakah TGNA berasa lebih berpengetahuan tentang hal ini berbanding Allah? sehingga sanggup menyatakan bahawa Allah hanya memilih Nabi kita bila baginda berusia 40 tahun sebagai nabi? Bertaubatlah, agaknya begitulah perangai manusia mudah lupa bila diri disanjung tinggi dan mempunyai ramai pengikut yang agak taksub kepada beliau. wallahualam.

raison de'tre berkata...

Dgn ilmu pengetahuan kita yg sikit ni.. aq rasa malu pada diri aq coz aq masih mentah n tak tahu mana yg benar dan salah. ..

Tanpa Nama berkata...


jika kamu dalam satu persimpangan antara pemimpinmu dan dengan Nabimu(Muhammad s.a.w), maka pada siapa yang kamu patut kembali?

pada nabi itu ada contoh ikutan yang baik.

siapa yang lebih berhak kamu pertahankan?

siapa yang lebih kamu cintai?.

sepatutnya TGNA yang lebih berhak mengulas balik apa yang dikatakannya, jika kenyataannya boleh mengeliru atau disalahtafsirkan oleh orang.

TAPI MANA DIA??...MANA DIA??...MANA DIA??...

kenapa pula kamu jawab dengan mengikut fahaman kamu sendiri!!??, adakah kamu sudah bertanya pada TGNA dan dia menlantik kamu sebagai wakilnya.

adakah kamu ingin menghakimikan orang dengan hujah kamu sendiri?

apa niat kamu sebenarnya? sekarang kesalahan yang kamu tuduh terpalik semula kepada kamu.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya TGNA dah jelaskan dalam video yg sama tetapi x di rakam.....nak buat fitnah...

mahzuz berkata...

Nik aziz sesat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...