Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 19 Mac 2012

PERGOLAKAN DALAMAN UMNO MERUNCING : Hari ini Tan Sri Abdul Kadir - Lepas ni Siapa ?

Tsunami politik UMNO-APCO  ...  "Jika beliau berasakan Umno tidak betul, mengapa beliau tidak keluar parti?" kata Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya.

KUALA LUMPUR, 19 Mac - HARI INI DALAM SEJARAH : Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) mengisytiharkan keluar Umno hari ini, beliau juga adalahTimbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang diterajui bersama seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga besar kemungkinan akan meletakkan jawatan pada bila-bila masa saja. 

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Dalam kenyataan itu, beliau memaklum mula menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang iaitu selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi Exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan sebagainya. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.

“Saya juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.

“Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, jawatan yang akhir dalam Umno yang saya menjawat,” ujarnya.

 Abdul Kadir sebelum ini dilapor mendakwa BN membayar antara RM200 dan RM1,000 kepada pengundi di kawasan berkenaan agar memilih calon BN pada pilihan raya umum itu.

Kritikan beliau selaku Timbalan Presiden Amanah terhadap Umno termasuk mendedahkan pembelian undi semasa pilihan raya umum dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu. jelas menimbulkan rasa tidak senang dan kemarahan beberapa pemimpin utama Umno.

Pada 15 Januari lalu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir juga berkata penggunaan dakwat kekal tidak mampu menjamin pilihan raya yang bebas dan adil serta terdapat isu-isu yang lebih mendesak yang perlu ditangani.

NONEDalam satu wawancara, katanya, adalah lebih penting bahawa akses media perlu diberi baik kepada kerajaan mahupun pembangkang, kakitangan awam pula perlu berkecuali dan amalan politik wang perlu dihentikan.

Kadir kemudiannya menceritakan kisah seorang penduduk kampung yang ditemuinya yang memberitahnya, "DAP adalah jahat. Jika mereka menang, mereka mahu menghapuskan sistem beraja."

Penduduk kampung itu kata maklumat itu diperolehi dari radio dan surat khabar.

"Semua radio, semua surat khabar, semua televisyen ... ia membawa hanya satu suara.

"Apa radio dan berkata akhbar diterima sebagai kebenaran mutlak (Kebanyakan) penduduk adalah seperti itu. Ini bermakna bahawa pendapat dapat disampaikan (kepada rakyat).

"Itu bukan keadaan pilihan raya yang bebas dan adil," katanya.

"Semasa saya Menteri Penerangan  (di bawah Perdana Menteri kelima Tun  Abdullah Badawi), saya berpendapat semikian tetapi saya tidak cukup kuat untuk perubahan."

17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung isu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang dilapor mendakwa BN membayar pengundi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu dalam pilihan raya umum lepas.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata selaku bekas pemimpin Umno yang masih memegang jawatan bendahari Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu, Abdul Kadir tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti.
  
"Jika beliau berasakan Umno tidak betul, mengapa beliau tidak keluar parti?" kata Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya.

Hari ini cabaran Tengku Nan telah disahut tanpa gentar oleh seorang yang mahu menyatakan apa yang dikatakannya adalah benar. Ramai lagi veteran UMNO yang masih mengkritik.. Jadi siapa saja yang rasa UMNO tidak betul sila keluar parti .. Ada berani ke ?

Wahai ahli UMNO nasihatku buat kalian,
Beri Rasuah Salah - Tak Beri Kalah - UMNO Serba Salah. Kebebasan bersuara tiada dalam UMNO - JANGAN DINASIHATI UMNO nanti anda dikata HARAM JADAH dan dihalau keluar !!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...