Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 11 Mac 2012

DERITA DAN AIRMATA : Wanita Malaysia Akan Bawa Periuk Belanga Ke Jalan !

 
بسم الله الرحمـــن الرحـــيم
Segala puji-pujian kepada Allaah, Rabb sekalian alam. Salam dan Selawat ke atas Rasulullah, dan keluarga serta para sahabat baginda, tabien juga atha tabien; dan ke atas sekalian orang yang berusaha untuk mengikuti dan mempratikkan segala ajaran dan menjauhkan segala larangan baginda SAW.
Firman Allah :
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
[Al Baqarah 2 :129 ]


"Hakikatnya, wanita pada hari ini merupakan entiti rasmi negara yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang sosial, ekonomi dan politik. Ada yang berpendidikan rendah, menengah, tinggi hatta masih ada juga yang buta huruf khususnya di kawasan kampung, desa dan pedalaman terpencil. Ada yang suri rumah, petani, nelayan, peneroka, peniaga hatta mereka yang berkerjaya dengan profesion-profesion tertentu seperti Peguam, Doktor, Jurutera, Ahli Politik, Aktivis Sosial dan seumpamanya.

Ada juga yang akibat desakan hidup mereka terpaksa (um- memilih jalan haram) menjadi Pelacur, GRO dan menjual maruah samada untuk meneruskan hidup, tidak kurang juga bagi mengejar status dan hidup mewah. Ada yang merupakan penagih dadah, penghidap HIV, mangsa dera, mangsa keganasan, mangsa perceraian, gantung tidak bertali, ditinggalkan suami tanpa nafkah (di mana 3.4 juta wanita kita merupakan Ibu Tunggal), dirogol, dibunuh, dijual dan dilacur oleh sindiket pemerdagangan manusia yang kita difahamkan Malaysia merupakan salah sebuah negara paling berisiko dengan masalah ini.

Ada yang hidup bebas merdeka, ada juga yang hidup “terpenjara”, terpaksa menjadi “hamba” khususnya kepada sebilangan lelaki tidak bertanggungjawab. Ada yang terperangkap dengan “cinta nafsu”, akhirnya kecundang di bawah sinaran neon kota kosmopolitan lantas terpalit zina yang kemudiannya pula menjadi pembunuh bayi-bayi mereka yang tidak berdosa.

Wajar juga kita menginsafi dapatan daripada statistik rasmi negara bahawa setiap 17 minit akan lahir seorang anak luar nikah, setiap 15 minit sebuah institusi rumah tangga akan runtuh (berlaku perceraian), setiap hari lebih kurang 10 orang wanita menjadi mangsa rogol, setiap hari 4 orang kanak-kanak akan hilang, setiap 3 orang daripada 6 orang remaja wanita mengaku pernah melakukan hubungan seks haram dan pelbagai data dan statistik yang cukup menggerunkan kita semua!

Nah, rencam bukan? Inilah realiti wanita kita pada hari ini. Justeru, kita semua kaum wanita seharusnya sedar yang pelbagai cabaran besar sedang menunggu kita baik pada masa kini hatta pada masa akan datang. Bahkan sepanjang tarikan dan hembusan nafas kita, juga pada setiap derap dan langkah kita adalah perjuangan untuk sebuah kehidupan yang lebih bermakna di dunia dan juga di akhirat kelak. " - aiman

Ulasanku : Dalam derita dan airmata wanita Malaysia yang hidup dalam serba kedhaifan. Masih ada yang berfoya-foya Ro$Moh berkemampuan lebih dengan membeli cincin, beg dan pakaian yang semuanya mungkin sudah mencecah RM ratusan juta dan anak gadisnya pula ditunangkan dalam majlis yang hampir mencecah RM setengah juta. Anak gadis Muhyiddin Yasin pula sibuk dengan kehidupan glamour sebagai artis, samaada sedar atau tidak menyumbang lagi kerosakan minda anak-anak gadis Melayu Islam yang memang kian terperangkap dengan budaya hedonisme.. eh mana salah ayah dan bondanya juga sering berkaroeke dengannya di mahligai mewah mereka. Shahrizat dan anak-anak gadisnya berbelanja mewah dengan penggunaan kad kredit ditahap yang tidak terfikir akal logik dan membeli kondo mewah di negara jiran .. si ostatah Mashitah lupa pegangannya sebelum ini kerana mencari kemewahan .. sanggup memfitnah sana sini sehingga menghalalkan pelacuran.. Cukuplah kalian mengundi mereka .. cukuplah ! cukuplah !Kalau masih ada yang mahu bersaudara dengan saudara-saudara syaitan .. apa aku nak katakan lagi. 
Firman Allah SWT : "Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang-orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan dan Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya". [Al Israk : 26-27]
والله اعــــلم      

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...