Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 21 Mac 2012

MImpi Rakyat Kecil : Video Kebebasan Media dan Menteri Yang Tiada Gentar !


JAKARTA , -20 Mac 2012- : Menteri Perusahaan Milik Negara, Dahlan Iskan akan “mengambil alih” Tol Semanggi semalam kerana “berang” dengan syarikat Jasa Marga kerana membiarkan kenderaan beratur panjang di tol.

“Saya bukan saja marah, tapi sangat berang,” katanya.

Menteri itu yang dalam perjalanan ke pejabat Garuda Indonesia apabila dia melihat 30 kereta menunggu untuk melepasi tol di Slipi, Jakarta Barat, pada jam 6 pagi.

Marah kerana terlewat, Dahlan keluar dari kereta dan menyiasat pondok tol dan mendapati hanya satu daripada empat pondok itu dijaga, satu secara automatik dan dua lagi, kosong.

Disebabkan marah, menteri itu melakukan apa yang hanya mampu diimpikan oleh penduduk Jakarta yang lain, masuk ke dalam pondok tol kosong dan membaling kerusi ke atas jalan.
Apabila semakin banyak kenderaan menunggu, Dahlan terus mengarahkan atendan tol membuka palang tol yang tidak digunakan dan membiarkan pemandu melaluinya tanpa membayar tol.

Sekurang-kurangnya 100 pemandu mendapat laluan percuma.

“Saya sudah memberitahu Jasa Marga beberapa kali untuk tidak membiarkan kenderaan beratur panjang di jalan bertol,” katanya.

Katanya, dia akan mengenakan tindakan dan berharap syarikat tol tersebut meningkatkan perkhidmatan mereka. - Agens

Ulasanku : Bilalah agaknya nak jumpa menteri UMNO cam ni di Malaysia ... bertindak mengajar gergasi perniagaan yang hanya tau cari untung tapi servisnya cam hampeh demi rakyat jelata ! Teringat tol di Terengganu yang percuma bilamana saja PAS diistiharkan menang dan sehingga hari ini ia masih percuma .
Bukankah menghalang laluan itu dosa dan menyingkirkan ranting dijalanan itu sebahagian cabang iman. :)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...