Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 11 Mac 2012

6 Tuntutan : Himpunan Aman 10 Ribu Wanita - 18 Mac 2012

          بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم        

Segala puji-pujian kepada Allaah, Rabb sekalian alam. Salam dan Selawat ke atas Rasulullah, dan keluarga serta para sahabat baginda, tabien juga atha tabien; dan ke atas sekalian orang yang berusaha untuk mengikuti dan mempratikkan segala ajaran dan menjauhkan segala larangan baginda SAW.
Firman Allah :
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
[Al Baqarah 2 :129 ]
Perhimpunan wanita yang julung kali diadakan akan dibuat sempena sambutan hari wanita antarabangsa tahun ini.

ٍSebarkan iklan ini dengan apa cara sekalipun.
Bangkitlah Wahai Adik-Adikku Wanita-Wanita Muda. Jangan Biarkan Langkahmu Hanya Terhenti Di Rumah! Sungguh, Ummah Sedang Menanti Senimu Dalam Berdakwah. Segala Derita Dan Sengsara Mereka Mesti Disembuh, Mesti Dirawat Dengan Segala Hikmah Dan Fatanah. HIDUP KEBANGKITAN BARU! - Aiman Athirah al Jundi
'UM teringat kisah Asma' r.anhaa yang sarat mengandung dan melahirkan anak ketika bersama dengan rombongan Rasulullah ke Makkah untuk melaksanakan tuntutan agama. Menyambut dan menyahut seruan Allah .. !!.

Di mana sebaik sahaja kenderaan tunggangan tiba di Zul Hulaifah, Asma' binti Umais, isteri Abu Bakar as Siddiq telah melahirkan seorang anak yang dinamakan Muhammmad bin Abu Bakar. Kemudian Asma' dibawa berjumpa Rasulullah s.a.w lalu bertanya: "Apakah yang perlu aku lakukan?" Rasulullah s.a.w : "Mandilah dan pakailah pakaian kemudian niatlah untuk mengerjakan ibadat Haji."

Pengajaran Yang Boleh Diambil : Kekuatan Iman dan kecekalan wanita Islam. Kalau tidak kerana kekuatan iman dan kecekalannya, sudah tentu beliau tidak bermusafir dari Madinah untuk mengerjakan ibadat Haji memandangkan dia berada dalam keadaan hampir bersalin. Apapun jangan lupa peranan Sayyidinaa Abu Bakar as Sidiq dalam peristiwa ini ... Allaahu Akbar !!

Dapatkah kalian bayangkan .. waduh .. waduh ..
Apakah adanya pengorbanan sebegini akan berulang ..  InsyaAllah !   



والله اعــــلم      


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...