Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 11 Mac 2012

Kes Kecurian Dan Keputusan Hakim Fiorello LaGuardia

By 'UM

Baru ini kisah seorang Imam miskin berjuang di makhamah tanpa diwakili peguam untuk menuntut kembali RM ratusan ribu wang masjid yang dilarikan seorang pengerusi ..akhirnya terperangkap dalam permainan sistem rekaan manusia... dan natijahnya dipenjara setahun bila si Imam berjiwa MERDEKA   bertindak 'biadap' (?)membantah ketidakadilan dengan melontar alas kaki. Hina sultan camne ?

Lama dulu seorang menteri toyol juga cuma dipenjara setahun walau disahkan sabit tuduhan menyeleweng harta rakyat dengan menerima rasuah.. yang ketika itu dibandingkan dengan dua kes membabitkan orang berbeza. 

Apakah pula akhiran k
isah pembaziran  keluarga memanda menteri perdana yang terkini, hampir RM setengah juta wang rakyat dibelanja untuk majlis pertunangan si puteri mereka.. apakah kes ini akan diheret ke makhamah ? Ahh cukup muak aku nak teruskannya  ..

Cukuplah .. Ada baiknya entry kali ini aku menyunting sebuah kisah benar di luar sana ..
Kisah benar ini terjadi di bandar New York pada pertengahan 1930-an, saat AS mengalami kemelesetan ekonomi.

Dalam musim dingin yang telah menjengah,  kesejukan yang menikam seluruh penjuru kota, tekanan kehidupan orang-orang miskin semakin mencengkam. Walau mereka bergelut untuk terus hidup, namun tetap ada yang makin melarat dan ada pula yang nyaris kebuluran.

Di suatu ruang sidang pengadilan pula, seorang hakim sedang duduk menyemak tuntutan terhadap seorang nenek yang dituduh mencuri sepotong roti.

Nenek itu membela diri - suaminya telah meninggalkan dirinya, anak perempuannya pula sakit, malah cucunya yang masih kecil kelaparan.

Namun walau dirayu dan dinasihati, si pekedai yang rotinya dicuri tetap bertegas menolak untuk membatalkan tuntutan. Dia terus mendesak bahawa wanita itu sewajarnya mesti dihukum untuk menjadi tauladan kepada orang ramai.
[biografi LaGuardia klik sini]

Hakim itu menghela panjang nafasnya.
Sebenarnya beliau amat enggan menghakimi si nenek ini.
Namun, beliau tiada pilihan lain, -dilema antara tanggungjawab dan naluri perikemanusiaan-. 

“Maafkan saya,” katanya sambil memandang si nenek.
“Saya tidak mampu membuat pengecualian .....
Hukum adalah hukum, jadi anda harus dihukum .....
Saya -dengan ini- mendenda kamu 10 dolar atau jika kamu tidak mampu membayarnya, maka kamu mesti dipenjarakan untuk tempoh sepuluh hari ...”

Si nenek itu tertunduk, hatinya remuk .. airmatanya mula menitis. Mana nak dicari 10 dolar sedang membeli roti yang berapa sen pun dia tidak mampu .. malah terbayang pelbagai kemungkinan. Anak yang sakit dan cucu yang kelaparan mungkin akan akan semakin melarat. Bagaimana pula dia yang berusia akan menjalani kehidupan di penjara.

Tanpa disedari si nenek, sang hakim mencopot topinya, kemudian mengambil wang sepuluh dolar dari dompetnya sendiri\ dan meletakkan wang itu ke dalam topinya.

Kemudian sang hakim berkata kepada hadirin dengan tegasnya, “Saya juga mendenda setiap orang yang hadir di ruang sidang ini sebanyak 50 sen, kerana kalian tinggal dan hidup di kota ini dan membiarkan seseorang kelaparan sampai harus mencuri untuk menyelamatkan cucunya dari kelaparan. Tuan Bailiff, tolong kumpulkan dendanya dalam topi ini lalu berikan kepada yang didakwa (nenek).”

Akhir cerita, wanita itu meninggalkan ruang sidang sambil mengisi poketnya dengan $47.50 sen, termasuk di dalamnya 50 sen yang dibayarkan oleh pemilik kedai yang malu kerana telah mendakwanya. Tepuk tangan meriah dari kumpulan penjahat kecil, para anggota polis New York, dan staf pengadilan yang berada dalam ruangan sidang mengiringi kepergian wanita itu.

Disunting daripada : LaGuardia

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...