Seorang remaja yang dipercaya cuba menganggu ceramah pemimpin Pakatan
Rakyat di Kuala Selangor malam tadi, ditangkap para hadirin, menyebabkan
anggota Unit Amal PAS yang mengawal ceramah tersebut, terpaksa
bertungkus berusaha menghalang daripada remaja itu dipukul.
Sebelum itu, sekumpulan kira-kira 20 remaja bermotosikal berhenti di
luar tempat ceramah tersebut di Stadium Kuala Selangor serta membawa
sepanduk anti-Pakatan sambil mengejek hadirin dari luar pagar.
Perbuatan itu mencetuskan kemarahan hadirian yang sebahagiannya bergerak
menujuk ke arah pagar sambil menjerit "Tangkap mereka! Tangkap
mereka!".
Pagar itu terletak kira-kira 20 meter dari pintu masuk stadium di mana
kira-kira 5,000 orang sedang mendengar ucapan pemimpin Pakatan.
Seorang saksi mendakwa, beberapa remaja tersebut tertindak merosak dan
mencalar beberapa buah kenderaan yang diletakkan di luar stadium.
Sekumpulan hadiran yang berang kemudian keluar dari stadium dan berjaya
mencekup salah seorang remaja tersebut dan mengheretnya masuk ke dalam
stadium.
Remaja itu yang berpakaian baju-T berwarna merah jambu berjalur putih,
diserbu orang ramai yang berang, menyebabkan anggota Unit Amal
bertungkus lumus bentuk membentuk perisai manusia untuk melindunginya.
"Jangan pukul dia, jangan pukul dia, biarkannya dia pergi," jerit
seorang anggota Unit Amal berulang kali ketika mereka cuba menghalang
orang ramai yang berang manakala yang lain meminta supaya bertenang,
tetapi usaha itu tidak berhasil.
Selepas anggota Unit Amal berjaya membentuk bulatan di sekelilingnya,
remaja tersebut dikejar ke pintu stadium dan dilepaskan untuk menyertai
rakan-rakan yang sedang menunggunya
Pintu stadium terus ditutup untuk menghalang orang ramai yang marah daripada yang mengejar mereka.
Di sebalik kekecohan itu, ceramah yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi
Pakatan - Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Hadi Awang
dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - berjalan
tanpa gangguan. -M'kini
Sumber ambilan : Hadirin cekup remaja cuba ganggu ceramah Pakatan - by MU
Kejadian kecoh di Semarak, Kelantan pun mereka jugak. Aku takde maklumat banyak jadi, aku serahkan untuk korang renung berita ringkas yang dibawa oleh Ustaz Khairul Ikhwan yang ceramah mereka juga diganggu di Semarak : baru sampai dari berceramah di semerak dengan y.b us nik amar, umno bersorak masa tengah ceramah, mengganggu cramah tdi, us nik amar sebut " lawan dengn hujjah la kalu nak lawan . jgn duk sorok xtentu pasal supo duk hambat bewok,,,,, " padat mlek umno keno mlm ni, aku berharap xdok doh bako umno kpng tu,,, hahahahah
ULasanku : Apa kejadah .. meluat dah nak ulas isu mereka yang perangai huduh camni. Mereka tak faham politik. Tak de hujah nak jawab isu. Tak reti nak renung dan muhasabah diri. Aqidah perjuangan takde. Perlembagaan lord Reid dan undang-undang comon law yang mereka sanjung pun mereka sepak tepi.. Orang nak baca cerita UMNO jadi panglima ni pun meluat dah haha ..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan