Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 31 Julai 2012

Nasrudin Hassan at Tantawi : "Hudud" Alamat Kubra PRU 13

31 Jul 2012

1. Apabila gendang hudud dipalu sekuatnya, maka ia antara tanda - tanda pilihanraya umum semakin hampir. UMNO terpaksa sekali lagi menggunakan peluru karatnya iaitu hudud untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat. Saya akui hudud bukan agenda Pakatan Rakyat tetapi hudud adalah sebahagian daripada Islam yang tetap diperjuangkan oleh PAS di sepanjang zaman insyaallah.

2. Pakatan Rakyat telah beberapa kali bincang perkara ini dan simpul ringkasnya ialah kami "setuju untuk tidak bersetuju" atau dalam dalam bahasa lebih mudah ialah : DAP tidak menerima hudud dan PAS tidak boleh paksa mereka untuk menerimanya sebagaimana mereka tidak boleh menghalang hasrat PAS mahu mendaulatkan syariat Islam itu.

3. Kedudukan ini jauh lebih baik daripada UMNO dan BN. Bukan sahaja parti kompenan mereka yang biadab terhadap Islam, malah UMNO sendiri bersetuju untuk tidak melaksanakan syariat Islam di Malaysia termasuk undang - undang jenayah syariat. Malah UMNO menikus dihadapan MCA apabila Presiden MCA 'menengking' Adun UMNO Kemelah sebagai pemimpin yang hilang aqal tatkala Adun itu mencadangkan perlaksanaan hudud di negeri Johor sedang rata - rata pimpinan PAS memberikan sokongan terbuka kepada Adun Kemelah.

4. Tidak hairan jika perlaksanaan hudud belum mendapat kata sepakat dari kalangan parti kompenan Pakatan Rakyat yang hanya baru dibentuk pada tahun 2008, kerana ia sekali lagi jauh lebih baik daripada UMNO dalam BN yang gagal melaksanakan syariat Islam ini sejak lebih 50 tahun memegang mandat rakyat sebagai pemerintah meskipun mereka sering mendabik dada kononnya mereka adalah parti dominan dalam BN.

5. Sewaktu debat Sinar Harian baru - baru ini, saya telah qoute kenyataan Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang berlangsung pada tahun 2010 yang lalu, bahawa kenyataannya "langkah mayat saya dulu" untuk menubuhkan Islamic State sebagai ucapan yang disebut 20 tahun yang lalu [ 1990 ] pula ia dipetik di luar konteks. Malah Karpal Singh sendiri menyebut perkara ini boleh dibincangkan.

6. Lantaran itu, Pakatan Rakyat melalui mesyuarat tertingginya telahpun membincangkan perkara ini. Sebahagian dari keputusannya sebagaimana yang saya catat pada point ke 2 di atas. Selebihnya menjadi dakwah berterusan PAS untuk memahamkan masyarakat terhadap hukum syariat Islam. Saya doakan semoga Karpal Singh diberikan hidayah oleh Allah swt. sebagaimana doa saya buat yang lain juga.

7. Hudud adalah undang - undang jenayah syariah yang telah diwahyukan oleh Allah swt. Satu realiti yang tidak boleh siapa nafikan bahawa ia adalah satu kewajipan yang mesti dilunaskan oleh sebuah pemerintahan Islam. Sementara pemerintahan Islam itu pula adalah terbentuk dari mandat [ baiah ] rakyat khasnya rakyat yang beragama Islam. Tanpa mandat tersebut, pemerintahan Islam tidak dapat dibina dengan kukuh dan baik.

8. Hudud adalah sebahagian dari Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak awal penubuhannya. Ertinya perjuangan PAS bukan berpaksikan hudud semata - mata, sebaliknya paksi perjuangan PAS ialah Islam dan hudud itu adalah sebahagian daripadanya. Seunjuran dengan itu, ditegaskan bahawa PAS konsisten memperjuangkan Islam.

9. Jika PAS menang bersendirian melalui mandat majoriti rakyat yang diterjemah melalui peti undi [ melalui proses demokrasi ] maka PAS pastinya akan melaksanakan malah selesa untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek termasuk undang - undang jenayah Syariah sebagai alternatif kepada kegagalan sistem dan undang - undang ciptaan manusia menangani gejala mungkar dan jenayah.

10. Namun secara realitinya, iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk dalam negara kita sangat sukar untuk PAS menang dan membentuk sebuah pemerintahan secara bersendirian. Ini satu realiti yang diakui walaupun ia bukanlah suatu yang mustahil.

11. Namun bagi memastikan hasrat perlaksanaan syariat Islam di Malaysia menjadi satu kenyataan mudah, ia memerlukan semua pengundi dari kalangan ummat Islam termasuk ahli UMNO dan atas pagar mengundi PAS. Maksudnya, UMNO perlu menyerahkan semua kerusinya kepada PAS atau paling tidak bersama menyertai PAS, dengan itu jumlah kerusi PAS atau muslim akan melonjak maksimum ke 130 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan Islam yang bersedia mendaulatkan syariat Islam yang adil saksama dan telus. [ bebas korupsi dan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara ]

12. Penegasan ini saya buat kerana untuk PAS menyertai UMNO bagi melaksanakan syariat Allah swt sukar menjadi kenyataan.

Pertama : PAS pernah dikhianati oleh UMNO sewaktu PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama UMNO.

Kedua : UMNO pernah menang banyak dan menjadi kuasa besar sejak sekian lama termasuk kemenangan mereka pada tahun 2004 tetapi mereka tidak pernah berhasrat untuk mendaulatkan syariat Allah swt sebaliknya memperkayakan kerajaan pimpinan mereka dengan rasuah , penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan dana rakyat dan negara.

Ketiga : Sehingga saat ini, hanya PAS yang konsisten sebagai salah satu parti besar dalam negara yang berhasrat mahu melaksana dan mendaulatkan syariat Islam. Cuma keterbatasan kuasa dan mandat rakyat meletakkan PAS masih belum memiliki keupayaan sebenar bagi membangunkan negara bersama syariat Allah swt. [nota ini memerlukan ahli UMNO menyokong PAS untuk melaksanakan Islam jika mereka juga mahu melihat Islam tegak di atas tanahair kita]

12. UMNO pula konsisten membelasah PAS dan menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Disamping itu UMNO terus dengan legasi mereka, bergelumang dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa serta menyeleweng dalam mengurus dana rakyat dan negara. Lalu PAS mengadakan kerjasama politik [Tahaaluf Siasi] dengan parti - parti pembangkang yang lain iaitu DAP dan PKR lalu membentuk Pakatan Rakyat untuk mendepani UMNO dan BN.

13. Kerjasama ini adalah kerjasama politik bukan kerjasama agama dan ideologi perjuangan. Terdapat beberapa persamaan dalam tindakan politik antara parti - parti yang berbeza ideologi ini, antaranya seperti menentang ISA, AUKU, rasuah, pembaziran dalam projek mega negara, ketirisan dalam perbelanjaan dana awam, keadilan dalam sistem pengurusan dan kendalian pilihanraya dan banyak lagi.

14. Apabila kerjasama politik [tahaluf siasi] ini berjaya dan hampir menumbangkan kerajaan UMNO dan BN dalam tsunami politik 2008, barulah UMNO kenal rabu dan khamis, lalu mereka pantas mendendangkan lagu perpaduan pada setiap hari jumaat, sabtu, ahad, isnin dan selasa. UMNO desprate lalu mencari PAS untuk bersatu padu. Kita tidak menolak mentah tetapi kita meletakkan syarat Islam sebagai tali pengikat untuk bersatu padu, justeru Islam mengajar kita sedemikian. UMNO tidak bersedia dengan syarat itu, maka PAS mohon jalan dulu . Tinggallah UMNO dengan lagu lamanya.

15. ما لا يدركه كله ، لا تتركه كله Tidak boleh laksanakan semua [kandungan Islam] maka jangan tinggalkan semua [ ertinya, laksanakanlah apa yang termampu daripada Islam itu ]. Bertolak dari kaedah ini, PAS kemukakan pendekatan baru melalui projek "Negara Berkebajikan" yang merupakan subtance kepada ajaran Islam itu sendiri. Sebuah projek yang dikemuka kepada rakyat ke arah pembentukan sebuah negara yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa politik, penyelewengan ekonomi dan menepati piawaian " Good Governence" . Inilah yang menjadi keutamaan PAS masa kini.

Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Isnin, 23 Julai 2012

ANAK MUDA JOM DAFTAR Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya


KUALA LUMPUR, 23 JULAI - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya pada 11 Ogos 2012, bermula jam 2 petang hingga 8 malam di Kediaman Rasmi MB Selangor, Shah Alam, sebagai medan pemantapan peranan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan.

 Bertemakan agenda “Maknakan Kemenangan”, DPPM berbesar hati menjemput seluruh profesional muda dari sektor kerajaan dan swasta, alumni-alumni kampus dalam dan luar negara, bersama-sama seluruh kepimpinan Pemuda PAS di peringkat Negeri dan Kawasan serta Ahli Parlimen dan ADUN Pemuda PAS untuk hadir dalam program yang penuh bermakna ini, sebagai kesinambungan daripada siri-siri Xpresi Anak Muda bersempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang mendapat sambutan menggalakkan di seluruh negara.

Menurut Saudara Khairul Faizi, Setiausaha DPPM, program ini akan memberi penumpuan terhadap aspek peranan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi dan memaknakan kemenangan di dalam kerangka Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat, di samping wadah untuk alumni dan profesional muda berdialog dan memberi saranan akhir terhadap polisi dan manifesto yang bakal ditawarkan.

“Program ini turut memberi ruang kepada golongan profesional muda membina jaringan dan maklumat mengikut bidang kepakaran yang diperlukan dalam agenda mengisi kemenangan kelak, selain platform untuk alumni dan profesional muda berdiskusi dan berdialog secara langsung bersama pimpinan tertinggi”, ujar Khairul Faizi.

Antara agenda menarik pada program ini adalah sesi “Xpresi Profesional Muda & Wacana Manifesto PAS” yang akan menampilkan beberapa profesional muda dari bidang Syariah, Ekonomi, Undang-Undang, Kesihatan, Sains & Teknologi, Pendidikan, Budaya & Kesenian, dan Luar Negara, melontarkan harapan dan cadangan akhir terhadap tawaran Manifesto PAS dan Pakatan Rakyat, khususnya yang berkaitan kepentingan dan kebajikan anak muda.

Seterusnya, peserta turut berpeluang berdialog secara langsung bersama Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam slot “Wacana Profesional Muda bersama Presiden PAS: Negara Berkebajikan – Cabaran & Peluang”.

 “Majlis penutup Xpresi akan diserikan dengan penganugerahan Tokoh Profesional Muda, serahan infaq dan ikrar pilihanraya oleh alumni dan professional muda, seterusnya majlis berbuka puasa bersama pimpinan Pusat dan Pemuda PAS”, tambah Khairul Faizi.

Program ini terbuka kepada peserta muslimin dan muslimat dan boleh diikuti secara langsung melalui kemudahan video-conferencing bagi rakan-rakan di Sabah, Sarawak dan luar negara. Pendaftaran awal boleh dilakukan melalui borang pendaftaran maya di capaian berikut, http://tiny.cc/Xpresi-Profesional-Muda.

“Jadikan Xpresi ini sebagai manifestasi kebersamaan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Putrajaya kelak”, akhiri Khairul Faizi.
Ulasan 'UM : Ayuh jom daftar dan hadir beramai-ramai, peluang bersama kepimpinan ulamak adalah suatu  anugerah besar , apalagi di bulan Ramadhan ini. Bukankah BADAR juga di Ramadhan Kareem ... 

Semoga Allah menjayakan majlis himpunan ini yang menjadi antara wasilah untuk memenangkan parti yang bercita-cita mahu menegakkan Islam dan keadilannya ..

Allaahu Akbar !!

BN Sabah Bergolak - Tsunami PRU 13 Meranap BN


Ia kelihatan seperti pemimpin-pemimpin Sabah Wilfrid Bumburing dan Lajim Ukin akhirnya memutuskan untuk berpisah daripada kitaran ganas politik Umno-BN telah menjadi selepas 5 dekad hegemoni politik.

Sabah, bersama-sama dengan Sarawak, telah menjadi antara negeri yang paling terpinggir dengan kerajaan persekutuan memberikan perjanjian tersirat untuk skor pemimpin BN yang setakat ini telah membawa kedua-dua negeri Malaysia Timur pemimpin mereka ganas merampas sumber semulajadi secara besar-besaran dan memperkayakan diri mereka selagi mereka juga memberi manfaat kepada rakan-rakan mereka di Semenanjung.


Wilfrid, Timbalan Presiden UPKO dan MP Tuaran, menghantar surat peletakan jawatannya pada hari Isnin, berhenti sebagai ketua BN bagi kawasan itu. Dia ialah kerana membuat pengumuman "penting pada hari Ahad nanti . Lajim Ukin , Beaufort MP, akan segera menyusul.


"Saya mempunyai dengan ini bermula pada hari ini, 23 Julai, 2012, meletak jawatan dari jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) bagi P170, Tuaran. Perletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan BN baru Tuaran untuk membuat persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Bumburing di dalam nota surat peletakan jawatan, yang disediakan kepada media, di sini hari ini.


Blok bebas


Walau bagaimanapun, berita, yang telah dijangkakan selama berbulan-bulan sekarang, telah menghantar gelombang kejutan merentasi jurang politik di Timur dan Barat Malaysia. Kedua-dua lelaki adalah pemimpin kanan Sabah, yang telah wakil rakyat melalui tahun.


Mereka dijangka untuk membentuk Rakyat blok bebas pro-Pakatan Rakyat dan bukannya serta merta menyertai parti-parti Pakatan PKR, DAP dan PAS.


"Wilfrid akan membawa dan berkumpul bersama-sama kumpulan pro-Pakatan Rakyat Sabah. Kebanyakannya akan menjadi Ahli Parlimen dan ADUN. Apabila masa adalah betul, mereka akan membuat yang pengumuman perlu. Peranan Pakatan akan untuk membantu ini pertandingan kumpulan dalam GE-13 dan untuk berunding dengan kuasa-kuasa lain seperti SAPP untuk mencapai satu-satu persefahaman, "naib presiden PKR Tian Chua, yang bertindak sebagai ketua perunding dalam mendapat persetujuan dari akar umbi di Sabah.

Keluaran bermula dengan bersungguh-sungguh


Bukan sahaja akan di berita terkini, ini telah lama terpendam didalam hati pemimpin BN, terutama Perdana Menteri Najib Razak, yang telah cuba keras menghalang pemergian Wilfrid, sebagai ia adalah dijangka untuk mencetuskan sebilangan besar daripada gabungan beliau ke dalam Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.


Spekulasi terakhir pada bulan Jun bahawa 6 pemimpin Sabah akan melompat kepada parti PKR ,Anwar telah hilang begitu saja selepas pembantu Najib membocorkan berita kepada akhbar bahawa Ahli Parlimen BN akan menerima RM1.5 juta setiap selepas Bajet 2013 telah dibentangkan pada 28 September. Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah juga menunjukkan bahawa GE-13 boleh diadakan hanya pada tahun 2013 apabila mandat 5 tahun BN berakhir pada bulan April dalam usaha untuk menyejukkan keinginan untuk meninggalkan BN.


Walau bagaimanapun, yang tidak lagi kelihatan cukup untuk menghalang Bumburing dan lain-lain yang berfikiran seperti pemimpin, yang nampaknya telah berkembang kita tahu politiking UMNO yang bergantung kepada bangsa memperjuangkan dan ketaksuban agama. Ramai juga terkejut dengan jumlah rasuah pada perbelanjaan orang-orang yang biasa tetapi kerana cengkaman kuasa Umno 5 dekad yang lalu telah tidak dapat berbuat banyak atau risiko ditinggalkan sekali di dalam sejuk.


"Kami gembira untuk melihat angin perubahan yang akhirnya meniup melalui Sabah. Ini adalah satu tindakan yang berani dan diharapkan ia akan menjadi inspirasi kepada pemimpin BN yang lain untuk diikuti. Ramai menyedari bahawa BN telah menjadi satu Parti yang buruk. Ini adalah perkara yang kita memberi amaran kira-kira 3 tahun yang lalu dan mereka akan datang benar kerana UMNO telah tidak mampu untuk berubah dan Najib adalah terlalu lemah untuk membuat partinya melaksanakan reformasi menyakitkan, "kata Tian.


Keluaran dan BN berpecah juga akan berlaku di Semenanjung


Ahli Parlimen PKR bagi Batu juga memberi amaran bahawa ini bukanlah hanya permulaan penghijrahan daripada BN Sabah tetapi meramalkan ia akan mengambil tempat di Semenanjung.


"Semua orang sedang menunggu masa yang tepat. BN telah menjadi toksik dan terdapat ramai pemimpin dalam MCA, MIC, Gerakan dan Umno sendiri semua menunggu dan akhirnya bebas dari belenggu," meramalkan Tian.


"Saya tidak pasti jika GE-13 akan berada pada bulan September atau tahun depan tetapi akhir adalah sangat jelas. Apa yang rakyat mahu adalah sangat jelas, maka tidak perlu takut. Malah, jika mereka terus melekat dengan Umno, pengundi di kawasan mereka akan menjadi yang pertama untuk mengundi mereka. "


Pastinya, GE-13 akan menjadi undi yang paling hangat dipertandingkan selama-lamanya, dengan 222 kerusi di peringkat Persekutuan, Parlimen dan 505 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri untuk dimenangi. Sudah, penganalisis politik telah dipanggil Ibu semua Pilihanraya Terkotor walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya telah menegaskan bahawa ia akan menjadi PR yang bersih.


Walau bagaimanapun, memandangkan bukti dokumentari besar yang didedahkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepanjang tahun lepas penipuan besar-besaran seperti nama pengundi yang berserabut dan hantu, ramai rakyat Malaysia mempunyai sebarang keraguan bahawa Najib akan melakukan yang terbaik untuk menipu untuk berpaut kepada kuasa. Ia memberitahu bahawa pengerusi SPR dan timbalannya seperti memihak kepada Umno .


Tunggu dan lihat!


Dalam pilihan raya umum 2008, Bumburing yang ditinjau 17.645 undi untuk mengekalkan kerusi Tuaran untuk BN dengan majoriti 6622 undi terhadap terdekat Ansari Abdullah saingan daripada PKR, yang mendapat 11.023 undi. Calon bebas, Ajin Hazin Gagah, hilang wang deposit apabila dia hanya berjaya 879 undi.


Bagi Lajim yang berusia 57 tahun, yang merupakan Ahli Parlimen Beaufort, beliau juga telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai ketua Kerambai Kebatu cawangan Umno, berkata beliau tidak akan bertanding semula sebagai ketua bahagian Umno Beaufort.


Lajim telah bertemu Penasihat AM PAS dan Kelantan MB Nik Aziz Nik Mat pada hari Isnin di pejabat yang kali kedua di Kota Bharu tetapi mesyuarat itu mungkin menjadi kunjungan hormat daripada beliau menyertai parti.


"Surat peletakan jawatan sebagai ketua cawangan Umno telah dihantar kepada setiausaha Umno Beaufort beberapa hari yang lalu Langkah pertama adalah untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian dan yang kedua ialah untuk berhenti sebagai ketua cawangan Umno dan langkah ketiga - tunggu dan lihat, "Lajim dipetik sebagai berkata oleh portal berita New Sabah Times pada hari Isnin.


MC -Susunan
Kedahkini

Selasa, 17 Julai 2012

Benarkah PAS Kedah Sokong Beli Saham Felda Global ?

Bagaimana mahu memahami isu ini ?





Lihat petikan di bawah yang dinukilkan dari kenyataan di atas , jelas Ketua eksekutif PKNK Abdul Rahman sendiri mengakui PKNK tidak memiliki kuasa penuh kerana ianya adalah terletak di bawah penguasaan yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri  :

Malah, Abdul Rahman turut menegaskan pembelian saham itu juga tidak melibatkan pendirian politik pemimpin PR, sebaliknya PKNK hanya memberikan fokus kepada perniagaan dan mahu membantu lebih ramai usahawan Bumiputera di Kedah.

Beliau turut menjelaskan, PKNK adalah badan berkanun kerajaan yang berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan Bumiputera dengan pemantauan daripada Kementerian Kewangan.

Lembaga Pengarah PKNK turut diwakili tiga wakil dari peringkat Pusat, termasuk wakil dari Miti, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.

Namun hal pembelian ini adalah berbeza dengan pendirian PAS dan Pakatan Rakyat yang menentang keras penyenaraian FGVH  kerana mampu menyebabkan peneroka Felda hilang hak keistimewaan dalam jangka masa panjang. Penentangan ini tidak bersikap sebelum dan selepas Kedah membeli saham tersebut.

LIhat laporan di bawah :





Mahfuz dakwa wujud ‘salah urus’ kakitangan syarikat dalam pembelian saham FGVH
Jul 16, 2012

KUALA LUMPUR, 16 Julai – PAS melihat pemilikan 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah, yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah disebabkan “salah urus” kakitangan syarikat berkenaan yang “telah biasa” membuat keputusan tanpa merujuk kepada lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menjelaskan, kakitangan syarikat tersebut berkemungkinan telah membuat keputusan untuk membeli saham FGVH itu berdasarkan faktor keuntungan, dan bukannya berdasarkan “pegangan politik” kerajaan negeri tersebut.

“Mereka (kakitangan) PKNK itu bekerja dengan profesional. Mereka mungkin telah biasa dengan sistem yang melangkaui keputusan lembaga pengarah yang diamalkan ketika pemerintahan Umno.

“Bagaimanapun saya tidak menyalahkan mereka. Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor keuntungan, bukannya pegangan politik kerajaan negeri,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, PKNK mengakui memiliki pegangan 500,000 unit saham FGVH yang diperolehi melalui prosedur sah tanpa kaitan politik.

“Unit saham FGVH yang dimiliki PKNK adalah di bawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang ditawarkan kepada Bumiputera.
“PKNK mohon saham FGVH sebanyak 1 juta unit tetapi Miti hanya luluskan 500,000 unit. Kita beli pada harga RM4.55 seunit, di mana jumlahnya mencecah RM2,275,000,” kata Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.

Jelas Mahfuz, beliau tidak melihat sebarang unsur sabotaj dalam pembelian saham tersebut kerana pendapatan yang bakal diperolehi daripada penjualan saham FGVH itu adalah untuk kepentingan negeri, dan bukannya atas kapasiti kepentingan peribadi. Duit itu nanti bukan untuk kepentingan peribadi. Ia akan disalurkan kepada kepada kerajaan negeri.

“Saya tidak lihat wujud unsur sabotaj dalam perkara ini ... kakitangan ini telah biasa mendahului lembaga pengarah dalam membuat keputusan, amalan biasa pemerintahan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya dan menambah,”kita perlu ambil sedikit masa untuk mengubah amalan mereka.”

Sementara itu, dalam laporan media sebelum ini, pengarah eksekutif PKNK menjelaskan, “mana-mana syarikat atau individu layak dibenarkan membeli saham itu setelah disenaraikan di Bursa Malaysia dan PKNK berbuat demikian atas prospek perniagaan.”

“Bagi saya ia satu keputusan perniagaan yang bijak. PKNK mensasarkan akan beroleh keuntungan RM500,000 daripada pembelian saham itu,” katanya.

ULasan 'UM : eh takkan tak faham - faham lagi ... kakitangan UMNO / BN dalam negeri PR yang tak dipecat tu sila faham-faham la yer .. jangan lupa berterima kasih kerana masih berpeluang untuk berkhidmat dengan tidak membelakangkan lembaga pengarah .. jangan ambil peluang untuk berkhianat, mentang-mentangla layak bertindak membeli saham tersebut, jangan la pula pakai main beli je ... jagalah sama oiii .. hihi .. 

Isnin, 9 Julai 2012

PAS haramkan berkerjasama dengan bukan Islam ?

Soalan

assalamualaikum...apa yang perlu saya jawab jika ada yang persoalkan tentang kerjasama dengan DAP bila mereka suruh kita rujuk pada ini...

"" Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram " - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

boleh tak dikalangan kita yang huraikan?

Jawaban

UMNO main isu je yang mereka reti lepas tu jual nama (baca : memfitnah) Dewan Ulamak PAS Kelantan untuk mereka dapat 'untung (?)' dunia akhirat .. hihi
Artikel di bawah ini adalah jawaban yang paling sesuai dan 'UM telah menyuntingnya daripada towardsmardhatillah untuk disesuaikan dengan soalan Saudara Penanya.

Isu Kafir Mengkafir

Mengikut catatan sejarah, pada awalnya isu kafir mengkafir ini mulai heboh dikalangan masyarakat Melayu apabila dua kelompok masyarakat berpendidikan agama yang tersohor dengan jolokan kaum muda dan kaum tua saling bertelingkah dalam beberapa masalah fiqh seperti masalah peranan akal dalam memahami ajaran Islam, ijtihad dan taqlid serta pandangan dan kritikan terhadap kitab fiqh klasik pada sekitar tahun 1906M-1926M [1]. Dalam konteks politik kepartian, isu kafir mengkafir muncul kembali dan ia berpunca dari kuliah pagi Tuan Guru Hj.Omar bin Daud di pondoknya, Madrasah Kubang Bemban. Dalam kuliah itu, beliau membaca tafsir surah al-Maidah, ayat  44, 45 dan 47. Bermula dari saat itu kecoh dikalangan ahli-ahli PAS di kampung itu yang beranggapan bahawa orang-orang UMNO itu kafir. Kekecohan ini merebak dengan cepat ke seluruh negeri menyebabkan Tuan Guru Hj.Omar sering dijemput menyampaikan kuliahnya di mana-mana sahaja.
Isu ini ditimbulkan ketika mana isu hukum mendirikan masjid dan bangunan sekolah-sekolah agama dengan menggunakan wang loteri sedang hangat diperkatakan.  Di kala itu UMNO mencanangkan wang loteri adalah halal dan boleh digunakan untuk mendirikan masjid dan juga sekolah-sekolah agama. Sedangkan PAS pula memandang sebaliknya dan melarang para ahli pengikutnya menerima wang itu untuk tujuan mendirikan rumah ibadat dan sekolah-sekolah agama. Ketegangan di kalangan para penyokong kedua-dua parti politik timbul ekoran pertembungan ideologi antara kedua belah pihak.  Akibatnya, sebuah masjid di Kampung Kerawang dalam kawasan pilihanraya Machang Utara yang didirikan dengan wang loteri tidak mendapat sambutan anak mukim tempatan hinggakan solat Jumaat pun gagal didirikan di masjid berkenaan[2].

Berkaitan isu kafir mengkafir; demi menjawab dan mematahkan hujjah pihak lawan yang menyatakan orang Islam tidak dilarang berkongsi kuasa memerintah negeri bersama orang-orang kafir, beberapa orang Tuan Guru daripada kalangan ahli Dewan Ulama` PAS di Pasir Mas telah mengeluarkan pendapat atau hujjah mereka sendiri yang bertentangan dengan pendapat pihak lawan  berpandukan beberapa potong ayat al-Qur`an dalam majlis pengajian di madrasah mereka.
Penulis[3] sendiri masih ingat  ketika mana diarah oleh Dato’ Mohd.Asri Hj. Muda[4] untuk  meninjau apa yang dikatakan sebagai fatwa itu serta meneliti situasi tersebut dengan menemui Tuan Guru terbabit. Dengan ditemani oleh tiga orang sahabat setia, iaitu Tengku Jaafar Ahmad, Pak Teh Musa (En.Musa Hj.Abd.Samad) dan Sayyid Abdul Kadir[5], penulis menuju ke Kampung Teliar, Bunut Susu[6] dengan menaiki keretapi dari Palekbang dan turun di Bunut Susu pada 18hb.Ogos 1963[7]. Kemudian dari Bunut Susu kami terus ke Kampung Teliar. Di rumah dan sekitar kawasan pondok, Tuan Guru Hj.Nor merupakan seorang tokoh muda ahli Dewan Ulama` PAS Kelantan yang disegani ketika itu. Beliau begitu bersemangat berpegang dengan hukum haram berkongsi kuasa memerintah negara bersama golongan bukan Islam. Sesampai di rumahnya, penulis menyampaikan maksud kedatangan[8] kepada Tuan Guru Hj.Nor.
Sukacita dengan kedatangan kami, Tuan Guru Hj.Nor menghurai secara panjang lebar tentang hasil perbincangan beliau dengan beberapa orang rakannya berpandukan beberapa sumber rujukan dan juga tafsiran kepada beberapa potong ayat suci al-Qur`an. Beliau juga menyatakan beberapa potong dari Tafsir al-Shawi ‘ala al-Jalalain dan lain-lain. Disamping itu beliau turut menyatakan pendiriannya bahawa Islam melarang orang Islam berkongsi dengan orang-orang bukan Islam memerintah negara. 
Dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri yang diadakan keesokannya pada 19hb.Ogos 1963, penulis  melaporkan hasil pertemuan dengan Tuan Guru Hj.Noor Teliar kepada Tuan Guru Hj.Abdul Ghani bin Awang Kechik[9], selaku Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan ketika itu. Tuan Guru Hj.Abdul Ghani menyatakan; pandangan yang dikemukakan kepada Setiausaha Perhubungan oleh Tuan Guru Hj.Nor Teliar adalah merupakan  pandangan  beliau sendiri dan rakan-rakannya dan ia masih belum dibawa ke pengetahuan Dewan Ulama` Negeri.  Jika masalah ini diajukan dalam Dewan Ulama Negeri, ia akan dipertimbangkan melalui kaedah tarjih[10]. Sehubungan ini, Tuan Guru Hj.Abdul Ghani menyatakan bahawa keputusan pandangan itu belum menjadi keputusan Dewan Ulama PAS Kelantan kerana belum ditarjih lagi. Oleh itu, beliau meminta agar perkara ini jangan dihebohkan terlebih dahulu kepada media dan masyarakat awam[11]. Kemudian masalah ini dirujuk kepada Mufti Kerajaan Kerajaan Kelantan, Dato’ Kaya Purba, Haji Ahmad Maher bin Haji Ismail yang mengeluarkan fatwa berkaitan masalah ini. Justeru sepanjang ingatan penulis, dalam era kepimpinan PAS dari tahun 1951 hingga tahun 1978, tiada sebarang keputusan yang dibuat atau diambil  berkaitan dengan masalah isu kafir-mengkafir.
Salinan asal fatwa kafir mengkafir oleh Mufti Dato Kaya Purba Ahmad Maher
(Peny - harapnya geng UMNO yang minat dengan K-POP pun reti baca jawi ini ....)

[1] Hydzelan Hashim, (2005)Pengaruh Nasionalisme Dalam Pemikiran Masyarakat Melayu Kelantan: Suatu Kajian di Bandar Kota Bharu, Disertasi Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM, K.Lumpur. hlm, 39-42.
[2] Mengikut mazhab Syafie, ahli Jumaat mesti terdiri daripada 40 orang mukallaf. Sila rujuk Ibn Juzay, al-Qawanin al-Fiqhiyyah. Dar al-Fikr, Beirut, hlm 73.
[3] Pada ketika itu menjawat jawatan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan.
[4] Selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan. Beliau juga dikenali dengan panggilan mesra Ayah Mat dikalangan orang-orang Pas di Kelantan.
[5] Sayyid Abdul Kadir juga tersohor dengan jolokan Ayah Nung (singkatan daripada Tuan Gunung) lantaran tubuhnya yang tinggi. Setakat ini, dua daripada sahabat pengiring, iaitu Pak Teh Musa dan Tuan Gunung  telah kembali ke rahmatullah. Yang masih tinggal ialah Tengku Jaafar bin Tengku Ahmad.
[6] Letaknya dalam jajahan Pasir Mas, Kelantan.
[7] Pada ketika itu Jambatan Sultan Yahya Petra masih dalam pembinaan.
[8] Meminta penjelasan mengenai suatu keputusan yang dikatakan telah diambil oleh beliau dan beberapa orang rakannya atas nama Dewan Ulama` Pas berkaitan dengan hukum itu.
[9] Tuan Guru Hj.Abdul Ghani ialah seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat dihormati. Beliau juga adalah salah seorang Ahli Majlis Ulama` MAIK yang berperanan mengeluarkan fatwa yang dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan Negeri. 
[10]Menimbang dengan teliti disamping membuat perbandingan dengan pendapat-pendapat lain berdasarkan nas-nas yang muktabar.
[11] Sila rujuk Minit Mesyuarat Perhubungan PAS bertarikh 19hb.Ogos 1963.

Isnin, 2 Julai 2012

ADUN UMNO JOHOR DISAHKAN doktOR CHUA SOI LEK SEBAGAI HILANG AKAL !



Cadang hudud: ADUN Umno 'hilang akal', kata MCA

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut.

Dalam satu tulisannya di Twitter malam tadi, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan.

"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya.

Tambahnya, MCA "pastinya" menentang usaha seperti itu.

Ayub yang merupakan ADUN Kemelah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Ketika diminta menjelaskan cadangannya itu, berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" – yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.

Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam, kata Ayub yang memberi contoh Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan).


Beliau berpandangan bahawa undang-undang itu menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan di antara orang Islam dan bukan Islam.

Pendiriannya itu meletakkan MCA sebagai parti kedua paling besar dalam BN dalam kedudukan sukar.

MCA sebelum ini lantang mengkritik undang-undang hudud dan sentiasa menyerang PAS atas rancangan pelaksanaan undang-undang syarie yang didakwa akan menakutkan pelabur asing.

MCA menjadikan kritikan ke atas hudud sebagai bahan kempen utamanya dalam menghadapi pilihan raya umum untuk menentang seterunya, DAP. -mk
                                                            Grafik: Pencinta keadilan.


Hudud: Kelantan ada halangan, jika Johor dahului silakan


KUALA LUMPUR: “Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons setelah membaca kenyataan Adun Umno Johor di dalam Sidang Dun Johor, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Johor melaksanakan hudud mendahului Kelantan serta mencabar PAS menyokong hukum hudud itu walaupun datang dari Umno.

“Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah.

“Insya Allah giliran Kelantan akan tiba juga. Sekali lagi saya nyatakan, saya menyokong sepenuh hati,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS melalui Facebooknya.

Justeru, harapan beliau agar cadangan itu tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan.

“Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia.

“Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu untuk melihat langkah seterusnya,” ujarnya lagi.
-HD

ULASANKU : SYABAS buat mu wahai ADUN UMNO Johor !!! Apa saja niat mu yang pasti HUDUD (baca : Undang-undang Jenayah Syari'ah) mesti dilaksana dan ditegakkkan .... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...