Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 9 Julai 2012

PAS haramkan berkerjasama dengan bukan Islam ?

Soalan

assalamualaikum...apa yang perlu saya jawab jika ada yang persoalkan tentang kerjasama dengan DAP bila mereka suruh kita rujuk pada ini...

"" Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram " - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

boleh tak dikalangan kita yang huraikan?

Jawaban

UMNO main isu je yang mereka reti lepas tu jual nama (baca : memfitnah) Dewan Ulamak PAS Kelantan untuk mereka dapat 'untung (?)' dunia akhirat .. hihi
Artikel di bawah ini adalah jawaban yang paling sesuai dan 'UM telah menyuntingnya daripada towardsmardhatillah untuk disesuaikan dengan soalan Saudara Penanya.

Isu Kafir Mengkafir

Mengikut catatan sejarah, pada awalnya isu kafir mengkafir ini mulai heboh dikalangan masyarakat Melayu apabila dua kelompok masyarakat berpendidikan agama yang tersohor dengan jolokan kaum muda dan kaum tua saling bertelingkah dalam beberapa masalah fiqh seperti masalah peranan akal dalam memahami ajaran Islam, ijtihad dan taqlid serta pandangan dan kritikan terhadap kitab fiqh klasik pada sekitar tahun 1906M-1926M [1]. Dalam konteks politik kepartian, isu kafir mengkafir muncul kembali dan ia berpunca dari kuliah pagi Tuan Guru Hj.Omar bin Daud di pondoknya, Madrasah Kubang Bemban. Dalam kuliah itu, beliau membaca tafsir surah al-Maidah, ayat  44, 45 dan 47. Bermula dari saat itu kecoh dikalangan ahli-ahli PAS di kampung itu yang beranggapan bahawa orang-orang UMNO itu kafir. Kekecohan ini merebak dengan cepat ke seluruh negeri menyebabkan Tuan Guru Hj.Omar sering dijemput menyampaikan kuliahnya di mana-mana sahaja.
Isu ini ditimbulkan ketika mana isu hukum mendirikan masjid dan bangunan sekolah-sekolah agama dengan menggunakan wang loteri sedang hangat diperkatakan.  Di kala itu UMNO mencanangkan wang loteri adalah halal dan boleh digunakan untuk mendirikan masjid dan juga sekolah-sekolah agama. Sedangkan PAS pula memandang sebaliknya dan melarang para ahli pengikutnya menerima wang itu untuk tujuan mendirikan rumah ibadat dan sekolah-sekolah agama. Ketegangan di kalangan para penyokong kedua-dua parti politik timbul ekoran pertembungan ideologi antara kedua belah pihak.  Akibatnya, sebuah masjid di Kampung Kerawang dalam kawasan pilihanraya Machang Utara yang didirikan dengan wang loteri tidak mendapat sambutan anak mukim tempatan hinggakan solat Jumaat pun gagal didirikan di masjid berkenaan[2].

Berkaitan isu kafir mengkafir; demi menjawab dan mematahkan hujjah pihak lawan yang menyatakan orang Islam tidak dilarang berkongsi kuasa memerintah negeri bersama orang-orang kafir, beberapa orang Tuan Guru daripada kalangan ahli Dewan Ulama` PAS di Pasir Mas telah mengeluarkan pendapat atau hujjah mereka sendiri yang bertentangan dengan pendapat pihak lawan  berpandukan beberapa potong ayat al-Qur`an dalam majlis pengajian di madrasah mereka.
Penulis[3] sendiri masih ingat  ketika mana diarah oleh Dato’ Mohd.Asri Hj. Muda[4] untuk  meninjau apa yang dikatakan sebagai fatwa itu serta meneliti situasi tersebut dengan menemui Tuan Guru terbabit. Dengan ditemani oleh tiga orang sahabat setia, iaitu Tengku Jaafar Ahmad, Pak Teh Musa (En.Musa Hj.Abd.Samad) dan Sayyid Abdul Kadir[5], penulis menuju ke Kampung Teliar, Bunut Susu[6] dengan menaiki keretapi dari Palekbang dan turun di Bunut Susu pada 18hb.Ogos 1963[7]. Kemudian dari Bunut Susu kami terus ke Kampung Teliar. Di rumah dan sekitar kawasan pondok, Tuan Guru Hj.Nor merupakan seorang tokoh muda ahli Dewan Ulama` PAS Kelantan yang disegani ketika itu. Beliau begitu bersemangat berpegang dengan hukum haram berkongsi kuasa memerintah negara bersama golongan bukan Islam. Sesampai di rumahnya, penulis menyampaikan maksud kedatangan[8] kepada Tuan Guru Hj.Nor.
Sukacita dengan kedatangan kami, Tuan Guru Hj.Nor menghurai secara panjang lebar tentang hasil perbincangan beliau dengan beberapa orang rakannya berpandukan beberapa sumber rujukan dan juga tafsiran kepada beberapa potong ayat suci al-Qur`an. Beliau juga menyatakan beberapa potong dari Tafsir al-Shawi ‘ala al-Jalalain dan lain-lain. Disamping itu beliau turut menyatakan pendiriannya bahawa Islam melarang orang Islam berkongsi dengan orang-orang bukan Islam memerintah negara. 
Dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri yang diadakan keesokannya pada 19hb.Ogos 1963, penulis  melaporkan hasil pertemuan dengan Tuan Guru Hj.Noor Teliar kepada Tuan Guru Hj.Abdul Ghani bin Awang Kechik[9], selaku Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan ketika itu. Tuan Guru Hj.Abdul Ghani menyatakan; pandangan yang dikemukakan kepada Setiausaha Perhubungan oleh Tuan Guru Hj.Nor Teliar adalah merupakan  pandangan  beliau sendiri dan rakan-rakannya dan ia masih belum dibawa ke pengetahuan Dewan Ulama` Negeri.  Jika masalah ini diajukan dalam Dewan Ulama Negeri, ia akan dipertimbangkan melalui kaedah tarjih[10]. Sehubungan ini, Tuan Guru Hj.Abdul Ghani menyatakan bahawa keputusan pandangan itu belum menjadi keputusan Dewan Ulama PAS Kelantan kerana belum ditarjih lagi. Oleh itu, beliau meminta agar perkara ini jangan dihebohkan terlebih dahulu kepada media dan masyarakat awam[11]. Kemudian masalah ini dirujuk kepada Mufti Kerajaan Kerajaan Kelantan, Dato’ Kaya Purba, Haji Ahmad Maher bin Haji Ismail yang mengeluarkan fatwa berkaitan masalah ini. Justeru sepanjang ingatan penulis, dalam era kepimpinan PAS dari tahun 1951 hingga tahun 1978, tiada sebarang keputusan yang dibuat atau diambil  berkaitan dengan masalah isu kafir-mengkafir.
Salinan asal fatwa kafir mengkafir oleh Mufti Dato Kaya Purba Ahmad Maher
(Peny - harapnya geng UMNO yang minat dengan K-POP pun reti baca jawi ini ....)

[1] Hydzelan Hashim, (2005)Pengaruh Nasionalisme Dalam Pemikiran Masyarakat Melayu Kelantan: Suatu Kajian di Bandar Kota Bharu, Disertasi Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM, K.Lumpur. hlm, 39-42.
[2] Mengikut mazhab Syafie, ahli Jumaat mesti terdiri daripada 40 orang mukallaf. Sila rujuk Ibn Juzay, al-Qawanin al-Fiqhiyyah. Dar al-Fikr, Beirut, hlm 73.
[3] Pada ketika itu menjawat jawatan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan.
[4] Selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan. Beliau juga dikenali dengan panggilan mesra Ayah Mat dikalangan orang-orang Pas di Kelantan.
[5] Sayyid Abdul Kadir juga tersohor dengan jolokan Ayah Nung (singkatan daripada Tuan Gunung) lantaran tubuhnya yang tinggi. Setakat ini, dua daripada sahabat pengiring, iaitu Pak Teh Musa dan Tuan Gunung  telah kembali ke rahmatullah. Yang masih tinggal ialah Tengku Jaafar bin Tengku Ahmad.
[6] Letaknya dalam jajahan Pasir Mas, Kelantan.
[7] Pada ketika itu Jambatan Sultan Yahya Petra masih dalam pembinaan.
[8] Meminta penjelasan mengenai suatu keputusan yang dikatakan telah diambil oleh beliau dan beberapa orang rakannya atas nama Dewan Ulama` Pas berkaitan dengan hukum itu.
[9] Tuan Guru Hj.Abdul Ghani ialah seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat dihormati. Beliau juga adalah salah seorang Ahli Majlis Ulama` MAIK yang berperanan mengeluarkan fatwa yang dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan Negeri. 
[10]Menimbang dengan teliti disamping membuat perbandingan dengan pendapat-pendapat lain berdasarkan nas-nas yang muktabar.
[11] Sila rujuk Minit Mesyuarat Perhubungan PAS bertarikh 19hb.Ogos 1963.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...