Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 28 Oktober 2011

Bagaimana Kerajaan Barisan NAsional Menggunakan Wang Negara & Bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat Mengurus Pentadbiran

 
~klik 2x di atas gambar untuk besarkannya~

Gambar-gambar ini aku cilok dari album P.Tam Azam Awang, credit untuk beliau.


Suatu kenyataan. Suatu realiti.
Suatu pemberitahuan. Suatu perbandingan.
Suatu perkara yang harus difikirkan bersama.
Siapa yang lebih amanah dalam mentadbir negeri?
Siapa yang lebih bijak dalam melaksanakan amanah yang diberi?
Siapa yang perlu diundi? Lu fikirkanlah sendiri...
Lu langsi lu punya pasallah.. Lu tanggunglah bila dah sampai ajal nanti.


Apa yang wajib bagi anda adalah memilih pemimpin yang melaksanakan tanggungjawabnya. Jika pilihan anda tetap kepada mereka yang khianat kepada amanah maka tunggulah saat kebinasaan yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya. Anda tanggunglah pembalasan akibat kesengsaraan yang dilalui oleh mereka yang dizalimi. Sesungguhnya doa mereka yang dizalimi tiada hijab dan dosa terhadap seseorang tidak akan diampunkan Allah melainkan diampunkan oleh si mangsa sendiri..

Wallahu a'lam


Rabu, 26 Oktober 2011

Nasionalis punca murtad - Nik Aziz

Nazri Abdullah (Harakahdaily)   
KUALA LUMPUR, 25 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan gejala murtad yang berlaku di negara ini adalah akibat tidak melaksanakan pemerintahan Islam.

Menurutnya, dengan mengambil fahaman nasionalis, menyebabkan manusia akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman kebangsaan.

"Di Malaysia ni punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak Islam ambik kebangsaan.

"Daripada rasa lekeh ini lah timbul masalah menggelongsor luruh daripada Islam. Ini kita panggil murtad," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS adalah parti pertama di negara ini yang memperjuangkan Islam.

Jika ada pihak yang mendakwa PAS tidak berusaha menentang murtad, beliau berkata tomahan itu salah kerana penubuhan PAS itu sendiri mahu mempertahankan Islam.

"PAS orang pertama mempertahan Islam.

"Bila Islam itu diperjuangkan maka segala perkara membawa manusia kepada Islam kita akan gunakan dan segala perkara yang memberi mudarat kepada Islam, PAS akan tentang," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan golongan pendakwah di negara ini agar jangan hanya melihat tugas dakwah sekadar menyeru masyarakat memakai serban dan jubah, malah lebih penting katanya adalah menegakkan pemerintahan Islam secara keseluruhan.

"Sekarang ini golongan pendakwah banyak, tetapi mereka berkisar hanya pada pakai serban sunnah nabi, berjanggut sunnah nabi dan berjubah sunnah nabi.

"Kita tinggal perkara paling penting sekali iaitu memerintah dengan Islam yang juga sunnah nabi. Ekonomi cara Islam, budaya cara Islam, sosial cara Islam dan politik cara Islam," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata PAS konsisten memperjuangkan isu murtad sejak dahulu lagi.

Katanya, sejak 1990, sudah tiga kali PAS membawa undang-undang persendirian mengawal murtad di parlimen.

Bagaimanapun usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet itu tidak diangkat sehingga sidang parlimen habis.


Selain itu, ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy dan Hartina Kamarudin, PAS adalah parti paling hadapan melawan isu itu pada ketika itu bukannya Umno atau mana-mana NGO.


[Lihat VIDEO]



Khamis, 20 Oktober 2011

:: JAWABAN BALAS KEPADA MEREKA YANG MENUDUH PAS MUNAFIK ::


" Apakah UMNO Sejahat Dan Sezalim Yahudi !!??"


Oleh : Ustazthrash Mujahid.

Muqaddimah

Wahai saudara-saudaraku sekalian daripada parti UMNO khusus kepada yang menuduh kami munafik atau menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat (?),

Bacalah kalian dengan hati yang tenang dengan menyebut nama Allah seikhlasnya dan mohonlah hidayah kepadaNya. Luangkanlah sedikit masa supaya ditunjukkan kebenaran dan berupaya membezakan kebaikan dan keburukan. Daku akan berusaha untuk melembutkan bahasa aku sekadar mampu walaupun ia adalah sesuatu yang payah kerana mana mungkin memperbaiki kereta yang kemek seperti mengisi tayar kempis dengan angin.


Ya Allah tiada yang mudah melainkan apa yang telah Engkau jadikannya mudah, dan Engkau menjadikan kebimbangan (kesusahan) itu dengan mudah apabila Engkau kehendaki, maka permudahkanlah kepada kami akan urusan kami dan matikanlah kami dalam keadaan yang baik. Sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa atas setiap sesuatu.

Sebarang kelemahan dan kesilapan di dalam penulisan saya ini di harap mendapat teguran dan tunjuk ajar dari semua pihak, semoga jasa baik yang dicurahkan mendapat pembalasan sebaik-baiknya dari Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Daku sudahi muqaddimah ini dengan menukilkan ucapan Nabi Allah Syu’ib AS yang termaktub ucapannya di dalam Al Quran, ayat ke88 daripada surah Hud.
Firman Allah : Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. KepadaNya jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.

Pengenalan Ringkas Tentang Kebenaran.


فَإِنَّ أَصْدَقَ الحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَأَحْسَنَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمُّدٍ  صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ


Maka sesungguhnya sebenar-benar pertuturan ialah Kitab Allah azzawajalla, dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad , dan seburuk-buruk urusan ialah perkara-perkara baru (di dalam agama). Maka sesungguhnya setiap perkara baru itu adalah  bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan, dan setiap kesesatan itu adalah di dalam api neraka. [Shahih Muslim]
Jika mahu bercakap tentang kebenaran, maka kenalah kenal apa itu kebenaran sedang kebenaran hanya ada dalam al Quran dan as Sunnah serta ijma' jg qias, ramai yang mengatakan diri mereka mengerti namun tidak dapat membezakan hujah naqli dan aqli, ramai yang berbicara mengenai keimanan, namun masih tidak dapat membezakan mana ketauhidan yang sebenar -rububiyah tidak difahami. Yang adapun kadangnya hanyalah uluhiyah, namun yang dipelajari pula hanyalah sekadar sifat.. penghuraian Asma' pula jarang sekali difahami.

Dan tidak pula dapat membezakan antara qudwah nabi Muhammad SAW dan khutwah syaitan laknatullah. Bercakap mengenai al Qur'an namun tak mengenali ayat muhkamat dan mutasyabihat, ayat mujmal dan lain-lain. Ramai yang bercakap dan berhujah dengan hadis namun tidak kenal sanad dan isnad, thoraf, sababul wurud apalagi nak mengenali ilmu al jarh wat ta'dil ... Tidak boleh membezakan nas qat'ie dan zanni. Dan ramai mahu membentuk minda Islam ke dalam fikiran pejuang-pejuang Islam namun mereka sendiri tidak berupaya membeza mana dakyah orientalis dan dakwah sebenar kerana tidak pernah sekalipun belajar mengenai fiqh siyasah.

Sesungguhnya akal kita tidak bisa menembus sesuatu yang rumit melainkan dengan petunjuk Allah SWT dan pedoman itulah menjadi kebenaran.

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah : 216)

Jika tidak mengenali yang asas ini, berhujahlah dengan pandangan alim ulama bukan beramal dengan pandangan pendokong nasionalisme. (hanya sedikit penjelasan muqaddimah, janganlah kata daku ini dianggap melalut, inilah ajaran agama kita).
Saudaraku sekalian ingatlah akan dua perkara ini :
  • Ketidaktahuan seseorang terhadap akibat atau balasan sebuah perbuatan ataupun ketentuan Allah, menjadikannya menyenangi perbuatan yang dibenci atau diharamkan, dan menjadikannya membenci dan menjauhi perbuatan yang sebenarnya dicintai dan diridhai Allah, walaupun terkadang bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsunya.
  • Seluruh perintah Allah adalah baik, dan seluruh larangan-laranganNya adalah buruk. Maka dari itu wajib bagi setiap muslim untuk melaksanakan seluruh perintahNya dan menjauhi seluruh larangan-laranganNya.
Sebelum kita meneruskan lagi, sama-samalah kita menghindari syirik yakni sebesar-besar dosa dengan membaca doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. :

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada menyekutukan Engkau padahal aku mengetahui dan aku memohon keampunan Engkau (daripada menyekutukan Engkau dengan sesuatu) yang tidak aku ketahui.” [Shahih al-Jami’ al-Shagiir, no: 3731]

Suatu Jawaban Dalam Bentuk BIDASAN SOALAN (Mirror).

Ini hanya suatu ingatan dalam kenyataan berbentuk kecaman bahawa kalian telah menyokong pihak yang salah kerana sentiasa bersama pimpinan yang salah.
Dalil-dalil yang akan daku datangkan adalah sebagaimana dengan kehendak utama al Quran diturunkan Allah, InsyaAllah. Ingatlah Al Quran itu adalah al Furqan juga 'mubasiran wa naziira'. Ingatlah oleh kalian akan kaedah penafsiran yang digunakan para mufassirin:
العبرة بعموم الحكم لا بخصوص السباب  
Pengajaran itu dengan UMUM hukum, bukan dengan pengkhususan sebab.

Saudaraku yang dihormati sekalian, anda mesti faham, celikkan mata hati anda dan fikirkan dengan sebaiknya. Tiada lagi wahyu baru yang perlu menyebut 'wahai UMNO' secara khusus.

Jangan biarkan hati anda sampai tertutup rapat.
فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh Azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). 
(  Al-Baqarah 2 : 10 )

Tafsir Jalalain : (Dalam hati mereka ada penyakit) berupa keragu-raguan dan kemunafikan yang menyebabkan sakit atau lemahnya hati mereka. (Lalu ditambah Allah penyakit mereka) dengan menurunkan Al Quran yang mereka ingkari itu. (Dan bagi mereka siksa yang pedih) yang menyakitkan (disebabkan kedustaan mereka.)

Yukadzdzibuuna dibaca pakai tasydid, ertinya amat mendustakan, yakni terhadap Nabi Allah dan tanpa tasydid yakdzibuuna yang bererti berdusta, yakni dengan mengakui beriman padahal tidak.

Sesungguhnya proses bertambahnya tutupan dan bertambah kuatnya kunci hati dan pendengaran orang-orang Islam adalah kerana sikap yang sentiasa melakukan dosa sehingga hilanglah cahaya imannya, di mana kemudian berubahlah dia menjadi munafik dan akhirnya kafir telah diterangkan oleh hadis:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن المؤمن إذا أذنب ذنبا كان نقطة سوداء في قلبه، فإن تاب ونزع واستعتب صقل قلبه وان زاد زادت حتى تغلق قلبه

Bersabda Rasulullah saw. : "Sesungguhnya orang yang beriman apabila ia mengerjakan perbuatan dosa terdapatlah suatu titik-titik hitam di dalam hatinya, maka jika ia bertaubat, mencabut perbuatannya dan berusaha untuk menghapuskannya cemerlanglah hatinya dan jika dia tambah mengerjakan perbuatan buruk bertambahlah titik itu hingga tertutup hatinya".
[H.R At Tirmizi dan Ibnu Jarir At Tabari dari Abu Hurairah]

Justeru itu, janganlah kalian asyik tingkatkan draf dan mengisi jadual kalian dengan anjuran majlis atau perbuatan-perbuatan maksiat terutamanya perbuatan pemberian lesen dan hiburan jika tak mampu menghapuskannya sekaligus. Nanti hati kalian pastinya hitam dan terus tertutup berdasarkan hadis di atas!

Pastinya saudara sekalian yang menuduh PAS 'munafik' berpenyakit bimbang dan ragu-ragu melihat kemenangan demi kemenangan di capai oleh harakah Islamiah yang berjaya menggerakkan sahwatul Islamiah, pastinya situasi ini menimbulkan ketegangan jiwa yang sangat.

Bersabarlah saudara yang dihormati sekalian akan kata-kataku, sesungguhnya daku hanya mampu berbahasa sebegini dalam memahamkan kalian. Maka daku memohon kepada kalian lihatlah kami dari kacamata seorang Muslim bukan melihat daripada kacamata Lord Reid yang menjahanamkan perpaduan sesama kita.

Silalah melihat pada hujah-hujah yang saya akan datangkan ini. Jangan biarkan akal fikiran kalian terus bertambah lemah untuk menanggapi kebenaran agama dan memahaminya, seperti yang diungkapkan Allah dengan firman-Nya:
لَهُمْ قُلُوبٌ لا يفقهون بها

...mereka mempunyai hati yang tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah).
( Al A'raf : 179)

Bukti-bukti yang nyata dari cahaya kebenaran yang terang benderang jelas bagi kalian, namun mengapa kalian enggan menerimanya, bahkan kalian bertambah erat berpegang kepada pendirian yang lama. Cahaya terang menjadi gelap di mata kalian dan menjadi penyakit di hati kalian. Apakah hati kalian bertambah susah disebabkan lenyapnya kepemimpinan kalian sedikit demi sedikit. Iri dan dengki tambah mendalam kerana melihat kukuhnya Islam hari demi hari adalah simptom-simptom penyakit munafik yang bermaharajalela dalam hati kalian.

Maka inilah sebahagian pendirian dan kecaman saudaramu ini dalam beberapa perkara berkaitan UMNO sebagai pembuktian supaya benderanglah kembali mata hati kalian akan kesalahan yang berlaku dalam kalangan pemimpin kalian, apapun tiadalah mampu saudaramu ini menyatakannya kesemua sekali. Semoga Allah memberi ampunan dan hidayah kepada saudara mu ini juga kalian.

Maafkan penulisanku selepas ini kerana ia berbentuk sedikit karya juvenalia berfakta yang pastinya mungkin merobek hati kalian lagi, namun semoga kali ini robeknya penyakit nafsu yang angkuh. Telah daku katakan daku akan berusaha sedaya mungkin untuk menggunakan bahasa yang sebaiknya walaupun mungkin sedikit keras kerana ini sahaja cara yang ada untuk mengetuk hati yang penuh dengan karat.

1- Siapakah yang dimaksudkan membeli 'DUNIA' sehingga sanggup mengingkari AL QURAN ?? Sesungguhnya mereka ini adalah golongan yang dimurkai dan bakal mendapat azab sengsara yang menghinakan. Sah-sah sudah dari dulu setiap pimpinan UMNO pernah melakukan upacara di hadapan tugu negara sedang masa tu dah ada fatwa sebelum daripada Majlis Fatwa Kebangsaan. Pengakuan mereka menganut Islam kembali tidak diistiharkan?? Tiba-tiba je hari ni bercakap bab Islam?? Tapi tak apalah, mungkin mereka sudah lakukan taubat. Namun mengapa halal haram tidak dipeduli, asalkan ada untung jalan?!

Firman Allah : Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh Azab sengsara yang menghinakan. ( Al-Baqarah 2 : 90 )

2- Nak heran apa jika pimpinan UMNO itu lagi teruk daripada MIC dan MCA, apalagi jika nak banding dengan DAP (sila rujuk mengenai jenis-jenis kafir). Dah ada jelas dalam al Quran. Daku apa peduli kalau dah kenyataan kinayah mereka selama ini seolah-olah mengaku gilakan dunia lebih daripada segalanya. Oleh kerana daku tak pernah dengar pengakuan ini secara sorih. Maka daku rasa masih ada ruang untuk membetulkan keadaan. Dah tua pun tak mau mengaji sebab rasa hidup lama lagi. Kalau reti sah mengajar rakyat dalam kuliah bukan dalam konsert. Harta bertambun pun duk tak cukup. Kekayaan pemimpin BN memang jelas.. apapun akhirnya mati dan terima azab jugak!

Firman Allah : Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya) dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari Azab (yang disediakan oleh Allah) dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan. ( Al-Baqarah 2 : 96 )

3- Pimpinan UMNO pasti dilihat ramai golongan agama adalah dalam kategori manusia yang paling zalim atas dunia kerana sedikitnya golongan lulusan agama dalam UMNO. Daku juga berani mengatakan mereka bersikap sama dengan Yahudi! Daku takkan lupa kes pembunuhan di Memali bukan setakat segama malah sebangsa. Ramai mana dah rakyat dihalau daripada tanah mereka sendiri dengan mempergunakan akta tanah negara. Konon untuk memajukan negara. Tapi sebenarnya untuk mereka buat projek yang boleh untungkan mereka. Isu Kampung BAru masih BAru.. tunggu dan lihat!

Firman Allah : Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam Azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.  ( Al-Baqarah 2 : 85 )

4- Siapa yang lebih zalim ?? Pimpinan UMNO tak layak masuk masjid selagi tak ubah sikap, nanti habis masjid diroboh lagi. Apa kalian sudah lupa siapakah yang merobohkan masjid di Bujal, Kemaman, Terengganu? Menaikkan masjid Kristal al Dhirar di Pulau Wan Man. Itu belum dikira merobohkan Institut Berakan yang mengajar agama. Kalau nak cakap bab halang dakwah Islam dah terbukti banyak sangat. Tauliah-tauliah dan permit-permit dijadikan alasan. Karoeke haram yang bersepah dibiarkan semakin bertambah. Nah, rasalah azab kecaman Penguasa aku dan kalian yakni Allah RAJA Sekalian raja-raja ini jika kalian terus dengan sikap begitu.

Firman Allah : Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat Azab seksa yang amat besar.
( Al Baqarah 2 : 114 )

Saudara-saudaraku yang dihormati sekalian walaupun kalian mengatakan PAS "munafik" atau parti ajaran sesat (?),

Mengapa perlunya daku dan saudara-saudarku selama ini berusaha  memahamkan kalian akan aqidah perjuangan sebenar melalui kaedah kecaman terhadap aqidah perjuangan nasionalisme dan sekularisme. Tidak lain tidak bukan semata-mata untuk memberi suatu perbandingan yang jelas kepada kalian. Sehingga jelas keimanan dalam perjuangan. Semoga mereka yang masih celik mata hati kembali ke atas jalan kebenaran. Namun daku tidak menafikan di antara kami ada segelintir yang sangat kasar terlampau. Apa sekalipun janganlah kalian pisahkan dan menjual ayat-ayat Allah kerana habuan dunia. Apakah kalian tidak mahu melihat kemenangan Islam sedangkan daku masih yakin kalian mahu memartabatkan Islam. Bukankah hanya mukmin yang dijanjikan kemenangan! InsyaAllah kemenangan dunia akhirat pasti milik mereka yang beriman.

Firman Allah SWT : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
(An Nur : 55)

Sesungguhny hanya mereka yang sedar mereka berpenyakit sahaja akan berusaha merawat penyakit mereka.

Abu Umamah RA meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
عليكم بالجهاد في سبيل الله فإنه باب من أبواب الجنة، يذهب الله به الهم والغم
Hendaklah kamu berjihad fi sabilillah, sebab ia adalah salah satu pintu-pintu Jannah. Sesungguhnya Allah menghilangkan segala duka dan lara dengan jihad
(Ath-Thabrani : Mu’jamul Ausath)
Pesan dan wasiat al marhum sheikh Fathi Yakan yang mursyid:
Sesungguhnya kemuliaan perjuangan Islam tidak berhak dimiliki oleh mereka yang hanya fasih berbicara. Tetapi sesungguhnya kemuliaan itu hanya berhak dimiliki oleh mereka yang hidup dan matinya untuk Islam serta tidak terlena oleh harta benda dan yang lain dari ingat kepada Allah dan jihad fisabilillah.


Saudaraku sekalian sekalian, berjuanglah bersama mereka yang mengangkat kalimah Laa ilaaha illalLah, melaungkan sebesar slogan iaitu Allahu Akbar dan meletakkan Al Quran, as Sunnah, Ijma' dan qias sebagai perlembagaan. Mungkin kalian tidak mahukan PAS kerana ada kelemahan, daku akui hakikat itu. Sesungguhnya tiada yang maksum, namun berusahalah bersama kami yang meletakkan ISLAM sebagai dasar perjuangan dan sentiasa berusaha melaksanakannya. Ubahlah kami dengan hujah-hujah Islam kerana akal tidak mampu mengetahui kebenaran sesuatu jika tiada pedoman. 
Penutup.

Saudaraku sekalian yang dihormati, tiadalah saudaramu ini memaksa... Dalam ertikata yang lain pilihlah sama ada untuk mengubah hala UMNO ke atas landasan Islam jika kalian rasa kalian adalah orang yang berkemampuan menegakkan Islam dalam UMNO.  Atau jalan terbaiknya adalah tinggalkan sahaja UMNO kerana jelas dasar UMNO seolah-olah tidak memberi ruang untuk para alim ulamak mereka bersuara sebebas-bebasnya kerana parti yang dasar perjuangannya bukan ISLAM seolah-olah tidak perlukan hidayah lagi. Maka azab seksa Allah yang lebih layak bagi mereka.

Wahai saudaraku sekalian yang sangat hebat, kalian sememangnya hebat menentang perjuangan PAS namun kalian lebih hebat sekiranya meninggalkan segala kepentingan kalian yang bersama musuh kebenaran... Tinggalkan mereka demi mencari dan memperjuangkan kebenaran. Pastinya Allah memberi kalian pengganti yang lebih baik... yakinlah!

Bersyairlah Abu Firas al-‘Amiri yang dikenali dengan Majd al-‘Arab:

“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”. (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).

Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Saudara pilihlah sahabat seperjuangan yang baik kerana seseorang akan mengikuti pendirian sahabatnya, kerana itu hendaklahnya seseorang itu memperhatikan siapakah yang patut di jadikan kawan dan hendaklah pula ia menunjukkan teladan yang baik juga kepada sahabatnya.

Sebuah syair yang lain ada menyebut : “ Siapa yang bergaul dengan orang baik akan jadi mulia dan orang yang bergaul dengan orang-orang yang rendah akhlaknya pasti tidak mulia.” - Al-Hikam oleh Syeikh Ibnu Atha-illah as Sakandari


Firman Allah SWT :


يا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِيْنِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّوْنَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ وَلاَ يَخَافُوْنَ لَوْمَةَ لاَئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللهِ يُؤْتِيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ

"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa diantara kamu yang murtad dari Diennya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mu’min, dan bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan yang tidak takut terhadap celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang di kehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi maha mengetahui.” 
(Al Mai’dah: 54)

Justeru itu hendaklah dibezakan kefahaman antara kewajiban dan paksaan dalam hal ini.

Daripada Anas B. Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda:- "Tiga (3) perkara apabila terdapat dalam diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka".  (Hadth Sahih Riwayat Muslim)

Apakah Yang Menciptakan kita tidak boleh mewajibkan kita untuk taat, patuh dan selamat di bawah naunganNya. Murka dan mengazab sama ada di dunia atau di akhirat apabila hambaNya itu ingkar? Apakah seorang ibu tidak boleh menetapkan peraturan yang sesuai untuk kebaikan si anak di bawah peliharaannya? Apakah seorang ibu tidak boleh memarahi anak yang degil dan merotannya apabila perlu??

Apabila menolak Islam maka mereka mesti ingat bahawa adanya ancaman daripada Al Khaliq sama ada dunia atau akhirat. Kenapa pula perlu adanya ancaman dan pelaksanaan hukuman apabila ada yang murtad? Jawabannya kerana manusia yang pernah bergelar Muslim (yang patuh/ taat dan selamat) telah mendiskriminasikan ALLAH yang selayaknya disembah oleh sekalian makhluk! Mereka ini telah mengkhianati dan kufur terhadap nikmat Iman dan Islam. Jika ciptaan sudah ada rekod menderhakai Yang Maha Pencipta, maka tidak mustahil untuk mereka menderhaka kepada negara dan segala-galanya? Dalam erti kata lain orang yang murtad adalah pengganas sama ada mereka sedar atau tidak.

Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang gemar mengingatMu, gemar memohon ampunanMu dan gemar bertaubat (kembali) ke jalanMu. Amin ya Rabb.

Sama-samalah kita memohon ketetapan di dalam beragama ini dan tetap terus melaksanakan takhlif ke atas kita, InsyaAllah semoga kita diberkati dalam kehidupan yang sementara ini.

Kemudian ingatlah untuk selalu 'renew' perjanjian dengan membaca sayyidul istighfar secara yakin dan di mana daripada keyakinan inilah lahirnya kesungguhan di dalam melaksanakan amanah sebagai seorang hambaNya yang sebenar sehingga layak untuk kita mendapat keredhaan ALLAH serta syafaat Rasulullah dan layak menjadi penghuni bersama kaum mukminin di syurga.

Nabi shallallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Penghulu Istighfar ialah kamu berkata:

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

(Ya Allah, Engkau adalah Rabbku. Tiada ilaha selain Engkau. Engkau telah menciptakan aku, dan aku adalah hambaMu dan aku selalu berusaha menepati ikrar dan janjiku kepadaMu dengan segenap kekuatan yang aku miliki. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui betapa besar nikmat-nikmatMu yang tercurah kepadaku; dan aku tahu dan sadar betapa banyak dosa yang telah aku lakukan. Karenanya, ampunilah aku. Tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau).”  Barangsiapa yang membaca doa ini di  petang hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada malam harinya, maka dia termasuk penghuni surga. Barangsiapa yang membaca doa ini di pagi hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada siang harinya, maka dia termasuk penghuni syurga.” (HR Bukhari 5831 - 7/150)



Hanya inilah yang daku mampu buat masa ini untuk menyedarkan kalian. Maafkan daku atas segalanya. Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diriku ini sendiri. Wallahu a'lam.

NIKMAT MEMBANGUN BERSAMA ISLAM : Beruntungnya Belia dan Beliawanis Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Pembangunan Insan, Abdul Fattah Mahmood berkata, sejak skim bantuan Az Ziwaaj diwujudkan kerajaan negeri awal tahun ini seramai 2344 pasangan pengantin di kalangan penduduk miskin mendapat manfaatnya.

Katanya, bantuan tersebut boleh digunakan sebagai wang hantaran bagi meringankan bebanan keluarga miskin melangsungkan perkahwinan anak.

Ketika menggulung perbahasan bajet 2012 bagi jawatankuasanya kata beliau tahun hadapan akan dilaksanakan program ’Jurus’ membabitkan golongan belia dan beliawanis di satu tempat mengikut batasan syariat.

”Melalui program itu membolehkan mereka berkenalan dan dapat merancang perkahwinan lebih awal bagi mengelakkan gejala kurang sihat,” ujarnya.

Menurutnya juga kerajaan negeri bercadang mewujudkan Ladang Belia di dua lokasi yang sudah dikenal pasti iaitu di Hulu Sat membabitkan kawasan seluas 38 ekar dan Dabong, Kuala Krai (377 ekar).

”Ladang Belia di Hulu Sat akan ditanam tanaman segera tuai, manakala di Dabong akan dijadikan sebagai tapak ladang. Pada peringkat awal seramai 67 belia akan ditempatkan di Ladang Belia Dabong.

”Setiap belia yang dipilih dengan syarat yang ketat akan diberi lot seluas empat hingga enam ekar setiap seorang,” katanya. (harakahdaily, 20 Oktober 2011)

Ulasanku :

EHHH... syoknyee dapat kahwin walaupun susah. Alhamdulillah. Kalau rakyat negeri BN lain rasa nak dapat nikmat dunia dan terlepas dosa sebab tak mampu yang sama janganlah undi BN lagi.

Perbelanjaan negara boros untuk sambutan tahun baru pastu bertambah senarai baru si gadis dapat boroii tanpa bapa... APA KEJADAHNYA!

BEBERAPA CONTOH ANAK ORANG MISKIN YANG TAK LEH NAK KAWIN ....

Ini anak ketuanan Melayu Najib. Bukan anak Lim Guan Eng.




Ini anak Nazri Aziz. Bukan anak Karpal Sigh.


Dan ini pula cerita Ali Rustam Melaka (?) dari blog UMNO.

Sumber 1 : Parpu Kari
Sumber 2 : Jiwa Paradox

Dan ini pula video : Youtube

Gangguan Pemimpin UMNO Untuk Gagalkan Skim Al It'aam Kelantan




Ucapan Najib pada 2009 mengenai Subur yang mungkin dah layu atau maa..??

Korang pernah jumpa borang ni ker??


KOTA BHARU, 20 Okt
: Kejayaan Kelantan mengagihkan beras secara percuma setiap bulan kepada penduduk miskin sejak Febuari lalu, rupa-rupanya mengundang rasa cemburu pemimpin Umno.

Bukan setakat cemburu sebaliknya mengugutkan pula pembekal dan pengilang yang membekalkan beras kepada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada penduduk miskin.

Kesan tindakan tersebut menyebabkan program pengagihan beras yang sepatutnya sudah diadakan bulan ini sedikit tergendala.

Isu tersebut hari ini dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) sehingga mendapat respon ramai anggota Dewan di kalangan penyokong kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknolologi, Che Abdullah Mat Nawi berkata, gangguan yang dilakukan terhadap pembekal beras menyebabkan program pengagihan bulan ini sedikit tergendala.

”Sepatutnya penyampaiaan bantuan beras itu diadakan minggu pertama setiap bulan, namun bulan ini agak lewat kerana ada tekanan diterima pembekal beras.
”Perkara itu berlaku kemungkinan selepas pihak pengilang dan pemborong beras mengakui pasaran beras tempatan melonjak tinggi selepas skim al It’aam dilancar kerajaan negeri,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 pada persidangan Dun hari ini.

Skim al It’aam dilancarkan pada Febuari lalu di mana pada peringkat awal seramai 4,500 penduduk miskin menerima bantuan beras 10 kg setiap bulan.

Bagaimanapun bermula Julai lalu jumlah penerima di setiap Dun ditambah kepada 80 lagi menjadikan 180 orang sekarang.

Che Abdullah berkata, pemimpin Umno mahu berpolitik terhadap bantuan kerajaan negeri kepada penduduk miskin.

Menurutnya biar pun alasan mereka kononnya beras yang dibekalkan diberi subsidi kementerian, namun beras tersebut diagih kepada penduduk miskin.

”Kita bukan bagi beras percuma kepada orang Bangladesh atau Indonesia yang bekerja di sini. Kita beri beras percuma kepada penduduk tempatan yang miskin.

”Biar pun cuba diganggu kita tetap akan teruskan program ini kerana ternyata ia dapat membantu penduduk miskin,” ujarnya.

Mohamad Mustafa (PAS-Demit) menyifatkan tindakan pemimpin Umno menekan pembekal beras kepada skim al It’aam seperti cuba meninggikan lagi tempat jatuh mereka selepas ini.

Di sunting dari : Harakahdaily - UMNO cemburu kejayaan skim al It'aam di Kelantan.


Ulasanku :


Setau aku kerajaan BN ada janji nak bagi subsidi beras beberapa tahun lalu untuk semua rakyat yang berpendapatan rendah. Aku memang taulah sebab aku pun pernah ditawarkan. Haha.. Kalaulah tak dapat tunaikan janji, kenapa nak cemburu dan kelam kabut ganggu skim yang kerajaan Kelantan buat untuk kebaikan rakyat negerinya sendiri. Sedangkan usaha Kelantan ini juga dibuat untuk mengubat kekecewaan penyokong BN yang duk harap-harapkan janji pemimpin mereka.

Cemburu dalam usaha mengerjakan kebajikan tu hendaklah dilaksanakan usaha yang lebih baik bukan buat perangai macam Sarip Dol samseng kampung Dusun! Ini perangai apa halang orang buat kerja kebajikan. Orang Yahudi Zionis ke apa?? Inikah aqidah perjuangan Nasionalis, sedangkan itu orang sebangsa mungkin ahli keluarga mereka... Mereka ini akan jadi sejarah, InsyaAllah. Mereka akan musnah. Renung dan muhasabah lah diri wahai pendokong parti zalim..



Rabu, 19 Oktober 2011

Penyakit Boros Pemimpin BN Melaka


Inilah jadinya bila diserahkan amanah kepada yang tidak layak.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ لَمْ يَسْمَعْ حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ قَالَ أَيْنَ أُرَاهُ السَّائِلُ عَنْ السَّاعَةِ قَالَ هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ 
(البخارى)

“Bilamana amanah telah disia-siakan maka tunggulah kiamat. Orang itu (sahabat r.a. yang bertanya itu) bertanya, “Bagaimana disia-siakan amanah itu? Nabi s.a.w. menjawab, “Bila diserahkan sesuatu urusan kepada bukan ahlinya (orang yang tidak layak dengannya) maka tunggulah kiamat”. (Al Bukhari)

SIAPA PUNYA PLAT MCC1

  • Kenapa kerajaan Melaka perlu berbelanja RM371,172.10 hanya untuk membeli plat kereta MCC 1 sehingga MCC 15 ?
  • Wajarkah dalam suasana rakyat disuruh berjimat tetapi kerajaan terus membazir.?
  • RM371 ribu bukan suatu jumlah kecil. Wang tersebut tak sepatutnya dibazirkan untuk membeli Plat kereta.
  • Plat MCC 1 dibeli dengan harga paling tinggi iaitu RM99,000.00
  • Plat MCC 2 dan MCC 8 masing masing dibeli dengan harga RM34,980.00

  • Dua hari lepas Melaka dilanda ribut, Alor Gajah, Kerubong dan di Gangsa, banyak rumah yang rosak. Kerajaan negeri memberi RM200 pada setiap yang terlibat.
  • Macam di Alor Gajah, lebih 40 rumah terlibat. Kerajaan Negeri belanja RM8000.00 untuk 40 keluarga. Boleh ditampung hanya dengan satu Plat sahaja iaitu MCC10, RM11,550.00

  • Sehingga hari ini masih ada rumah yang masih tidak berbumbung. Kenapa tak ditutup dengan MCC2 kalau tak cukup dengan MCC8.
  • Cuma jangan usik MCC1, tahu tak siapa punya ?


    Sumber :: blog Tuan Pesuruhjaya PAS Melaka ; Hj Adly Zahari

    Ulasanku :

    Harga gula dinaikkan supaya rakyat tak kena kencing manis bila terpaksa berjimat kerana harga yang tinggi... persepsi ini bermaksud biar pemimpin BN je yang kena kencing manis... haha.. dan biar je pemimpin BN naik kereta plat mewah pusing negeri asalkan rakyat miskin terus mengundi lagi..

    Ya Allah, hilangkanlah penyakit al ISRAF daripada para pemimpin negara kami atau dihilangkan saja jawatan mereka sebagai pemimpin dan diganti pemimpin yang amanah.. Allahumma aamiin.

Selasa, 18 Oktober 2011

HIMPUN : PAS Tidak Terlibat Kerana Menghormati Penganjur





"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program,"  Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 18 Okt: PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS*

Ulasanku :
Pengerusi Bersama Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sebarang tindakan mempolitikkan atau mempunyai niat terselindung adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Saya tidak akan membenarkan inisiatif ini dicemari dengan niat terselindung oleh mana-mana pihak dan akan membuat pendirian tegas. Isu ini adalah isu menyelamatkan akidah Islam dan bukan isu politik untuk menyerang mana-mana pihak, Zulkifli Nordin, Senator Ezam Mohd Noor dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali tidak terlibat dalam kepimpinan Himpun. Mereka juga tidak terlibat dengan ucapan tokoh pada hari perhimpunan. Jika mereka mengeluar sebarang kenyataan berkait dengan perhimpunan, itu tidak mewakili Himpun,” katanya.

Katanya, pihaknya juga tidak akan membenarkan kumpulan tertentu atau golongan yang berkepentingan politik merampas agenda perhimpunan itu, mahupun melaga-laga antara kaum dan penganut agama lain. (Sinar Harian)

JELAS DAN TEGAS :
setiap rumah bertuan! masuklah dengan salam dan beradab.. tapi UMNOk membuktikan kebanyakan mereka pengotor kerana bukan saja masuk tanpa salam malah makan semua yang ada di dapur orang... biar bersepah! sudah kenyang tidur lagi di bilik tuan rumah... isteri tuan rumah pun dia nak sapu (kenyataan juvenalia)

Maka takkan puak umngok (umno yang bongok- tak semua) tak reti-reti nak hormati tuan rumah (penganjur majlis), eh! masuk rumah orang dan makan minum dirumah orang serta tumpang tidur dibilik tuan rumah lagi adalah sesuatu yang memalukan dan dalam bahasa mudahnya ialah biadap. Takkan nak tumpang menidurkan isteri tuan rumah yang ditumpang lak? Sudahlah jangan duk buat kelaku bodoh kerana nak perbetulkan anda maka kami dituduh pemecah belah.


*Nota : Laporan di atas adalah diambil daripada harakahdaily. Tajuk asalnya adalah Himpun : PAS tidak terlibat. Tajuknya diubah bertujuan untuk memahamkan bahawa PAS bukan menolak (dalam erti kata lain PAS tidak akan melibatkan diri dengan menggunakan nama parti politik, apapun jelas PAS menyokong sebarang tindakan murni!). sebagaimana tuduhan palsu dengan pengubahan tajuk oleh blogger UMNOk bahawa PAS MENOLAK HIMPUN (klik)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...