Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 14 Oktober 2011

Perbandingan : PM Malaysia Sepatutnya Malu




Ucapan Sultan Brunei sebagai seorang Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan.




Ucapan Najib sebagai seorang Perdana Menteri, Menteri Kewangan juga bekas Menteri Pertahanan.

Siapakah al Ruwaibidoh bin buduh bin bodoh??


Sabda Nabi s.aw “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).”
[Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Hakim dll. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi].

Dewan Ulamak PAS Pusat melaporkan :

Kuala Lumpur, 12hb okt 2011. PM sepatutnya merasa malu dengan Sultan Brunei yang dilaporkan menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu sepertimana yang dilaporkan oleh Harakahdaily semalam.

Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Hj Nazmi Nik Din ketika diminta mengulas titah Sultan Brunei sepertimana yang dilaporkan semalam oleh Harakahdaily.

Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan dilaporkan berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

“Kalau nak kira Brunei usianya lebih muda daripada kita dari sudut kemerdekaan, kita sudah 54 tahun merdeka, tapi Brunei mempunyai keazaman yang tinggi untuk melaksanakan undang-undang syariah” kata beliau.

“Apa yang menarik baginda berani membuat kenyataan bahawa syariat adalah ajaran yang sangat indah yang pasti membawa kebaikan berdasarkan kewajipan mempercayai, beriman dan akur kepada perintah Allah s.w.t”ujar beliau lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...