Ucapan Najib pada 2009 mengenai Subur yang mungkin dah layu atau maa..??
Korang pernah jumpa borang ni ker??
KOTA BHARU, 20 Okt: Kejayaan Kelantan mengagihkan beras secara percuma setiap bulan kepada penduduk miskin sejak Febuari lalu, rupa-rupanya mengundang rasa cemburu pemimpin Umno.
Bukan setakat cemburu sebaliknya mengugutkan pula pembekal dan pengilang yang membekalkan beras kepada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada penduduk miskin.
Kesan tindakan tersebut menyebabkan program pengagihan beras yang sepatutnya sudah diadakan bulan ini sedikit tergendala.
Isu tersebut hari ini dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) sehingga mendapat respon ramai anggota Dewan di kalangan penyokong kerajaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknolologi, Che Abdullah Mat Nawi berkata, gangguan yang dilakukan terhadap pembekal beras menyebabkan program pengagihan bulan ini sedikit tergendala.
”Sepatutnya penyampaiaan bantuan beras itu diadakan minggu pertama setiap bulan, namun bulan ini agak lewat kerana ada tekanan diterima pembekal beras.
”Perkara itu berlaku kemungkinan selepas pihak pengilang dan pemborong beras mengakui pasaran beras tempatan melonjak tinggi selepas skim al It’aam dilancar kerajaan negeri,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 pada persidangan Dun hari ini.
Skim al It’aam dilancarkan pada Febuari lalu di mana pada peringkat awal seramai 4,500 penduduk miskin menerima bantuan beras 10 kg setiap bulan.
Bagaimanapun bermula Julai lalu jumlah penerima di setiap Dun ditambah kepada 80 lagi menjadikan 180 orang sekarang.
Che Abdullah berkata, pemimpin Umno mahu berpolitik terhadap bantuan kerajaan negeri kepada penduduk miskin.
Menurutnya biar pun alasan mereka kononnya beras yang dibekalkan diberi subsidi kementerian, namun beras tersebut diagih kepada penduduk miskin.
”Kita bukan bagi beras percuma kepada orang Bangladesh atau Indonesia yang bekerja di sini. Kita beri beras percuma kepada penduduk tempatan yang miskin.
”Biar pun cuba diganggu kita tetap akan teruskan program ini kerana ternyata ia dapat membantu penduduk miskin,” ujarnya.
Mohamad Mustafa (PAS-Demit) menyifatkan tindakan pemimpin Umno menekan pembekal beras kepada skim al It’aam seperti cuba meninggikan lagi tempat jatuh mereka selepas ini.
Di sunting dari : Harakahdaily - UMNO cemburu kejayaan skim al It'aam di Kelantan.
Ulasanku :
Setau aku kerajaan BN ada janji nak bagi subsidi beras beberapa tahun lalu untuk semua rakyat yang berpendapatan rendah. Aku memang taulah sebab aku pun pernah ditawarkan. Haha.. Kalaulah tak dapat tunaikan janji, kenapa nak cemburu dan kelam kabut ganggu skim yang kerajaan Kelantan buat untuk kebaikan rakyat negerinya sendiri. Sedangkan usaha Kelantan ini juga dibuat untuk mengubat kekecewaan penyokong BN yang duk harap-harapkan janji pemimpin mereka.
Cemburu dalam usaha mengerjakan kebajikan tu hendaklah dilaksanakan usaha yang lebih baik bukan buat perangai macam Sarip Dol samseng kampung Dusun! Ini perangai apa halang orang buat kerja kebajikan. Orang Yahudi Zionis ke apa?? Inikah aqidah perjuangan Nasionalis, sedangkan itu orang sebangsa mungkin ahli keluarga mereka... Mereka ini akan jadi sejarah, InsyaAllah. Mereka akan musnah. Renung dan muhasabah lah diri wahai pendokong parti zalim..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan