"1 Malaysia ada mari.... " Rakaman 5hb Okt 2011
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini setiap kali tiba sahaja musim perayaan-perayaan agama lain (baca AGAMA lain dan bukannya BANGSA lain), pasti ada saja pemimpin 1 Malaysia ini yang bersama-sama merayakannya, dahulu dengan kongsi rayanya kononnya untuk meraikan perpaduan tanpa mempedulikan bahawa perbuatan ini sebenarnya adalah seperti membina sesuatu yang baru di atas bahan-bahan daripada runtuhan yang dilakukan (meruntuhkan agama sendiri).
"Sepertimana tahun lalu, pada tahun ini juga, saya tidak ketinggalan untuk menghadiri perayaan Tokong Sayur di Guar Chempedak. Perayaan ini telah diadakan pada sebelah malam 14 Oktober 2010. Ramai masyarakat cina hadir di majlis perayaan ini." (Pengakuan Dato' DR Ku Rahman ; ADUN N21 Guar Chempedak, Kedah)
Gambar Jari 1 Malaysia di julang ... Bukankah sepatutnya 1 Syahadah dijulang didahulukan!
Al-Lajnah
al-Da-imah lil Buhuth al-'Ilmiah wa al-Ifta' ketika ditanya tentang
hukum bersama menyambut perayaan bukan Islam menyebut :
"Tidak boleh bagi seorang muslim untuk dia bersama orang-orang kuffar dalam (menyambut) perayaan-perayaan mereka, dan untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan dalam perayaan mereka, (demikian juga tidak boleh) untuk dia bercuti dari bekerja (untuk menyambut perayaan tersebut) samaada perayaan itu perayaan keduniaan ataupun keagamaan, kerana ini termasuk dalam bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah yang diharamkan dan termasuk dalam tolong menolong dengan mereka dalam perkara yang batil. Telah thabit dari Nabi saw, sabda baginda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka." Allah swt pula berfirman : "Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah seseungguhnya Allah amat keras seksaannya."(al-Maidah : 2)" – Fatwa bil. 2540.
Pasti ada yang hanyut kerana dipukul ombak kekeliruan bila berada di pinggiran pantai kekalutan dan perselisihan. Kejahilan pasti melemaskan akal yang tak berpanduan. Bukankah kemuskilan tentang sesuatu kebenaran umpama tenggelam dalam lautan yang gelap gelita. Justeru itu sentiasalah memohon doa kepadanya sebelum diri memeluk jerung yang disangka pelampung yang menyelamatkan.
Apakah mungkin selepas ini akan ada slogan di kain rentang daripada para pejuang Islam di kalangan ahli UMNO :
"Kami Menuntut Ahmad Bashah Memohon MAAF Kerana Mencemarkan Nama Baik UMNO KEDAH yang berpegang teguh pada Islam!!!"
Wahai sekalian para pejuang kebenaran yang amat mencintai Islam, kalian sememangnya hebat namun kalian pastinya lebih hebat sekiranya meninggalkan segala kepentingan kalian yang bersama musuh kebenaran... Tinggalkanlah mereka jika mereka tetap berdegil demi mencari dan memperjuangkan kebenaran. Pastinya Allah memberi kalian pengganti yang lebih baik....
Bersyairlah Abu Firas al-‘Amiri yang dikenali dengan Majd al-‘Arab:
“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”. (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir)
Doa Nabi s.a.w:
اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
“Wahai Tuhan Yang Maha Mentadbir Jibra-il,Mikaa-iil, Israafiil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui Yang Ghaib dan Yang Nyata! Engkau yang menghukum di antara hamba-hambaMu mengenai apa yang menjadi perselisihan mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang diselisihkan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim dan al-Tirmizi)
Semoga peringatan ringkas ini menjadi panduan untuk memudahkan pemahaman kita terhadap masalah ini. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada fitnah pengacau agama dan semoga Allah tetapkan kita di atas aqidah yang suci ini sehingga kita menemuiNya nanti. Allahumma aamin..
Wallahu A’la wa A’lam..
Lihat lagi :
Bahan bukti : gambar dan video Ahmad Bashah berarak dalam upacara perayaan Tokong Sayur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan