" Apakah UMNO Sejahat Dan Sezalim Yahudi !!??"
Oleh : Ustazthrash Mujahid.
Muqaddimah
Wahai saudara-saudaraku sekalian daripada parti UMNO khusus kepada yang menuduh kami munafik atau menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat (?),
Bacalah kalian dengan hati yang tenang dengan menyebut nama Allah seikhlasnya dan mohonlah hidayah kepadaNya. Luangkanlah sedikit masa supaya ditunjukkan kebenaran dan berupaya membezakan kebaikan dan keburukan. Daku akan berusaha untuk melembutkan bahasa aku sekadar mampu walaupun ia adalah sesuatu yang payah kerana mana mungkin memperbaiki kereta yang kemek seperti mengisi tayar kempis dengan angin.
Ya Allah tiada yang mudah melainkan apa yang telah Engkau jadikannya mudah, dan Engkau menjadikan kebimbangan (kesusahan) itu dengan mudah apabila Engkau kehendaki, maka permudahkanlah kepada kami akan urusan kami dan matikanlah kami dalam keadaan yang baik. Sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa atas setiap sesuatu.
Sebarang kelemahan dan kesilapan di dalam penulisan saya ini di harap mendapat teguran dan tunjuk ajar dari semua pihak, semoga jasa baik yang dicurahkan mendapat pembalasan sebaik-baiknya dari Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Daku sudahi muqaddimah ini dengan menukilkan ucapan Nabi Allah Syu’ib AS yang termaktub ucapannya di dalam Al Quran, ayat ke88 daripada surah Hud.
Firman Allah : Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku;
dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan
pertolongan Allah. KepadaNya jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku
kembali.
Pengenalan Ringkas Tentang Kebenaran.
فَإِنَّ أَصْدَقَ الحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
وَأَحْسَنَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمُّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا فَإِنَّ
كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي
النَّارِ
Maka sesungguhnya sebenar-benar pertuturan
ialah Kitab Allah azzawajalla, dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad
ﷺ, dan
seburuk-buruk urusan ialah perkara-perkara baru (di dalam agama). Maka
sesungguhnya setiap perkara baru itu adalah
bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan, dan setiap kesesatan itu
adalah di dalam api neraka. [Shahih Muslim]
وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن
تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ
لاَ تَعْلَمُونَ
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Saudaraku sekalian ingatlah akan dua perkara ini :
- Ketidaktahuan seseorang terhadap akibat atau balasan sebuah perbuatan ataupun ketentuan Allah, menjadikannya menyenangi perbuatan yang dibenci atau diharamkan, dan menjadikannya membenci dan menjauhi perbuatan yang sebenarnya dicintai dan diridhai Allah, walaupun terkadang bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsunya.
- Seluruh perintah Allah adalah baik, dan seluruh larangan-laranganNya adalah buruk. Maka dari itu wajib bagi setiap muslim untuk melaksanakan seluruh perintahNya dan menjauhi seluruh larangan-laranganNya.
Suatu Jawaban Dalam Bentuk BIDASAN SOALAN (Mirror).
Ini hanya suatu ingatan dalam kenyataan berbentuk kecaman bahawa kalian telah menyokong pihak yang salah kerana sentiasa bersama pimpinan yang salah. Dalil-dalil yang akan daku datangkan adalah sebagaimana dengan kehendak utama al Quran diturunkan Allah, InsyaAllah. Ingatlah Al Quran itu adalah al Furqan juga 'mubasiran wa naziira'. Ingatlah oleh kalian akan kaedah penafsiran yang digunakan para mufassirin:
العبرة بعموم الحكم لا بخصوص السباب
Pengajaran itu dengan UMUM hukum, bukan dengan pengkhususan sebab.
Saudaraku yang dihormati sekalian, anda mesti faham, celikkan mata hati anda dan fikirkan dengan sebaiknya. Tiada lagi wahyu baru yang perlu menyebut 'wahai UMNO' secara khusus.
Jangan biarkan hati anda sampai tertutup rapat.
فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh Azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
( Al-Baqarah 2 : 10 )Tafsir Jalalain : (Dalam hati mereka ada penyakit) berupa keragu-raguan dan kemunafikan yang menyebabkan sakit atau lemahnya hati mereka. (Lalu ditambah Allah penyakit mereka) dengan menurunkan Al Quran yang mereka ingkari itu. (Dan bagi mereka siksa yang pedih) yang menyakitkan (disebabkan kedustaan mereka.)
Yukadzdzibuuna dibaca pakai tasydid, ertinya amat mendustakan, yakni terhadap Nabi Allah dan tanpa tasydid yakdzibuuna yang bererti berdusta, yakni dengan mengakui beriman padahal tidak.
Sesungguhnya proses bertambahnya tutupan dan bertambah kuatnya kunci hati dan pendengaran orang-orang Islam adalah kerana sikap yang sentiasa melakukan dosa sehingga hilanglah cahaya imannya, di mana kemudian berubahlah dia menjadi munafik dan akhirnya kafir telah diterangkan oleh hadis:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن المؤمن إذا أذنب ذنبا كان نقطة سوداء في قلبه، فإن تاب ونزع واستعتب صقل قلبه وان زاد زادت حتى تغلق قلبه
Bersabda Rasulullah saw. : "Sesungguhnya orang yang beriman apabila ia mengerjakan perbuatan dosa terdapatlah suatu titik-titik hitam di dalam hatinya, maka jika ia bertaubat, mencabut perbuatannya dan berusaha untuk menghapuskannya cemerlanglah hatinya dan jika dia tambah mengerjakan perbuatan buruk bertambahlah titik itu hingga tertutup hatinya".
[H.R At Tirmizi dan Ibnu Jarir At Tabari dari Abu Hurairah]
Justeru itu, janganlah kalian asyik tingkatkan draf dan mengisi jadual kalian dengan anjuran majlis atau perbuatan-perbuatan maksiat terutamanya perbuatan pemberian lesen dan hiburan jika tak mampu menghapuskannya sekaligus. Nanti hati kalian pastinya hitam dan terus tertutup berdasarkan hadis di atas!
Pastinya saudara sekalian yang menuduh PAS 'munafik' berpenyakit bimbang dan ragu-ragu melihat kemenangan demi kemenangan di capai oleh harakah Islamiah yang berjaya menggerakkan sahwatul Islamiah, pastinya situasi ini menimbulkan ketegangan jiwa yang sangat.
Bersabarlah saudara yang dihormati sekalian akan kata-kataku, sesungguhnya daku hanya mampu berbahasa sebegini dalam memahamkan kalian. Maka daku memohon kepada kalian lihatlah kami dari kacamata seorang Muslim bukan melihat daripada kacamata Lord Reid yang menjahanamkan perpaduan sesama kita.
Silalah melihat pada hujah-hujah yang saya akan datangkan ini. Jangan biarkan akal fikiran kalian terus bertambah lemah untuk menanggapi kebenaran agama dan memahaminya, seperti yang diungkapkan Allah dengan firman-Nya:
لَهُمْ قُلُوبٌ لا يفقهون بها
...mereka mempunyai hati yang tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah).
( Al A'raf : 179)
Bukti-bukti yang nyata dari cahaya kebenaran yang terang benderang jelas bagi kalian, namun mengapa kalian enggan menerimanya, bahkan kalian bertambah erat berpegang kepada pendirian yang lama. Cahaya terang menjadi gelap di mata kalian dan menjadi penyakit di hati kalian. Apakah hati kalian bertambah susah disebabkan lenyapnya kepemimpinan kalian sedikit demi sedikit. Iri dan dengki tambah mendalam kerana melihat kukuhnya Islam hari demi hari adalah simptom-simptom penyakit munafik yang bermaharajalela dalam hati kalian.
Maka inilah sebahagian pendirian dan kecaman saudaramu ini dalam beberapa perkara berkaitan UMNO sebagai pembuktian supaya benderanglah kembali mata hati kalian akan kesalahan yang berlaku dalam kalangan pemimpin kalian, apapun tiadalah mampu saudaramu ini menyatakannya kesemua sekali. Semoga Allah memberi ampunan dan hidayah kepada saudara mu ini juga kalian.
Maafkan penulisanku selepas ini kerana ia berbentuk sedikit karya juvenalia berfakta yang pastinya mungkin merobek hati kalian lagi, namun semoga kali ini robeknya penyakit nafsu yang angkuh. Telah daku katakan daku akan berusaha sedaya mungkin untuk menggunakan bahasa yang sebaiknya walaupun mungkin sedikit keras kerana ini sahaja cara yang ada untuk mengetuk hati yang penuh dengan karat.
1- Siapakah yang dimaksudkan membeli 'DUNIA' sehingga sanggup mengingkari AL QURAN ?? Sesungguhnya mereka ini adalah golongan yang dimurkai dan bakal mendapat azab sengsara yang menghinakan. Sah-sah sudah dari dulu setiap pimpinan UMNO pernah melakukan upacara di hadapan tugu negara sedang masa tu dah ada fatwa sebelum daripada Majlis Fatwa Kebangsaan. Pengakuan mereka menganut Islam kembali tidak diistiharkan?? Tiba-tiba je hari ni bercakap bab Islam?? Tapi tak apalah, mungkin mereka sudah lakukan taubat. Namun mengapa halal haram tidak dipeduli, asalkan ada untung jalan?!
Firman Allah : Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh Azab sengsara yang menghinakan. ( Al-Baqarah 2 : 90 )
2- Nak heran apa jika pimpinan UMNO itu lagi teruk daripada MIC dan MCA, apalagi jika nak banding dengan DAP (sila rujuk mengenai jenis-jenis kafir). Dah ada jelas dalam al Quran. Daku apa peduli kalau dah kenyataan kinayah mereka selama ini seolah-olah mengaku gilakan dunia lebih daripada segalanya. Oleh kerana daku tak pernah dengar pengakuan ini secara sorih. Maka daku rasa masih ada ruang untuk membetulkan keadaan. Dah tua pun tak mau mengaji sebab rasa hidup lama lagi. Kalau reti sah mengajar rakyat dalam kuliah bukan dalam konsert. Harta bertambun pun duk tak cukup. Kekayaan pemimpin BN memang jelas.. apapun akhirnya mati dan terima azab jugak!
Firman Allah : Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya) dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari Azab (yang disediakan oleh Allah) dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan. ( Al-Baqarah 2 : 96 )
3- Pimpinan UMNO pasti dilihat ramai golongan agama adalah dalam kategori manusia yang paling zalim atas dunia kerana sedikitnya golongan lulusan agama dalam UMNO. Daku juga berani mengatakan mereka bersikap sama dengan Yahudi! Daku takkan lupa kes pembunuhan di Memali bukan setakat segama malah sebangsa. Ramai mana dah rakyat dihalau daripada tanah mereka sendiri dengan mempergunakan akta tanah negara. Konon untuk memajukan negara. Tapi sebenarnya untuk mereka buat projek yang boleh untungkan mereka. Isu Kampung BAru masih BAru.. tunggu dan lihat!
Firman Allah : Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam Azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. ( Al-Baqarah 2 : 85 )
4- Siapa yang lebih zalim ?? Pimpinan UMNO tak layak masuk masjid selagi tak ubah sikap, nanti habis masjid diroboh lagi. Apa kalian sudah lupa siapakah yang merobohkan masjid di Bujal, Kemaman, Terengganu? Menaikkan masjid Kristal al Dhirar di Pulau Wan Man. Itu belum dikira merobohkan Institut Berakan yang mengajar agama. Kalau nak cakap bab halang dakwah Islam dah terbukti banyak sangat. Tauliah-tauliah dan permit-permit dijadikan alasan. Karoeke haram yang bersepah dibiarkan semakin bertambah. Nah, rasalah azab kecaman Penguasa aku dan kalian yakni Allah RAJA Sekalian raja-raja ini jika kalian terus dengan sikap begitu.
Firman Allah : Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat Azab seksa yang amat besar.
( Al Baqarah 2 : 114 )
Saudara-saudaraku yang dihormati sekalian walaupun kalian mengatakan PAS "munafik" atau parti ajaran sesat (?),
Mengapa perlunya daku dan saudara-saudarku selama ini berusaha memahamkan kalian akan aqidah perjuangan sebenar melalui kaedah kecaman terhadap aqidah perjuangan nasionalisme dan sekularisme. Tidak lain tidak bukan semata-mata untuk memberi suatu perbandingan yang jelas kepada kalian. Sehingga jelas keimanan dalam perjuangan. Semoga mereka yang masih celik mata hati kembali ke atas jalan kebenaran. Namun daku tidak menafikan di antara kami ada segelintir yang sangat kasar terlampau. Apa sekalipun janganlah kalian pisahkan dan menjual ayat-ayat Allah kerana habuan dunia. Apakah kalian tidak mahu melihat kemenangan Islam sedangkan daku masih yakin kalian mahu memartabatkan Islam. Bukankah hanya mukmin yang dijanjikan kemenangan! InsyaAllah kemenangan dunia akhirat pasti milik mereka yang beriman.
Firman Allah SWT : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
(An Nur : 55)
Sesungguhny hanya mereka yang sedar mereka berpenyakit sahaja akan berusaha merawat penyakit mereka.
Saudaraku sekalian sekalian, berjuanglah bersama mereka yang mengangkat kalimah Laa ilaaha illalLah, melaungkan sebesar slogan iaitu Allahu Akbar dan meletakkan Al Quran, as Sunnah, Ijma' dan qias sebagai perlembagaan. Mungkin kalian tidak mahukan PAS kerana ada kelemahan, daku akui hakikat itu. Sesungguhnya tiada yang maksum, namun berusahalah bersama kami yang meletakkan ISLAM sebagai dasar perjuangan dan sentiasa berusaha melaksanakannya. Ubahlah kami dengan hujah-hujah Islam kerana akal tidak mampu mengetahui kebenaran sesuatu jika tiada pedoman.
Penutup.Saudaraku sekalian yang dihormati, tiadalah saudaramu ini memaksa... Dalam ertikata yang lain pilihlah sama ada untuk mengubah hala UMNO ke atas landasan Islam jika kalian rasa kalian adalah orang yang berkemampuan menegakkan Islam dalam UMNO. Atau jalan terbaiknya adalah tinggalkan sahaja UMNO kerana jelas dasar UMNO seolah-olah tidak memberi ruang untuk para alim ulamak mereka bersuara sebebas-bebasnya kerana parti yang dasar perjuangannya bukan ISLAM seolah-olah tidak perlukan hidayah lagi. Maka azab seksa Allah yang lebih layak bagi mereka.
Wahai saudaraku sekalian yang sangat hebat, kalian sememangnya hebat menentang perjuangan PAS namun kalian lebih hebat sekiranya meninggalkan segala kepentingan kalian yang bersama musuh kebenaran... Tinggalkan mereka demi mencari dan memperjuangkan kebenaran. Pastinya Allah memberi kalian pengganti yang lebih baik... yakinlah!
Bersyairlah Abu Firas al-‘Amiri yang dikenali dengan Majd al-‘Arab:
Firman Allah SWT :
يا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا مَنْ
يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِيْنِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللهُ بِقَوْمٍ
يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّوْنَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ أَعِزَّةٍ
عَلَى الْكَافِرِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ وَلاَ يَخَافُوْنَ
لَوْمَةَ لاَئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللهِ يُؤْتِيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللهُ
وَاسِعٌ عَلِيْمٌ
"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa diantara kamu yang murtad dari Diennya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mu’min, dan bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan yang tidak takut terhadap celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang di kehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi maha mengetahui.”
(Al Mai’dah: 54)
Justeru itu hendaklah dibezakan kefahaman antara kewajiban dan paksaan dalam hal ini.
Daripada Anas B. Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda:- "Tiga (3) perkara apabila terdapat dalam diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka". (Hadth Sahih Riwayat Muslim)
Apakah Yang Menciptakan kita tidak boleh mewajibkan kita untuk taat, patuh dan selamat di bawah naunganNya. Murka dan mengazab sama ada di dunia atau di akhirat apabila hambaNya itu ingkar? Apakah seorang ibu tidak boleh menetapkan peraturan yang sesuai untuk kebaikan si anak di bawah peliharaannya? Apakah seorang ibu tidak boleh memarahi anak yang degil dan merotannya apabila perlu??
Apabila menolak Islam maka mereka mesti ingat bahawa adanya ancaman daripada Al Khaliq sama ada dunia atau akhirat. Kenapa pula perlu adanya ancaman dan pelaksanaan hukuman apabila ada yang murtad? Jawabannya kerana manusia yang pernah bergelar Muslim (yang patuh/ taat dan selamat) telah mendiskriminasikan ALLAH yang selayaknya disembah oleh sekalian makhluk! Mereka ini telah mengkhianati dan kufur terhadap nikmat Iman dan Islam. Jika ciptaan sudah ada rekod menderhakai Yang Maha Pencipta, maka tidak mustahil untuk mereka menderhaka kepada negara dan segala-galanya? Dalam erti kata lain orang yang murtad adalah pengganas sama ada mereka sedar atau tidak.
Ya
Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang gemar mengingatMu, gemar
memohon ampunanMu dan gemar bertaubat (kembali) ke jalanMu. Amin ya
Rabb.
Sama-samalah kita memohon ketetapan di dalam beragama ini dan tetap terus melaksanakan takhlif ke atas kita, InsyaAllah semoga kita diberkati dalam kehidupan yang sementara ini.
Kemudian ingatlah untuk selalu 'renew' perjanjian dengan membaca sayyidul istighfar secara yakin dan di mana daripada keyakinan inilah lahirnya kesungguhan di dalam melaksanakan amanah sebagai seorang hambaNya yang sebenar sehingga layak untuk kita mendapat keredhaan ALLAH serta syafaat Rasulullah dan layak menjadi penghuni bersama kaum mukminin di syurga.
Nabi shallallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Penghulu Istighfar ialah kamu berkata:
اَللَّهُمَّ
أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا
عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ
بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ،
وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ
إِلاَّ أَنْتَ
Hanya inilah yang daku mampu buat masa ini untuk menyedarkan kalian. Maafkan daku atas segalanya. Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diriku ini sendiri. Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan