Inilah jadinya bila diserahkan amanah kepada yang tidak layak.
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ
مَتَى السَّاعَةُ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ
مَا قَالَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ لَمْ يَسْمَعْ حَتَّى إِذَا قَضَى
حَدِيثَهُ قَالَ أَيْنَ أُرَاهُ السَّائِلُ عَنْ السَّاعَةِ قَالَ هَا
أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ
فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ
الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ
(البخارى)
“Bilamana amanah telah disia-siakan maka tunggulah kiamat. Orang itu (sahabat r.a. yang bertanya itu) bertanya, “Bagaimana disia-siakan amanah itu? Nabi s.a.w. menjawab, “Bila diserahkan sesuatu urusan kepada bukan ahlinya (orang yang tidak layak dengannya) maka tunggulah kiamat”. (Al Bukhari)
SIAPA PUNYA PLAT MCC1
- Kenapa kerajaan Melaka perlu berbelanja RM371,172.10 hanya untuk membeli plat kereta MCC 1 sehingga MCC 15 ?
- Wajarkah dalam suasana rakyat disuruh berjimat tetapi kerajaan terus membazir.?
- RM371 ribu bukan suatu jumlah kecil. Wang tersebut tak sepatutnya dibazirkan untuk membeli Plat kereta.
- Plat MCC 1 dibeli dengan harga paling tinggi iaitu RM99,000.00
- Plat MCC 2 dan MCC 8 masing masing dibeli dengan harga RM34,980.00
- Dua hari lepas Melaka dilanda ribut, Alor Gajah, Kerubong dan di Gangsa, banyak rumah yang rosak. Kerajaan negeri memberi RM200 pada setiap yang terlibat.
- Macam di Alor Gajah, lebih 40 rumah terlibat. Kerajaan
Negeri belanja RM8000.00 untuk 40 keluarga. Boleh ditampung hanya
dengan satu Plat sahaja iaitu MCC10, RM11,550.00
- Sehingga hari ini masih ada rumah yang masih tidak berbumbung. Kenapa tak ditutup dengan MCC2 kalau tak cukup dengan MCC8.
- Cuma jangan usik MCC1, tahu tak siapa punya ?
Sumber :: blog Tuan Pesuruhjaya PAS Melaka ; Hj Adly Zahari
Ulasanku :
Harga gula dinaikkan supaya rakyat tak kena kencing manis bila terpaksa berjimat kerana harga yang tinggi... persepsi ini bermaksud biar pemimpin BN je yang kena kencing manis... haha.. dan biar je pemimpin BN naik kereta plat mewah pusing negeri asalkan rakyat miskin terus mengundi lagi..
Ya Allah, hilangkanlah penyakit al ISRAF daripada para pemimpin negara kami atau dihilangkan saja jawatan mereka sebagai pemimpin dan diganti pemimpin yang amanah.. Allahumma aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan