Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 13 Mac 2012

Duit BR1M Mesti Di Audit Atau BN Akan Dianggap Khianati Amanah

 بسم الله الرحمـــن الرحـــيم
Segala puji-pujian kepada Allaah, Rabb sekalian alam. Salam dan Selawat ke atas Rasulullah, dan keluarga serta para sahabat baginda, tabien juga atha tabien; dan ke atas sekalian orang yang berusaha untuk mengikuti dan mempratikkan segala ajaran dan menjauhkan segala larangan baginda SAW.
Firman Allah :
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
[Al Baqarah 2 :129 ]



Najib murid Mahathir, jadi biarlah kartun ini menjawabnya.
Lepas ni sah ada cai-cai BN bila ada yang isukan hal ni akan komen lebih kurang camni  "Alaah semua salah, bagi salah tak bagi pun salah. Dah bagi tak berterima kasih .."

Hehe.. Yerlah, apapun kena audit kalau tak audit bererti rakyat akan terus mempertikaikannya.

Jangan duk melompat kalau ada yang bertanya mungkinkah wang BR1M dah ______ atau pastilah duit tu dah ________ (korang isi tempat kosong korang tanggung) huhu.

Apa aku nak katakan lagi .. kes begini selalu berulang dalam pentadbiran BN. 

Firman Allah SWT : "Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang-orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan dan Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya". [Al Israk : 26-27]
Aku tak mau ulas bebanyak ... Politik wang, beri salah - tak beri salah - BN jadi resah gelisah.
Kata TGNA : Orang yang melakukan rasuah ialah orang yang yakin bahawa amalannya tidak akan menjadi pahala di akhirat, lantas baginya cukuplah dengan kekayaan di dunia memuaskan hatinya sekalipun diperolehi dengan cara yang haram. Hakikat inilah yang disebut oleh Allah SWT:

وَيَوْمَ يُعْرَضُ الَّذِينَ كَفَرُوا عَلَى النَّارِ أَذْهَبْتُمْ طَيِّبَاتِكُمْ فِي حَيَاتِكُمُ الدُّنْيَا وَاسْتَمْتَعْتُمْ بِهَا فَالْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَسْتَكْبِرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَبِمَا كُنْتُمْ تَفْسُقُونَ

yang bermaksud : “Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada neraka (serta dikatakan kepada mereka): "Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik" [al Ahqaf : 20]


                                          والله اعــــلم                                                UNDILAH PAS       

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...