بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم
Segala puji-pujian kepada Allaah, Rabb sekalian alam. Salam dan
Selawat ke atas Rasulullah, dan keluarga serta para sahabat baginda,
tabien juga atha tabien; dan ke atas sekalian orang yang berusaha untuk
mengikuti dan mempratikkan segala ajaran dan menjauhkan segala larangan
baginda SAW.
Teladan hakim yang 'baik' - Budaya yang 'baik' diteladani |
Seorang lagi panel hakim, Datuk Suriyadi Halim Omar pula berkata beliau
tidak begitu bermurah hati dalam menjatuhkan hukuman atas insiden yang
"amat memalukan" itu.
Beliau juga mendapati Hoslan tidak menunjukkan imej seorang imam yang berbudi pekerti tinggi sebagai seorang yang menyandang jawatan keagamaan.
Beliau juga mendapati Hoslan tidak menunjukkan imej seorang imam yang berbudi pekerti tinggi sebagai seorang yang menyandang jawatan keagamaan.
Sebaliknya, tindakan
imam itu menunjukkan sikap "angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung
tidak menghormati institusi (kehakiman)," katanya. Tambahnya, Hoslan menunjukkan kepercayaan kepada mahkamah apabila mengemukakan kes tersebut.
"Tapi bila kecewa atas tindakan yang tidak cekap, anda bertindak sedemikian.
"Jadi sekarang anda perlulah terima padahnya," katanya lagi. malaysiakini
"Tapi bila kecewa atas tindakan yang tidak cekap, anda bertindak sedemikian.
"Jadi sekarang anda perlulah terima padahnya," katanya lagi. malaysiakini
Ketika membuat rayuan, Karpal menjelaskan bahawa mahkamah harus mengambil kira “aspek emosi” berikutan tempoh 13 tahun yang Hoslan dipaksa menunggu sebelum kes beliau didengarkan.
“Mahkamah harus mengambil kira sekiranya teguran lebih bermakna daripada hukuman. Teguran serius lebih bermakna,” katanya.
Namun begitu, Ketua Hakim menjelaskan hukuman penjara adalah perlu sebagai pengajaran.
Berakhlak baik sungguh penerima pelajaran ini! |
“Ini
adalah kes menghina mahkamah yang serius, lebih-lebih lagi dia adalah
kakitangan awam. perbuatannya itu telah mencemarkan nama baik mahkamah,”
“Hukuman ini adalah pengajaran ... untuk pentadbiran yang lebih adil,” jelas peguam persekutuan Suzana Attan - Sumber klik sini
ULASANKU : Alim tak alim, bagus tak bagus, angkuh tak angkuh pak Imam tu. Muslim yang berjawatan hakim tu mungkin kena pergi ngaji dengan pak imam tu lah ! Ketahuilah kalian sebagai Muslim, siapakah yang angkuh, bongkak lagi sombong dan takbur berdasarkan keterangan Rasulullah SAW yang menjadi sanjungan kita bersama ...
Rasulullah SAW bersabda : Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong. Berkata seorang lelaki : Sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sombong IALAH menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia.
[HR Muslim dan Ahmad dan selainnya dari hadis Abdullah bin Mas'ud]
Sebelum aku juga dianggap 'biadap' atau 'ganas'. Sebagaimana layaknya seorang Muslim yang mempunyai hak untuk saling menasihati, maka aku akan menasihati. Aku tidak sekali-kali bermaksud nak menghina penghakiman tersebut. Aku cuma mahu mengubah sekadar mampu kerana muslim-muslim yang menjadi panel hakim dalam membuat keputusan terbabit seolah mengambil kesempatan dengan membuat komentar yang tidak sewajarnya. Samaada sengaja atau tidak berhati-hatilah ..
Sabda Rasulullah SAW :
Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang di redhai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucapdengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah,padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.
[Riwayat Malik dalam al-Muwatta' dan al-Tirmizi,katanya hasan sahih]
Sufyan bin 'Uyainah menyebut: " Hadis ini bermaksud kalimah dihadapan pemerintah,kalimat yang pertama (yang diredhai Allah AL HAKIM) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua(yang dimurkaiNya) ialah yang mendorongnya melakukan kezaliman"
[Tuhfah al-Ahwazi,oleh al-Mubarakfuri,jld.7,m.s 21,cetakan Dar al-Fikr,Beirut]
Imam Hoslan IMAM MERDEKA !
Apa kebiadapan beliau ? Adakah beliau biadap kerana melaporkan 'kes penyelewengan' wang masjid berjumlah ratusan ribu ? Adakah beliau biadap kerana beliau pernah digari di Masjid secara tidak sah? Adakah beliau biadap kerana mempertahankan hak beliau sebagai imam ? Adakah beliau biadap kerana mempertahankan kemuliaan amanah yang dipikulkan ke atas bahu beliau? Apakah beliau biadap kerana membantah keputusan yang menzalimi diri beliau dan harta masjid dalam keadaan tidak cekap ?
Jawabannya mungkin hanya satu 'membaling selipar' atau dua termasuk mengeluarkan kata-kata amarah (mungkin ada ke ?) !
Firman Allah AL HAKIM :
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan
berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh
orang yang dizalimi.Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi
Maha Mengetahui [al-Nisa’ 4: 148]
Rujuk juga surah al Qasas,
bertadabburlah. Apakah yang ditafsir oleh para mufassirin mengenai
Firman-Firman Allah AL HAKIM di sana.Rasulullah SAW telah bersabda : Barangsiapa yang Allah mahu beri kebaikan akannya, maka akan diberi kefahaman kepadanya dalam -hal2- agama. [Muttafaq 'alaih]
Aku percaya bahawa beliau adalah pembela harta Masjid yang lebih utama dibela berbanding harta peribadi beliau, ini suatu perjuangan hebat !! Inilah Imam MERDEKA ! Beliau berjuang sedang kebanyakan pemimpin UMNO / BN membedal harta negara / rakyat untuk menganjur pelbagai majlis maksiat !
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya :
"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, lalu bertanya,
"Wahai Rasulullah apa pendapatmu tentang seseorang yang ingin merampas hartaku?"
Nabi bersabda, "Jangan kamu berikan hartamu."
Dia bertanya, "Apa pendapatmu jika dia hendak membunuhku?" Sabda Nabi, "Lawanlah."
Dia bertanya, "Apa pendapatmu jika dia berhasil membunuhku?" Sabda Nabi, "Kamu telah mati syahid."
Dia bertanya, "Apa pendapatmu jika aku membunuhnya?" Nabi bersabda, "Dia berada di neraka."
[Hadis Riwayat Muslim, Al Iman, 140]
Apapun yang melapor kejadian dah kena duk dalam selama setahun (sama je dengan tempoh hukuman si Toyol Khir yang bedal harta rakyat). Penyamun jutaan wang rakyat duk dalam setahun dan Imam yang mempertahankan hak masjid yang 'disamun' juga dipenjara setahun ! Aku tak nafikan 'Mulia' sungguh makhamah ! Memang 'mulia'. Anda mungkin fikir yang anda tahu apa itu jenayah? Apakah salah guna kuasa dan amanah sebagai hakim bukan suatu jenayah !? Apapun jenayah itu adalah sesuatu yang sangat umum.
'Selipar Terbang' Antara Amaran Dan Bala' AL HAKIM Buat Si Hakim.
Setiap jenayah itu ada hukumannya walaupaun ia kelihatannya benar dan terlepas daripada hukuman sesama manusia. Namun tidak pada hakikatnya. Selipar terbang ini juga adalah bala' setelah hukuman hakim mendahului hukuman Allah AL HAKIM tidak dilaksanakan di atas muka bumi bertuah ini. Sebahagiannya bala'Nya akan aku nyatakan di sini untuk renungan kita semua. Di antaranya adalah :
Daripada Ibnu 'Umar radhiallahu 'anhuma berkata:
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam berhadap kepada kami (pada suatu hari) lalu baginda bersabda :
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam berhadap kepada kami (pada suatu hari) lalu baginda bersabda :
"Wahai kaum Muhajirin, 5 perkara jika kamu telah ditimpakan bala
dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tiadalah kebaikan lagi
bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah Ta'ala, semoga kamu tidak
menemui masa itu.
Perkara-perkata itu ialah:
- Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani melakukannya secara terang-terangan, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
- Dan tiadalah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan ditimpakan bala dengan kemarau dan kesusahan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.
- Dan tidaklah mereka menahan akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiadalah binatang (yang hidup di permukaan bumi ini) sudah pasti mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Ta'ala.
- Dan tiadalah mereka memungkiri janji Allah dan rasulNya kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka menguasai mereka, maka musuh itu akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
- Dan apabila pemimpim -pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri"
[Hadis Riwayat Ibnu Majah]
Wahai para hakim yang bijaksana lagi dimuliakan, jelas sekali 22/2/2012 kamu 'MUNGKIN' adalah mangsa serangan selipar terbang kerana ketidakmahuan pemimpin-pemimpin kamu melaksanakan undang-undang Allah AL HAKIM. Esok-esok pasti berlakunya peperangan dan rusuhan kerana sikap tidak meyakini firman Allah dan hadis-hadis Rasulullah. Ya Allaah lindungilah kami semua dari malapetaka dan fitnah ini ... Sesungguhnya Engkaulah AL HAKIM Yang Maha Mulia !
Di antara keburukan yang berlaku adalah penyebab berlakunya hal yang tidak diingini, misalnya kes selipar terbang ini adalah juga adalah sebahagian kesan apabila bermaharajalelanya budaya hedonisme yang diamalkan oleh pimpinan negara ini sendiri.
Diriwayatkan dari Aisyah r.a, ia berkata : Rasulullah saw bersabda ,
" Pada akhir umat ini akan terjadi tanah runtuh, perubahan bentuk muka, dan rusuhan" Aisyah berkata: saya bertanya," wahai rasulullah, apakah kami akan binasa padahal dikalangan kami masih ada orang-orang soleh" Baginda menjawab " Ya, apabila keburukan telah bermaharajalela"
( At tirmidzi, Kitab All-itan, disahihkan oleh Al-Albani )
Dalam riwayat lain ada menyebut waktu berlakunya rusuhan ini adalah ketika bermaharajalelanya alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita.
Di ingatkan sekali lagi. Ini sebenarnya menandakan petunjuk dari hadis nabi itu benar-benar telah berlaku. Ini merupakan peringatan akan datangnya azab yang pedih terhadap hamba-hambanya kerana bersikap ingkar yakni tidak menuruti Sunnah yang hak dan berterusan melakukan maksiat dan kebida'ahan agar kembali mengambil pelajaran dan mengamalkan yang hak sebagaimana telah ditentukan oleh Allah ِAzza Wa Jalla pada agama yang diredhaiNya. Wallahu a'lam..
Fikirkanlah siapakah punca utama yang mengundang masalah-masalah ini sebenarnya ?
NASIHAT 'UM BUAT SEMUA :

Ayuh sama-samalah kita semua menjadikan budaya berdoa dalam menghadapi
golongan penzalim laknatullah yang menentang keadilan penghakiman Islam sebagaimana yang ditetapkan oleh AL HAKIM.
Dengarlah baik-baik apa lagi yang pernah disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)"
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim].
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" [hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani].
Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
KHATIMAH
Setelah kalian membaca hujah ini, maka sebaiknya kalian berubah fikiran dan bertaubat dengan menerima usaha dengan suara kalian. Bersuaralah untuk lebih memartabatkan undang-undang jenayah syariah Islam ke dalam perlembagaan negara, jangan sesekali keputusan kamu kerana kejahilan atau terimalah firman Allah AL HAKIM: "Maka tiada permusuhan kecuali terhadap kaum yang zalim". [al Baqarah : 193]. Jangan lupa juga pada makhamah Rabbul Jalil !

Aku akhiri, dengan merakamkan ucapan Nabi Allah Syu'aib AS yang tertulis di dalam al Qur'anul Kariim yang bermaksud: "Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku, dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNya jualah aku kembali" [Surah Hud:88]
والله اعــــلم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan