Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 13 Mac 2012

PANAS : Murahguru UMNO Mahathir Lantik Ambiga Jadi PM Malaysia ?

       بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم       
Segala puji-pujian kepada Allaah, Rabb sekalian alam. Salam dan Selawat ke atas Rasulullah, dan keluarga serta para sahabat baginda, tabien juga atha tabien; dan ke atas sekalian orang yang berusaha untuk mengikuti dan mempratikkan segala ajaran dan menjauhkan segala larangan baginda SAW. Firman Allah :
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
[Al Baqarah 2 :129 ]
 
Wahai UMNO, jangan main pakai tuduh je. Mengata dulang paku serpih. Mengata orang dia lebih. Nanti dipulang paku rapuh dengan buah penyiku deras.. hehe. Lawak je, sayang korang semua. 

Kaedah ada menyebut : لا ينسب إلى الساكت قول. Maksudnya: tidak boleh disandarkan kata-kata kepada orang yang tidak menyebutnya.


Apa yang nak dihairankan pasal UMNO/BN ni. Fitnah adalah biasa.. Kenyataan di atas ini pun ada simbol soal (?). Saja Utusan Meloya nak mengelirukan kalian . hilang je tanda soal jadi memacam ...

Haram menyebar atau membaca mana-mana berita yang berbaur fitnah. Larangan Allah terhadap fitnah secara jelas terkandung dalam Al Quran seperti disebut dalam surah An Nur dan Al Hujurat.

Entry aku kali inipun sekadar العمل بالمثل, iaitu membalas balik sekadar kemudaratan fitnah kosong yang telah dibuat ke atas parti aku. Jadi kepada semua pembaca, harap baca tulisan balasku ini dengan intonasi lembut justeru aku menulis bukan dengan muka merah padam tetapi dalam keadaan tergelak-gelak kecil dan tersenyum manis apabila mengingatkan hujah lawan yang melucukan.

Tajuk entry aku kali ini tak lebih daripada membalas sedikit sikap zalim mereka dalam meletak tajuk. Sehingga kucar kacir rakyat menggelabah dan berbalah kerana api fitnah yang tak sudah..
Firman Allah :
Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
[An Nahl : 126]


Takpalah, lepas ni aku berleter lagi sikit, pastu aku nak bandingkan sesuatu kepada kalian semua sebagai jawaban.. aku tengok mereka asyik je ulas percakapan Dr Zul yang kontroversi dalam wacana Sinar. 

Pelbagai cara BN guna malah fitnah-fitnah juga berterabur cam tahik tercirit .. busuklaaaaaa !! Wes kalian ada tau dak berapa banyak ulasan-ulasan daripada para ulamak dalam PAS mengenai hal ini ? Ada baca dak ?  Kalau tak faham jangan duk kalut. Ahli PAS pun syaratnya mesti Islam. Bukan cam UMNO hanya sekadar meletak syarat bumiputera saja.

Malah kalian tau ke yang dalam perlembagaan Lord Reid sanjungan BN tu pun tak dak sebut mesti Islam yang jadi PM. Oleh kerana masyarakat Melayu majoriti Islam maka PAS melaungkan "KEPIMPINAN MELAYU".

Kami bukan macam UMNO melaungkan "Ketuanan Melayu", tapi hakikatnya berniat nak beri negara ni diperintah oleh bukan Melayu.. tak caya sudah ! Kami juga jenis bercakap takde bukti.
Sabda Nabi SAW :
لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لَادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ
Jika diberikan hak mendakwa (tanpa saksi dan bukti), nescaya orang ramai akan mendakwa (dia mempunyai hak tuntutan) darah dan (hak tuntutan) harta. [HR Muslim]


Tengok bukti bawah ni ! Ekekeke ... Betapa jjiknya mereka yang pernah ucapkan 'Melayu mudah lupa' bersama-sama TDM.  Mau tak mau aku kena dedahkan keburukannya nanti ramai lagi terpedaya. PERINGATAN : Hanya Ambiga SAJA mungkin dak. Non Muslim lain mungkin yer ...  
Firman Allah :
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui [al-Nisa’ 4: 148]



Memang pemimpin UMNO dan utusan sudah lupa isu ini setelah hampir 12 tahun berlalu, tapi aku tidak akan pernah melupakannya. Inilah sejarah sebenar politik negara. Harap kalian jangan tertipu lagi dengan mereka yang banyak kepentingan politik. Ada berani bagi PAS / PR test sepenggal ... kalau tak sama apa yang dicanang, jom kita tumbangkan mereka lepas ni  dan masa tu BN pun kena lebih baik daripada PR la yer ..  Sebelum lupa, ucap sama selamat tinggal pada pemimpin BN tu sama ...

Firman Allah :
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil". [Al Qasas :55]
 
  
Kesimpulannya : Mana bahaya antara timbalan parti yang bangsa lain namun beragama Islam dan PM yang dijanji dalam keadaan tak de disebut pun dalam perlembagaan semestinya Islam. Mahathir pun tak de sebut, Pak Lah pun dak dan Najib pun dak ... renung dan fikirkanlah dengan akal yang sihat. Bukankah merenung dan memuhasabah diri itu perkara yang baik :)

Kami ada juga berkawan dengan bukan Muslim dalam berpolitik kepartian, tapi tak de lah sampai menjual agama macam BN. Yang benar kami cerita walaupun merugikan undi. Apalah erti kemenangan jika tidak mendapat keredhaan Allah Yang Maha Mencipta sekalian makhluk. 

والله اعــــلم      

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...