Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 5 Mac 2012

KACAMATA MUSLIM : Membahas ucapan MAAF Najib.


       بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم       
Segala puji-pujian kepada Allaah, Rabb sekalian alam. Salam dan Selawat ke atas Rasulullah, dan keluarga serta para sahabat baginda, tabien juga atha tabien; dan ke atas sekalian orang yang berusaha untuk mengikuti dan mempratikkan segala ajaran dan menjauhkan segala larangan baginda SAW. Firman Allah :
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
[Al Baqarah 2 :129 ]

Sebelum UM dituduh memfitnah, memandai atau apa saja.. Silakan kalian membaca dulu petikan-petikan akhbar rasmi geng BN sebagaimana yang dilaporkan berita hairan bawah ni, yang dihiglight, dibold dan dibesarkan size fontnya dengan warna merah tu akan dikupas. Lepas tu baru baca ulasanku.

(1) “Saya bagi pihak BN meminta maaf daripada kesilapan dulu dan berjanji belajar daripada kesilapan itu. Kita akan bangkit daripada kesilapan lalu untuk membina mahligai yang lebih kukuh.

(2) Perdana Menteri berkata, pemimpin BN tidak boleh bongkak dan angkuh, sebaliknya tunduk kepada kuasa rakyat.

“Rakyat tolak BN dulu mesti ada silap kita dan kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat,” katanya.

(3) Najib berkata, kerajaan tidak akan berjanji sesuatu perkara yang tidak boleh ditunaikan sebagaimana dilakukan pakatan pembangkang pada pilihan raya lalu.  Sehubungan itu, beliau meminta rakyat tidak lagi tertipu dengan helah pakatan pembangkang yang membuat pelbagai janji tetapi tidak dapat ditunaikan.

“Pada PRU 2008, kita (rakyat) sudah termakan janji tetapi apa dah jadi dengan janji itu... janji tinggal janji... janji manis,”
katanya.
[Fazli Abdullah dan Siti Fatimah Mohamed Anwar - TEKAD JANJI BN, bhnews@bharian.com.my, 2012/03/04 ] Korang nak baca lagi berita hairan ni yang selebihnya [klik sini]

  ULASANKU : (1) Bagiku memadailah aku katakan permintaan maaf ini tidak selaras dengan kehendak Islam sedang banyak sekali kesilapannya yang khusus. Dia seolah bersikap mengambil mudah seolah kesalahan kepimpinannya adalah kesalahan semua pihak dalam BN (walau sememangnya salah).

Sabda Nabi SAW :
“Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, di mana ia terlalu khuatir akan tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.” [HR Bukhari,Muslim]

Mahligai apa kalau puncak gunung pun tak kenal lagi ..

Apakah ada yang mampu mengampunkan kesalahannya dan BN ? Kezaliman-kezaliman yang berlaku adalah terlampau banyak dan maksiat bersepah-sepah malah mereka bangga-banggakan. Peristiwa kezaliman mereka di Memali pada tahun 85, masih ditayangkan dengan bangga dikaca tv. Aku tidak berhajat mengulas panjang memadailah kalam-kalam yang benar menunjuki jalan yang sebenar

Nabi SAW bersabda  :
كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل العبد بالليل عملا، ثم يصبح قد ستره ربه، فيقول: يا فلان! قد عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عنه
“Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (berbuat dosa secara terangan) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa pada malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah sudah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah sudah menutupi dosa itu semalaman, tetapi pada pagi hari dia buka yang ditutup Allah.” [Muttafaq 'alaih]

Lihat saja kisah kehancuran kaum Nabi Luth yang dirakamkan al Quran : “Adakah patut bagi kamu mendatangi lelaki dan menyamun di jalan raya dan kamu membuat kemungkaran di tempat pertemuan kamu. Maka tidaklah ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata: Datanglah kepada kami azab Allah itu, jika sungguh engkau dari orang yang benar.” [Al Ankabut : 29] Inilah kehancuran yang akan mereka rasai nanti setelah mempermainkan kata-kata ucapan memohon maaf.

(2) Bongkak dan angkuh adalah penyakit sombong takbur. Sedang takbur ni ubatnya kena tunduk pada kebenaran dulu.

Rasulullah SAW bersabda :
لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر، قال رجل : إن الرجل يحب أن يكون ثوبه حسناً ونعله حسناً، قال النبي صلى الله عليه وسلم : إن الله جميل يحب الجمال، الكبر بطر الحق وغمط الناس
Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong. Berkata seorang lelaki : Sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sombong IALAH menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia. [HR Muslim dan Ahmad dan selainnya dari hadis Abdullah bin Mas'ud]

Lepas tu barulah rakyat tunduk kepada kalian. Ini kezaliman dan maksiat ntah apa-apa, ini semua bertentangan dengan kebenaran ... Soalan.. Bagaimana pula dengan penyokong dan pengundi kepada golongan penzalim dan maksiat ini tetapi tidak melakukan perbuatan maksiat?

Jawabannya ada dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan sungguh, Allah sudah menurunkan kepada kamu dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka jangan kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentu kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang munafik dan orang kafir di dalam Jahannam.” [An Nisa’: 140] Tinggal-tinggal-tinggalkan mereka .. jangan duduk-jangan duduk-jangan duduk dengan mereka. Dah mereka jadi elok esok-esok takpa lah.

Jangan lupa pula ucap selamat tinggal.
Firman Allah :
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil".
[Al Qasas :55]

(3) UM dah cakapkan, mereka ni memain je. Baru je mintak maaf dah buat dosa terang-terang lagi. Siapa yang menzalimi siapa sebenarnya ni ? Siapa yang membohongi rakyat ? Siapa yang tunai janji pada rakyat ? Siapa yang tak jaga amanah yang diberi (atau tipu?) oleh rakyat ? Sedang Najib sendiri dah mengaku kesilapan (UM : maksiat dan kezalimannya) maka dia ditolak rakyat sehingga hilang 5 negeri (BN hanya kira 4 negeri).

Firman Allah :
لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا
Allah tidak menyukai kata-kata buruk yang diucap secara terangan, melainkan oleh mereka yang dizalimi. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[An Nisaa' : 148]

Dalam ayat di atas Allah menerangkan bahwa Dia tidak menyukai hamba-Nya yang melontarkan ucapan-ucapan buruk kepada siapapun. Ucapan buruk itu dapat menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara anggota masyarakat dan jika berlarut-larut dapat menjerumus kepada pengingkaran hak dan pertumpahan darah. Ucapan buruk itu dapat pula mempengaruhi orang-orang yang mendengarnya untuk meniru perbuatan itu, terutama bila perbuatan itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin. Jadi Allah tidak menyukai sesuatu itu berarti Allah tidak meredhainya dan tidak memberinya pahala. Mangsa kezaliman dikecualikan dalam hal ini.

Kerana itu Allah mengizinkan dalam ayat ini bagi orang-orang yang teraniaya melontarkan ucapan-ucapan dan tuduhan tentang keburukan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh penzalim walaupun akan mengakibatkan kebencian, kerana membiarkan kezaliman adalah lebih buruk akibatnya, sesuai dengan kaedah fiqh :
ارتكاب أخف الضررين
"Pilihlah yang lebih ringan mudaratnya di antara dua kemudaratan".

Oleh kerana inilah sentiasa saja ada golongan agama sendiri mengatakan secara terang-terangan tentang keburukan-keburukan kepimpinan BN sebab mereka menjadi mangsa. Mereka saling mengadu dan bercerita sesama rakyat tentang betapa hapraknya BN kerana sedar kekuatan rakyat dan makhamah rakyat dalam PRU adalah penting untuk menghukum pemimpin zalim ini ..


KESIMPULAN : Renung-renung dan muhasabahlah diri semua wahai rakyat.
  1.  Najib minta maaf bagi pihak BN, tapi perangai tak berubah. Masih kutuk pembangkang yang dipilih rakyat, ini adalah seolah menyalahkan rakyat dan kononnya rakyat bodoh kerana mudah tertipu dengan janji manis dan helah PR. Apakah senarai-senarai kejayaan belum cukup lagi membuktikan? 
  2. Memang patutlah Muhyiddin dalam media hari ini bukan setakat membinasakan permohonan maaf Najib, malah menzahirkan bahawa maaf Najib itu palsu, "maaf kerana BN membawa pembangunan", perli untuk rakyat. Apakah ini suatu pertembungan dalaman antara Najib dan Muhyiddin ?
  3. Maaf BN kerana alpa dengan amanah (??penipuan kot hehe??) yang pernah diberi rakyat kepadanya selama 12 penggal tak sewajarnya dimaafkan begitu saja.
  4. BN perlu diberi pengajaran, cara yang terbaik untuk Najib dan BN pada masa ini adalah apabila mereka kehilangan kuasa kerana dijatuhkan oleh rakyat yang mereka sering perbodohkan.
  5. Apakah UM melarang rakyat daripada memaafkan Najib? Oh tidak, tetapi dosa yang berkaitan dengan haq Allah dan haq insan dalam syara' hendaklah difahami sejelasnya. Apakah rakyat boleh memaafkan kesalahan dalam bab jinayat yang sudah berlaku ? Jika itu kuasa mutlak rakyat dalam hak insan silakan ... jika tidak jangan lakukannya. 
  6. Apapun secara umumnya rakyat boleh terima maaf BN, tapi memberikan pengajaran adalah keutamaan untuk masa depan negara Malaysia ini sendiri.  Sila tumbangkan PR dalam PRU14 di seluruh negara jika PR gagal beri sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah diberi oleh Najib dan BN. Ada berani test bagi PR perintah dulu sepenggal ?
  7. Apa yang BN belajar daripada PRU12 ? Hakikatnya BN tetap angkuh dan sombong. Buktinya banyak sekali, apa yang dia mohon maaf itu sekadar cara umum, cuba ditanya satu-satu kesalahan yang dilakukan mereka kepada rakyat .. adakah sanggup mengaku dan memohon maaf atas setiapnya ?
  8. Meminta maaf adalah suatu perbuatan mulia tetapi jika tidak berubah apalagi memperalatkan permintaan maaf yang bukan kerana Allah adalah sesuatu perkara keji dan buruk bagi BN. Sekarang sudah terbukti, lepas mintak maaf terus maki dan caci pembangkang, maka apakah ini tandanya mereka mahu berubah ? 
  9. BN akan berubah tapi selepas ditewaskan dalam PRU13. Rakyat pasti memberi pengajaran itu, Insyaallah. Baru ada kesedaran bagi mereka, itupun kalau mereka mau sedar!
والله اعــــلم      

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...