بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم
Segala puji-pujian kepada Allaah, Rabb sekalian alam. Salam dan
Selawat ke atas Rasulullah, dan keluarga serta para sahabat baginda,
tabien juga atha tabien; dan ke atas sekalian orang yang berusaha untuk
mengikuti dan mempratikkan segala ajaran dan menjauhkan segala larangan
baginda SAW. Firman Allah :
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". [Al Baqarah 2 :129 ] |
klik di sini untuk baca sepenuhnya kenyataan TDM |
"Wahai orang yang beriman,hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu pada sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan.Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada Taqwa. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam apa jua yang kamu lakukan.
(Surah Al Maidah : 8)
Memang kita benci dan geram TDM yang sering menghina Islam, namun janganlah kerana sesuatu yang tidak diperkatakannya walaupun memang dia dah terlampau banyak menghina Islam. Namun kita sama-samalah jangan mengenepikan keadilan. Apa yang diperjuang dan diajarkan oleh ulama-ulama kesayangan kepada kita dalam menghadapi lawan jangan dilupa ..
Tegasnya, kenyataan TDM di atas bukanlah bererti bahawa beliau mengajar kita agar tidak mensyukuri Nabi Muhammad SAW yang memyampaikan wahyu kepada kita.
Jelas kenyataan-kenyataan beliau sebelum dan selepas menyentuh contoh biadap yang dikaitkan kepada baginda SAW adalah sebagai bidasan yang menyindir pihak kita.
Dan sememangnya kita tidak akan bersyukur dengan memberi undi kepada kerajaan yang dipimpin beliau atau pewaris beliau. Harta negaralah yang dijadikan umpan dan pancing untuk undi mereka. Sedang harta negara adalah milik bersama rakyat jelata yang diamanhkan untuk mereka.
Aku malas nak hurai panjang cukuplah kartun ini sebagai jawaban betapa buruknya politik UMNO/BN.
Lagi satu mahu daku berpesan bahawa dalam Islam bersyukur kepada manusia itu ada dinyatakan dalam sebuah hadis yang marfu' (yang sampai kepada Rasulullah). Namun janganlah sehingga lupakan kesyukuran kepada Allah sebagaimana puak 'nung'. Asyik citer bab syukur kat depa jah.
دثنا بكر بن محمد بن حمدان المروزي ، ثنا إسماعيل القاضي ، ثنا شاذ بن فياض ، ثنا عمر بن إبراهيم ، عن قتادة ، عن سعيد بن المسيب ، عن عبد الله بن عمرو - رضي الله عنه - ، أن رسول الله - صلى الله عليه وآله وسلم - قال : " لا ينظر الله إلى امرأة لا تشكر لزوجها ، وهي لا تستغني عنه "الكتب
»
المستدرك على الصحيحين »
كتاب النكاح »
Dermawan yang dihumban ke neraka jua di ada di sebut dalam hadis klik sini untuk membacanya
Dermawan yang dihumban ke neraka jua di ada di sebut dalam hadis klik sini untuk membacanya
والله اعــــلم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan