Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 2 Mac 2012

KEMELUT KEDAH : Surat Terbuka Buat MB, YB-YB Dan Rakyat Jelata


       بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم       

Segala puji-pujian kepada Allaah, Rabb sekalian alam. Salam dan Selawat ke atas Rasulullah, dan keluarga serta para sahabat baginda, tabien juga atha tabien; dan ke atas sekalian orang yang berusaha untuk mengikuti dan mempratikkan segala ajaran dan menjauhkan segala larangan baginda SAW. Firman Allah :
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
[Al Baqarah 2 :129 ]
~ Daripada UM buat para pimpinan dan rakyat Kedah yang dihormati lagi dikasihi sekalian ~

      الســلام عـلـيــــكم 
  Salam disua bererti aku mendoakan kesejahteraan buat kalian. Tidaklah aku akan bermusuh dengan sesiapa  kecuali kerana kezalimannya . Salam ini juga untuk sesiapa yang menerima kebenaran Islam bukanlah  untuk selainnya. Maka  bertadharru' aku kepada Allah memohon untuk aku dan kalian sentiasa  diberi hidayah  / petunjuk Allah, semoga akan dan tetap berada dalam nikmat Islam sebagai agama yang sejahtera yang menyelamat daripada segala bencana di dua negeri ; yakni bukan hanya di dunia malah di akhirat jua

MUQADDIMAH : Buat diriku dan pembaca sekalian, bacalah dengan hati yang tenang lilLaahi

       بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم

Berpesan pada diriku sendiri dengan amaran Allah yang amat pedih pembalasanNya :
ولا يغرنكم بالله الغرور
"Dan janganlah kepercayaan kamu kepada Allah tertipu oleh yang amat pandai menipu!".
[Fathir : 5]

Berpesan lagi pada diriku yang amat kekurangan dengan pertanyaan daripada Allah Yang Maha Bijaksana :
ياايها الإنسان ما غرك بربك الكريم
"Hai manusia! Apakah yang memperdayakan engkau terhadap Tuhan engkau yang Pemurah?". [AI-Infithar : 6]

Ya Allaah, lindungilah aku daripada terpedaya dengan segala hasutan dalam penulisan ini dan sesiapa saja yang membacanya sehingga melupakan Engkau, sedang hanya Engkaulah yang telah mengurnia hidayah fitrah, hawas (pancaindera), aqal dan ad Diin ini kepada kami.. Maka tunjukkanlah kami jalan yang lurus ..
Allaahumma Aamiin

Semoga kalian sanggup mengambil sedikit masa daripada ruang lapang yang Allah berikan kepada kalian untuk membaca seluruh penulisan yang kecil, yang ditulis untuk merungkai satu masalah yang sedang berlaku .. Insya-Allah. Semoga Allah memberi kemudahan kepada kita semua

1. Wahai MB ku (kami) ayahanda Ustaz Azizan Razak yang dikasihi

       بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم

  Hayatilah kembali ucaptama yang keluar daripada sahabat utama Nabi SAW ; Syayyidana Abu Bakr as Shidiq r.anh selepas diamanahkan menjadi Khalifah : 
"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.
“Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya-Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Jika aku meninggalkan Allah Dan Rasulnya maka menjadi kewajipan kalian membunuh aku". “Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku."
[Ibn athiir, Al Kamil fi al Tarikh, 1/361]
Ikrar kami rakyat jelata akan dengar dan taat selagimana tidak pada perkara maksiat ; jika jelas terbukti secara qat'ie berdasar kepada jalan penghukuman yang menurut syara' dan pada ketika itu kami akan mengingkari mu. Namun ia tidak bererti kami akan meninggalkan mu selamanya hanya kerana maksiat mu itu selagimana aqidah mu tidak rosak. Sedang aqidah itulah yang menjadi penentu utama kepada kelayakan sebagai pemimpin di dalam Islam . Secara jujur kami mengakui tugas mu adalah amat berat kerana terpaksa dipertanggungjawabkan atas segalanya yang berkaitan dengan pentadbiran negeri Kedah.
 
Firman Allah :
وَ كَأَيّن منْ نَبِي قََاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّو ن كَثِير فما وَهَنوا لِمَا أصَابَهُم في سبيل الله و ما ضعفوا و ما استكانوا و الله يحب الصابرين
“Dan berapa banyak Nabi bersama kawanan setia berperang, mereka tidak sedih atas apa yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak pula lemah serta menyerah” [Ali Imran 146]

2. Wahai YB-YB kami sekalian terutama kekanda Ir. dan Dr. yang dikasihi

       بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم

 
Hayatilah kalian kembali, Imam Bukhari dari lain-lainnya telah mengetengahkan sebuah hadis melalui jalur Ibnu Juraij yang bersumber dari Ibnu Abu Mulaikah, bahawasanya Abdullah bin Zubair menceritakan kepadanya, bahawa pada suatu hari datang menghadap kepada Rasulullah saw. utusan atau delegasi dari Bani Tamim,

Abu Bakar berkata : "Jadikanlah Qa'qa' bin Ma'bad sebagai amir atas kaumnya."
Umar mengusulkan : "Tidak, tetapi jadikanlah Aqra' bin Habis sebagai amirnya."
Abu Bakar berkata : "Kamu tidak lain hanyalah ingin berselisih denganku."
Umar menjawab, "Aku tidak bermaksud untuk berselisih denganmu."

Akhirnya keduanya saling berbantah-bantahan sehingga suara mereka berdua makin keras kerana saling berselisih (dengan tujuan untuk mendapat yang terbaik). Lalu turunlah (wahyu) berkenaan dengan peristiwa itu firman-Nya, "Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kalian mendahului di hadapan Allah dan Rasul-Nya..." [Al Hujurat : 1] sehingga firman-Nya, "Dan kalau sekiranya mereka bersabar..." [Al Hujurat : 5].

Begitu pula janganlah sesekali seseorang pun di antara kalian dan kami yang tertipu dan terpedaya dengan pujukan nafsu/syaitan, janganlah sekali-kali menuruti bisikan dan ajakannya yang pasti hanya mengajak kepada hal yang keji dan yang mungkar sebagaimana firman Allah SWT:

يا أيها الذين آمنوا لا تتبعوا خطوات الشيطان ومن يتبع خطوات الشيطان فإنه يأمر بالفحشاء والمنكر

Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. [An Nur : 21]

Maka kami rakyat jelata akan membantu urusan kalian selagimana ia bukan perihal dosa dan permusuhan, apalagi jika ianya adalah permusuhan terhadap Allah, Rasul, ulamak dan pemimpin kaum Muslimin yang telah diangkat berdasarkan syariat dengan cara syura.
  
Wahai diriku dan sekalian saudaraku rakyat jelata KEDAH yang dikasihi

       بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم

  Firman Allah :
"Wahai orang yang beriman,hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu pada sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan.Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada Taqwa. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam apa jua yang kamu lakukan.
[Surah Al Maidah : 8]


Firman Allah :
 Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan (musibah) kepada suatu kaum tanpa mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatan kamu itu. 

Dan ketahuilah kamu bahawa di kalangan kamu ada Rasulullah. Jika dia menuruti kamu dalam kebanyakan urusan, nescaya akan menyusahkan kamu, tetapi Allah menjadikan kamu mencintai iman, dan menjadikannya indah dalam hati kamu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, dan kefasikan dan kederhakaan. Mereka itulah orang yang mengikuti jalan yang bijaksana. 

 Kurnia dan nikmat daripada Allah. Dan Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
 

Dan jika dua golongan daripada orang Mukmin berperang, maka damaikanlah antara kedua-duanya. Maka jika salah satu daripada kedua-duanya berbuat aniaya terhadap yang lain, maka perangilah yang berbuat aniaya itu sehingga kembali kepada perintah Allah. Maka jika telah kembali, damaikanlah antara kedua-duanya dengan adil. Dan hendaklah berlaku adil, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua-dua saudara kamu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

Wahai orang yang beriman! Janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (memperolok-olokkan) wanita-wanita lain, boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela diri kamu sendiri, dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk nama (panggilan) ialah (panggilan) yang fasik (jelek) sesudah iman, dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.
 

Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengenal).
[Al Hujuraat  49 : 6-13]

Firman Allah :
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil". [Al Qasas :55]


Pesan dan wasiat sheikh Fathi Yakan rhm pula janganlah pula dilupa :
"Sesungguhnya kemuliaan perjuangan Islam tidak berhak dimiliki oleh mereka yang hanya fasih berbicara. Tetapi sesungguhnya kemuliaan itu hanya berhak dimiliki oleh mereka yang hidup dan matinya untuk Islam serta tidak terlena oleh harta benda dan yang lain dari ingat kepada Allah dan jihad fisabilillah".

Sedang Imam Hasan al-Basri rhm pula berkata :
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas pada diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan".

Ikrar kami rakyat jelata tidak akan berselisihan, apalagi saling membuat fitnah serta tomahan sedangkan dalam keadaan yang tidak jelas. Kami akan terus membantu urusan kalian selagimana bukan pada perkara dosa dan permusuhan
  
  KHATIMAH : Buat Kita Semua . Semoga kita mendapat keredhaan Allah.

       بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم

Semua perbuatan, kepatuhan dan ketundukan hendaklah dilakukan hanya kerana dan kepada Allah swt sahaja. Bukan kerana menurut hawa nafsu, bukan kerana ingin dipuji dan dipandang baik oleh orang. Bukan juga kerana pangkat dan jawatan atau apa saja kerana sesuatu keuntungan duniawi.

Bila kepercayaan dan ketundukan itu tidak murni kepada Allah, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung bagi mereka. Allah swt berfirman:

أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

"Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? [ Al Furqan : 43]

Allah swt membiarkan sesat sesiapa yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan mengunci mati hatinya kerana Allah swt mengetahui bahawa mereka tidak menerima petunjuk-petunjuk yang diberikan kepadanya. Allah swt berfirman :

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan menutup atas penglihatannya...." [Al Jasiyah : 23]

Ayuhlah kita besama-sama keluar daripada fitnah ini dengan terus berjuang di atas jalan Allah untuk menegakkan Kalimatullah al Ulya dan bukan selainnya dengan setulus suci niat dan sebenar-benar cara yang dibenarkan syariat bukan selain keduanya. Sedarlah bahawa tiada jalan keluar selain dari terus berjuang ketika berlakunya fitnah kerana ia adalah sebahagian dari syarat ketaqwaan kita kepada Allah Ta'ala


Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan dari Rasulullah SAW, sabda baginda :

غشيتكم الفتن كقطاع اليل المظلم، انجى الناس فيها رجل صاحب شاهقة يأكل من رسل غنمه أو رجل اخذ بعنان فرسه من وراء الدروب يأكل من سيفه
Kamu akan ditimpa fitnah-fitnah (malapetaka dan bencana) bagaikan potongan malam yang kelam. Orang yang paling beruntung mendapat keselamatan daripadanya adalah seorang yang memiliki suara lantang, hidup dari susu kambing-kambingnya (mengembala kambing), dan seorang yang memegang tali kekang kudanya menyusuri celah-celah perbukitan, hidup dari tebasan pedangnya.
[Al Hakim dll]

Abu Umamah r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

عليكم بالجهاد في سبيل الله فإنه باب من أبواب الجنة، يذهب الله به الهم والغم
Hendaklah kamu berjihad fi sabilillah, sebab ia adalah salah satu pintu-pintu Jannah. Sesungguhnya Allah menghilangkan segala duka dan lara dengan jihad
[Ath-Thabrani : Mu’jamul Ausath]

Sama-samalah kita bertadarru' ; merendah diri memohon kepada Allah Yang Maha Tinggi.
Ya Allaah, sesungguhnya kami memohon kepada-MU dengan menyaksikan bahawa Engkau adalah Allaah, tiada Tuhan selain Engkau Yang Maha Esa dan Yang Menjadi Tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat serta Yang Tidak Melahirkan Dan Tidak Pula Dilahirkan, dan tidak ada sesiapapun yang setanding-MU.

Ya Allaah Yang Maha Menghimpunkan, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu. Ya Allah Yang Maha Menghimpunkan.

Maka eratkanlah Ya Allaah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan MU yang sebenar, penuhilah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang Mu. Jika Engkau takdirkan kami mati maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu. Ya Allah Ya Rabbal 'aalamiin

Ya Allah, masukkanlah kami secara masuk yang benar, dan keluarkanlah pula kami secara keluar yang benar. Dan berikanlah kepada kami dari sisi-Mu kekuasaan kepada pemimpin yang menolong kami untuk mendekati Mu. Sesungguhnya Engkaulah sebenar-benar Raja sekalian raja.


  Ya Allaah, Pencipta kami dari satu ruh, Ya Allaah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allaah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada MU untuk keagongan Islam dan umat Islam.

Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (ulang beberapa kali), Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada perkara yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka.
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.

 Ya Allaah Yang Maha Pengasihani, Engkaulah Yang Maha Kaya lagi Yang Maha Mengurniakan, hanya rahmat-Mu yang kami harapkan, kerana itu janganlah Engkau biarkan kami mengikuti hawa nafsu kami walaupun sedetik, perbaikilah keadaan kami semuanya, Ya Allaah sesungguhnya tiada Tuhan selain Engkau yang wajib kami menghambakan diri.
Ya Allaah Tuhan kepada segala raja, utuslah kepada kami seorang pemimpin yang akan membacakan kepada kami ayat-ayat Mu dan mengajarkan kepada kami isi kandungan Al-Quran serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan hati dan jiwa kami ini dari syirik dan maksiat. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

  Ya Allaah Yang Menjadi Sembahan kami, berikanlah rahmat kasih sayang kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam melaksanakan urusan kami ini.

Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Maha Mendengar segala doa, Engkaulah Yang terdekat untuk menerima doa kami ini. Kami berdoa kepada-Mu serta menyedari janji-janji- Mu dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: "Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu", Ya Allah, terimalah doa kami, (ulang2kan).

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restui dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.


   والحــمد لله رب الــعـالمـين  

  Ayuhlah kembali bersama menongkah arus fitnah yang deras ini walaupun kita memiliki nakhhoda yang 'tidak maksum', walaupun kita bersama para kelasi yang kurang berpengalaman dan bersama penumpang yang tidak mengenal karang yang tajam ..

  ASAL JANGAN BAHTERA INI TERUS DITEBUK
Maaf atas segala bicara. Wallahu a'lam, wassalam  

  


~RIBATH ~ Dalam jihad qital, hati yang ikhlas lilLaahi, mata yang berjaga malam untuk mengawal akan selamat dari sambaran api neraka. Semoga mata-mata yang ribath dalam jihad siasah dengan mata pena untuk menyelamatkan Kedah pada saat mata-mata lain sedang lena akan selamat jua dari pembalasan api neraka kelak, Allahumma aamiin..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...