Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 26 Mac 2012

Siri Tambahan : Benarkah Tok Guru NIk Aziz Hina Nabi - Menjawab Tuduhan Kazim ..



Jawaban aku kali ini masih berkaitan dengan perihal irhas yakni sebahagian daripada siri-siri sebelumnya, walaupun aku ada berharap semuanya berakhir dengan jawaban umum oleh Maulana Asri Yusof, Fathul Bari dan lain-lain hujah dalam perkara berkaitan. Namun setelah aku menulis siri terakhir, aku terfikir juga untuk buat siri tambahan dan kerana itu aku sengaja abaikan beberapa perkara, hehe saja nak tengok geng UMNO ada yang baca bebetul dak. Sila lawat siri-siri sebelum ini untuk lebih memahami apa yang aku maksudkan :

http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-pertama-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html
http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-kedua-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html

http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-ketiga-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html

http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-keempat-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html
http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-akhir-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html

Alhamdulillah, memang ada yang baca bebetul dan soalannya wajar untuk diambil kira. Penyoal adalah seorang pengikut UMNO yang menyebarkan rakaman yang memfitnah TGNA dan yang menjadi antara sebab pinggiran untuk aku menulis 5 siri sebelumnya. Soalannya  :

terima kasih atas penjelasan pak ustaz yg panjang lebar... pencerahan masih kelabu.... mohon bertanya sekali lagi... apakah kejadian2 yg dinyatakan olih ustaz kazim tentang kelahiran nabi SAW yg tak sama spt kelahiran mad mad di kampung kita itu tidak benar belaka???... tentang berkhatan tu ada percanggahan pendapat... ada yg berkata Nabi SAW siap2 berkhatan sejak lahir... ada yg kata datuknya berkhatan ketika usia Nabi saw 7 hari dan juga ada pendapat sewaktu nabi SAW dibelah dadanya ketika berumur antara 2 ke 4 tahun... ada lagi beberapa kejadian2 ganjil yg lainnya berlaku ketika Nabi SAW dilahirkan yg tak berlaku kpd mad mad kampung ketika lahir...
apa kah kita semua telah ditipu dgn kisah2 spt ini..... "Anak itu walau pun dlm keadaan yatim, tetapi wajahnya bersih berseri, tanda akan memperolih kejayaan yg besar pada masa akan dtg. Baginda akan menjadi rasul terakhir, mrembawa rahmat ke seluruh alam... Sewaktu dilahirkan Baginda mempunyai keganjilan dari bayi2 yg lain. Baginda berkeadaan tiarap, kedua2 tangannya tertunjang ke bumi, kepala terngadah diangkatnya ke atas. Ini adalah pertanda keagungan dan kebesaran jiwanya. Baginda manusia pilihan yg diberi kelebihan2 tertentu olih Allah. Sewaktu dilahirkan bayi itu sudah bersih, sudah dikhatan dan telah putus tali pusatnya dgn kekuasaan Ilahi. Ada riwayat yg mengatakan datuknya yg menkhatankannya sesudah 7 hari. Pada hari ketujuh itu juga diadakan jamuan kesyukuran dlm satu upacara pemberian nama. nama yg diberi kpd bayi itu ialah "Muhammad".... ana cuma nak kepastian dari pak ustaz... adakah kisah2 ini dongeng belaka???...

'UM : Apapun buktikan terima kasih mu jika ianya dibuat secara jujur dengan adab bertanya dan mohon maaflah kepada TGNA kerana menyebarkan fitnah terhadap beliau. Namun oleh kerana soalannya masih duk buh tanda soal banyak (???) macam yang dah aku katakan dalam siri pertama dulu sebagai bekeng (tak beradab kalau betul nak bertanya semacam je uploader/editor video fitnah tu). Maka kali ini aku jawab dengan cara yang sesuai dengan cara penanya. Soalan yang ditanya berkaitan cerita di atas katanya adalah daripada kalam Ust Kazim, jom kita tonton balik apa yang disebutnya .. nanti si dia tak kata naya . Hehe..

Ohh si penanya masih rasa kelabu (atau tak puas hati ? ) pasal aku tak jawab isu tahmid dan sujud tu lah yer? ('UM buat-buat tak perasan). Jadi, memang dah jelas ust Kazim ada sebut. Tegasnya aku takkan huraikannya kerana aku nak ust Kazim takhrijkannya kerana dia mendakwa itu hadis dan aku nafikan dengan mengatakan tidak. Sebagai pendakwa wajib ia datangkan pembuktian. Inilah peluang padanya untuk guna senjata jika benar ia ada untuk pertahankan kata-katanya dan cantas penafian yang dibuat bahawa itu adalah hadis ... nak tengok dari mana jalur hadis tersebut dan nak tengok setakat mana perihal isnad yang dia tau pasal hadis tu.

Imam Sufyan At-Thauri r.a, berkata :
وقال الثوري : " الإسناد سلاح المؤمن ، إذا لم يكن معه سلاح فبأي شيء يقاتل ".
  Isnad adalah senjata orang beriman, jika tanpa senjata, bagaimana dia mempertahankan diri?
[Ibnu Hibban menukilkan dari Sufyan at-Thauri dalam Muqoddimah Al-Majruhin 1/27]

Dan untuk orang UMNO ada orang yang lebih UMNO percayakannya iaitu ulamak muda UMNO mereka berbanding aku ini, kali ni kita bagi Ust Mohd Rizal Azizan @ Mat Malaya (Ketua Unit Ziarah Dan Perhubungan Sekreatariat ILMU) pulak jawab heheh ... kalau percaya kat aku silalah buat surat mohon maaf kepada TGNA yer sebagai tanda percaya .. hehe .. Dah la jom dengar apa kata Mat Malaya ulamak Muda UMNO dan dalam hal ni aku kawan dengan geng UMNO ni jap pasal dia cerdik dari Kazim dalam hal ini. Hehehe


Wallahu a'lam - Wassalam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...