Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 1 November 2011

Kes Jemput Peninju Israel :: Jom Belasah UMNO/BN-APCO Sampai Berakal!


Tengok cara dia lawan, nak tergelak pun ada... apa hebatnya si Yahudi ni sampai BN sanggup gadaikan pendirian negara tentang isu Palestin?? KHAIBAR..KHAIBAR YA YAHUD..!!

Mahfuz Mula Meninju BN Isu Peninju ISrael ...


Pada 28 Oktober lalu, Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung kehadiran Grad yang dikatakan telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.

Malah dakwa Mahfuz, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop.

Ilya Grad, Israeli Muay Thai boxing champion "Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan.

"Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.
"Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz .
====================================
Apa Jawaban Shabery Bila Ditonyoh YB BN Kota Belud ???
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan Selangor telah memberi peruntukan sebanyak RM5 juta untuk Kejohanan "The Challenger Muay Thai" yang disertai peninju Israel, Ilya Grad.

Sementara kementerian itu hanya meluluskan penganjuran sebagai satu aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain, katanya dipetik Bernama semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN- Kota Belud) mengenai penglibatan peninju Israel dalam pertandingan itu.
==========================================================
Apa Kata Exco-Exco Selangor Bila Si Pondan Tunding Jari???

"Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan warganegara Israel memasuki Malaysia," kata Elizabeth Wong Exco pelancongan selangor yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Dalam kenyataannya semalam, Wong berkata, insiden ini sudah dua kali berlaku dan menteri berkenaan hendaklah menghentikan pas masuk khas kepada warganegara Israel.

"Pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas. Demi semangat setiakawan dengan rakyat Palestin, Malaysia tidak patut mewujudkan sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel, katanya"

Mengulas kenyataan Shabery, Wong mendakwa menteri itu membuat kenyataan palsu dan berunsur fitnah dengan menunding jari pada pihak lain.
"Sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa kerajaan persekutuan," katanya lagi.
----------------------------
Muhammad Faizal  (harakahdaily)  KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar kecil) menjelaskan jawapan yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam sewaktu sesi penggulungan kementerian itu di Dewan Rakyat adalah tidak tepat dan mengelirukan.

"Saya ingin nyatakan jawapan Menteri Belia dan Sukan tidak tepat serta mengelirukan. Apa yang ingin saya beritahu Kejohanan The Challenger Muay Thai adalah merupakan program di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

"Apabila program telah ada maka kerajaan negeri telah dimaklumkan dan dalam masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor memohon agar ianya diadakan di negeri ini," jelasnya.
Tambahnya lagi, mengenai penglibatan peserta Israel, Ilya Grad kerajaan negeri tidak dimaklumkan bahawa terdapat peserta dari negara tersebut.

"Kerajaan negeri tidak dimaklumkan bahawa dalam kejohanan tersebut ada perserta dari Israel kerana semua jemputan dilakukan oleh pihak kementerian dan Negeri Selangor hanya menyediakan tempat sahaja.

"Sekiranya kita tahu jika ada penglibatan peserta dari Israel sudah pasti kita akan membuat bantahan awal tetapi kita tidak diberitahu. Apa yang kita tahu hanyalah mengenai program tersebut sahaja dan kita sanggup untuk menganjurkannya," katanya.

Khalid memberitahu mengenai penglibatan kerajaan negeri dengan peserta Israel itu tidak benar kerana kerajaan negeri hanya terlibat untuk menganjur dan menyediakan tempat.

Kenyataan Ahmad Shabery semalam memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah memberi peruntukan RM5 juta untuk kejohanan tersebut manakala kementeriannya hanya meluluskan penganjuran sebagai aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain.

"Untuk mendapatkan tempat sebahagian daripada kos tersebut, kita diberitahu bahawa ia perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor, apa yang kerajaan negeri lakukan semuanya diketahui oleh kementerian.

"Kita dijemput sebagai penganjur dam penyediaan tempat manakala urusan jemputan dilakukan oleh pihak kementerian.

"Saya jelaskan kenyataan menteri itu tidak benar sama sekali," sambungnya lagi.

===========================================================
Apa Kata Ilya Grad Laknatullah???
 
Bekas juara Muay Thai Israel itu dilaporkan memasuki Malaysia pada satu tarikh untuk menyertai kejohanan yang dirakamkan dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Ilya Grad, Israeli Muay Thai boxing champion menyatakan yang dia memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan
Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.
"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi.

lihat : www.muaythaiauthority.com/2011/10/challenger-muaythai-blog-ilya-grad.html
===========================================================

Apa Pula Kata Timb. Menteri Luar Negeri bila ditanya??


Malaysia membenarkan kemasukan warga Israel ke Malaysia untuk menyertai mesyuarat atau kejohanan sukan antarabangsa
, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan menteri luar negeri, Datuk Richard Riot berkata kerajaan boleh membuat ketetapan berkenaan walau Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

"Dasar Malaysia memang kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel, iaitu hubungan bilateral. Walau bagaimanapun, kerajaan dari masa ke semasa boleh melonggarkan untuk warga Israel untuk hadiri mesyuarat dan penyertaan dalam aktiviti sukan tapi dengan syarat tertentu,

Tambahnya lagi, kebenaran itu juga disyaratkan supaya penyertaan warga berkenaan hendaklah berbentuk "low profile seperti tidak boleh beri publisiti oleh media tempatan," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu berhubung kehadiran peninju Israel, Ilya Grad yang mendakwa telah memasuki Malaysia untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai pada Jun lalu.

"Katanya lagi, kerajaan sedar dengan sensitiviti rakyat berhubung kemasukan warga Israel ke negara ini.

"Namun sekiranya warga isreal disekat daripada menyertai persidangan dan kejohanan bertaraf dunia, besar kemungkinan akan ada bantahan atau penarikan diri daripada sekutu Israel seperti Amerika Syarikat," katanya lagi.
==============================================================
Apa Kata Aku???

DAH TERANG LAGI BERSULUH,

1- Kerajaan Selangor tidak terlibat dalam penganjuran program realiti The Challenger Muay Thai membabitkan peninju Israel Ilya Grad yang diadakan di negara ini.

2- UMNO/BN memang pembohong, pemfitnah dan pengkhianat rakyat 1 Malaysia yang sememangnya tiada hubungan diplomatik dengan Israel. Tidak cukup dengan kes kriket dulu, APCO, pemain bola Israel dan apa lagi kes selepas ini yang akan dibohongi mereka. SAH Malaysia lebih jaga hati Amerika sekutu Israel!!

Mantan Perdana Menteri kononnya adalah yang paling kuat menentang Yahudi diperingkat antarabangsa. Perdana Menteri sekarang adalah penyelamat rakyat Palestin dengan menghantar pelbagai bantuan ke GAza. PERKASA/PATRIOT dan para pesilat yang menyokong UMNO/BN bangkitlah ...... tunggu apa lagi??!  

3- Ummat Islam Malaysia khususnya wajib mengutuk sekutuk-kutuknya akan kehadiran serta kebenaran yang diberikan kepada Yahudi laknatullah kerana mereka adalah musuh yang paling ketat kepada Kaum Muslimin ... adussssss Malunya bila ummat Islam seluruh dunia melihat orang Islam Malaysia yang dibanggakan menyokong Yahudi laknatullah sebab rakaman AXN dah tersebar seluruh dunia!!

4- Wahai UMNO/BN cukuplah bersikap tangan kanan menonjolkan anda adalah pembantu PALESTIN namun tangan kiri anda masih asyik menyokong YAhudi ISrael!!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...