Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 8 November 2011

Ulasan Aku : Anwar Sokong Hak (??) Penganjuran Seksualiti Merdeka 2011

Korang dah baca belum laporan Sinar hari ini?? Aku lihat banyak sekali komen-komen pembaca yang tidak tepat dengan cerita sebenar.

Konsep penulisan laporan yang berbentuk politik tidak terkecuali daripada ulasan oleh penulis-penulisnya kerana ia adalah amalan golongan media, tanpa ilmu tidak mudah sesuatu apapun difahami terutama sekali dalam bab penamaan tajuk.

Masalah tidak kefahaman ini bertambah rumit jika bersikap gelojoh dan terburu-buru membuat kesimpulan, maka saat itu anda akan terperangkap dengan bahasa media apatah lagi jika penulis itu adalah lawan politik kepada orang yang dilaporkannya. Apapun macam biasa wa takkan tambah apapun huruf, cuma mau highlightkan apa yang sepatutnya di baca saja.. hehe. wa cuba tolong lu orang beb!

----------------------------------------------------

Anwar sokong hak penganjuran Seksualiti Merdeka 2011
Oleh : SH NASIONAL/ MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
Tarikh : November 8, 2011
anwar ibrahim
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan hak penganjur dan penyokong festival Seksualiti Merdeka 2011 kerana menyifatkannya sebagai medan perbincangan dan pertemuan bagi golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).

Menurutnya, pada masa sama beliau membidas pihak-pihak yang mengecam penganjuran festival ini terutamanya mereka yang berterusan menghina penganjur dan individu yang menyokongnya.

Katanya lagi, Parti Keadilan Rakyat (PKR)bagaimanapun secara tegas tidak menyokong penganjuran program berkenaan kerana ajaran Islam mahupun agama-agama lain jelas dalam isu ini,

"Kenapa kita nak menghukum mereka di atas hal-hal yang mereka tidak sebut? Kita bantah cara kumpulan berkenaan (LGBT) dimalukan dan dihina. Pendekatan kita sebaiknya mendekati dan memberi penjelasan kepada mereka, tapi bukannya dengan mencerca," katanya di lobi Parlimen di sini semalam.

Ditanya mengenai penglibatan Pengerusi bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang didakwa merasmikan festival ini, Anwar mempersoalkan kenapa Ambiga dilayan seperti penjenayah.

"Tapi kenapa serang dan layan Ambiga seperti penjenayah? Sokong ataupun tidak bukan lagi isu, tapi isunya ialah serangan kepada golongan LGBT," katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mendakwa, liputan yang keterlaluan oleh media tertentu berkaitan program sebenarnya bertujuan menutup kelemahan dan masalah lain yang berlaku dalam negara.

"Ini semua sengaja dibuat bagi menutup permasalahan lain. Nak alih pandangan daripada isu-isu besar yang lain. Jadi kita amat bimbang kerana ia mungkin akan mendorong golongan yang membantah untuk menyerang kumpulan ini," katanya.

Pihak polis sebelum ini mengharamkan semua aktiviti dalam program Seksualiti Merdeka 2011 yang didakwa dianjurkan bagi mempromosikan kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang termasuk yang diadakan secara tertutup berikutan bantahan pelbagai pihak.

Malah pihak polis turut mengambil keterangan empat individu termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga bagi membantu siasatan.

Ambiga sebelum ini turut mengesahkan bersetuju merasmikan program itu hari ini (Rabu) atas kapasiti peribadi.

----------------------------------------------------------------------------

Ulasan tambahan aku ::


Aku bertujuan mengulas isu sebegini untuk mencari persamaan dalam perbezaan supaya jelas bahawa ia bukan perpecahan namun adalah suatu kesinambungan kepada perjuangan dalam kesepakatan di atas nama Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang; Datuk Sri Anwar Ibrahim jelas dan tegas bercakap secara menurut perlembagaan tanpa mengenepikan tuntutan syariat. Kemudian beliau cuba menyelamatkan keadaan panas. Apa yang diperkatakan adalah kesinambungan daripada kenyataan-kenyataan dalam media sebelum ini yang dibuat oleh semua gabungan dalam PR.

Aku lihat ini semua untuk mengelakkan daripada isu ini diprovokasikan mana-mana pihak sehingga terganggunya keamanan negara sebagaimana yang sedang cuba dilakukan oleh pihak tertentu. Provokasi yang dilakukan adalah kotor apatah lagi jika ditokok tambah dengan perbahasan alam maya yang mengecohkan sesuatu yang mereka sendiri tidak jelas. Nanti tak syokla jika dikata orang.... bodo ke bengap manusia hari ni?? bahalol ke tolol?? sewel ke mereng??  bengong ke bingung??? Adusssss.......

Selain itu beliau juga berusaha menjelaskan mengapa isu ini ditimbulkan pada saat dan ketika ini sedangkan penganjuran Penganjuran Seksualiti Merdeka dilaporkan sudah bermula pada tahun 2008 lagi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...