Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 6 November 2011

BERKORBANLAH : Perutusan Aidil Adha UNTUK SELURUH AHLI dan PENYOKONG UMNO

Dalam kesempatan Aidil Adha ini saya menyeru seluruh umat Islam di negara ini khususnya saudara-saudara saya dari kalangan ahli-ahli UMNO untuk terus giat berusaha dalam meneruskan pengorbanan demi menegakkan keadilan Islam. Di zaman ini sudah jadi terbalik apabila pemimpin umat Islam dari kalangan yang dipilih mereka itu mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi masih dipilih sebagai pemimpin dalam setiap kali PRU atau PRK. Malanglah di zaman ini, ramai manusia bertopeng Islam yang masih menyokong dan memberi undi kepada para pemimpin yang mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi sehingga membiarkan dunia terus rosak dengan jenayah, ekonomi, politik dan sosial yang pincang akibat mengenepikan syariat Allah.

Aidil Adha seharusnya mengingatkan kita umat Islam untuk mencontohi tauladan dari pengorbanan nabi-nabi terdahulu dalam menegakkan agama Allah sehingga sanggup meninggalkan segala kemewahan dan keselesaan dunia bukannya bersikap sebagaimana yang dilihat dalam kepimpinan UMNO. Lihatlah iktibar yang ada, Nabi Ibrahim berkorban dengan meninggalkan anak dan isterinya di kawasan yang kering. Begitu juga dengan Nabi Musa yang meninggalkan istana Firaun yang mewah dan juga junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang meninggalkan tanah air tercinta untuk menegakkan syariat Allah. Sedang para pemimpin UMNO masih sibuk membina mahligai masing-masing dan melancong serta membeli belah secara melampau sedang dalam keadaan ahli-ahli mereka sendiri yang sanggup berjuang bersusah payah untuk menaikkan mereka dilupakan begitu saja. Harta negara yang diamanahkan kepada mereka untuk ditadbir dengan sepatutnya telah digunakan sewenang-wenangnya. Pemborosan, kebocoran dan ketirisan adalah lumrah dalam setiap Audit Negara.  

Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneruskan pengorbanan dizaman ini, bagi memastikan tertegakkan keadilan Islam yang akan memayungi kesejahteraan hidup manusia pelbagai bangsa dan agama. Jika tiada lagi pemimpin UMNO yang baik, maka berkorbanlah. Apalah sangat yang ada pada bendera dan nama UMNO itu. Berkorbanlah, tinggalkanlah mereka jika sukar mendapatkan pemimpin yang amanah...

InsyaAllah dengan kesedaran yang sama-sama kita bina sempena hari raya ini, akan membuahkan hasil yang baik kepada diri, masyarakat dan negara ini ke arah melahirkan negara yang sejahtera dan adil untuk semua dengan cara mematuhi perintah Allah dalam semua perkara. Berkorbanlah, semoga pengorbanan kalian meninggalkan perjuangan nasionalisme yang bercanggahan dengan Islam itu diterima oleh Allah SWT sebelum nyawa kalian dikorbankan oleh Malaikat Maut.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin daripada saya saudaramu, Parti Islam Se-Malaysia PAS.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...