dan pelbagai lagi maki hamun lain dilemparkan ::
Ini sikit saja dari puluhan ribuan kata-kata yang lahir dari ketidak fahaman para juhala'. Ramai lagi yang melemparkan maki hamun terhadap PAS sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam dan berpaksikan Tauhid dalam isu ini. Malah ada yang maki hamun mereka lebih teruk. Apalagi semenjak kebelakangan ini PAS dilihat sebagai selalu menganjurkan dan menyertai bantahan dalam beberapa isu yang pastinya menggugat kepentingan mereka.
Firman Allah :
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Al-Hujuraat 49:11)
Dalam hal perundangan sivil ciptaan manusia berkaitan hal ini, cukuplah saya katakan undang-undang sedia ada tidak ada menyebut perbuatan songsang di atas adalah "kesalahan". Malah perlu diingatkan undang-undang ciptaan manusia adalah menyalahi fitrah dan tidak mampu memelihara norma kehidupan secara bermaruah. Maka tidaklah perlu kaum juhala' yang mengaku Islam kelam kabut kerana Ambiga yang bukan Islam bercakap sebagai profesional undang-undang sivil yang disokong oleh para juhala' yang mengaku Islam itu sendiri. Ia adalah ibarat meludah ke langit. Bukankah mereka sendiri tidak bersetuju dengan undang-undang Islam yang diperjuangkan oleh PAS?? Jadi sudah jelas siapa sokong siapa..
Sebagai sebuah parti yang bersikap terbuka, saya yakin anggota-anggota PAS yang berkefahaman tetap menganggap cemuhan sebegini sebagai cabaran yang membina dan meningkatkan keimanan bukan sebagai komentar yang meruntuhkan mereka. Apa sekalipun kebanyakan makian dan kata-kata yang terbit kebanyakkannya daripada akal mereka yang singkat dan menolak daripada menyertai perjuangan Islam secara syumul yang dibawa oleh PAS semenjak 60 tahun lalu perlulah diperbetulkan.
Berkata Imam Syafie:
Sesungguhnya akal mempunyai batasan yang menjadi penghujung kemampuannya sebagaimana penglihatan mempunyai batasan yang menjadi penghujung pandangannya..
Kata sahabatku Mujahid Abdul Aziz :
Memikirkan sesuatu itu HARUS,supaya berjumpa jalan keluarnya. Tetapi jika berlebihan, itu tidak baik. Ada HAL atau PERKARA yang harus diFIKIRkan oleh manusia, Tapi ada juga HAL atau PERKARA yang bukan HAQ manusia untuk memikirkannya, yang harus diFIKIRkan manusia adalah mencari jalan keluar atau menyusun STRATEGI dalam mnghadapi sesuatu perkara, mengenai HASILnya, itu bukan HAQ manusia untuk memikirkannya. Jika kita telah berusaha dengan seMAKSIMUM mngkin, HASILnya adalah urusan ALLAH SWT ...
Jadi mahu saya nasihatkan, ingatlah akan niat anda sekiranya mahu berdakwah sebagaimana PAS mengajar anggotanya supaya kekal atas niat yang sebenar. Apabila niat kerana Allah maka akan banyak kebaikan di dapati setelah melaksanakan niat tersebut dengan cara mengikuti teladan Rasulullah SAW.
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
Dalam masalah belajar berhujah untuk kebaikan tiada salahnya, namun diingatkan jangan sampai tergolong dalam golongan yang telah dikecam oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda : Sesiapa yang menuntut ilmu kerana bermegah-megah dengannya terhadap ulama' atau berbantah-bantahan dengan orang-orang jahil atau kerana memalingkan manusia kepadanya, nescaya Allah akan memasukkannya dalam neraka.
Aku tertarik dengan kata-kata seorang sahabat facebooker yang berkait dengan terjemahan al Hujuraat ayat 11 dan hadis di atas :
"Si munafik dahulu bersungguh menghina nabi, si munafik sekarang bersungguh mencerca pewaris nabi, berbijak akal berhujah dengan al quran dan hadith, tapi tercelupar mulut kerana kemunafikan nyata mereka itu" - Lebai Gōōgle
Dalam PAS tiada perkara maksiat / munkar yang dihalalkan, jadi usahlah menuduh macam-macam... PAS berpegang teguh pada hadis at Tho'ifah dan kerana menyahut seruan hadis ini jugalah PAS diwujudkan.
- "bila pembangkang dah
hilang arah..ini lah jdnya..cuba mencari altenatif lain dgn menarik
golongan2 songsang..kononya menyokong kebebasan hak asasi....adakah
ambiga juga seorang songsang?...mgkin...hehehe
..." - "sapa yg dok pergi brhimpun dgn 'BERSIH' hri 2,memg bodoh, dok menyokong AMBIGA, kah,kah,kah..bleh tibai blakg,yg haram semua boleh, yg dok ikut 2 memg BINGAI !!! lps ni dgn babi,anjing pn puak depa kata bleh tibai, semua bleh, BODOH!!!"

وفي شرح صحيح مسلم للنووي، قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لَا تَزَال طَائِفَة مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقّ لَا يَضُرّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِي أَمْر اللَّه وَهُمْ كَذَلِكَ
Akan sentiasa ada segolongan umat ini yang melaksanakan kebenaran (arahan Allah),orang yg tidak bersama mereka tidak dapat memudaratkan mereka sehinggalah Allah mendatangkan keputusan-Nya sedang mereka berada dalam keadaan demikian
Jangan sesekali kata PAS menyokong dan berdiam diri dengan Seksualiti Merdeka. Jangan jadi dangkal dan dungu. Lihat dan siasat atau bertanya jika tak tahu. Dah bodoh jangan memandai. Kerana melayu tak asli hari ini bersikap sebagaimana masyarakat jahiliah menghina perjuangan saudara seagama dan sebangsa mereka sehinggakan akhirnya terang-teranganperjuangan Islam dan para pendokongnya yang terdiri daripada ulamak pada hari ini telah dihina oleh 'orang lain' yang juga berfikiran seperti mereka yang jahil murakab ini. Insaflah ....
Daripada wall aktivis PAS sendiri, tiada yang faham mengenai ajaran Islam akan bersetuju dengan Seksualiti Merdeka
:: Ustaz Norazli mengecam ::
Anjing,babi dan binatang yg lain tk pernah kt dengar dan lihat mengawan sesama jenis tp manusia yg ada otak dan akal sanggup memuaskan hawa nafsu sesama jenis? Benarlah firman Allah swt: Mereka seperti binatang dan lebih sesat dari binatang. Jangan sampai murka Allah seperti kaum nabi Lut akan berlaku di negara kita, ya Allah berilah hidayah dan petunjukMu sesungguhnya kaum ku tidak mengetahui. Amin.
Daripada wall Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat semalam
:: Nasrudin Hassan memaklumkan dalam bentuk arahan::
Himpunan Aman di Masjid Negeri seluruh negara sejurus selesai solat Jumaat [esok] bagi munajat agar penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 dibatalkan serta merta. Selamatkan Negara kita dari anasir yang merosakkan akhlak, moral dan nilai agama. hadir dan sebarkan.
Semalam pun ada keluar berita Tuan Guru Mursyidul Am membantah keras hal ini. Apapun memang PAS tak sokong. Apakah anda menyokong PAS selepas diberitahu dan dijelaskan sehingga ke tahap ini ...???
Ajaran Islam memang benar-benar sempurna dan lengkap. Sedemikian lengkapnya sehingga soal bagaimana melaksanakan solat berjama'ah pun diatur di dalamnya. Pernah diriwayatkan bahawa para sahabat langsung diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ’alaih wa sallam agar di dalam barisan sholat berjamaah senantiasa dipastikan lurus dan rapatnya. Nabi shallallahu ’alaih wa sallam bahkan memberikan ancaman berupa akibat yang akan ditimbulkan bilamana saf dibiarkan tidak lurus. Inilah yang kami belajar daripada ulamak yang berada dalam harakah Islam yang bernama PAS. Bertindak secara tersusun dan tidak melulu apalagi terburu-buru.
Namun tak sempat buat hari ni kerana dah diberitahu yang PDRM ambil tindakan awal. Alhamdulillah, kerjasama yang baik :: lihat laporan harakah ::
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6355-seksualiti-merdeka-pemuda-pas-batal-demo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan