Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 9 November 2011

NIK AZIZ ITU NABI ?? :: [[ PAS 7 VS UMNO 0 = PAS 70 VS UMNO 0 ]]


facebooker UMNO :: Nabi Muhammad SAW adalah Khataman nabiyyin..penutup segala kenabian....tidak ada nabi dan rasul selepas baginda....tapi ada juga pendakwah Pas nak angkat nikaziz setaraf nabi hahahahaha mampuihhhhhhhhh....

facebooker PAS ::
Fitnah hamba Allah ini mengundang laknat khas untuk diri nya, nafsu nya hanya mahu mengutuk PAS tetapi hal tuduhan (rukun iman) aqidah yang melampau untuk dibuat posting , jika tidak ada pendakwah PAS yang melafas [z] sedemikian dengan kesaksian tuan posting sendiri maka cerca dan kehinaan didunia dan dan akhirat lah untuk manusia yang meletakkan penyataan diatas, Allah itu Mahamengtahui.

facebooker UMNO ::
http://www.youtube.com/watch?v=-1MA2wE9ZqI [beri link sebagai jawaban. rakamannya adalah seperti di atas setelah diedit]


Isu Ustaz 'Budak' ini telah dimainkan oleh facebooker's BN terutamanya UMNO. Apakah mereka saja-saja melemparkan pelbagai tuduhan yang melampau atau mereka menghukum sesuka hati seperti biasanya??

Apakah yang perlu aku lakukan untuk menjawabnya, tidak boleh tidak aku mesti jelas dengan isu ini terlebih dahulu. Aku tak mau tuduh UMNO sebagai bersalah tanpa sebab. Tak mau aku jadi cam UMNO yang suka fitnah dan 'ho' tanpa siasat. Maka aku wajar melakukan siasatan, buat carian dan mulakan kajian pada sumber asal yang original.

siri pertama - 10 minit : http://www.youtube.com/watch?v=OqK0JOoOai8
siri ke 2 - 10 min 1 saat : http://www.youtube.com/watch?v=guwBjCwOOpg&NR=1
siri ke 3 - 10 min 1 saat : http://www.youtube.com/watch?v=RIlcpnnzJgI&NR=1
siri ke 4 - 10 min 1 saat : http://www.youtube.com/watch?v=nPOtt4rvzck&NR=1
siri ke 5 - 10 min 1 saat : http://www.youtube.com/watch?v=C9rY9TVgcg8&NR=1
siri ke 6 - 10 min 1 saat : http://www.youtube.com/watch?v=7lj2JBTC410&NR=1
siri ke 7 - 9 min 5 saat : http://www.youtube.com/watch?v=XPUqOddvjB0&NR=1

KEPUTUSAN KAJIAN [[PAS 6 VS UMNO 1 = PAS 67 VS UMNO 3]]

Rakaman yang diberi linknya oleh facebooker UMNO itu cuma selama 4 minit 22 saat (yang mana masa ucapan cuma kurang lebih 2 minit, kira 3 minit lah). Di mana rakaman itu telah diedit oleh gel0mbangkick (semoga diberi petunjuk dan diampunkan oleh Allah) daripada siri ke6 daripada 7 siri rakaman yang telah dimuat naik oleh MrBangau04 (semoga beliau mendapat keredhaan Allah). Di mana setiap siri adalah lebih kurang 10 minit, kesemua rakaman tersebut berjumlah sepanjang 1 jam 10 minit.

Jom kita matematikkannya sebelum dimatematikkan mereka di Padang Mahsyar.

KEPUTUSANNYA ::
Kalau 7 siri ditolak pastinya masih berbaki 6 kan. Maknanya PAS 6 dan UMNO 1.
Kalau kira minit keseluruhan 70 minit. Jadi PAS 67 dan UMNO 3.

Main apa sampai keputusan cam ni sekali????? Football atau American Football. Heran bin ajaib .....

POINT PUNYA KES CLOSED. opppp tak jadi, hahaha. Sorry, aku nak mbik lagi point tambahan. Jadi aku mahu jawab isu-isu yang dimainkan mereka ni, antara isi kandungan yang diisu / dimainkan mereka adalah seperti berikut :

Isu Jerangkap Samar Makan Diri (Mengenai bilangan huruf dan istilah 'ilir')

Nak bercakap bab bahasa ni kena mengaji etimologi dan nak kenali lebih lagi kena belajar ethnologi. Baru boleh faham apa kehendak etnik tu sendiri dalam melafazkan sesuatu kalimat.

Jadi dalam isu di atas takde makan dirinya, tak tau konsep dan kaedah penyampaian jenis juvenalia orey Kelate ke?? Ustaz Budak tu guna skill jack bagi tinggi lepas tu cantas.. bedebupp!! (bunyi cam apa ye?? Cam lembu jatuh apartmen ke??).

Sedang maksud perkataan 'ilir' (hilir) tu ada banyak dalam loghat pantai timur, antaranya ialah bandar, maju, rendah dan bawah. Inilah yang UMNO kena belajar dan faham! Belajar sama etimologi dan ethnologi. Lain kali jangan duk kalut M3 dan Sains dalam BI. Belajar bahasa sendiri dulu bagi PAS, nanti bila dah tak lulus jadi UMNO. 

Dalam bab bilangan huruf Arab, memang PAS lagi 'ilir' (bawah/rendah) daripada UMNO yang ada 4 huruf menyamai bilangan huruf ejaan Allah dan Muhammad. Al Maklumlah PAS ni ejaannya cuma 3 huruf... sedihnya uwaaa!!! Jadi sepatutnya UMNO kena lebih Islamik la, ini tak.. Bab Islamik memang feel malah kaki maksiat didaulat dan ulamak dianggap lawan bergulat..

Dah kena atas batang 'idung' (hidung) sendiri... boleh tak pembaca bagi aku lagi satu markah???

[[ PAS 6 1/3 VS UMNO 2/3 = PAS 68 VS UMNO 2 ]]

Isu Ulamak Pewaris Nabi (Ulamak  Nabi atau Tuan Guru Nik Aziz Nabi??)

Wess, aku nak bagitau setiap perkataan dalam percakapan dalam kaedah bahasa penyampaian adalah boleh ditakrifkan dengan 3 keadaan. Oleh kerana Nabi adalah perkataan Arab, maka aku nak cerita cara orang belajar Arab.. Orang UMNO yang tak reti BM pun boleh belajar BA hari ni. Setiap perkataan Arab boleh dikupas dalam 3 wajah sama ada dari segi lughah, istilah dan syara'. Perkataan Nabi yang diguna oleh ustaz budak tu cuma dari segi lughah.
Apa makna nabi? apa makna anbiya'? apa makna nubuwah? Apa makna naba?
Apa makna rasul? apa makna rusul? apa makna risalah? apa makna ... apa makna, wakakkakaka.
Kalau dah tau tobat tak kecoh-kecoh kan tuduh orang PAS memacam.

Astaghfirullahal adzim... banyak gelakkan orang kelamkan hati.Gelak kerana bila masa geng maksiat tu duk reti kaji hukum. Apapun takde lah pulak pekataan tuan Guru Nik Aziz adalah nabi, teruk giler korang berbohong dan fitnah yer..? Ingat bukan semua perkara seperti disangka kerana mereka ni kaki pembelit, sedangkan perkataan tersebut yang dijadikan isu hanya disandarkan akannya kepada ulamak itu cuma berbentuk majaz mewakili akan tugas ulamak yang mewarisi tugas anbiya menyampaikan berita.

Yang ni tak mau bagi point pun, aku mau.... keputusan sekarang :

[[ PAS 6 2/3 VS UMNO 1/3 = PAS 69 VS UMNO 1 ] .

Isu Cercaan Terhadap Seseorang (Termasuk pelaku bid'ah macam  pemimpin UMNO ke??)

Apabila seseorang melihat penuntut ilmu sering berkunjung kepada ahli bid’ah (da'ie penyesat) atau fasik untuk mengambil ilmu daripadanya dan dia membimbangi si penuntut ilmu itu akan terkena racun kesesatan orang tersebut maka wajib baginya untuk menasihati si penuntut ilmu dengan menjelaskan hakikat (akan kesesatan) sang guru/da'ie penyesat itu dengan syarat tujuannya untuk menasihati. Dalam hal ini ada sebahagian orang yang salah mempraktikkannya, dia tujuannya bukan untuk menasihati tapi kerana hasad/dengki dengan orang yang ditahdzir (dighibahkan itu), yang telah dihiasi oleh syaitan seolah-olah dia menasihati tapi hakikatnya dia hasad dan dengki.


Baca sepenuhnya semoga mendapat kefahaman.



Keputusan Sapu BERSIH 3.0 hakim adalah muktamad, surat menyurat tidak akan dilayan ::
[[ PAS 7 VS UMNO 0 = PAS 70 VS UMNO 0 ].

Indahnya no 7. Allah jadikan 7 petala langit dan 7 lapisan bumi ... eh nak jadi Ustaz Budak lak aku.. selamat maju jaya, bertemu lagi kita di lain sesi InsyaAllah.

P/S :: Ini adalah jawaban dalam bentuk sedikit harotia bercampur baur juvenalia. Harap sidang pembaca memahaminya terutama orang UMNO yang tak kenal bahasa sendiri. Dato' A.Samad Said tak sempat nak sampaikan ilmu BM pada orang BN dah  ...

P/s Inilah jawaban dan ulasan terhadap fitnah (tuduhan) yang mengatakan Tuan Guru Nik Aziz adalah nabi.. Wallahu a'lam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...