Anugerah tertinggi pertubuhan itu yang membawa gelaran Sri Tri Buana Gangga Simanjakani Chula Sakti disampaikan oleh Yang Dipertua pertubuhan itu Datuk Raja Abdul Majid Raja Mat Isa.
Dalam majlis yang diadakan di Perhimpunan Raksasa Perpaduan Gayong PSSPGM di Kompleks Sukan Kriss Modenas di Gurun, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menerima anugerah utama pertubuhan itu yang membawa gelaran Sri Pelangi Srikandi Utama.
Najib dalam ucapannya selepas majlis penganugerahan itu berkata kerajaan akan membantu seni silat itu agar ia terus berkembang menjadi warisan yang dibanggakan.
Sehubungan itu, katanya sebuah yayasan atas nama Datuk Meor Abd Rahman, pengasas silat gayong, akan ditubuhkan dan peruntukan sewajarnya akan disalurkan oleh kerajaan.
Beliau berkata dengan penubuhan yayasan itu ia diharap dapat memperkembangkan lagi seni, ilmu dan nilai yang bersandarkan kepada perjuangan seni berkenaan.
"Saya juga bersetuju supaya peruntukan sewajarnya diberikan bagi membangunkan gelanggang silat. Saya akan berbincang dengan ayahanda Datuk Raja Abdul Majid tentang peruntukan ini.
"Wadah perjuangan seni silat gayong berkait rapat dengan wadah perjuangan Umno iaitu perjuangan yang tidak ada noktah, tidak akan sampai ke garisan penamat," katanya.... (Malaysiakini)
ULASANKU : Wisma untuk Gayong Malaysia dan peruntukan pembinaan gelanggang pula untuk Gayong Pusaka. Jangan nak heret pesilat sesuka hati lah Najib .. Jika benar itu pilihan Gayong Malaysia dan Gayong Pusaka sendiri untuk rapat dengan UMNO maka jelaskanlah sejujurnya. Semoga mudah kami yang sejalan dalam terang dan gelap, kempenkan Gayong kepada sesiapa saja yang berminat untuk bersama perjuangan UMNO; si sekular pewaris penjajah yang menghinakan para ulamak dan UMNO si pencinta perlembagaan LOrd Reid yang meletakkan Al Quran di bawah. Inikah perjuangan fi sabilillah UMNO yang ada pada UMNO??
Dengan huruf wau - ba' - ta' kami meminta Gayong buat penjelasan sejujur mengenai ALIF (alif -alif-alif) yang menjadi hujah perjuangan fi sabilillah yang dibawa para pejuang tua sebelum bercerita untuk mempertahankan ba' dan ta' secara gaya UMNO. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Apapun doa di atas adalah terbaik, penuh makna tersurat dan tersirat... doa yang penuh kejujuran dan pengajaran bagi kita semua para pejuang !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan