Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sabtu, 24 Mac 2012

Siri Pertama : Benarkah Tok Guru NIk Aziz Hina Nabi - Menjawab Tuduhan Kazim ..

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Memang pencacai UMNO BN beberapa hari ini galak dengan isu TGNA HINA NABI (?). Selain menjatuhkan imej pimpinan ulama dan nama baik parti Islam, ia juga dilihat lebih kepada suatu usaha untuk mengalihkan para pelayar lautan maya untuk tidak terus fokus kepada hujanan isu pendedahan keborokan dan penyelewengan UMNO/BN. Inilah hasilnya daripada dakyah seorang yang terkenal ..

Sejarah isu Tuan Guru Nik Aziz Hina ('UM baca : memulia) Nabi. Kenapa ???

Isu panas ini sebenarnya sudah bertahun ; sejak seawal 2008 oleh Ust Kazim walaupun ada usaha menyejukkannya dengan hujanan hikmah. Namun ia terus dinyalakan dalam beberapa siri lain. Terkini pada 12 Feb 2012 dia memarakkannya lagi dalam ceramah dengan penampilannya bersama Dato' Hasan Ali di Lahat, Ipoh, Perak. 

Ust Kazim dalam isu ini.
Macam biasalah ust Kazim masih berminat menjadikan isu khilafiah malah hadis palsu sebagai alat pertengkaran dan perbahasan secara tidak wajar. Dia tetap tidak mempedulikan natijahnya apakah merugikan ummat Islam atau tidak, asalkan publisiti dirinya meningkat walaupun dengan memijak kepala seorang tok guru sedang mulutnya melaung supaya ummat Islam bersatu sedang dia memarak api perpecahan ummat .. halaka al mutanaththi' !!!

Tujuan
Kepada semua pembaca, bacalah tulisan balas saya dengan intonasi lembut justeru bukan saya menulis dengan muka merah padam, bahkan berkeadaan tergelak-gelak kecil dan tersenyum apabila mengingatkan hujahnya yang melucukan.
M
isi saya menulis balas bukan untuk menjatuhkan sesiapa, atau membongkar kelemahannya, tetapi sekadar العمل بالمثل, iaitu membalas balik sekadar kemudaratan fitnah kosong yang telah dibuat ke atas parti saya (baca : perjuangan Islam). Kalau baik dia buat baiklah dia dapat dan kalau buruk maka buruklah dia dapat.


Diharap dengan cara penulisaun yang berunsur harotia juvenalia ini mampu mendesak Ust Kazim menjelaskan secara ilmiah mengenai kelahiran Nabi SAW yang terus bertahmid dan sujud mengadap kiblat ketika lahir sebagaimana yang disebut dulu [sini] ; sebelum rakaman di atas muncul.
Dengan cara ini tiada alasan untuknya cakap hadis tu banyak, korang dah baca semua ke? So, lepas ni silalah keluarkannya ..  Ramai diluar sana nak tau apakah Ust Kazim yang tampaknya yakin dengan hadis yang dijadikan hujah  itu mentakhrij hadis yang dibaca menurut kaedah yang betul.

Jangan untuk mengangkat imej sendiri (?), maka diperlekeh si penegur dengan kalimat 'BODOH' [w/pun berlapik bocor] dan menjerit-jerit 'pergi belajar balik pada pihak yang benar dan teraniaya' kerana sebelum itu kenyataan panglima Kazim yang memang jelas tak faham telah berbaur menyeru ummat Islam supaya menampar TGNA
[sini] ;  .
Apakah perbuatan tersebut kerana tidak mahu diCOP sebagai dangkal dalam ilmu hadis? Jika ya, apakah pula tidak risau dicop Nabi SAW pula sebagai pendusta hadis baginda ? Malulah kepada baginda dan takutlah dengan ancaman baginda.
Buatlah secara jujur, bukan main ngelat. Cara hujah yang duk ada dah sebelum ni bukanlah caranya. Jangan terus kelirukan lagi ummat Islam dengan hadis yang tak tau hujung pangkal statusnya. Kalau tak sanggup tak pa, semua orang ada salah. Mintak je maaf dari TGNA dan bertaubat. Ucapkan Astaghfirullah .. astaghfirullahal adziim dan buktikan kesyukuran kepada Yang Maha Memberi Hidayah dengan tidak berhujah lagi dengan sesuatu hadis pun selagi tidak pasti ia hadis sahih daripada utusanNya Muhammad SAW. Apapun ramai yang menanti jawaban sebenar dari Ust Kazim sendiri ..

Sabda Rasulullah shalallahu-'alaihi-wasallam : "Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka" [Diriwayatkan oleh al-Bukhari 1/439 dan Muslim 1/10. Hadith ini adalah mutawatir -- Lihat : Ibn al-Salah, 'Ulum al-Hadith, ms. 239]

Sabda Rasulullah shalallahu-'alaihi-wasallam : "Jangan kamu berdusta ke atasku. Barangsiapa yang berdusta ke atasku maka dia masuk neraka" [Diriwayatkan oleh al-Bukhari 1/52 dan Muslim 1/10]


InsyaAllah 'UM akan menjawab persoalan dan membidas pertikaian yang menjadi isu kuliah TGNA yang dikatakan menghina nabi daripada rakaman video di atas. 'UM telah menyalinnya dalam bentuk transkrip ucapan TGNA, soalan yang terpampang dan inti pertikaian. Semoga Allah memberi kekuatan kepada 'UM untuk menjawabnya satu demi satu dalam bentuk unsur harotia juvenalia sebagai usaha untuk menyedarkan bukan hanya uploader video pencetus, ust Kazim yang menjawab sesedap rasa dan pencaci ulamak sekalian ..

[1]

Tuan Guru Nik Aziz : Rasulullah SAW adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah swt sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di atas muka bumi ni. Entah berapa ribu juto trilion manusia ni. Ada seorang di atas dunia ni bernama Muhammad bin Abdullah SAW ; beliau telah dilantik jadi nabi bila umur dia 40 tahun.

Soalan : Masa tu baru Allah nak pilih siapa yang nak jadi Nabi ???
Jawaban 'UM  : Amboi bekengnya tanda soal demo tu, sampai 3x naa, hihi.. Dahla soalan jahat. Tak cukup dengan main sunting-sunting dari kuliah yang berjam sampai tinggal seminit lebih je pastu pandai lak pertikai yer. Dahla bahagian yang diambil pun untuk keliru orang ramai.

Meh aku nak pertikai cara mu bersoal dulu, kenapa kau tanya siapa yang nak jadi sedangkan dah diberitahu TGNA bahawa Rasulullah SAW adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Bukan kerana ada kejadian dulu baru terfikir kemudian, yang tu dah tak sendiri dah, yang tu bererti dah terpengaruh dengan desakan keadaan dan keperluan kejadian. Fahamlah betul-betul apa yang dikata berdasar ilmu bukan berdasar nafsu. Dasar geng gila kuasa dan nama memang payah kira ! Bahasa diguna pun jenis macam aci semawa diri je, ada hati nak jadi nabi pulak ke?

Nubuwwah adalah kurnia dan pemberian Tuhan, Allah memilih kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendakinya. Nak apa nak jadi ? Mu nak ke? Allah mengkhaskan kepada orang-orang yang diingini-Nya, dan kenabian tidak akan dapat diperolehi dengan jalan ikhtiar atau usaha dengan kesungguhan dan kepayahan, juga tidak dapat diperolehi dengan jalan memperbanyak beribadah dan memperbanyak ketaatan, sebaliknya ia hanyalah kemuliaan murni daripada Allah.

Sebagaimana firman Allah:
“…..Allah menentukan rahmat-Nya (kenabian) kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah mempunyai kurnia yang luas.” [Al Baqarah : 105]
Sebagaimana firman Allah :
“Allah memilih utusan-utusan-Nya dari malaikat dan dari manusia, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Al Hajj : 75]

Apa nak pertikai lagi hak Allah ke memilih atau nak suh Allah kena ikut sapa nak ? Baca elok-elok di atas !! Bodo ke apa ?? Apa pulak rasa dirimu dipertikai cam ni dan siap diberi dalil-dali lagi tu untuk menguatkan tuduhan ke atas kamu.. Apapun ini cuma CONTOH. Sedang mu menulis soalan tu tak berniat camtu kot. Maafkan caraku, inilah sebenarnya kesannya apabila kefahaman si pendengar berbeza dari kehendak yang berkata atau menulis.  Kesannya bukan pada empunya diri saja malah pada orang lain sekeliling apabila ia disampai-sampaikan.. sudah ratusan ribu view di Youtube dalam hal ini, apakah perlu diupload dan diedit-edit lagi ?! 

Perhatikan pula kenapa Allah SWT sendiri tengok. Situ sudah ada jawabannya. Kena faham sifat Allah Yang Maha Melihat ; Allah mampu melihat dalam iradahNya secara sempurna walau sebelum alam atau manusia ini dicipta, malah ia beriradah untuk mengatur sekalian ciptaanNya dari azali. Tegasnya TENGOK Allah al Khaliqul Bari tu tak sama dengan ciptaanNya tengok.

Pencerahan rujuk soal para malaikat  dan jawaban Allah mengenai iradahNya yang mahu menjadikan manusia sebagai khalifah (Nabi Adam dan baninya). Dengan izin Allah para malaikat yang dah tau sebahagian sifat-sifat manusia walaupun belum dicipta bertanya mengenai kesannya. Allah jawab apa ? Ini jawaban Allah  " Inni a'lamu ma laa ta'lamuun (Aku lebih tau apa yang kamu sekalian tidak ketahui)". Kita sebagai makhluk ni cuma tau kalau diberitahu kalau tak tengok. Tapi kamu lak tak tau apa langsung walau dah dicipta dan diberitahu oleh alim ulama. Keje nak pertikai je .. pi belajar nung ! Hehe ..   Siri ke4 nanti TGNA akan jawab soalan berkaitan nubuwwah ini ..

Inti Pertikaian Ust Kazim  : - [Tiada pertikaian yang diketahui setakat ini, walaupun ada ayat yang seolah-olah TGNA tak tau adanya nubuwwah yang ditentukan Allah sejak azali - ceramah Maulidur Rasul]
Jawaban bidasan 'UM  : - [Maka tiada bidasan. Hanya pujian kerana cerdik. Aku puji sebab diam ust Kazim lebih baik !]

Berhati-hatilah kita semua dalam berkata-kata : ان الكلام لفي فؤاد وانما جعل اللسان على فؤاد دليلا
Sesungguhnya kalam yang sebenar itu adalah hati - akan tetapi lidah adalah untuk menggambarkan kandungan hati.

Wallahu a'lam ... semoga Allah mengampuni dosa diriku dan kalian

[Dikemaskini 25/3 - oiit yang tak patut ditarik balik. Yang tak betul korang tu pun tarik balik je]

Bersambung ke siri 2 : Kemuliaan Nabi Muhammad bermula di usia 40 Tahun ???

http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-kedua-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html
http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-ketiga-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html

http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-keempat-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html

http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-akhir-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...