Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sabtu, 24 Mac 2012

Siri Ketiga : Benarkah Tok Guru NIk Aziz Hina Nabi - Menjawab Tuduhan Kazim ..

Apakah Ust Kazim akan membodoh dan menyuruh untuk "belajar balik" pula kepada Maulana Asri Yusof ; al Hafiz dan seorang tokoh ulamak hadis yang menjadi rujukan pada bidangnya, malah bukan hanya sebatas di negara ini u .. Apapun belajar tidak akan terhenti sebatas bergelar ustaz, malah ia adalah suatu kewajiban buat semua selagi tidak terhenti nafas yang dipinjamkan Allah.

Maulana, maafkan daku kerana lama tidak menziarahimu dan kitab yang Maulana hadiahkan pada saya pun tak terbaca habis lagi..hihi ('UM malu ..) Apapun jazakallahu khair, keras dan tegasmu adalah di atas kebenaran dan kerana kecintaanmu kepada Rasul.. ('UM rasa terharu mengingati kasih sang guru ..)

اللهم ارزقنا الوصول الى محبة الله والرسول

Ya Allah, kurniakanlah kami sampai kepada makam cinta yang sebenar kepada Allah dan Rasul

[3]

Tuan Guru Nik Aziz : Jadi para hadirin semua, ambo nak sebut sebagaimana ambo sebut pada minggu lepas. Kita menyambut maulud nabi-maulud nabi ni kerja tak sudah. Jangan berasa bila kita dah buat maulud nabi ni kita sero selesai masalah, boleh berlunjur terik .. JANGEEY !!!

Soalan : Sambutan maulud salah ???  
Jawaban :
Dalam suatu khutbah Jumaat Tuan Guru Nik Aziz menekankan mengenai hakikat kecintaan kepada Rasulullah SAW. Di mana dalam rakaman Nik Aziz jelas beliau tidak melarang pun, lihat ucapan beliau di minit 1:34 :  "Bagi saya kalu nak sambut maulud, BOLEH teruskan tapi kena reti..."
Dan renung dalam kesimpulan beliau berkenaan maulud ; di akhir ucapan pula tok guru membuat kesimpulan bahawa, "terpulanglah nak sambut mawlid besar-besaran pun...tetapi jangan dilupa hakikat sebenar menyambut baginda itu adalah bukan kerana dirinya tetapi kerana wahyu (al-quran) yg dibawa olehnya yg menyebabkan kita kenal Allah, kenal nabi dan sebagainya... [
Kedah - 21 Mac 2008 ]

Inti pertikaian Ust Kazim :
Orang tak mau .. tolak Maulud gitu gini .. tak tau gitu gini bla bla tak faham lembab
Jawaban bidasan 'UM : Mereka orang yang memang tak cintakan Rasul dalam mempertikai Maulud tu ketepikan dulu.. Utamakan fokus kenapa dan apa alasan ada ulamak tak mau buat sambut Maulid cara yang duk di amal masyarakat .. Fahami penjelasan mereka yang mempertikaikannya, mereka hanya mempertikai majlis Maulud yang tidak dapat difahami akan kepentingan atau hakikatnya yang sebenar.. mereka bukan tolak dari tak bagi buat.. 
Persoalan ini yang perlu difikirkan bersama : Apa guna kita menyambut kelahiran baginda tetapi dalam masa yang sama kita lupakan atau menolak sunnah dan syariat yang dibawa oleh baginda SAW  ? Apakah Allah akan terima amalan dalam majlis maulud dalam keadaan kehidupan dan selepas maulud tetap sama je ?
Kalau tak faham lembab ! Semoga Allah beri keampunan dan petunjuk kepada kita semua ...

Bersambung : Nabi Muhammad waktu kecil sama Mamat budak kampung ???
http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-pertama-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html
http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-kedua-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html
http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-keempat-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html
http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/03/siri-akhir-benarkah-tok-guru-nik-aziz.html

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


jika kamu dalam satu persimpangan antara pemimpinmu dan dengan Nabimu(Muhammad s.a.w), maka pada siapa yang kamu patut kembali?

pada nabi itu ada contoh ikutan yang baik.

siapa yang lebih berhak kamu pertahankan?

siapa yang lebih kamu cintai?.

sepatutnya TGNA yang lebih berhak mengulas balik apa yang dikatakannya, jika kenyataannya boleh mengeliru atau disalahtafsirkan oleh orang.

TAPI MANA DIA??...MANA DIA??...MANA DIA??...

kenapa pula kamu jawab dengan mengikut fahaman kamu sendiri!!??, adakah kamu sudah bertanya pada TGNA dan dia menlantik kamu sebagai wakilnya.

adakah kamu ingin menghakimikan orang dengan hujah kamu sendiri?

apa niat kamu sebenarnya? sekarang kesalahan yang kamu tuduh terpalik semula kepada kamu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...