Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 29 Februari 2012

PM Bakal Ditolak Rakyat Pahang : BENARKAH MUFTI PAHANG MEWAJIBKAN UNDI CALON PAS !??



        بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم       


BY - UM
Mufti Pahang
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata :
    "Tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum (PRU) adalah sesuatu yang wajib
, mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan"    [Sumber - Bernama ]


Ulasan ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi  :
Jika dalam sebuah negara Islam bagaimana mahu dipilih pemimpin yang belum beramal sepenuhnya dengan hukum Islam seperti membiarkan isteri tidak menutup aurat, berkata bohong atau mengamalkan rasuah. Jadi jika dikaitkan pentingnya memilih pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah, sudah tentu yang dilantik itu sendiri mestilah berkeperibadian muslim. Itu yang saya katakan mengundi wajib, memilih pemimpin yang memperjuang dan mengamalkan Islam juga wajib
. [ Sumber - harakah  ]

Ulasanku :  Secara mafhum mukhalafnya, ia membawa erti haram undi pengotor agama dan haram undi pengacau masyarakat. Siapa mereka yang haram diundi itu ?? Tengok dasar partilah yer .. parti yang perjuangkan sistem sekular adalah pengotor agama dan parti yang rasis adalah pengacau keharmonian masyarakat.

Apakah mufti sudah dapat tau bahawa tok guru UMNO hina para fuqaha  dan ucapan mufti itu seolah mengajak orang Islam di   Pahang menolak sikap UMNO / BN  yang menimbulkan hura-hara di rata negara, tidak terkecuali di Pahang. Di mana yang terbaru adalah serangan 'orang kuat ADUN UMNO' Lepar terhadap Nurul Izzah.

Warga Pahang berjiwa Islam pasti terfikir dan tercari selepas dengar kata Muftinya,
parti mana yang perlembagaannya jelas memperjuangkan & membela kesucian ISLAM ? Jawabannya jelas hanya PAS - PR !

Berhati-hatilah kamu wahai Imam Khalifah Agong Najib al MANJAKANI


Jazakallahu khair tuan Mufti .. ~RENUNG-RENUNGKAN~
Ulasanku selanjutnya di : hukum mengundi dan memilh pemimpin yang zalim

Selasa, 28 Februari 2012

UM Menjawab setiap persoalan dan ulasan Tun Dr. Mahathir berkenaan hudud dalam K2P.

        بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم        


Ulasan Tun Dr.Mahathir ketika diajukan soalan mengenai perlaksanaan HUDUD dalam Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 26 Februari 2012.

Transkrip ulasan Tun Dr. Mahathir (TDM) dalam menjawab persoalan pelaksanaan HUDUD dan ulasan aku (UM - penngulas/pen) terhadap jawapan beliau. Aku sekadar akan menjawab tidak melebihi waktu [BARIS AYAT] yang digunakan beliau sebagai tanda keadilan.

TDM : Hudud ini dibentuk oleh ahli-ahli Fekah, ia tidak terdapat dalam al Qur'an. Di dalam al Qur'an ada hukum-hukum yang tidak begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Fekah. Sebab itu apabila kita nak laksana sesuatu, kita harus rujuk Qur'an kerana itulah punca kepada asas kepada agama kita. [4 baris]

UM : Apabila tiada disebut secara khusus di dalam Al Qur'an dan As Sunnah, maka para fuqaha akan berijtihad dengan petunjuk yang umum. Apakah doktor yang berijtihad mengerat kaki pesakit diabates itu bersikap begitu keras terhadap pesakitnya apabila ianya tiada disebut dengan khusus dalam Al Qur'an? [4 baris juga]

TDM : Dan kalau kita baca Qur'an dalam bahasa yang kita faham - kalau kita baca dalam bahasa Arab mungkin kita tak faham walaupun bunyinya sedap tapi kita tak faham. Kalau dalam bahasa kita sendiri kita kaji -baca dalam Qur'an terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. [4 baris] 

UM : Banyak sekali perkataan Arab telah dipinjam ke bahasa ibunda kita dan diguna pakai dalam Quran terjemahan ? Apakah benar kita telah memahami lafaz-lafaz tersebut ? Huraikan maksud adil dalam syara' ? Membaca terjemahan adalah tidak dapat disamakan dengan membaca tafsiran al Quran yang ditafsirkan oleh para mufassirin. [4 baris juga] 

TDM : Dalam Islam yang terutama bukan hukuman itu, bukan pun saksi yang empat itu. Tetapi hukuman yang adil, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang agama. [2 baris]

UM : Benar, jika tiada empat saksi. Kita boleh guna takzir sebagaimana yang telah dibahaskan Undang-undang Jenayah Syariah . Dulu di Madinah juga berbilang agama. [2 baris juga]

TDM : Ada pendapat yang disuarakan oleh pihak yang taat melaksanakan hukum hudud di Malaysia, mereka kata bahawa hukum hudud ini akan dikenakan kepada orang Islam sahaja. Orang bukan Islam tidak akan dikenakan hukum hudud. Apa akan terjadi apabila seorang Islam dan seorang bukan Islam melakukan satu jenayah mencuri umpamanya. Apabila kita hukum mereka, yang Islam kita potong tangan, yang bukan Islam kita masuk dalam jel selama dua bulan. Kalau kita tanya pada diri kita : Apakah ini adil ? Adilkah orang Islam putus tangan, bukan Islam masuk jel 2 bulan lepas tu keluar bebas. Adil tak ? Kalau jawapannya tidak adil, dia bukan Islam. [7 baris]

UM : Usaha yang telah, sedang dan akan terus cuba ditegakkan adalah Undang-undang Jenayah Syariah; Hudud, Takzir, Qisas dan diyah. Sekali lagi, apakah makna adil dalam syara' ? Apakah tidak adil apabila kita tidak memaksa orang lain menganut Islam ? Apakah masih tidak adil pencuri yang menolak Islam dan Undang-Undang Jenayah Syariah akan dihumban ke neraka kelak dan orang Islam yang redha dengan tangannya dipotong akan diampunkan dosanya dan kemudian akan masuk syurga atas keredhaannya itu yang disusuli dengan taubat dan meneruskan hidup sebagaimana kehendak Islam ? Kalau jawabannya adil, maka laksanakanlah ia.  [7 baris juga]

TDM : Dalam Islam hukuman mesti adil. Kalau kita dapati kes rogol umpamanya, sempena.. sebenarnya dalam surah an Nisa' tak ada hukuman yang di.. disebutkan dalam apa yang dipanggil sebagai hukum hudud. Apabila seorang wanita yang dirogol, dia kenal betul-betul siapa yang merogolnya. Tetapi ia tidak dapat mengadakan 4 orang saksi yang bebas daripada dosa yang besar untuk memberitahu kepada makhamah bahawa dia dirogol oleh si polan si polan. Oleh kerana dia tidak mempunyai empat orang saksi, apabila dia membuat tuduhan. Maka tuduhannya ini dianggap sebagai ciptaannya sendiri dan untuk ini dia akan dikena dengan dihukum sebat seratu.. err .. se..se.. 80 kali. Kemudian kalau dianya hamil dan melahirkan anak, maka dia akan dituduh telah berzina dan hukuman bagi orang berzina ... ini tak dak dalam Qur'an, tapi orang ahli Fekah kata : hukuman bagi orang berzina ini ialah rejam dengan batu sampai mati. Adilkah mangsa rogol dibunuh - perogol dilepas semata-mata tak ada 4 orang saksi ? [11 baris]

UM : Sekali lagi, apakah makna adil ? Ightisab termasuk dalam hudud kerana ia adalah sebahagian perlakuan zina, ia juga adalah termasuk dalam takzir. Namun apabila lengkap pembuktiannya, maka hukumannya terhadap perogol adalah bergantung kepada keadaan mangsa. Perogol mungkin ditakzir dengan gabungan had zina dan hirabah. Disusuli dengan qisas jika nyata ada kecederaan yang berpunca dari perlakuaan perogol dan bergantung pada keadaan mangsa. Tertuduh boleh dijatuhkan hukuman takzir jika bukti-bukti yang ada tidak dapat mensabitkan hukuman hudud. Takzir adalah terserah kepada hakim seperti yang ditetapkan dalam undang-undang yang berpandukan kepada methodologi syara' bukan timbangan akal semata. Mengandung suatu qarinah, pembuktian cara ini tidak diterima jumhur ulama. Maka di sini tiada rejam dan tiada ketidakadilan. Penjenayah tetap kena, tak terlepas ! Tak adil lagikah ini ? [10 baris sahaja]

TDM : Ini semua ditambah tokok kepada agama kita. Sebab itu kita sanggup membelakangkan ajaran Qur'an dan mengutamakan hukum yang amat berat ini, kerana kalau kita berpendapat hukuman tu berat maka kita pi (pen-nafi?), Islam tak benar. Dalam Qur'an sila baca Qur'an dalam bahasa kita boleh faham dan kita akan dapati beberapa kali disebut apabila kamu be.be.bubuk..(pen -berbolok weh, tak dapat tangkap. mungkin 'berhukum') dengan adil. Yang utama ialah adil bukan soal saksi, bukan soal hukum-hukuman yang berat tetapi keadilan, sebab itu mereka yang membuat cadangan ... terlalu banyak nak laksanakan hukum hudud, mereka itu sebenarnya bukan bercakap berkenaan hukum Islam tetapi ini adalah ciptaan mereka sendiri dan kita tak dapat terima. Terima kasih [9 baris]

UM : Ini semua tokok tambah mereka yang memang anti penafsiran Al Quran yang bercanggahan dengan nafsu. Anti hadis dan anti para fuqaha. Mereka sanggup membelakangkan al Quran dan segala sumber Islam yang tidak bertepatan dengan nafsu dan kedegilannya untuk menerima kalimah adil dalam syara' yang bererti meletakkan sesuatu pada tempat selayaknya. Adil bukan bererti beli songkok tinggi bagi anak lelaki maka dibeli juga songkok pada anak perempuan. Mereka ini bukan bercakap berkenaan keadilan Islam, tapi mengikut hawa nafsu berlandaskan akal yang tidak berpedoman dengan hanya berpandukan makna adil dalam bahasa Melayu yang membawa maksud samarata. Ini tidak boleh diterima kaum Muslimin. Terima kasih kerana membuktikan anda siapa. Wallahu a'lam [9 baris juga]

Ightisab : Rogol
Fuqaha : Ahli-ahli Fekah



ANGGAPLAH INI SURAT TERBUKA UM YANG PENUH 'KEBIADABAN' TERHADAP TDM . SEBARKANLAH JIKA IA MEMBAWA KEBAIKAN ....  YANG BAIK DARIPADA ALLAH YANG BURUK DARIPADA DIRIKU SENDIRI.

[FYI : " Mahathir Pengotor " dipindahkan ke entry berasingan , update - 11.42pm, 3 Mac 2012 ]

Isnin, 27 Februari 2012

APA KORANG CAKAP AKU SALAH ??? AKU TAK KIRA AKU LAH SI PM MANJAKANI ???

Aku mengalah .. aku akur dengan kata PM dan kehendak PM.

Aku akur jua kata sahabatku akhirnya bahawa PM Najib aku itu tu bukan Manjakini Chula Sakti, yang secara etimologinya adalah berasal daripada gabungan perkataan sanskrit Churiga Mandakini. Malah aku bertambah akur bila Imam Khalifah Agong itu sendiri mengakui dirinya si Manjakani Chula Sakti (biji manjakani ni orang pompuan buat ubat untuk ehem ehem).

Ek eleh korang pun tak percaya ke ? Tak percaya sudah, pi lah kut Kedah .. eh tapi dia tu dah mai balik dah. So, tonton dan dengarlah sendiri pengakuan si Manjakani (02.07) dihadapan 12000 Orang ( ?? ye ke ?? 3k je lah ). Pengakuan yang berbeza dengan kenyataan media sebelumnya iaitu Manjakini (00.29) dan gelaran dalam penganugerahan sandang tersebut (rujuk web gayong Pesaka). Sudaaaaah ... punggahhhhh !!

Atau mungkin disebabkan bukan mahukan sangat gelaran tu .. tapi yang penting baginya dapat undi je kan ..  Jadi tak mustahil dia buat kesilapan besar dalam majlis yang khusus dan bertujuan untuk penganugerahan sandang dan gelaran kepada dirinya sendiri.. Atau kesan doa qunut Nazilah kah ? Apapun segalanya daripada Allah dan adanya sebab musabbab yang tertentu ...

Maka dengan penjelasan ini kami mohon Imam Khalifah Agong jangan kata kami reka cerita la pulak ... Jadi jangan marahla sayang manjakani, manja-manja bucuk ! Alahai dondang sayang ...



Eh korang ni tak puas hati yer, apasal duk ulang-alik depan dah pi belakang balik ni .. memang sah korang tak caya .. takpa lah. Memang nak mengukuhkan bukti tu bagus je.

Hakikat kekuatan dan kelemahan seseorang datangnya daripada Allah, renung-renungkanlah yer ...

اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَخَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يَا قَهَّار، يَاجَبَّارَ وَيَا مُنْتَقِمَ , اللّهُمَّ أَنْزِلْ بِهِمْ بَأْسَكَ الَّذِيْ لاَ يُرَدُّ عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِيْنَ

“Ya Allah, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalut), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, Ya Allah, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan daripadaMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa”


Sekian Salam Sayang Buat PM kami si MANJAKANI .. ambillah gelaran itu. Inilah sebuah sejarah sebenar negara yang PMnya sukakan gelaran MANJAKANI kerana aqidah perjuangan berpolitiknya bukan mahukan redha Allah, dengaan kehendak Allah jua undi dan nama yang dicari akan memakan diri... eh memang dia nak dimakan. Aku akur dan mengalah lagi buat kali terakhirnya  ...

Baca juga : http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/02/najib-adalah-imam-khalifah-agong-3-juta.html  dan juga :  http://ustazthrash4u.blogspot.com/2012/02/undi-untuk-pm-wisma-yayasan-dan.html

Penyerang Nurul Izzah Dikenalpasti


Jangan tiru aksi orang ini dirumah dan diluar rumah !


Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.

Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.
Pagi tadi, akhbar web PKR Keadilandaily melaporkan, anggota Umno setempat sengaja mengganggu ceramah Pakatan dengan menganjurkan sesi karaoke dan menghantar SMS ugutan sebelumnya.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika giliran Nurul Izzah berucap, kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan Ketua Umum PKR itu.

Dakwanya, "budak-budak muda" itu cuba memukul Nurul Izzah sehingga beliau dan puteri Anwar itu terpaksa diiringi polis meninggalkan kawasan berkenaan. (sumber : Malaysiakini )

Aku Nak Jadi Jebon007 

Siapakah Asrullah Affendi yang bersikap pondan ganas ini ... ?? Oleh kerana aku takut akan menjadi mangsa pondan ganas ini baik aku kenal dulu haiwan pondan pemangsa ini, lain kali senang lari. Maka aku telah melakukan penyiasatan tak bergaji ini dan hasilnya ialah :

Sama dak dengan gambo di atas nung ?



Lain Kali Belanjala Surya !

Mana cantik yang sebelah tu dengan Nurul Izzah .. hehe

JANGAN LUPA BELANJA OKOK SURYA KALAU JUMPA DIA NIE ... !!

Sumber gambo : Facebook OKU Asrullah Affendi















Kalau ada undang-undang jenayah syariah .. agak-agak diaorang ni berani dak ? Insafilah ... di dunia tiada di akhirat sana menanti ...






 

Ahad, 26 Februari 2012

Mengapa UMNO Sering Dihina Dan Dicerca ?

Berpantun si Pencacai UMNO :

santai2 hari minggu....
teringat pantun org dulu2....
tiada kena mengena dgn yg hidup atau pun yg mati...

jgn kalian tertawa sangat...
mengata mengejek setiap saat...
dgn bahasa teramat kesat....
budi org mahu lah ingat....

tapi sudah menjadi adat....
manusia yg begitu sifat....
bila kununnya sokongan terdapat....
dia pun lupakan darat....
--------------------
Ini jawabku pada pantun mu :

Bukan sehari UMNO/BN memerintah
Apa yang berlaku itu namanya sejarah
Apa yang merosak adalah haram jadah
Apa yang baik adalah kerja berfaedah

Bukan seminggu UMNO/BN menguasa
Apa guna berdacing jika tak kenal dosa ?
Apa guna berdacing jika tadbir ikut rasa ?
Bukankah akhirnya negara ini akan binasa ?

Bukan sebulan UMNO/BN meroyan meraban
Setiap dosa yg asal sikit bertambah sakan
Dulu para ulamak pernah diterjah bukan-bukan
Lupakah kalian akan kes judi loteri kebajikan ?

Bukan setahun UMNO/BN mencerca agama
Hudud dihina kalian sesuka sudah sekian lama
Isu gillete dan hina janggut nabi kami tak leh terima
Di Memali berdarah - bukti korang dan Zionis itu sama

Bukan sepenggal UMNO/BN meraja dimata
Segala perkara yang berlaku sudah lama ternyata
Ditegur rakyat dan dinasihat ulamak sudah lama dikata
Namun dicaci dan dimaki ulamak di media yang buta

Sudah lebih 50 tahun UMNO/BN bersultan dihati
Kini tiba sudah zaman teknologi - kami PR celik IT
Fikirkanlah kalian pada mangsa Memali yang dah mati
Segalanya tak semua dibalas cerca walau sakit hati

Sudah hampir PRU13 UMNO/BN masih tak memahami
Caci Maki kami bukan lagi sekadar hampa sekam jerami
Caci Maki kami bukan lagi hanya doa mereka yg dizalimi
Caci Maki ini adalah hadiah akhir sebelum BE-END dikebumi

'UM

Renung-renungkanlah yer ... pilihlah jawaban yang tepat berdasar pada iman.

Sabtu, 25 Februari 2012

UNDI untuk PM $ Wisma, Yayasan dan Gelanggang Untuk Gayong $ Doa untuk PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima anugerah Imam Khalifah Agong Gayong oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM).
  
Anugerah tertinggi pertubuhan itu yang membawa gelaran Sri Tri Buana Gangga Simanjakani Chula Sakti disampaikan oleh Yang Dipertua pertubuhan itu Datuk Raja Abdul Majid Raja Mat Isa.
  
Dalam majlis yang diadakan di Perhimpunan Raksasa Perpaduan Gayong PSSPGM di Kompleks Sukan Kriss Modenas di Gurun, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menerima anugerah utama pertubuhan itu yang membawa gelaran Sri Pelangi Srikandi Utama.
  
Najib dalam ucapannya selepas majlis penganugerahan itu berkata kerajaan akan membantu seni silat itu agar ia terus berkembang menjadi warisan yang dibanggakan.
  
Sehubungan itu, katanya sebuah yayasan atas nama Datuk Meor Abd Rahman, pengasas silat gayong, akan ditubuhkan dan peruntukan sewajarnya akan disalurkan oleh kerajaan.
  
Beliau berkata dengan penubuhan yayasan itu ia diharap dapat memperkembangkan lagi seni, ilmu dan nilai yang bersandarkan kepada perjuangan seni berkenaan.
  
"Saya juga bersetuju supaya peruntukan sewajarnya diberikan bagi membangunkan gelanggang silat. Saya akan berbincang dengan ayahanda Datuk Raja Abdul Majid tentang peruntukan ini.
  
"Wadah perjuangan seni silat gayong berkait rapat dengan wadah perjuangan Umno iaitu perjuangan yang tidak ada noktah, tidak akan sampai ke garisan penamat," katanya.... (Malaysiakini)

ULASANKU : Wisma untuk Gayong Malaysia dan peruntukan pembinaan gelanggang pula untuk Gayong Pusaka. Jangan nak heret pesilat sesuka hati lah Najib .. Jika benar itu pilihan Gayong Malaysia dan Gayong Pusaka sendiri untuk rapat dengan UMNO maka jelaskanlah sejujurnya. Semoga mudah kami yang sejalan dalam terang dan gelap, kempenkan Gayong kepada sesiapa saja yang berminat untuk bersama perjuangan UMNO; si sekular pewaris penjajah yang menghinakan para ulamak dan UMNO si pencinta perlembagaan LOrd Reid yang meletakkan Al Quran di bawah. Inikah perjuangan fi sabilillah UMNO yang ada pada UMNO??

Dengan huruf wau - ba' - ta'  kami meminta Gayong buat penjelasan sejujur mengenai ALIF (alif -alif-alif) yang menjadi hujah perjuangan fi sabilillah yang dibawa para pejuang tua sebelum bercerita untuk mempertahankan ba' dan ta' secara gaya UMNO. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Apapun doa di atas adalah terbaik, penuh makna tersurat dan tersirat... doa yang penuh kejujuran dan pengajaran bagi kita semua para pejuang ! 




Jumaat, 24 Februari 2012

Si Manjakini Najib Adalah Imam Khalifah Agong 3 JUTA makmum !?

بســــــــــــم الله الـرحــمن الـرحـيم





Majlis Adat Istiadat serta Majlis Guru-Guru Pusaka Gayong Malaysia dengan perkenan Ummi Siti Fadzilah Anakanda Dato' Meor Abdul Rahman dan Dato' Raja Abdul Majid Yang Dipertua PSSPGM bermuafakat bagi menyandangkan Dato' Najib ; PM Malaysia sebagai Imam Khalifah Agong PSSPGM yang baru di Program Himpunan Raksasa Perpaduan Gayong pada 25 Feb 2012 (esok) di Gurun, Kedah. Jawatan tersebut juga membawa gelaran Sri Tri Buana Gangga Si Manjakini Chula Sakti.

Aku tidak mahu berbicara mengenai status Imam Khalifah Agong PSSPGM Datuk Sri Anwar Ibrahim dan mengenai sandangnya yang tidak diketahui apa ceritanya, samaada masih kekal atau terbatal dengan perlantik Imam Khalifah Agong yang baru esok. Apapun nasihat DSAI di atas tu boleh dijadikan nasihat, beliau pun Imam Khalifah Agong juga. Malah dengar ceritanya ada ahli PSSGPM cakap anugerah beliau tu dari amanah Dato' Meor Rahman sendiri - yer ker ? Cam tak caya jer ..

Apa yang mahu aku sampaikan adalah mengenai PSSPGM, sewajarnya PSSPGM perlu lebih bersedia untuk terpaksa berdepan dengan kenyataan bahawa mungkin mereka akan dipolitikkan pada esok hari sebagaimana yang pernah berlaku dalam majlis yang seumpamanya sebelum ini. Lainlah kalau mereka memang nak berpolitik, jadi abaikanlah nasihat ini. 

------------------------------------------------------------------------------------------

Nilaikan sendiri, aku nak ulas sikit-sikit je  :


Tanggal 3 April 2009 satu sejarah baru tercatat lagi dalam negara kita. YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak secara rasminya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam, menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.


“ Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”.

ULASANKU : Laungan yang hebat .. Apa dah jadi ramai yang takkan lupa pelbagai isu kepincangan, sesuai dinamakan  semangat gagasan '1Kroni' dan slogan 'Rosmah Didahulukan, Cincin Berlian Diutamakan'. OPp, lupa menabung dari kecillah.!!

Sedikit Rentetan Najib Dan PSSGM

PERHIMPUNAN PIMPINAN TERTINGGI PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA BERSAMA PEMIMPINAN TERTINGGI NEGARA

YBhg. Datuk Adiwijaya Haji Abdullah telah memaklumkan bahawa Pejabat YAB Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah memaklumkan bahawa YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak bersetuju untuk bertemu dengan pimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di majlis khas yang dianjurkan bersempena dengan penyampaian sijil kepada peserta Kursus Gurulatih Kanan dan Pemantapan Wasit/Juri Kebangsaan. yang akan diadakan pada 28 Februari 2010 di Hotel De Palma Ampang. Majlis ini akan diadakan pada jam 8.45 malam.

Seramai 300 orang akan menghadiri majlis ini yang terdiri dari 100 orang peserta kursus, pemimpin negeri dan kebangsaan Pertubuhan. Berita yang dibawa oleh Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 6 Februari 2010 telah membawa rasa terharu dalam kalangan ahli-ahli yang hadir, dan dipercayai akan turut dirasai juga oleh semua ahli Pertubuhan seramai 45,000 orang di seluruh negara. YAB Dato’ Sri Mohd Najib dan Allayahyarham Tun Haji Abdul Razak merupakan di antara pemimpin negara yang pernah ditabalkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sebagai pemegang sandang adat Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

ULASANKU : Bagusnya PM kita ni, dalam kesibukan sebagai PM baru tak sampai setahun, sanggup bertemu dengan sebuah pertubuhan ... aiii ada niat tak baik ke? Eh, bersangka buruk la pulak aku ni.. maaf la yer.  U help me I help U


PERDANA MENTERI MELULUSKAN PEMBINAAN WISMA DAN PENUBUHAN AKADEMI PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

Pertemuan pimpinan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dengan YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 2010 di De Palma Hotel Ampang menjadi amat bermakna apabila diumumkan bahawa pembinaan Wisma Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dipersetujui. YAB Dato’ Seri meminta supaya usaha mencari sebidang tanah yang bersesuaian sama ada di Selangor mahupun di Negeri Sembilan hendaklah dimulakan sebagai langkah awal ke arah ini. Sebagai sebuah pertubuhan silat yang telah wujud kian lama, seharusnya kini mempunyai sebuah bangunan sebagai mercu tanda kepada dunia persilatan negara.

Kemeriahan penyampaian sijil kepada peserta Kursus Gurulatih Kanan dan Pemantapan Wasit pada malam itu dipuncakkan lagi dengan cadangan oleh YAB Dato’ Seri supaya sebuah Akademi Silat Seni Gayong Malaysia ditubuhkan. Penubuhan sebuah akademi akan membuka laluan yang lebih bersifat jangka panjang katanya dalam usaha untuk memartabatkan Silat Seni Gayong Malaysia dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa.

ULASANKU : Wahh mudahnya, memang hebatlah dapat wisma sendiri, kan aku dah cakap jangan sangka buruk dengan PM kita, dalam masa yang singkat beliau meluluskan pembinaan sebuah wisma untuk PSSGM. Sayang sungguh pada PM kita .. U help Me, I help U..Apa yang duk help-help ni..? Jom baca la dulu berita hairan di bawah, tengok apa yang patut, janganlah malas sangat membacanya..dunia ting tong sudah bermula

Najib dinobat sandang tertinggi
Oleh Nadia Hamid
nnadia@bharian.com.my
2010/09/19

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dianugerahkan sandang tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), yang membawa gelaran ‘Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi’ pada 2 Oktober depan. Sandang yang dianugerahkan sempena Majlis Gayong Perdana 2010 itu turut menjadikan Najib sebagai ‘Imam Khalifah Agung PSSGM’, sekali gus ketua kepada kira-kira tiga juta ahli pertubuhan berkenaan di seluruh negara.

Dijangka 5,000 ahli pertubuhan akan menghadiri majlis yang bakal diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya itu dengan penyertaan beberapa negara lain seperti Syria, Singapura dan Britain.

Yang Dipertuanya, Datuk Adiwijaya Abdullah, berkata pemilihan itu dibuat berdasarkan penilaian pertubuhan terhadap idea Gagasan 1Malaysia yang dibawakan pemimpin negara itu.

"Gagasan yang diperkenalkan Najib menarik minat pertubuhan dengan memperjuangkan nasib rakyat seperti pertubuhan ini, sejajar slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Kita tidak berniat untuk mencampuri urusan politik, namun pertubuhan sentiasa menyokong apa juga program yang membawa kebaikan kepada orang Melayu. Malah, gagasan itu sendiri lebih mengutamakan pencapaian dan bakti kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Gayong Perdana, di sini, semalam.

Hadir sama, 35 wakil pertubuhan dari seluruh negara.

Selain Najib, dua pemimpin tertinggi turut menerima anugerah sama pada 1 Oktober bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini iaitu Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zin dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib dan Exco Negeri Perak, Datuk Zainol Padzi Paharudin pula dianugerahkan sandang tertinggi, ‘Mahkota Seri Cahaya Pelangi’.

Adiwijaya turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pertubuhan itu mengamalkan isu perkauman sebaliknya mengakui pertubuhan itu ‘terbuka’ kepada semua individu yang berminat dan mampu mengucap kalimah syahadah.

“Jangan jadikan isu pertubuhan yang membela nasib orang Melayu untuk membangkitkan sentimen perkauman kerana ia adalah matlamat asas yang dibangunkan oleh pengasasnya.

"Malah, sandang tertinggi ini hanya diberikan kepada individu yang berjiwa pahlawan selain membela nasib orang Melayu seperti penganugerahan kepada ayahanda Najib, iaitu Tun Abdul Razak Hussein ketika beliau menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Najibdinobatsandangtertinggi/Article/print_html


ULASANKU : Apa kata web rasmi PSSGM, korang baca bawah ni je lah ...

PERDANA GAYONG MALAYSIA : Perdana Menteri Malaysia menerima Sandang Imam Khalifah Agung Silat Seni Gayong Malaysia

Perdana Gayong Malaysia akan menghimpunkan seramai 3,000 orang pesilat Gayong Malaysia di Padang MPAJ, Ampang, Selangor. Perhimpunan ini akan diadakan pada 2 Oktober 2010 jam 1500. Di majlis ini YAB Dato’ Sri Mohd Najib b Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia akan di sandangkan dengan Sandang Seri Mahkota Agung Bintang Pelangi yang membawa gelaran jawatan Imam Khalifah Agung Silat Seni Gayong Malaysia.

Pesilat-pesilat yang berhimpun pada hari tersebut akan mewakili 50,000 orang ahli Pertubuhan di seluruh negara akan melafazkan ikrar taat setia kepada YAB Perdana Menteri. Majlis akan diserikan dengan persembahan silat oleh pesilat Silat Seni Gayong Malaysia dan juga 70 orang dari anggota angkatan tentera. Pasukan kebudayaan DBKL akan turut melengkapkan pelaksanaan majlis. Menjelang kepada acara kemuncak ini, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia menganjurkan kejohanan silatnya peringkat kebangsaan pada 29 Sept – 1 Okt 2010 di Kompleks Sukan PULAPOL, dan Majlis Penyampaian Sandang di Dewan Pengaman, PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur


BABAK PENTING : Politik Najib Dalam PSSGM.

"Kita tidak boleh berjaya sebagai sebuah bangsa atau semangat sahaja...kita tidak boleh jadi bangsa yang mulia atas laungan sahaja.

"Sebab itu kita perlu jadi anak-anak Melayu dalam silat gayong yang cemerlang dalam abad ke-21. Kita jangan jadi pengamal (seni silat) yang tidak tahu hala tuju dan landasan.

"Kita mesti pengamal silat yang berjaya dalam abad ke-21, kata Najib.
Najib juga berkata, senjata yang paling tajam bukanlah senjata keris sebaliknya kuasa politik.

"Selagi ada kuasa, InsyaAllah ada esok untuk kita. Jadi rapatkanlah barisan kita. Kita tidak mahu sesiapa memperkotak katik serta memperlekehkan kita...hanya kekuatan hakiki yang dapat menentukan kelangsungan negara kita," katanya.


Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga Penaung Agong PSSGM Kebangsaan.

Petikan : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pesilatgayongbarisanketigapertahanannegara_Najib/Article

ULASANKU : Laungan Najib memang berbisa penuh madah berhelah, perjuangan PSSGM dan PSSPGM mestilah berteraskan agama sebagaimana dalam hakikat gayong yang sebenar, kekuatan Hakiki itu datangnya daripada Allah dan bukannya daripada politik kotor Najib. Kenali sama kekuatan majazi dan maknawi. Maklumkanlah pada Najib duduk elok dan kenalilah agama Allah dalam erti kata sebenar, maka insyaAllah akan kenal dia kekuatan hakiki itu. Suruh bini pakai tudung dah la dulu kalau solat dah terjaga dan jangan terus menjadi lelaki dayus. Jangan malukan para pendekar Islam yang berjuang di jalan sabilillah kerana anda kini adalah Imam yang akan jadi tauladan kepada 3 Juta ahli (?). Apapun hati ini amat meyakini tidak semua pimpinan sepakat bersetuju melantik Najib.

Bukti Pemimpin UMNO Memperalatkan Pesilat Untuk Kepentingan Politik Mereka.

Batalkan Jika Tidak Mahu 'Perang' - Omardin PSSLM

Zambry Penyamun Pangkor Mengaitkan Nama PSSGM Untuk Tujuan Politik
Setelah Ditabalkan Imam Khalifah Negeri


Aku sudahi entry yang panjang ini dengan serangkap pengenalan  :
Dari Seberang aku berenang setelah melangkaui Gurun, mendaki aku Bukit Besar dan membesar aku dalam jalan ke Siam. Namun Tanah Jawi Bumi Bertuah Yang KU Cintai, PM adil PM disembah - PM Zalim PM diSanggah.

Ingatlah firman Allah berkenaan kata seorang RasulNya :
Tujuan aku hanya mahu memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. KepadaNya jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.(Hud: 88)

Wallahu a'lam

By 'UM 



Khamis, 23 Februari 2012

DOA BUAT PEJUANG DALAM BAHASA MELAYU

   بســم الله الـرحمــن الـرحـــيم    


1. Segala puji-pujian kepada Allaah, Rabb sekalian alam. Salam dan Selawat ke atas Rasulullah, dan keluarga serta para sahabat baginda, tabien juga atha tabien; dan ke atas sekalian orang yang berusaha untuk mengikuti dan mempratikkan segala ajaran dan menjauhkan segala larangan baginda.

2. Ya Allaah, sesungguhnya kami memohon kepada-MU dengan menyaksikan bahawa Engkau adalah Allaah, tiada Tuhan selain Engkau Yang Maha Esa dan Yang Menjadi Tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat serta Yang Tidak Melahirkan Dan Tidak Pula Dilahirkan, dan tidak ada sesiapapun yang setanding-MU
3. Ya Allaah Yang Maha Menghimpunkan, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

4. Maka eratkanlah Ya Allaah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan MU yang sebenar, penuhilah  hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang Mu. Jika Engkau takdirkan kami mati maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu. Ya Allah Ya Rabbal 'aalamiin

5. Ya Allaah Tiada Tuhan yang disembah selain Mu dan hanya Engkau Tuhan yang Maha Esa dan kepada Engkau kami ikhlas berserah diri walaupun dibenci sesiapapun. Engkau lahTuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami yang terdahulu.


6. Ya Allaah Yang Maha Melindungi segala ciptaan, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari memohon sesuatu yang tidak kami ketahui hakikatnya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampunan serta tidak menaruh belas kasihan kepada kami, nescaya kami akan termasuk golongan orang-orang yang merugi. Maka Ampunilah kami wahai Tuhan Yang Maha Pengampun.

7. Ya Allaah Yang Maha Pedih PembalasanNya, jauhikanlah azab seksaan Jahanam dari kami, Seungguhnya azab Mu itu adalah kebinasaan yang kekal dan tidak mampu kami menanggungnya.

8. Ya Allah Yang Menjadi Sembahan kami, jadikanlah kami dan anak cucu kami orang-orang yang tetap mendirikan solat, Wahai Yang Menjadi Sembahan kami perkenankanlah doa kami. Wahai Yang Menjadi Sembahan kami berikanlah ampunan kepada kami dan kepada kedua ibubapa kami dan sekalian mukminin pada hari terjadinya hisab yang amat kami takuti akan saat berlakunya.

9. Ya Allaah Yang Maha Memberi, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami pemimpin golongan muttaqiin.

10. Ya Allaah Yang Maha Pengasihani lagi Maha Perkasa, limpahilah kepada kami kesabaran, dan tetapkanlah pendirian kami dalam melaksanakan amanah agama Mu, dan bantulah kami menghadapi golongan kaafiriin.

11. Ya ALlaah yang Maha Memiliki segala kerajaan, hanya bagiMu segala pujian, Engkaulah yang mematikan dan menghidupkan sedangkan Engkau Maha Hidup dan tidak mati. Dalam segala kekuasaan dan kebajikan, Engkaulah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Engkaulah ALlaah Maha Besar.

12. Ya Allaah Yang Memiliki Segala Kemuliaan dan Kemegahan, Muliakan Islam dan kaum muslimin. Ya Allah! Hinakan perbuatan syirik dan kaum musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami dari kalangan kaum muslimin dan para mujahidin di Palestin, di Lubnan, di Iraq, di Afghanistan dan serta di setiap tempat pada setiap ketika.

13. Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon dengan Keagungan dan Kekuasaan-Mu. berilah kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang di jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah Engkau bersama-sama dipihak mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlahlah sasaran mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka.

14. Ya Allaah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu kami serahkan kesengsaraan ini serta jiwa kami dan kepada-Mu kami mengadu, Hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas dan kekejaman Faajirin serta kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah. Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman para penindas, Ya Allah, kezaliman para penindas telah berleluasa (ulanglah beberapa kali)


15. Ya Allaah, Sibukkanlah kafiriin sesama kafiriin, zholimiin sesama zholimiin, fasiqiin sesama fasiqiin dan keluarkanlah kami daripada kalangan mereka itu dengan selamat.

16. Ya Allah Yang Menjadi Sembahan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zhalim, dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat-Mu dari tipu daya kafiriin.

17. Ya Allah, masukkanlah kami secara masuk yang benar, dan keluarkanlah pula kami secara keluar yang benar. Dan berikanlah kepada kami dari sisi-Mu kekuasaan kepada pemimpin yang menolong kami untuk mendekati Mu. Sesungguhnya Engkaulah sebenar-benar Raja sekalian raja.

18. Ya Allaah, Pencipta kami dari satu ruh, Ya Allaah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allaah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada MU untuk keagongan Islam dan umat Islam.

19. Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (ulang beberapa kali), Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada perkara yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka.
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.

20. Ya Allaah Yang Maha Pengasihani, Engkaulah Yang Maha Kaya lagi Yang Maha Mengurniakan, hanya rahmat-Mu yang kami harapkan, kerana itu janganlah Engkau biarkan kami mengikuti hawa nafsu kami walaupun sedetik, perbaikilah keadaan kami semuanya, Ya Allaah sesungguhnya tiada Tuhan selain Engkau yang wajib kami menghambakan diri.

21. Ya Allaah Tuhan kepada segala raja, utuslah kepada kami seorang pemimpin yang akan membacakan kepada kami ayat-ayat Mu dan mengajarkan kepada kami isi kandungan Al-Quran serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan hati dan jiwa kami ini dari syirik dan maksiat. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

22. Ya Allaah Yang Menjadi Sembahan kami, berikanlah rahmat kasih sayang kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam melaksanakan urusan kami ini.

23. Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Maha Mendengar segala doa, Engkaulah Yang terdekat untuk menerima doa kami ini. Kami berdoa kepada-Mu serta menyedari janji-janji- Mu dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: "Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu", Ya Allah, terimalah doa kami, (ulang2kan).

24. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restui dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

   والحــمد لله رب الــعـالمـين  

P/s : Doa dalam bahasa Melayu ini disusun dan ditulis dalam bahasa ibunda dengan tujuan untuk difahami oleh kebanyakkan kaum Muslimiin di Malaysia yang lebih memahami bahasa rasmi berbanding bahasa Arab. Namun berdoa dalam bahasa Arab adalah tetap yang terbaik. Sumber ambilannya adalah daripada Al Qura'an, hadis dan para imam yang masyhur. Doa ini sesuai dibaca di dalam majlis yang dihadiri oleh para pimpinan negara.

Rabu, 22 Februari 2012

REGIM MEMENJARAKAN KAMI, TETAPI RAKYAT MAHU KAMI BEBAS





Ditulis oleh AIMAN ATHIRAH AL JUNDI   
THURSDAY, 23 FEBRUARY 2012 12:15

Alhamdulillah, kes yang telah berlangsung selama lebih kurang dua tahun ini bermula 1 Ogos 2009 telah pun dengan begitu “cepatnya” berakhir semalam (untuk round pertama sebelum ke peringkat rayuan). Berbanding kes Protes yang saya juga terlibat sejak ditahan pada 26 Januari 2008 sehingga kini masih belum menemukan titik nokhtahnya.
 
Perjalanan kes ini memang penuh dengan mehnah dan tribulasi. Saya tidak menemukannya dalam kes Protes.Tidak bermakna kes Protes tiada cabaran. Tetapi Protes jauh lebih teratur barangkali. Sedang kes Mansuh ISA ini misalnya Kamar bicara mahkamah yang tidak pernah TETAP sehinggalah lebih kurang 2 kali perbicaraan terakhir yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Sivil tempat di mana Keputusan dijatuhkan. Kamar Pendakwaan yang lain. Kamar Bicara pula lain. Hatta Kamar Keputusan dan Hukuman juga lain. Hatta kami pernah “round” seluruh bangunan untuk “mencari” di mana kamar bicara untuk kami dibicarakan. Sehingga ramai yang membuat kesimpulan, “don’t worry, actually tak ada kes, that’s why kamar bicara pun tak consistant”! Akhirnya telaan dan kesimpulan ini tidak tepat.
 
Majoriti kami para OKT ketika itu jelas dan faham bahawa Pendakwaan kami itu adalah sangat bersifat politik dan mala fide’. ( Saya tidak langsung berniat “contempt of court” dalam hal ini. ) Walau ada juga yang mengatakan “kita tak nampak ini merupakan Pendakwaan Politik, kerana yang terlibat bukannya pimpinan tertinggi dan kalau pun ada hanyalah mungkin Aiman Athirah selaku Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat”. Nah, sekali lagi saya sejak awal menolak sikap dan tanggapan ini. Bahkan keputusan kelmarin jelas membuktikan bersangatan kuatnya unsur “politik” dalam pendakwaan ke atas kami.
 
Tidak mengapa, kita tinggalkan semua pengalaman itu. Yang baik kita jadikan teladan. Yang kurang molek kita jadikan panduan dan sempadan. Kewjipan kita semua juga adalah untuk berubah, usaha mencapai tahap Itqan dalam semua urusan.

Lebih kurang seminggu menjelang keputusan bagi perbicaraan kami, saya semacam sudah kuat merasakan sesuatu yang sangat “sedih” bakal berlaku ke atas kami. Lantas dalam seminggu itu saya tegaskan ini melalui Facebook saya, “DEMI  TUHAN YANG JIWA KU BERADA DI DALAM GENGGAMAN NYA : Andai Pengkhianatan Regim Mahu Berterusan Mematahkan Semangat Kami, Dan Mahu Menundukkan Aku Atas Kesalahan Yang Aku Tidak Lakukan...MAKA INI JAWAPAN KU... InsyaAllah Aku Tidak Akan Merayu. Aku Tidak Akan Bayar Satu Sen Pun Denda. KECUALI Parti Yang Aku Dokongi Ini Dan Sahabat-Sahabat Seperjuanganku Berkehendakkan Yang Lain Dan Merekalah Yang Mengusahakannya...Bukan Aku....InsyaAllah...”.
 
Alhamdulillah. Pendirian saya ini disambut baik oleh sahabat saya yang juga OKT Mansuh iaitu  Nashita Mohd. Noor dan juga Norlaila Othman. Mereka juga bersama saya. Lantas kami gerakkan apa yang kami sebut sebagai “CALLING FOR SOLIDARITY” bagi memaklumkan semua teman-teman bahawa ada sesuatu yang sangat penting akan berlaku pada 22 Februari 2012 (222) yang berhubung dengan Akta Dzalim Drakonian ISA, meskipun PM Najib telah gegak gempita melaungkan Pemansuhan ISA pada 15 September 2011 yang lepas. Pada tarikh 222 kita akan Berjaya membuktikan betapa pembohong besarnya Pentadbiran Regim ini di bawah DS Najib TAR!
 
Dalam tempoh tersebut juga banyak hal yang kami usaha bereskan sebagai persiapan apa pun yang akan terpaksa kami hadapi menjelang 222. Ada yang darihal urusan keluarga, urusan peribadi sehinggalah ke urusan parti dan gerakan. Seolahnya kami ketika itu sedang berlumba dengan masa agar “sepeninggalan kami” ia tidak pula bakal membebankan kepada pihak yang akan kami tinggalkan.
 
Saya sendiri usaha memastikan Montaj Negara Berkebajikan : Tawaran PAS siap disediakan, diupload dan mula disebarkan dalam internet agar boleh sedikit sebanyak membantu usaha Kempen PRU13 kita semua. Alhamdulillah siap berkat komitmen “Back Up Team” saya dan keizinan Allah jua. Termasuk juga beberapa bahan lain untuk urusan Penerangan memandangkan tanggungjawab saya sebagai Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia.
 
Pada malam menjelang Hari Keputusan 222 itu, Dewan Muslimat PAS Pusat menganjurkan program Solat Hajat dan Sudut Bicara untuk kami menyatakan sepatah dua kata. Ketiga-tiga OKT Perempuan iaitu saya, Nashita dan Norlaila malam itu cukup nekad dan siap untuk hadapi apa sahaja.
 
Sebelum keluar rumah menuju ke mahkamah, beberapa barang keperluan peribadi kami siapkan. Di mahkamah, saudara Tian Chua sempat berseloroh “dah siap bawa berus gigi?”.. Saya senyum.
 
Kesedihan kami hakikatnya hilang bila begitu ramai kawan-kawan mewakili pelbagai pihak, kaum dan agama hadir menunjukkan solidarity. Kesatuan rakyat. Semangat Persaudaraan yang ketara. Dari Utara sampai ke Selatan. Timur sampai ke Barat. Ada wakil. Alhamdulillah kami semakin kuat menghadapinya. Ramai juga yang mengatakan “InsyaAllah Bebas”… hanya mampu kami balas dengan senyuman tanda cukup mengerti.
 
Pada saat keputusan dibacakan…saya dan 3 OKT perempuan lain tunduk menarik nafas tenang, saling bergengaman tangan….dan bila KEPUTUSAN DIDAPATI BERSALAH dinyatakan oleh Puan Hakim, Ainul Shahrin Mohamad, genggaman tangan kami semakin erat..dan T E N A N G…..alhamdulillah. “Kemuliaan Jihad insyaAllah”..bisik saya perlahan sambil tersenyum memandang Kak Nash di sebelah kanan saya. Kami hanya berbalas senyum, iyya ada kepasrahan.
 
Saya terus catatkan ini dalam sms saya kepada beberapa sahabat, “Masakan Allah Mentakdirkan Segalanya Untuk Suatu Yang Sia-Sia. Hidup Kebangkitan Rakyat. TOLAK REGIM!” . Peguam segera bangun meminta “standown” (rehat sekejap) daripada hakim sebelum dibacakan bentuk hukuman.
 
Saya berpaling ke belakang….ramai kini berwajah muram, terkejut, geram dan macam-macam. Ramai juga termasuk rakan-rakan media yang tidak dapat menahan airmata masing-masing. Saya usaha menenangkan adik-adik seperjuangan saya yang kelihatan sangat sedih. YB Dr Siti Mariah Mahmud juga tidak upaya sembunyikan airmatanya. Sahabat saya Wan Joe tersenyum dan saya “thumb up ke arahnya”, dia membalas yang sama. Sahabat saya Kak Nuridah dan Kak Salbiah juga saya lihat berwajah terkilan.
 
Sempat berbual dengan beberapa orang termasuk Tuan Haji Mazlan dan Khairul Faizi masing-masing AJK PAS Pusat dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia. Mereka bertanya apa pendirian OKT Perempuan. Saya katakan, apa jua kami hadapi tapi kami tidak akan bayar satu sen pun denda dan rela berada di Penjara sebagai menggantikannya kecuali kalau mereka fikir ianya suatu yang tidak perlu maka kami pulangkan kepada semua. Saya hatta menunjukkan YB Dr Siti Mariah lah yang wajar dirundingi bagi pihak Muslimat PAS Pusat sebab saya di situ ketika itu hanyalah seorang OKH ( Orang Kena Hukum ).
 
Alhamdulillah, saudara saya Khairul Faizi nampaknya sangat memahami. Saya ucapkan terima kasih kepada Pemuda seluruhnya.
 
Saya juga difahamkan Ketua Muslimat PAS Pusat, YB Siti Zailah sedang dalam perjalanan ke mahkamah dari airport. Programnya yang sangat padat hanya mengizinkannnya untuk menaiki penerbangan dari Kota Bharu pada jam 9.50 pagi. Beliau sempat menghubungi saya sebelum berangkat. Saya katakan, kami semua memang sangat perlukan dan harapkan kehadiran beliau.  Dan beliaulah juga antara yang menyambut kami sejurus selepas keluar meninggalkan lokap dan muncul di ruangan café mahkamah.
 
Akhirnya hakim muncul semula, dan hukuman dibacakan. Pendek cerita Penjara Sehari DAN Denda RM2 Ribu Setiap Seorang. Hakim juga tidak membenarkan rayuan kecuali untuk Penjara Sehari itu. Pasukan Peguam kami minta untuk masuk ke peringkat rayuan. Maka kami serahkan kepada kebijaksanaan mereka bagi pihak kami.
 
Seterusnya semua OKH kini mula dipisahkan daripada keluarga dan rakan-rakan lain yang bebas. Kami “ditarik” masuk ke ruangan dalam di belakang ruang bicara untuk kemudiannya dihantar ke lokap dan diberikan tempoh masa sehingga hanya pada 3.30 petang bagi memastikan wang denda dibayar dan ANDAINYA GAGAL maka kami akan terus dihantar ke Penjara bagi tempoh SEMINGGU!
 
Rakan-rakan yang tak biasa terpinga-pinga apa yang berlaku. Kenapa kami tiba-tiba “diambil Polis”. Yang faham segera meninggalkan kamar bicara dan saya seolah faham mereka sedang bergegas untuk apa. YB Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia dengan wajah sebaknya, merah matanya memberi “signal” kepada saya dan saya perhatikan gerak bibirnya yang saya teka sebagai berkata “okay, don’t worry”…. Saya waktu itu serahkan segalanya kepada Allah….bukan mudah untuk mengumpulkan duit RM22K sesegera itu (dalam tempoh 2 jam setengah)… apatah lagi ramai tidak menjangka kami akan dijatuhkan hukuman…
 
Di bilik pengasingan suasana kelihatan para OKH cukup bersemangat. Kali pertama saya melihat wajah-wajah mereka sesemangat itu. Hampir Semua OKH (Orang Kena Hukum) Bagi Kes Mansuh ISA Kelmarin Menyatakan Kesediaan Mereka Untuk Ke Penjara Selama Seminggu Dan Tidak Mahu Membayar Denda RM2k Setiap Seorang. Pada Wajah Mereka Jelas Tergambar Kemarahan Dan Kebencian Terhadap Regim. Saya Katakan Kepada Mereka “InsyaAllah Kita Semua Bersedia Lakukannya Tanpa Paksaan. Terpulang Kepada Rakan-Rakan Kita Di Luar. Kalau Mereka Berjaya Himpunkan Sejumlah RM22K (Total sebenar ialah RM32K tetapi ada OKT yang tidak dapat hadir) sebelum Jam 3.30 Petang Maknanya Mereka Yakni Rakyat BERJAYA MEMBEBASKAN KITA. Kalau Tidak Maknanya Mereka Mahu Kita Teruskan Perjuangan Walau Di Sebalik Jeriji Besi Pengkhianatan Dan Kedzaliman Regim.
 
Sebelum saya kehilangan signal telefon kerana dihantar masuk ke lokap bawah tanah, saya sempat menerima panggilan daripada rakan aktivis saya Mandy Ooi dari DAP. Beliau bertanya tentang duit denda saya adakah siapa yang dah urus atau jika belum mereka akan uruskan. Saya meminta Mandy berhubung dengan YB Dr Siti Mariah. Selepas itu talian terputus.
 
Tiba-tiba masuk pula mesej daripada rakan media saya iaitu Lim Hong Siang dengan mesejnya berbunyi“Kalian Tidak Berseorangan”… Sungguh mesej yang ringkas itu cukup menyemarakkan semangat perjuangan kami semua yang sedang dizalimi dan dipisahkan daripada semua. “Jahanam Regim” getus saya. Saya percaya untuk kesekian kali pentadbiran Regim sedang melengkapkan “Jerat Kehancuran” mereka sendiri. InsyaAllah.
 
Bagi pihak semua rakan-rakan OKH, saya ucapkan terima kasih kepada semua khususnya Rakan Facebook Mandy Ooi yang telah melancarkan Kutipan Kilat bagi membantu membebaskan kami, semua rakan pimpinan, rakan aktivis dan rakan rakyat kami yang prihatin.
 
HAKIKATNYA....Rakyat mahu kami terus berada di luar bagi membantu usaha memastikan TUMBANGNYA REGIM YANG DZALIM INI. Hidup Kebangkitan Rakyat. TOLAK REGIM!
 
 
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia
OKT/ OKH Ke 28 Kes Mansuh ISA
23 Februari 2012
Kuala Lumpur

Menteri Pengangkutan Akui Kapal Israel Dibenarkan Masuk !?


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Sedang aku meronda di fb group, aku menemui satu link iaitu Suara Lensa: Pencaca DSAI Solat Sampai Lutut Longlai tapi lupa ambil wudhuk !!!  yang dipostkan ke group tersebut oleh facebooker @ pencacai UMNO.

Aku yang kehairanan tertanya pada diri apa dosa pencacai (??!) DSAI yang lupa berwudhu'  sehingga perlu diisukan si pencacai UMNO ??! Apakah mereka ini layak mempertikaikan keampunan Allah pada mereka yang lupa ?? Atau mereka ini nak mengupas hukum berkaitannya .. arghh menyemak je memikirkannya, maka aku buka link tersebut dan rupanya link tersebut lebih kepada mengulas link Kapal Israel:Menjawab Kebodohan Pak Pandir Jingga13 yang menjawab berkenaan isu kapal-kapal dagang yang didakwa Jingga13 sebagai milik Israel. Secara ringkasnya, penulisan tersebut menghukum Jingga13 adalah tidak benar dan bersikap bodoh kerana tidak menyiasat terlebih dahulu ...

Secara jujurnya, aku sebelum ini sudah banyak kali lihat perdebatan dan perbahasan alam maya berkenaan hubungan dagang ini. Tapi aku tak mbik port sangat sebab bukan bidang aku nak kupas bab ni, biarkan kawan-kawan seperjuangan lain je lah .. lagipun mereka lebih berpegetahuan.
Aku lebih berminat untuk bersama-sama para ulamak untuk memastikan persoalan politik tidak boleh tidak mesti dihuraikan juga menurut perspektif Islam, begitu juga dengan isu hubungan dagang ini - lihat jawabanku berkenaan hukum berdagang dengan Zionis Israel : Isu Jual Beli Minyak Malaysia Israel : Larangan Berdagang Dengan Yahudi Zionis Laknatullah ..

Namun dengan kehendak Allah aku bertemu pula sesuatu yang menarik di youtube, oleh kerana ini adalah limpahan kasih sayang Allah dengan memberi maklumat berkaitan hal yang dibahaskan dalam link-link di atas, maka aku rasa perlu membantu menjawabnya kembali sebagai menyatakan kesyukuran aku kepada Allah. Jawaban yang mudah - hal ini pernah diakui sendiri oleh menteri pengangkutan melalui media



Sesungguhnya aku adalah hamba Allah yang amat benci Zionis Israel laknatullah .. Aku juga amat membenci APCO laknatullah yang dijemput untuk mencampuri urusan tanahair ku ini ..      

Sudah jelas dan terbukti belum ? Tunggu apa lagi .. tinggalkanlah perjuangan yang membantu ekonomi Yahudi Zionis Israel laknatullah ini ... jangan duk undi mereka yang menyokong dan membantu kezaliman.


'UM

Baca juga entry aku sebelum ini : http://ustazthrash4u.blogspot.com/2011/11/kes-jemput-peninju-israel-jom-belasah.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...