Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan
faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat
berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan
berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur,
Jalan Duta, sebagaimana berikut :
1-Penggunaan risalah
/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’
adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.
2-Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK
DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan
mengawal selia peserta perhimpunan.
3-Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
4-Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat
apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh
mengganggu prosiding Mahkamah.
5-Tempat perhimpunan yang
dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah.
Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan
sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.
6-Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan
maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan
parkir Mahkamah.
7-Penganjur hendaklah memastikan peserta
perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah
memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira
perlu.
8-Penganjur hendaklah memastikan semua peserta
perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas
keputusan Mahkamah diumumkan.
9-Penganjur dan peserta
perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak
polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan
tersebut.
10-Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan
khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan
tersebut.
SYARAT NO.6! MACAM TAK LOGIK JER..
ULASANKU :Apa
akan jadi kalau PERKASA atau lainlain kumpulan berkubu di situ lebih awal
dengan niat nak sabotaj perhimpunan 901? Jadi apa-apa pastu siapa akan dipersalahkan. Apakah PR akan
di cas memulakan huru hara kerana nak berebut tempat 'melepak'..? Alahai dunia..dunia.. haha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan