Ucapan berapi-api oleh Yang Dipertua Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKM), Datuk Bahrim A. Razak
Kenyataan Media Persatuan penguna Islam Malaysia (PPIM) dan Jawatankuasa Surau dan IKS Setapak Permai.
Perhimpunan aman bagi membantah pengusiran IKS dan pengambilan tapak Surau Al Jabbar Setapak Permai oleh pemaju/bandaraya.
Penduduk yang terlibat merupakan para penduduk yang dipindahkan dari projek pembinaan LRT Datuk Keramat dan Kampung Baru yang ditempatkan semula oleh DBKL sejak hampir 20 tahun yang lalu.
Bagi memenuhi keperluan beribadat, para penduduk telah menimbus lombong dan membina surau berkenaan dengan belanja sendiri. Surau tersebut mendapat pengiktirafan dari Jabatan Perdana Menteri dan JAWI. Ianya menjadi tempat ibadat dan pengajian agama masyarakat setempat dan sekitarnya. Pelbagai program keagamaan, sosial dan kebajikan telah diadakan sekian lama di surau tersebut.
Para penduduk cuba memohon status hakmilik tanah dari pihak berkuasa namun diberitahu bahawa tiada geran boleh dikeluarkan ke atas tanah lombong lebih-lebih lagi kerana tanah tersebut berada berdekatan talian elektrik bervoltan tinggi.
Apa yang menjadi persoalan adalah, kami telah menerima notis mengosongkan hartanah dengan segera dari peguam yang mengatakan bahawa tanah tersebut telah dimiliki oleh pemaju. Kami dihalau keluar dan diminta mengosongkan tanah tersebut sebelum 30hb Januari 2012. Ini bermakna bukan sahaja kediaman dan premis perniagaan kami akan dirobohkan malah surau Al-Jabbar yang dibina atas titik peluh masyarakat di sini juga akan dilenyapkan.
Hasil maklumat yang diperolehi mengatakan pemaju telah memperolehi hak pemilikan tanah pada bulan Julai tahun lepas. Ini yang menghairankan kami kerana pihak kami telah juga sekian lama membuat permohonan ke atas tanah tersebut.
Kami mengesyaki terdapat salah laku berlaku dalam proses penyerahan hakmilik kepada Syarikat Fiftynine Inc Sdn Bhd dan memohon perkara ini disiasat segera oleh pihak-pihak berkenaan.
Setakat ini pihak kami telah beberapa kali bertemu dengan pihak wakil rakyat, DBKL dan menteri Wilayah serta menghantar memorandum kepada pelbagai pihak, namun semuanya senyap sepi tanpa berita. Sebaliknya notis pengosongan yang kami terima.
Kami berasa amat kesal, teraniaya dan dikhianati. Maka atas dasar tersebut kami mengadakan perhimpunan bersatu dengan menggabungkan semua saudara-saudara kami dari seluruh Malaysia bagi menyatakan rasa kesal atas perkara ini dan berikrar akan mempertahankan tanah ini dengan apa cara sekalipun.
Sumber : Penduduk Protes Surau Di Setapak Bakal Diroboh
Ulasan Ustazthrash :
Perangai pimpinan negara jenis apa ni? Apakah ini aqidah perjuangan mereka yang mengaku beragama Islam dan menghormati Islam sebagai agama rasmi? Bukankah ini budaya Yahudi Zionis halang orang Islam beribadat dan mencari rezki??
JAWI dah lulus masa mereka buat dulu. UMNO/BN pandai-pandailah cari jalan penyelesaian. Jangan memandai-mandai sudah.. Apapun ingatlah kerana UMNO/BN negara ini jadi huru hara!!! Rakyat hilang kepercayaan pada politik aman kerana UMNO/BN !!! Negara akan musnah kerana demokrasi yang rosak...!!! PR masih bersabar ... tapi mereka ini adalah UMNO/BN yang meluat dan pasti mereka akan usaha hancurkan UMNO/BN. Semoga mereka menjatuhkan UMNO/BN dengan undi mereka dalam PRU nanti .. Wallahu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan