Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Khamis, 26 Januari 2012

Bekas Wakil Rakyat UMNO, Datuk Mohd Ariff Sabri Aziz : Pemimpin UMNO Berjuang Untuk Diri Bukan Bangsa.

Aziz Muda , 25 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Para pemimpin Umno diakui sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai kerana mereka sebenarnya tidak pernah bersungguh-sungguh berjuang untuk kepentingan bangsanya. 

Sebaliknya, mereka ternyata hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri, tetapi sengaja mengaburi mata orang ramai terutama di kampung-kampung kononnya berjuang untuk kepentingan bangsanya.

Untuk menutupi tindakan mereka itu, mereka sanggup menyalahkan bangsa-bangsa lain termasuk Cina dan India kononnya sebagai penghalang untuk mereka bertindak lebih jauh bagi kepentingan bangsa Melayu.

"Adakah ahli-ahli Umno di kampung-kampung percaya dengan perkara itu? Tetapi percaya atau tidak, memang itulah realitinya yang perlu disedari," tegas bekas pemimpin Umno yang juga bekas wakil rakyat dari Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Aziz.

Ketika mendedahkan perkara itu, beliau menegaskan, kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi negara.

Sebaliknya, perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh para pemimpin Umno, sehingga menyebabkan usaha mencapai saham bumiputera 30 peratus daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang.

Beliau mengatakan demikian dalam tulisan terbarunya yang disiarkan sebuah laman berita internet dan kemudian turut didedahkan dalam blog "Apa Khabar Ganu Kita" semalam.

Bekas Adun Pulau Manis, Pahang itu menegaskan, punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin Melayu itu sendiri.

Katanya, kepimpinan Melayu di semua peringkat tidak bertindak demi kepentingan orang Melayu sebenarnya, namun 30 orang pemimpin elit orang Melayu bertambah baik kehidupannya.

"Walaupun pemimpin Umno berjuang kononnya mempertahankan 30 peratus pemilikan orang Melayu, mereka sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.

"Pemimpin elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung di sebalik ketuanan Melayu,"
katanya.

Datuk Mohd Ariff  adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Jawatan Ketua Penerangan itu bukan ditentukan secara pemilihan, sebaliknya melalui cara lantikan oleh Ketua Bahagian dan beliau adalah orang kepercayaan Najib sehingga dipilih sendiri olehnya untuk menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan.

Dengan jawatan-jawatan yang pernah disandang olehnya dan hubungan baiknya dengan Najib, beliau berharap agar pendedahannya itu akan memberikan kesedaran kepada orang-orang Melayu yang masih menyokong Umno agar tidak lagi menaruh kepercayaan kepada parti itu dan BN untuk memerintah negara pada PRU Ke-13 akan datang.


Ulasanku : Dah Terang lagi bersuluh.. tak mau kata apa dah!

Lagi-lagi Kes Sama J Zakat Pahang Diseleweng ???

Jom Curi-Curi Zakat 1 Malaysia
~ Dooo ree mii fa so laa ti dooo!! selamat tido semua pada UMNO/BN~
Yang terhangat dan terpanas di pasaran.

Ohhh ye naya wala (Ohh ini baru punya).

Bohot2 ghuna (sangat-sangat berdosa), Bohot2 qatharnat (sangat-sangat merbahaya)..
Sab karobo giya (Semuanya sudah rosak)!
PAS zindabad (Hidup PAS).. UMNO murdabad (Mampus UMNO)!

Belum pun selesai isu penggunaan duit zakat sebanyak RM 60 k oleh Jamil Khir, tiba-tiba di Pahang pula MUIP telah menggunakan duit zakat sebanyak RM 5 juta sebagai deposit bayaran bagi membeli hotel Ms Garden di Kuantan yang dianggarkan harganya melebihi RM 50 juta.

Persoalannya yang pertama : Atas asnaf apakah MUIP boleh menggunakan duit zakat untuk tujuan komersial, sedangkan zakat adalah untuk tujuan kebajikan.

Kedua : Ramai lagi rakyat pahang yang lebih layak menerima duit zakat daripada membeli hotel.

(Di sunting daripada wall my big bro Shahril Azman-KPP Pahang, lebih sejam lalu)


5 jam sebelumnya di Harakahdaily :

Wang zakat akan beli hotel MS Garden?

Harakahdaily, 25 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Majlis Agama Islam Pahang didakwa akan membeli Hotel MS Garden, Kuantan dengan menggunakan wang zakat bernilai RM 50 juta.

Demikian dakwa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam Facebooknya hari ini.

"Saya difahamkan Majlis Agama Islam Pahang akan membeli Hotel MS Garden (gambar) dengan wang zakat bernilai RM50 juta.

"Mohon pihak berwajib siasat perkara ini dan pastikan ia tidak berlaku justeru masih ramai rakyat dlm negeri Pahang yang memerlukan zakat," tulis Nasrudin dalam facebooknya itu.

Sebelum ini, wang zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikatakan telah digunakan untuk membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharun.

Kos guaman itu adalah untuk bayaran pembelaan beliau atas saman yang dikemukakan datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas beliau ekoran isu qazaf Saiful Bukhari Azlan.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, Badan Tindak Khas Anti Penyelewengan Zakat DPPM yang dipengerusikan oleh Kamaruzaman Mohamad akan pantau dan kaji perkara ini agar wang zakat ummah dapat di selamatkan dari kerakusan sang penguasa.

"Jika benar satu tindakan tegas mesti diambil," kata beliau dalam facebook itu.

Ulasanku :

Apakah mereka ini tidak insaf ?? Apakah mereka ini tidak reti perit. Alangkah malangnya untuk bersama perjuangan sebegini. Insafilah diri ... jangan biarkan diri bersama kehancuran mereka yang hancur dalam memegang amanah. BYE BYE UMNO

Rabu, 25 Januari 2012

Pembaziran Oleh Pemimpin Barisan Nasional

Tak mau kata apa dah .. melainkan cam CISSS!!!

Perbelanjaan selama 5 tahun (60 bulan) untuk kediaman rasmi PM dan TPM yang paling rendah berdasar rekod di atas adalah bil air iaitu sebanyak RM 1,967,386. 55 SAHAJA.

Bil Air.
RM 167,386.55 ÷ 60 bulan ÷ 2 kediaman = RM 1394 .8879

Apakah masih tidak mencukupi kegunaan air setinggi nilai RM1394.88 sebulan untuk setiap kediaman?

Sebenarnya RM 167,386.55 memang adalah cukup untuk tempoh selama 5 tahun untuk bayar bil air kediaman 2 orang pemimpin UMNO/BN kerana jumlah itu adalah senilai untuk kegunaan bulanan lebih 10 biji restoran 24 jam yang terkenal. Inipun masih dikira membazir.

Manakala RM 1.8 j tu sewajarnya dimanfaatkan untuk bantuan kebajikan rakyat terutama orang BN sendiri yang kebanyakannya adalah .
 
RM 300 x 100 keluarga fakir miskin x 60 bulan = RM 1.8 j

Kos baik pulih tak payah langsung lah kan kediaman tu baru lagi.. Nak rosak apanya kalau projek binaan tu dibuat secara jujur, lainlah kalau projek tu dibuat oleh geng kontraktor peruntuh (sana sini binaan runtuh haha).. Sewajarnya wang itu dimanfaatkan untuk bina rumah kos rendah kurang lebih 90 unit untuk rakyat jelata.

----------

Kos bil elektrik jangan bagi lebih RM 480 k selama 5 tahun / RM 4 k sebulan bagi setiap kediaman.  Baki lagi lebih RM 9 j tu guna je untuk pendidikan, apa kata bagi biasiswa pelajaran kepada mereka yang berkelayakan untuk peringkat IPT? Sekurang-kurangnya ada ada 150 ilmuan yang lahir dalam setiap 5 tahun dari kalangan keluarga yang tak berkemampuan mendapatkannya.. hehehe.

Kos sewa kediaman rasmi? Sewa daripada siapa yer? Sewa dari kerajaan sendiri kah atau dari siapakah ? Pastu bayar balik guna duit kerajaan kah atau bukankah ? Atau ini kes macam buat lebuhraya kah atau bukankah? Hehehe sewa buat apanya lagi kalau sudah mampu bayar sampai berpuluh juta untuk tempoh 5 tahun ... ish membazirnyaa.. 

Cakap tak serupa bikin lah pemimpin UMNO/BN ni,
"Rakyat Didahulukan - Pencapaian Diutamakan"

konon!  

Dah la sokong dan beri undi pada parti UMNO/BN, jomlah kita bermuhasabah diri ... tinggalkan lah perjuangan yang tak ke mana tu.

Sabtu, 21 Januari 2012

Pemansuhan Proklamasi Darurat Dan Tragedi - tragedi Kekecohan : Ceramah A.B.U Asal Bukan Umno Di Jalan Kebun Diganggu.

Berikut adalah maklumat terkini tentang tentang ceramah Mat Sabu yang di serang secara fizikal oleh pemuda Umno yang di ambil dari Facebook Chegu Bard
Yang berada di sekitar mohon bergerak ke Dewan MBSA seksyen 30 Jln Kebun shah alam ... Ceramah ABU bersama MD sabu diserang secara fizikal oleh pemuda Umno .. Ada hadirin yg cedera..peniaga2 melayu habis dirosakkan gerai.. Hanya ada dua polis gagal buat apa2.. Mohon gerak penyokong ke sini segera




Suasana tegang di muka pintu dan dalam dewan

Suasana di luar yang kelam kabut

Apa kata Che'gu Bard ...

Pengakuan salah seorang hadirin

  • Korang nilai sendiri cerita di bawah dengan rakaman di atas.
Aku bedal je gambo-gambo ni dari dalam group fb mana ntah ... haha
Jam 10.45 : Mengikut maklumat yang hadir,  dipercayai mangsa yang tercedera ringan adalah lelaki berbangsa India dan sedang menerima rawatan di Hospital Klang.
Gambar-gambar lelaki berbangsa India yang cedera tu boleh tengok di sini : http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/01/terkini-panas-penyokong-umno-mengganas.html?spref=fb

Apapun pada jam 11.00, semua hadirin telah dikeluarkan dengan selamat termasuk Adam Adli (yang diburu panglima ludah). Hadirin lain-lainnya ada di sekitar dewan MBSA dan ceramah telah dibatalkan.


Apakah ini suatu keinginan pihak tertentu yang bersikap mahu mencetuskan pergaduhan atas nama perkauman? Apakah ia juga suatu cubaan menghalang penguatkuasaan pemansuhan PROKLAMASI DARURAT daripada dihentikan?? Siapa yang boleh menjawab persoalan ini ??

Apakah ini semua? Semalam pun ada kecoh: Pergaduhan Di Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan, K. Lumpur .

Kes-kes sebelum ini seperti pengelibatan PERKASA dan PEKIDA dalam perhimpunan aman 901, ceramah Timbalan Presiden PAS di Negeri Sembilan dan lain-lain masih tidak dilupakan.


Di sini aku nak sentuh sama bab PROKLAMASI DARURAT (supaya rakyat Malaysia tidak lupa).
Copy paste dari berita hairan
: Dewan Negara lulus usul pemansuhan 3 Proklamasi Darurat

2011/12/20
KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan usul pemansuhan Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Viu Keong, ketika membentangkan usul itu, berkata proklamasi itu diungkaikan kerana tidak wujud lagi keadaan yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam di negara ini pada masa kini.

Dengan itu, apa-apa ordinan yang dibuat semasa Proklamasi Darurat berkenaan akan terhenti berkuatkuasa selepas habis tempoh enam bulan dari tarikh proklamasi itu dibatalkan, katanya pada persidangan Dewan Negara.

Katanya langkah sewajarnya perlu diambil bagi memastikan tidak timbul kesukaran atau apa-apa halangan kepada kerajaan untuk mengawal jenayah dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan ancaman terhadap keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam termasuklah kegiatan keganasan apabila terhentinya kuatkuasa semua ordinan di bawah Proklamasi Darurat itu.

"Dengan terungkainya Proklamasi Darurat berkenaan, kerajaan tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Liew berkata, pembatalan Proklamasi Darurat itu juga membuktikan kerajaan sentiasa bersedia melakukan pembaharuan dalam undang-undang negara supaya ia selaras dengan kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha kerajaan untuk memastikan negara ini sentiasa maju ke hadapan.

Pada persidangan Dewan Rakyat 24 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul memansuhkan tiga proklamasi darurat yang dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong iaitu Proklamasi Darurat 1966, Proklamasi Darurat 1969 dan Proklamasi Darurat 1977.

Proklamasi Darurat 1969 dikeluarkan pada 15 Mei 1969 berikutan rusuhan kaum pada 13 Mei tahun itu, manakala Proklamasi Darurat 1966 dan Proklamasi Darurat 1977 yang masing-masing dikeluarkan pada 14 September 1966 di Sarawak dan 8 November 1977 di Kelantan, bertujuan menyelesaikan pertikaian politik yang berlaku di kedua-dua negeri berkenaan. - BERNAMA


Ulasanku :

Kesimpulan aku dalam kes serangan fizikal pada ahli PR di Jalan Kebun, kes ini berlaku mungkin bila dah puak taksub ni selalu kalah berhujah secara fakta. Maka mungkin inilah jadinya ,,

  • Samseng ni patahkan tiang-tiang dan mencabut bendera yang ada untuk dijadikan senjata. (Mana Panglima ludah UMNO yang menganggap bendera adalah suatu perjuangan utama?).
  • Samseng ganggu perniagaan para penjaja yang mencari rezeki
    (Mana suara ulama UMNO yang utamakan jihad ekonomi? Jangan pandai menolak jihad siasah untuk rakyat yang ditindas sahaja).
  • Samseng ni halang ceramah yang sudah diberi permit
    (Mana pula mereka yang guna nama PERKASA, Pekida, Pesilat, Patriot yang halang 'Perhimpunan Haram'?).
Jangan senyap sepi jika anda benar-benar perjuangkan keadilan tanpa prejudis.

Bayangkan itu kuasa ada dalam tangan. Tak puas hati gunalah saluran undang-undang yang dibanggakan tu. JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN..!


Apapun harapnya suatu tindakan yang wajar di ambil oleh pihak kerajaan dengan segera (jangan pula jadikan alasan untuk memperlambatkan pemansuhan proklamasi darurat seperti yang telah diluluskan yang bakinya hanya kurang 5 bulan daripada hari ini). Jangan Hilangkan Kepercayaan Rakyat 120%. Memang Menghairankan ... @!# $%&..?

Rabu, 18 Januari 2012

Indahnya Hudud ( Hududullah ) Bila Difahami : Soal Jawab Bersama Non Muslim

Suasana yang mesra ....


"Kenapa Islam minta potong tangan orang yang mencuri? Tidakkah itu sangat kejam?" soal lelaki German itu dengan nada separuh provok dan ingin tahu.

Suasana menjadi diam seketika.

Tengahari itu kami berehat sebentar melepaskan lelah setelah travel beratus kilometer ke kuala lumpur. Sebelah petangnya ada lagi 2 program besar menanti dan perlu berada semula di Perak pada waktu Isya sebelum meneruskan ekspedisi dakwah ke bumi Kedah keesokan harinya.

Peluang berehat seketika itu memang sangat mustahak demi mengekalkan kesegaran untuk mengharungi jadual padat kami pada hari itu.

Di saat berehat itu, kami didatangi seorang lelaki Eropah, memperkenalkan dirinya sebagai Frank Michel. Rupanya beliau merupakan fisrt secretary kedutaan German di Malaysia. Beliau menghampiri kami kerana tertarik kepada lambang jemaah Islam yang tertera di jaket yang kami pakai.

Peluang keemasan ini kami gunakan sepenuhnya untuk menerangkan dasar Islam serta polisi jemaah dakwah kami ini. Ternyata beliau seolah-olah mendengarnya buat kali pertama.

Kami tidak hairan dengan keadaannya itu. Maklumat sebenar Islam telah lama disorokkan, hanya perkara berkaitan solat, puasa, haji dan zakat sahaja yang sering dikaitkan dengan Islam, sedangkan Islam itu adalah cara hidup dan lebih dari 5 rukun Islam itu sahaja.

Justeru, soalannya berkaitan dengan perkara selain 5 rukun Islam terutamanya berkaitan hukum hudud sudah boleh dijangka bentuk nada soalannya.

Setelah diam buat beberapa ketika, saya membalas soalannya dengan nada yang sangat lembut dan senyuman yang tidak lekang di bibir, " soalan anda itu sangat menarik!". Saya menunjukkan minat kepada soalan provokasinya itu.

"Dalam Islam, kita mengutamakan keadilan. Kepada siapa sahaja, samada seorang lelaki atau wanita, kanak kanak atau dewasa, sihat atau sakit, tanpa mengira kaum dan warna kulit" saya memulakan muqaddimah. Dia mendengar dengan penuh minat sambil mengangguk angguk kepala.

"begitu juga keadilan bagi orang telah kehilangam barangnya kerana dicuri. Haknya perlu dibela. Keadilan perlu ditegakkan" saya mula masuk ke topik perbincangan.

Tiba-tiba lelaki German itu mencelah, " Betul, saya setuju keadilan perlu ditegakkan. Tapi takkanlah sampai kena potong tangan? " soalnya lagi.

Saya tersenyum. Teringat perbincangan dalam kelas Syariah saya tempoh hari dalam madah Siasah Syariah. Suasana hampir serupa kerana kami telah mensimulasikan suasana dialog seperti ini dalam kelas. Lucu juga rasanya bila tiba tiba terbayang lelaki German di hadapan saya sekarang ini seperti kawan sekelas yang merupakan orang Banjar berasal dari Bagan Serai!

Saya mengawal semula eksperisi muka agar kelihatan tenang dan tidak menyinggung perasaan lelaki German itu.

"Tuan, salahkah doktor kalau dia mengarahkan pesakit Diabetis untuk dipotong kakinya? Jika tidak salah, mengapa? " soalan retorik dilontarkan.

Cepat-cepat lelaki German itu menjawab, "sudah tentulah tidak salah. Sebab doktor itu tahu apa yang terbaik untuk pesakitnya. Dia ahli dalam bidang perubatan"

Saya bertanya lagi, "eh, bukankah kaki itu sangat berharga dan penting untuk kegunaan seharian?"

"Memanglah penting, tapi ia sudah berpenyakit, jika tidak dipotong, akan merebak dan membahayakan anggota lain pula. Silap silap membawa maut pula" petah lelaki German itu menjawab.

Saya sekali lagi tersenyum. Alhamdulillah, sudah nampak sinar di hujung dialog ini.

Segera saya menyambung bicara, " Jika demikian, begitulah dengan si pencuri tadi, dia adalah seorang manusia yang "berpenyakit." Dan ubat kepada sakit itu ada pada pembuat manusia itu, iaitu Allah. Dan Allah tentukan bahawa cara mengubatnya ialah dengan memotong tangan si pencuri. "

"Tapi kenapa perlu potong, tak bolehkah jika kita penjarakan sahaja. Tangan tu penting untuk kegunaan seharian." bentaknya.

Saya tenang mendengar respon spontannya.

"Tuan, jika dalam kes diabetis tadi, bukankah doktor itu tidak salah apabila memotong kaki peskitnya, begitulah dengan kes curi ini. Ia jika dibiarkan akan membarah, akan menggangu ketenteraman anggota masyarakat yang lain. Dan yang menariknya, bukan semua kes curi kita akan potong tangan. Barang curian yang terdedah kepada curian seperti ditinggalkan di tempat terbuka, harga barang curian yang murah seperti gula gula seringgit, keadaan masyarakat yang dhorurat seperti kebuluran yang melampau, semua ini tidak tergolong dalam kes potong tangan apabila mencuri." panjang lebar saya terangkan.

Lelaki German itu kelihatan terkejut dan kemudiannya nampak kelegaan di wajahnya. Kelihatan sangat puas dengan jawapan yang diberikan. Maklumat ini tidak pernah dia dengar dari media perdana. Senyuman terukir di wajahnya menghapus semua kerutan di dahi.

Saya menghabiskan sedutan terakhir air jus oren di depan saya dan bangum meminta diri ke Masjid kerana mahu menunaikan solat Jumaat.

Tiba- tiba dia bangun menghalang, " Ustaz, boleh tak saya ikut serta ustaz ke masjid? " tanya penuh mengharap sambil memegang lembut tangan saya.

"Kenapa ya anda mahu ikut kami ke Masjid?" saya meminta kepastian.
"Saya mula berminat dengan Islam. Saya mahu belajar mengenai Islam." jawabnya penuh semangat.

Saya tersentuh dengan jawapannya. Terharu sehingga terasa bergenang air mata ini.

Saya merangkul tangannya erat seraya berkata, "Let's go my brother," dengan senyuman puas di bibir.

Hakimi,
Penolong Setiausaha,
Lajnah Antarabangsa Dppp

P/s : secoret pengalaman lajnah antarabangsa dppp yang diketuai oleh Dr Raja Ahmad Al Hiss (Naib Ketua Dppp)

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150479264082312&set=a.308014587311.157071.303331692311&type=3&theater
  ULASANKU : Hudud adalah sebahagian daripada Undang-Undang Jenayah Syari'ah yang diperjuangkan PAS dan ketahuilah bahawa orang ramai telah terpedaya kerana menyangka bahawa PAS hanya memperjuangkan hudud apabila dimomokkan oleh media yang menjadi senjata kepada UMNO / BN

Ahad, 15 Januari 2012

Kenyataan Media Dan Rakaman Video Mengenai Surau Di Setapak Yang Bakal Diroboh.



Ucapan berapi-api oleh Yang Dipertua Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKM), Datuk Bahrim A. Razak


Kenyataan Media Persatuan penguna Islam Malaysia (PPIM) dan Jawatankuasa Surau dan IKS Setapak Permai.


Perhimpunan aman bagi membantah pengusiran IKS dan pengambilan tapak Surau Al Jabbar Setapak Permai oleh pemaju/bandaraya.

Penduduk yang terlibat merupakan para penduduk yang dipindahkan dari projek pembinaan LRT Datuk Keramat dan Kampung Baru yang ditempatkan semula oleh DBKL sejak hampir 20 tahun yang lalu.

Bagi memenuhi keperluan beribadat, para penduduk telah menimbus lombong dan membina surau berkenaan dengan belanja sendiri. Surau tersebut mendapat pengiktirafan dari Jabatan Perdana Menteri dan JAWI. Ianya menjadi tempat ibadat dan pengajian agama masyarakat setempat dan sekitarnya. Pelbagai program keagamaan, sosial dan kebajikan telah diadakan sekian lama di surau tersebut.

Para penduduk cuba memohon status hakmilik tanah dari pihak berkuasa namun diberitahu bahawa tiada geran boleh dikeluarkan ke atas tanah lombong lebih-lebih lagi kerana tanah tersebut berada berdekatan talian elektrik bervoltan tinggi.

Apa yang menjadi persoalan adalah, kami telah menerima notis mengosongkan hartanah dengan segera dari peguam yang mengatakan bahawa tanah tersebut telah dimiliki oleh pemaju. Kami dihalau keluar dan diminta mengosongkan tanah tersebut sebelum 30hb Januari 2012. Ini bermakna bukan sahaja kediaman dan premis perniagaan kami akan dirobohkan malah surau Al-Jabbar yang dibina atas titik peluh masyarakat di sini juga akan dilenyapkan.

Hasil maklumat yang diperolehi mengatakan pemaju telah memperolehi hak pemilikan tanah pada bulan Julai tahun lepas. Ini yang menghairankan kami kerana pihak kami telah juga sekian lama membuat permohonan ke atas tanah tersebut.

Kami mengesyaki terdapat salah laku berlaku dalam proses penyerahan hakmilik kepada Syarikat Fiftynine Inc Sdn Bhd dan memohon perkara ini disiasat segera oleh pihak-pihak berkenaan.

Setakat ini pihak kami telah beberapa kali bertemu dengan pihak wakil rakyat, DBKL dan menteri Wilayah serta menghantar memorandum kepada pelbagai pihak, namun semuanya senyap sepi tanpa berita. Sebaliknya notis pengosongan yang kami terima.

Kami berasa amat kesal, teraniaya dan dikhianati. Maka atas dasar tersebut kami mengadakan perhimpunan bersatu dengan menggabungkan semua saudara-saudara kami dari seluruh Malaysia bagi menyatakan rasa kesal atas perkara ini dan berikrar akan mempertahankan tanah ini dengan apa cara sekalipun.


Sumber : Penduduk Protes Surau Di Setapak Bakal Diroboh


Ulasan Ustazthrash :

Perangai pimpinan negara jenis apa ni? Apakah ini aqidah perjuangan mereka yang mengaku beragama Islam dan menghormati Islam sebagai agama rasmi? Bukankah ini budaya Yahudi Zionis halang orang Islam beribadat dan mencari rezki??

JAWI dah lulus masa mereka buat dulu. UMNO/BN pandai-pandailah cari jalan penyelesaian. Jangan memandai-mandai sudah.. Apapun ingatlah kerana UMNO/BN negara ini jadi huru hara!!! Rakyat hilang kepercayaan pada politik aman kerana UMNO/BN !!! Negara akan musnah kerana demokrasi yang rosak...!!! PR masih bersabar ... tapi mereka ini adalah UMNO/BN yang meluat dan pasti mereka akan usaha hancurkan UMNO/BN
.  Semoga mereka menjatuhkan UMNO/BN dengan undi mereka dalam PRU nanti .. Wallahu a'lam

Isnin, 9 Januari 2012

Rebut Peluang - Dapatkan Kemenangan

Jom Wak Kijo Cari Redho

'Zikrullah' Tuey Guru duk oyak sokmo
kelih tembuh bukey sebab duk dale jebo
tak dop sakit jangey cari tok bomo
manusio beren jangey sero jadi rambo

Perkaso dengey p-keda duk jajo
UMNO pulo doh hiley bisonyo
Kalulah kito pakat buat kijo
Cerak doh kali ni BN tunggin nyio

Acu tra tok yoh banyok suko
Acu tra tok yoh kerek derak ngato
Acu tra soba dan solat dijago
Moga hok diusaho ado jayo

Kelih lah setiap karo
Habih reboh pah so so so
Dari timur ko barat - selatey ko utaro
Dok keno gayo habih bahey sekali Melako

Oohoooo orey PR guano cerito?
Kalu demo nok habih senghoti fok UMNO
Gapo syura putuh doh kito kena turut sajo
Hok tu baru jadi sejiwo sekato sehalo

Meh mokcik pokcik adik kakok belako
Jom kita pakat berjuey samo2
Korbey habih la gapo hok ado
Pitah memitah lah kito dan carilah Redho

'UM

Saiful Dan UMNO Nak Bawa Kes Liwat II Ke Makhamah Rayuan ?

Seloke Adop Tajuk (?)

Eh, aku heran umno dunia fb ni
Bodo bengong tadop hari
Pondan belake rasenye, adok laki
Base ye doh geng saipul bukhari ...!!

Pondang UMNO ngorat ngate riti
Dop laku sbb muke huduh pe titi
Nok buat wane kalu tak mboh rugi
Akmboh malu, saipul ngaku liwat sediri

Dulu dituduh Anwar leni nak tuduh lagi
Mu tuduh la banyak kali lagi pahni
Tulah jenis base natang dop ngaji
Allah suh kenal qazaf ye bukan reti

Qazaf tu pitnoh liwat zina adop saksi
Kalu sabit qazaf kena sebat 80 kali
Tobak pun dop leh jadi saksi pa kemat kekgi
Hok tu UMNO kenelah belajo lagi

Ape aku nok kate kalu dop leh maki
Nok lembut gene kalu keje fitnah hari-hari
Ogang wak dose bukang leh dipuji
Dose kite weh kalu bio ye ko dop sedor diri

Tapi aku wase mmg ni keje at Tantuyi
Kalu dop bakpe maring kuor negeri
Sedang hari ni ye ada janji
nok wak rantaiang manusia hok soho kali

Bodo bengong adop kategori
Sape sokong UMNO/BN aku dop duli
Debe tare mane pun pe jatang kene 'kasi'
Esok di akhirat ade kut hok nok kene gaji?

'UM

Ahad, 8 Januari 2012

ULASANKU MENGENAI PEMECATAN HASAN ALI.

Time Tengahari
Dato Hasan Ali yang dikasihi dan dihormati
Dipecatnya  beliau ikut perlembagaan parti
Dato Sri Anwar saja dipecat atas konspirasi
Jangan pencacai UMNO komen sesuka hati

Jangan kata kami PAS membenci
Khidmat baik beliau tak pernah dinafi
Kebolehan beliau masih diperlu parti
Datok Hasan Ali bukan berlalu pergi,
Ini bukan macam kes itu Si Nakha'ie

Sebentar Tadi ...
Namun terkejutnya tak kepalang lagi.
Beliau ada menyimpan harapan untuk kembali
Perbincangan rakan ulamak bakal dibuat nanti
Harapnya kembali dengan penuh strategi

Wahai Pencacai UMNO sejati
Bayangkan kamu wahai putera puteri kiki
Jika dia kembali UMNO masih ralit menari
Terkinja pula macam beruk jatuh pohon tinggi
Akal pencacai pasti beku dan heart attack terus mati

Wahai pejuang Islam sejati
Doakan semoga perkara ini menjadi realiti
Aku bukannya fanatik YB Dato Hasan Ali
Tapi penyatuan Lillahi itu yang aku impi
Kalau tak jadi tak pa, itu iradat Allahu Rabbi ...

Kes Dato Hasan Ali : UMNO Memang Mudah Lupa !

Menjawab Isu Pemecatan Dato' Hasan Ali?? No hal je, kalau soalan tu datangnya dari pencacai.. Lupakah mereka??? Melayu mudah lupa -? UMNO kot yang mudah lupa?!

Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku...
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972.

Sumber rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad (lih Kerjaya politik)

Sabtu, 7 Januari 2012

SEDARLAH : Jangan duk terperangkap dan terpedaya dengan isu berhelah UMNO / BN.

Hasan Ali di tv3suku korang nak komen buat apa?
Apa korang dah beriman dengan tv3suku sejak bila?
Isu Syiah dan Wahabi kenapa tak cerita cara umum saja?
Siapa PM kalau Anwar dipenjara, apa dah menang ke pilihanraya?

Kenapa perlu dikait dengan sesiapa
Isu dalaman PAS memang ada bukan tak ada
Kalau aku nafi pun bukan ada yang percaya
Mana mungkin jutaan ahli semuanya sempurna

Korang bukan tau yang duk cakap ni sapa dia
Banyak yang aku tau tapi takkan semua aku nak cerita
apa guna cerita dibuka kalau hanya jadi fitnah belaka
Apa guna dipuji kerna tau isu semasa tapi hukum dilupa

Kalau isu khilaf pun masih nak dibicara
Aku yakin padah jadinya
Nasihat aku pada sahabat semua
Ingatlah setiap kata ada kira-kira

Berkerjasama je dalam apa yang dah sepakat kata
Berdiam je dalam apa yang korang tak suka
Perjuangan ini bukan hanya angan kosong belaka
Penyatuan harus kukuh untuk pelbagai kerja
Bukankah itu juga pesanan pimpinan kita

Maaf atas keterangan guna kasar bahasa
BUkan nak marah hanya kerana sayangku pada semua
Tak tau nak cerita kalau asyik berulang sahaja
Kalau nak bertelagah baik dibuka gelanggang saja

Ingatlah kita ini semua bersaudara
Mencari redha Ilahi jangan pula dapat murka.
Melawak jaaaaa huhu hihi haha
Uhibbukum fillah bersatu kita keranaNya
Kita dah semakin dekat pilihanraya
Kekuatan hendaklah dikumpul sedaya
Ditambah dan mesti terus dibina seupaya
Bukan masanya lagi untuk terus dipedaya

Sepak terajang musuh jangan buat dono saja
Maki hamun dan cerca memang mainan mereka
Segalanya mesti dihalang dan ditepis sebaiknya
Biar tenggelam dakyah mereka kerana jawaban kita


UM

PERHIMPUNAN 901: Syarat Syarat Kepada Penganjur Dan Peserta Perhimpunan

Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :

1-Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.

2-Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3-Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

4-Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.

5-Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6-Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.

7-Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8-Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9-Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10-Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

SYARAT NO.6! MACAM TAK LOGIK JER..

ULASANKU :
Apa akan jadi kalau PERKASA atau lainlain kumpulan berkubu di situ lebih awal dengan niat nak sabotaj perhimpunan 901? Jadi apa-apa pastu siapa akan dipersalahkan. Apakah PR akan di cas memulakan huru hara kerana nak berebut tempat 'melepak'..? Alahai dunia..dunia.. haha.

Jawaban Terhadap Isu-Isu Dato' Hasan Ali

Di luar sebuah rumah, A dan B yang tinggal sekampung duk meluah perasaan..

A kata :
Aku tak suka Hasan Ali..
Korang sah-sah dah benci aku ..
Tapi yang lain pulak suka aku ..

B kata :
Aku memang suka Hasan Ali..
Korang lah pulak benci aku
Memang yang lain jugak sukakan aku..

A kata :
Sepuluh kesalahan Hasan Ali kalau aku cerca
Pasti korang carutkan aku pula
Dalam masa yang sama ada jugak kata aku berjasa

B kata :
Seribu jasa Hasan Ali kalau aku sanjung
Pasti korang juga maki hamun dan hina aku saja
Dalam masa sama ada je yang sanjung aku pula

A kata :
Aku tak undi Hasan Ali sebab aku rasa dia banyak masalah
Pastu bukan tak tau lagi.. korang rasa diri aku lekeh sangat ke?
Korang yang lain tegur aku suh diam, apa korang bagus ke?

B Kata :
Aku undi Hasan Ali pasal dia calon yang syura dah lulus
Pastu takkan nak pertikai lagi.. buat apa kecoh sini sana?
Aku tunggu syura buat keputusan dan suh korang berdiam sama

A kata :
Apa korang tak kenal ke aku sapa?
Asyik syura..syura! Depa bukan malaikat
Aku orang penting dalam parti lah
Kalu aku tak halang Hasan Ali. Jahanam parti

B kata :
Erkh eleh korang pun bukan kenal aku sapa?
Asyik melawan-lawan macam setan
Aku pun orang penting dalam parti jugak lah
Kalu aku tak halang korang. Jahanam parti

UM yang tengah rehat, jenguk ke tingkap dan jerkah kerana dengar riuh rendah A dan B duk bertengkar :
WOIIII ...!!! korang tak reti hormat ke TG yang duk tengah tido dan rehat kat rumah aku ni! Cakap je macam apa... Aku korang kenal ke?

TG yang tengah lena bangkit terkejut dan dengan tenang berkata : UM anta pun diamlah sama, kalau nak nasihatkan ahli kita pun.. janganlah kasar2, ikutlah ajaran Islam. Jangan mengata paku dulang pun serpih. Nasihatkanlah mereka dengan baik dan berhikmah. Dato Hasan Ali tu kan lebih tinggi jawatan dari mereka dan lebih penting bagi jama'ah kita. Ingatkan mereka, tunggu je kami bersuara. Lebih baik terima mudarat kecil dari mudarat besar.

Cerita di atas adalah rekaan semata.
Namun renung-renungkanlah...
Tiada kaitan dengan yang hidup dan yang mati.
Namun ada kaitannya dengan kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...