Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani ...
Sekadar mampu ..
Imam an Nawawi menjelaskan maksud hadis yang menjadi hujah UIS yang tersebut di dalam video di atas dengan menyentuhnya sebagaimana berikut di dalam syarah Sahih Muslim-nya :
Kasihanilah dirimu, dan rendahkanlah suaramu, kerana mengeraskan suara, biasanya dilakukan seseorang yang kerana orang yang dia ajak berbicara berada di tempat yang jauh, agar dia mendengar ucapannya. Sedangkan kamu sedang menyeru Allah Ta’ala, dan Dia tidaklah tuli (tidak pekak) dan tidak juga jauh, akan tetapi Dia Maha Mendengar dan lagi Maha Dekat.
Sehingga dalam hadis ini ada anjuran untuk merendahkan suara zikir, selama tidak ada keperluan untuk mengeraskannya, kerana dengan merendahkan suara itu lebih menunjukkan akan penghormatan dan pengagungan. Dan bila ada kepentingan untuk mengeraskan suara, maka boleh untuk dikeraskan, sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis.
[Syarah Shahih Muslim, oleh Imam an-Nawawi 17/26]
Secara ringkasnya , di antara keperluannya dapatlah kita perhatikan akan saat Islamnya Syaidina Umar dan Syaidina Hamzah r.anhuma. Di mana hujah ini juga menunjukkan harusnya bertakbir di dalam demonstrasi yang di mana hujah ini sendiri menunjukkan harusnya berdemonstarasi yang dipimpin oleh dua sahabat besar yang memimpin dua kumpulan.
Ibnu Abbas RA pernah meriwayatkan kisah ke-Islaman Umar RA. Menurut Ibnu Abbas R.A, setelah Umar mengisytiharkan dirinya memeluk Islam, Umar telah mengetuai satu saff dan Hamzah mengetuai satu lagi saff umat Islam menuju ke Kaabah. Mereka berteriak melaungkan takbir dengan kuat. Apabila orang-orang kafir Quraish melihat dua orang lelaki mulia ini, Umar dan Hamzah, lalu wajah mereka terus bermuram hitam dengan ke-Islaman mereka berdua [ Rujuk Kanzu Al Ummal Jilid/12 hlmn/247 dan Murqatul Mafatih Jilid/11 hlmn/192 ].
JELAS SEKALI TAKBIR tersebut selain bertujuan membesarkan Allah dan juga bertujuan memperdengarkan kepada mereka yang pekak dan jauh daripada kebesaran Allah. Ia juga adalah bertujuan menyeru manusia kepada kebesaran Allah sebagaimana takbir di dalam azan.
Apapun saya sebagai pendokong perjuangan PAS juga menganggap TAKBIR ini adalah suatu teguran kepada pihak pemerintah yang TAKBUR supaya mereka ingat bahawa Allah adalah lebih besar dalam segala hal berbanding mereka yang perasan diri mereka besar. Dan di antara se-afdhal-afdhal jihad adalah menegur pimpinan yang zalim dan menentang ajaran Islam dengan isme sekularismenya. Kami tidak menganggap takbir itu zikir semata-mata.
Apakah ulama muda UMNO lebih alim dan cerdik daripada para sahabah seperti syaidina Umar r.anh yang disebut sebagai salah seorang khulafa' ar Rasyidin ?
Sebagai kesimpulan dan nasihat .. ayuh sama-sama kita merenung diri
1. Mencegah sesuatu yang khilaf bukanlah termasuk dalam perkara yang disebut sebagai nahyu munkar. Maka ketahuilah barangsiapa yg mencegah pelaku perkara khilaf dengan disusuli dengan merendah-rendahkan pelakuannya tersebut seolah-olah merendah-rendahkan ulamak yang jadi ikutan si pelaku.
Yang hanya dibenarkan ialah menjelaskan hujah mana yang lebih kuat antara pandangan2 yang ada, itupun jika berkelayakan. Namun ketepikan dulu perkara khilaf dan utamakan perkara ijma' dalam keadaan ummat Islam yang sedang dalam keadaan lemah kerana ia adalah lebih aula bagi ummat Islam di hari ini ..
Justeru melarang sesuatu yang tidak ijma' atas nama nahyu mungkar adalah suatu kejahilan si pendakwah, dia hanya akan menambahkan perpecahan ummah dan melemahkan usaha dakwah Islam sendiri. Nahyu munkar pada hal yang khilaf tidak boleh tidak mestilah lebih kepada mengemukakan hujah secara berhemah. Hal ini harus difahami kerana banyak perkara munkar yg bersifat tidak qat'ie , berselisih pendapat pada ijtihad itu tidak salah namun menghina ijtihad itu yg salah. Apalagi jika ianya hanyalah khilaful aula. Apapun al ijtihadu la yunqidhu bil ijtihad !
http://ustazthrash.blogspot.com/2008/09/antara-cara-mencegah-kemungkaran-wajib.html
2. Apalagi dalam hal takbir ini tiada suatu nas larangan yang jelas pun melainkan dalam keadaan biasa yakni bukan dalam sesuatu keperluan. Justeru tidaklah boleh bersikap literalist dalam menggunakan dalil dan hujah yang ada seolah Islam itu agama yang sempit.
3. Jangan lupa juga al 'adatul muhkmat. Jangan sehingga kalian kelak di cop sebagai bersikap kal himar yahmilu asfara. Sila menghadap Dewan Ulama PAS Pusat dan bermuzakarah sebelum terus menyerang jika benar kalian mencari perpaduan. Maaf mungkin saya terlebih tegas sehingga dirasa kasar
4.Sayugia dinasihatkan kepada ulama muda UMNO / ILMU supaya memahami fiqh awlawiyat. Banyak lagi laungan dan slogan yang boleh dibanteras seperti laungan 'Hidup Melayu' dll . Kalau nk komen pasal awlawiyat ni banyak sangatlah..
Di bawah ini jua 'UM sertakan jawaban ASIA.
saya hormati al fadhil ustaz idris sulaiman, tapi kurang setuju kerana :
1) sunnah bertakbir termasuk dalam keumuman dalil dari al quran dan as sunnah. andai ada takhsis sekalipun itu bukan memansuhkkan keumuman tersebut. mengamalkan kedua2 dalil itu lebih utama dari menghapuskan salah satu.
2) bukan urusan al fadhil ustaz idris sulaiman untuk baca hati orang. kalau ustaz boleh agak2 mereka tidak rasa gerun, saya juga boleh agak2 mereka berasa gerun. maka tidak boleh tarjih (bias) di sini. tapi bersangka baik itu jalan terbaik. sebab kefahaman dari kaedah ada sebut, 'asal manusia itu baik, kalau nak tuduh tak baik kena datangkan bukti".
3) berzikir tak faham itu lebih baik dari tak zikir langsung lisan dan hati. sekurang2nya itu sebagai medium ke arah meningkatkan kualiti dalam berzikir. keutamaan di sini ialah menghapuskan budaya mencarut dan menyatakan slogan kebangsaan semata2. baru adil.
4) hadis yang ustaz sebutkan (jangan tinggi suara / أيها الناس اربعوا على أنفسكم إنكم ليس تدعون أصم ولا غائبا ) itu betul, namun ulama juga menyatakan bahawa boleh tinggikan suara jika ada keperluan dan maqosid syariah. antara objektif tinggikan suara ialah mengukuhkan hati dan jiwa org beriman agar tidak rasa lemah ketika menyampaikan kebenaran dalam menghadapi kezaliman. ceramah juga salah satu jihad.(saya harap ustaz juga baca realiti malaysia secara menyeluruh, kerana mereka bukan ceramah main2)
-Azman Syah Ibnu Alias (ASIA)-
Sekian sekadar mampu Wallahu a'lam
UM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan