بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم
Segala puji-pujian kepada Allaah, Rabb sekalian alam. Salam dan
Selawat ke atas Rasulullah, dan keluarga serta para sahabat baginda,
tabien juga atha tabien; dan ke atas sekalian orang yang berusaha untuk
mengikuti dan mempratikkan segala ajaran dan menjauhkan segala larangan
baginda SAW. Firman Allah :
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
[Al Baqarah 2 :129 ]
Semoga kalian sanggup mengambil sedikit masa daripada ruang lapang yang Allah berikan kepada kalian untuk membaca seluruh penulisan yang kecil, yang ditulis untuk merungkai satu masalah yang sedang berlaku .. Insya-Allah. Semoga Allah memberi kemudahan kepada kita semua

MUQADDIMAH : Semenjak Tuan Ibrahim Tuan Man
menyentuh mengenai isu penangguhan haji kerana membimbangi UMNO/BN akan
mencari jalan dengan memperalatkan musim haji untuk buat pilihanraya,
maka kerana kenyataan tersebut maka PAS terus menerus di serang oleh
ulasemak-ulasemak baru UMNO dan PERKASA . Ulasemak yang tak pernah perjuangkan
Islam secara syumul pun .. dan berkemungkinan tak faham pun pengertian syumul.
Semoga Allah beri hidayah kepada kita semua
Apakah sebenarnya hukum menangguhkan haji ini ?
Sekadar mampu ...
Berkenaan Hukum Penangguhan HAJI.
Mengikut Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali, apabila syarat-syarat wajib haji sudah sempuma pada diri seseorang, maka wajiblah dia terus pergi melaksanakan haji tanpa melengah-lengahkannya atau tanpa bertangguh-tangguh.
Namun menurut mazhab kita Syafi'e, ia wajib dilakukan dengan secara tardkhi (yakni boleh ditangguhkan). Jika ditangguhkan daripada tahun yang dia upaya ke tahun yang lain, maka tidaklah dia derhaka (berdosa) dengan sebab penangguhan itu, akan tetap tertakluk dengan dua syarat:
Pertama: Tidak ditakuti luput haji, sama ada disebabkan usia sudah lanjut dan tidak lagi berupaya melakukannya, atau sama ada wang perbelanjaannya itu akan habis. Maka jika ditakuti haji tidak dapat dilakukan disebabkan usia sudah lanjut . dan tidak berupaya lagi mengerjakannya, atau perbelanjaan yang sudah sedia ada akan habis sekiranya ditangguhkan, maka tidak lagi boleh ditangguhkan, bahkan wajiblah dilakukan .dengan bersegera. Melewatkan atau menangguhkan dalam keadaan yang demikian adalah berdosa.
Kedua: Hendaklah berazam akan melakukan haji itu sekiranya ia ditangguhkan dengan ada syarat yang pertama. Sekiranya tidak ada azam ini, maka berdosalah membuat penangguhan itu.
Berkata Imam Nawawi rhm :
إذا وجدت شرائط وجوب الحج وجب على التراخى فله تأخيره ما لم يخش الغصب فإن خشية حرم عليه التأخير على الأصح- هذا مذهبنا.
"Apabila sudah diperolehi syarat-syarat wajib haji, maka wajiblah ia secara tarakhi, dan orang berkenaan boleh menangguhkannya selama dia tidak takut mati (sebelum melakukannya), tetapi sekiranya dia khuatir dia akan mati sebelum sempat melakukannya atau peruntukan perbelanjaan untuk haji akan habis, maka haramlah keatasnya menangguhkannya mengikut pendapat yang ashah.. lnilah mazhab kita." [Al-idhah h. 104]
Tersebut di dalam kitab I'anah Al- Thalibin bahawa haji dan umrah itu sekali dalam seumur hidup, boleh ditangguh atau dikemudiankan atau tidak dengan segera. Mengenai dengan penangguhan sebagaimana nashnya :
إنما يجوز التأخير بشرط العزم على الفعل فى المستقبل، وأن لا يتضيقا عليه بنذر، أو قضاء، أو خوف
عضب، أو تلف مال بقرينة ، ولو ضعيفة.
"Sesungguhnya harus dikemudiankan mengerjakan haji itu dengan syarat mestilah ada azam hendak menunaikan haji atau umrah itu pada masa akan datang, dan tidak berlaku kesuntukan (sempit) masa haji atau umrah itu dengan adanya nazar haji, atau qadha haji atau takut lemah badan untuk pergi berhaji atau binasa harta untuk haji dengan ada tanda-tanda sedemikian itu sekalipun tanda-tanda itu lemah." [I'anah Al- Thalibin 2/321-322].
Dengan hal yang demikian, maka syarat boleh menangguhkan haji bagi orang yang sudah cukup syarat-syarat wajib haji itu, adalah berkisar pada beberapa faktor berpandukan tanda-tanda yang zahir, seperti badannya masih sihat, umur belum lanjut dan tidak sering-sering sakit, di mana dengan berat sangka apabiia ditangguhkannya dia masih akan hidup pada tahun berikutnya atau perbelanjaan yang sudah cukup itu akan masih tetap ada dan mencukupi, tidak habis atau hilang.
Di samping juga disyaratkan mesti ada azam untuk menunaikannya. Mengenai kedudukan azam AI-Imam AI-Ghazali rhm. menjelaskan :
لم يجز التأخير إلا بشرط العزم ولا يجوز العزم على التأخير إلا إلى مدة يغلب على ظنه البقاء إليها كتأخيره الصلاة من ساعة إلى ساعة وتأخيره الصوم من يوم إلى يوم مع العزم على التفرغ له فى كل وقت وتأخيره الحج من سنة إلى سنة.
"Melaksanakan perintah tidak boleh dilambat-Iambatkan melainkan dengan syarat ada azam (akan melakukannya dalam waktunya). Dan tidak boleh pula membuat azam untuk menangguhkan kewajiban itu melainkan dia bersangka kuat bahawa dia masih akan hidup sehingga habis masa tuntutan perintah. Seperti dia melambatkan sembahyang dari satu saat ke saat lain, menangguhkan puasa (ganti) dari satu hari ke hari lain yang disertai azam akan melakukannya pada bila-bila masa saja, dan begitu juga menangguhkan haji dari satu tahun ke tahun lain." [AI-Mustashfa 1/71]
*******

'UM malas nak taip dan malas nak hurai
banyak-banyak , rujuk sendiri dalam kitab Fiqh al Awlawiyat oleh as
Sheikh Dr . Yusuf al Qaradhawi. Di sana ada huraian dan anjuran ulamak
apabila mafsadat dan kezaliman menguasai sesebuah negara. Yang pasti
ianya dah selesai dengan tajuk di atas dan jika orang tersebut memahami
keutamaan menunai hak orang ramai ke atas menunai hak dirinya semata.
Jika kita meninggalkan negara ketika pilihanraya, maka kaum yang bawa isme bukan Islam akan terus meneraju kepimpinan negara. Ini juga sesuatu yang haram untuk kita biarkan ia berlaku, firman Allah : Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman. [al-Nisa 4:141] | |
Kitab Fiqh Al Awlawiyat oleh Dr Yusof Al Qardhawi hal. 14 (Thinkers Library ) |
Solat
juga adalah perkara fardhu dan ianya juga termasuk dalam perkara yang
menjadi rukun malah ianya adalah rukun yang utama selepas syahadah
berbanding dengan haji .. Namun di sana adanya rukhshah apabila
terdapatnya perkara yang amat mendesak.
Dalilnya adalah:
عن عبدالله بن شقيق، قال: خطبنا ابن عباس يوما بعد العصر حتى غربت الشمس وبدت النجوم. وجعل الناس يقولون: الصلاة. الصلاة. قال فجاءه رجل من بني تميم، لا يفتر ولا ينثني: الصلاة. الصلاة. فقال ابن عباس: أتعلمني بالسنة؟ لا أم لك! ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء.
قال عبدالله بن شقيق: فحاك في صدري من ذلك شيء. فأتيت أبا هريرة، فسألته، فصدق مقالته.
Abdullah bin Syaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidato (memberikan kuliah/syarahan) kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak.
Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahihnya – hadis no: 705]
Riwayat di atas menjelaskan bahawa Ibnu Abbas menjamakkan sembahyang dalam keadaan bukan kerana bermusafir, bukan kerana ketakutan dan juga bukan kerana hujan. Di dalam kes ini dia telah menjamakkan solatnya ketika berada dalam urusan penting, iaitui pidatonya/syarahan/kuliahnya itu. Dia mengetahui jika syarahannya itu dihentikan maka akan hilanglah kemaslahatannya (kebaikan – pent.). Menurut perkiraannya meneruskan syarahan dianggap suatu hajat yang membolehkan jamak. [Lihat Koleksi Hadis Hukum, Prof. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Penerbitan Bulan Bintang, jil. 4, ms. 350]
*****
UNtuk lebih memahami keterdesakan tersebut , mari sama-sama kita perhatikan ulasan Ustaz Rosli Jabar yang pernah menangguhkan Haji beliau kerana terdesak yang hadir dari rasa bimbang sebagaimana di siarkan dalam mediaperak
Pada tahun lepas saya berjaya mendapatkan visa untuk mengerjakan haji, tetapi saya tangguhkan kerana kebimbangan berlakunya pilihanraya. Tahun ini saya memohon lagi dan saya bersedia untuk menangguhkannya jika sekirannya berlaku pilihanraya, sehingga ramai yang bertanya ” kenapa?”. saya bertanya kepada sahabat yang bertanya ” Solat juga adalah rukun Islam, bagaimana sekiranya jika kita sedang solat, pada waktu itu kita mengetahui rumah kita dimasuki pencuri dan penyamun, hati kita penuh dengan kebimbangan terhadap harta dan nyawa kita dan anak-anak, apakah harus kita berhenti dari solat?. tiga orang sahabat saya semuanya mengangguk ” ya” , kerana dah jelas hukum feqah begitu.

Saya
kasihkan Agama saya,Negara saya, masyarakat saya,rakan saya dan
keluarga saya, tak mungkin saya boleh menunaikan haji secara selesa jika
sekiranya Negara saya terancam kerana diperintah oleh pemimpin yang
telah terbukti mengkhianati Agama dan Negara saya?.. Saya sangat yakin
dengan hadis Nabi ” Ada dua golongan manusia, jika baik dia, baiklah
manusia, jika jahat dia, maka jahatlah manusia” .Saya tidak sanggup
untuk mendapat pemimpin yang akan memimpin negara, masyarakat dan
keluarga saya dari kalangan mereka yang tidak taat kepada Allah SWT.
Saya yakin sangat buruk implikasinya jika pemimpin begini menang didalam
pilihanraya, kerana bukti yang sudah cukup jelas telah pun berlaku
dihadapan mata. Berlaku penyelewengan terhadap harta negara, berlakunya
penganjuran program yang boleh merosakkan kaum keluarga saya, berlakunya
penghinaan terhadap Islam, gejala sosial semakin bertambah seperti kes
pembuangan bayi, zina, pembunuhan dan statistik kelahiran anak luar
nikah secara rasminya yg dikeluarkan oleh pihak kerajaan sendiri ialah
seramai 6 orang setiap satu jam. Saya yakin suasana ini akan bertambah
teruk jika sekiranya pemimpin yang tidak beramanah dengan Allah
berterusan menjadi pemerintah.
Sebagai
seorang individu Muslim, saya sedar memilih pemimpin adalah merupakan
tanggungjawap yang besar, kerana baik atau buruk natijahnya akan turut
ditimpa keatas rakyatnya, bukan sahaja kepada masyarakat saya, rakan
saya malahan sampai kepada anak-anak yang sangat saya kasihi juga berada
diambang bahaya fitnah kesan daripada suasana negara saya yang semakin
keji dan sentiasa mengarah kepada kejahatan. Sebagai ayah saya tidak
mungkin mampu sepenuhnya untuk mendidik anak-anak dengan sempurna, saya
sangat perlukan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang takut
kepada Allah SWT, yang dapat membina suasana kerajaan yang mendorong
rakyatnya untuk taat dan patuh kepada Allah SWT. Saya yakin suasana ini
wujud jika sekiranya pemimpin yang takutkan Allah menjadi pemimpin
dinegara saya.
Mengundi
5 tahun sekali, musim haji pada tiap-tiap tahun, dengan izin Allah SWT
saya boleh menunaikan haji pada hadapan jika sekiranya saya
tangguhkannya pada tahun ini. Saya yakin satu undi dari saya sangat
memberikan makna kepada Agama,negara,masyarakat dan keluarga saya. Saya
sedar bahawa saya akan disoal diakhirat tentang pemimpin yang dipilih,
Haji adalah ibadat fardhiyyah saya, sementara mengundi pemimpin yang
baik adalah bukan sahaja untuk maslahah diri saya, malahan agama,
masyarakat dan keluarga saya.Saya sedar jika keadaan akan semakin buruk
untuk 5 tahun akan datang jika Parti Islam kalah, kerana itu saya tidak
akan melepaskan peluang untuk mengundi. Saya yakin menangguhkan haji
kerana mengundi adalah untuk keperluan maslahah yang lebih besar yang
dituntut didalam Agama Islam, maka saya sanggup, InsyaAllah.- TERIMA
KASIH USTAZ ROSLI JABAR atas pencerahan isu “tangguh Haji”… KHATIMAH :
Oiiittt UMNO / BN korang apa faham bab wajib aci tangguh dengan dak ni? Eh apa syarat yang ada nak bezakannya yer ? Hahaaha ... Kecoh je lebih, korang pergi belajar balik boleh dak? Sejak bila korang perjuangkan Islam ?? Dah la jahil , eh lupa ... tak nak mintak mufti korang keluarkan fatwa ke atau gunakan je Majlis Fatwa Kebangsaan tu untuk keluarkan nasihat budak tadika mewakili pihak korang ... hahaha. Jawaban pasal penangguhan Haji atas nung dikeluarkan oleh Mufti Brunei yang diisukan pada tahun 1998.
Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh - TGHAH ; Presiden UMNO ...
OOpp maaf ayah chik 'UM sayang .. pembetulan : Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah presiden PAS dan jangan perasanlah UMNO tu tak pernah ada pemimpin tertingginya yang diiktiraf ulamak luar negara pun sebagai setaraf ulamak .. Ulamak-ulamak pasar mereka ; ulamak muda UMNO pun tak iktiraf mereka, geng boneka dalam Majlis Fatwa Kebangsaan pun tak iktiraf ... Harusanasini pun tak iktiraf mereka hihi .. kesian ... Mashitah awek comel dan Jamil Khir pulak toyol hensem pun tak iktiraf Mahyuddin dll yang duk bung bang tak ketahuan .
Ingin 'UM menyeru Ulama-ulama Muda Umno Fathul Bari n the gang agar segera mengembalikan Umno kepada landasan yang sebenar. Tiada gunanya terus berusaha menegakkan sebatang “pokok Puaka” yang telah tua itu. Pokok yang sememangnya tidak bertunjang itu telah reput akarnya dimana-mana.
Ingin 'UM menyeru juga seluruh kaum muslimin-muslimat semua yang cintakan ISLAM kalau kalian mahu melihat Keadilan ISlam menjadi dasar pemerintahan negara supaya sama-sama pakat tangguh HAJI kalau PRU di adakan di musim HAJI dan sama-sama kita pangkah jama'ah yang memperjuangkan ISLAM di atas wadah PARTI ISLAM SEMALAYSIA. Biar je puak UMNO dan PERKASA je pergi haji .. (UM : lepas ni sah kena bedal sebab aku seru semua sekali hahaha..)
Siapa pun yang melihat senario politik terkini tidak iktilaf lagi bahawa UMNO sedang menuju “nyawa-nyawa ikan”Sebelum lupa : BUKAN SEMUA YANG PERGI HAJI TU KALI PERTAMA KAN ? ADA HAJI YANG DIBUAT BERULANG-ULANG ... UMNO / BN ada sediakan data pasal ni belum kalau belum pi la buat keje tu dulu sebelum kecoh-kecoh ? Urusan agama jangan duk memandai .. kalau korang dah teringin nak jadi ulamak pergila masuk belajar balik ...
بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم
Berpesan pada diriku sendiri dengan amaran Allah yang amat pedih pembalasanNya :
ولا يغرنكم بالله الغرور
"Dan janganlah kepercayaan kamu kepada Allah tertipu oleh yang amat pandai menipu!".
[Fathir : 5]
Berpesan lagi pada diriku yang amat kekurangan dengan pertanyaan daripada Allah Yang Maha Bijaksana :
ياايها الإنسان ما غرك بربك الكريم
"Hai manusia! Apakah yang memperdayakan engkau terhadap Tuhan engkau yang Pemurah?". [AI-Infithar : 6]
Ya Allaah, lindungilah kami daripada terpedaya dengan segala hasutan 'ulamak pasar' dan pemimpin serta pendokong ajaran sekularisme juga sesiapa saja yang menolak kefahaman perjuangan Islam secara syumul sehingga melupakan Engkau, sedang hanya Engkaulah yang telah mengurnia hidayah fitrah, hawas (pancaindera), aqal dan ad Diin ini kepada kami.. Maka tunjukkanlah kami jalan yang lurus ..
Allaahumma Aamiin
WALLAHU A'LAM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan