Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sabtu, 23 Jun 2012

Hashim Suboh : “Bohong jika mengatakan Umno Perlis kuat,” .



Menarik untuk diperkatakan tentang negeri paling utara di Semenanjung Malaysia ini.

Walaupun agak sepi dari pergolakan dalaman seperti negeri-negeri lain, Perlis sebenarnya juga mempunyai masalah sendiri, terutamanya selepas pilihanraya umum ke 12 pada Mac 2008.

Jika di Terengganu berlaku pemberontakan dua puak antara bekas menteri besar, Idris Jusoh dengan Ahmad Said hingga terkeluar kain rentang tertulis 'Kami Nak Idris, NATANG' khas ditujukan kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin, Perlis tidaklah sampai ke tahap itu.

Setelah bekas menteri besar, Shahidan Kassim diganti dengan Md Isa Sabu, tercetuslah perang antara kedua-dua pemimpin Umno hingga ke hari ini.

Walaupun pernah ditegur beberapa kali oleh Majlis Tertinggi parti reput itu, ia langsung tidak diendahkan badan perhubungan negeri malah ia semakin tidak terkawal sehingga wujud kini dua puak saling berebut kuasa dan projek atas nama pembangunan negeri.

Md Isa yang diketahui kurang dihormati terutamanya puak Azmi Khalid, Radzi Sheikh Ahmad serta Shahidan sendiri, tidak mampu mententeramkan keadaan yang semakin kusut di saat pilihanraya umum semakin kuat dirasakan.

Daripada 15 kerusi DUN yang ditandingi, penganalisis meramalkan sekiranya perpecahan ini tidak diubati segera dan berlaku tikam menikam, BN negeri hanya mampu memenangi antara 6 ke 7 kerusi sahaja.

Kerusi yang mampu dimenangi Pakatan Rakyat

Dalam parlimen Padang Besar, Pakatan Rakyat mampu merampas DUN Titi Tinggi dan Santan, manakala di parlimen Kangar, DUN Indera Kayangan dan Sena mampu digapai.

Manakala di parlimen Arau pula, DUN Guar Sanji dan Sanglang mesti dirampas selain mampu mempertahankan kemenangan sulung PAS di Simpang Empat yang dipegang Rus'sele Eizan.

Dengan peningkatan sokongan kepada PAS dan DAP, BN negeri mesti bekerja keras untuk meningkatkan sokongan selain mengurangkan perpecahan dalaman akibat perebutan kuasa antara puak Md Isa dan Shahidan.

Selain dua daripada tiga kerusi parlimen iaitu Arau dan Padang Besar mengalami kemerosotan majoriti ketara pada 2008, Najib Altantuya mesti melakukan sesuatu jika gelombang tsunami 2008 yang kali ini bermula dari selatan akan terus meruyup peluang BN untuk mempertahankan Putrajaya.

Jika di Padang Besar, pada 2008, Azmi cuma menang majoriti 5,348 berbanding 9,265 pada 2004, di Arau seharusnya lebih membimbangkan BN.

Adik Shahidan, Ismail hanya menang majoriti 300 undi menewaskan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din berbanding 3,243 undi yang diperolehi Syed Razlan Jamalulail pada 2004.

Maka tidak hairanlah pemimpin veteran Umno Perlis meramalkan BN akan tumbang dalam pilihan umum ke 13.

Bekas Ketua Penerangan negeri, Hashim Suboh berkata, pertelagahan sesama pemimpin dan wakil rakyat Umno yang tercetus sejak 2008 belum berakhir.

“Md Isa Sabu yang juga ADUN Bintong dalam parlimen Kangar, belum mengambil sebarang langkah untuk merapatkan semula hubungannya dengan pemimpin lain.

“Beliau harus ingat musuh beliau bukan Shahidan seorang. Mana-mana ADUN yang tidak dilantik semula itu adalah musuh-musuhnya.

“Lagi pun, Mohd Isa seorang pemimpin yang lemah dan tiada kebolehan,” kata penyokong kuat Shahidan".

Kumpulan Shahidan

Perpecahan Umno Perlis bermula selepas pilihan raya umum 2008, apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar.

Selepas menjadi Menteri Besar, Mohd Isa membuat rombakan exco negeri dengan mengetepikan penyokong kuat Shahidan.

“Bohong jika mengatakan Umno Perlis kuat,” kata Hashim.

“Jika ada kenyataan seperti itu, sama ada kepimpinan negeri menipu atau pemimpin Pusat tidak mengambil peduli Umno Perlis.”

Hashim menambah, mesyuarat Umno berkelompok Umno Kangar baru-baru ini boleh dijadikan ukuran.

“Ketua-ketua cawangan yang datang tidak sampai 50 peratus, Wanita (60 peratus) manakala Pemuda dan Puteri sekitar 20 hingga 30 peratus.

“Perlis di ambang kejatuhan,” katanya lagi.

Khamis, 14 Jun 2012

Kewajaran Menangguhkan Haji Untuk Menjatuhkan Regim BN Dalam PRU


       بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم       
Segala puji-pujian kepada Allaah, Rabb sekalian alam. Salam dan Selawat ke atas Rasulullah, dan keluarga serta para sahabat baginda, tabien juga atha tabien; dan ke atas sekalian orang yang berusaha untuk mengikuti dan mempratikkan segala ajaran dan menjauhkan segala larangan baginda SAW. Firman Allah :
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
[Al Baqarah 2 :129 ]

Semoga kalian sanggup mengambil sedikit masa daripada ruang lapang yang Allah berikan kepada kalian untuk membaca seluruh penulisan yang kecil, yang ditulis untuk merungkai satu masalah yang sedang berlaku .. Insya-Allah. Semoga Allah memberi kemudahan kepada kita semua




MUQADDIMAH : Semenjak Tuan Ibrahim Tuan Man menyentuh mengenai isu penangguhan haji kerana membimbangi UMNO/BN akan mencari jalan dengan memperalatkan musim haji untuk buat pilihanraya, maka kerana kenyataan tersebut maka  PAS terus menerus di serang oleh ulasemak-ulasemak baru UMNO dan PERKASA . Ulasemak yang tak pernah perjuangkan Islam secara syumul pun .. dan berkemungkinan tak faham pun pengertian syumul.

Semoga Allah beri hidayah kepada kita semua

Apakah sebenarnya hukum menangguhkan haji ini ?
Sekadar mampu ...

Berkenaan Hukum Penangguhan HAJI.

Mengikut Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali, apabila syarat-syarat wajib haji sudah sempuma pada diri seseorang, maka wajiblah dia terus pergi melaksanakan haji tanpa melengah-lengahkannya atau tanpa bertangguh-tangguh.

Namun menurut mazhab kita Syafi'e, ia wajib dilakukan dengan secara tardkhi (yakni boleh ditangguhkan). Jika ditangguhkan daripada tahun yang dia upaya ke tahun yang lain, maka tidaklah dia derhaka (berdosa) dengan sebab penangguhan itu, akan tetap tertakluk dengan dua syarat:

Pertama: Tidak ditakuti luput haji, sama ada disebabkan usia sudah lanjut dan tidak lagi berupaya melakukannya, atau sama ada wang perbelanjaannya itu akan habis. Maka jika ditakuti haji tidak dapat dilakukan disebabkan usia sudah lanjut . dan tidak berupaya lagi mengerjakannya, atau perbelanjaan yang sudah sedia ada akan habis sekiranya ditangguhkan, maka tidak lagi boleh ditangguhkan, bahkan wajiblah dilakukan .dengan bersegera. Melewatkan atau menangguhkan dalam keadaan yang demikian adalah berdosa.

Kedua: Hendaklah berazam akan melakukan haji itu sekiranya ia ditangguhkan dengan ada syarat yang pertama. Sekiranya tidak ada azam ini, maka berdosalah membuat penangguhan itu.

Berkata Imam Nawawi rhm :

إذا وجدت شرائط وجوب الحج وجب على التراخى فله تأخيره ما لم يخش الغصب فإن خشية حرم عليه التأخير على الأصح- هذا مذهبنا.
"Apabila sudah diperolehi syarat-syarat wajib haji, maka wajiblah ia secara tarakhi, dan orang berkenaan boleh menangguhkannya selama dia tidak takut mati (sebelum melakukannya), tetapi sekiranya dia khuatir dia akan mati sebelum sempat melakukannya atau peruntukan perbelanjaan untuk haji akan habis, maka haramlah keatasnya menangguhkannya mengikut pendapat yang ashah.. lnilah mazhab kita." [Al-idhah h. 104]

Tersebut di dalam kitab I'anah Al- Thalibin bahawa haji dan umrah itu sekali dalam seumur hidup, boleh ditangguh atau dikemudiankan atau tidak dengan segera. Mengenai dengan penangguhan sebagaimana nashnya :

إنما يجوز التأخير بشرط العزم على الفعل فى المستقبل، وأن لا يتضيقا عليه بنذر، أو قضاء، أو خوف
عضب، أو تلف مال بقرينة ، ولو ضعيفة.

 "Sesungguhnya harus dikemudiankan mengerjakan haji itu dengan syarat mestilah ada azam hendak menunaikan haji atau umrah itu pada masa akan datang, dan tidak berlaku kesuntukan (sempit) masa haji atau umrah itu dengan adanya nazar haji, atau qadha haji atau takut lemah badan untuk pergi berhaji atau binasa harta untuk haji dengan ada tanda-tanda sedemikian itu sekalipun tanda-tanda itu lemah." [I'anah Al- Thalibin 2/321-322].

Dengan hal yang demikian, maka syarat boleh menangguhkan haji bagi orang yang sudah cukup syarat-syarat wajib haji itu, adalah berkisar pada beberapa faktor berpandukan tanda-tanda yang zahir, seperti badannya masih sihat, umur belum lanjut dan tidak sering-sering sakit, di mana dengan berat sangka apabiia ditangguhkannya dia masih akan hidup pada tahun berikutnya atau perbelanjaan yang sudah cukup itu akan masih tetap ada dan mencukupi, tidak habis atau hilang.

Di samping juga disyaratkan mesti ada azam untuk menunaikannya. Mengenai kedudukan azam AI-Imam AI-Ghazali rhm. menjelaskan :

لم يجز التأخير إلا بشرط العزم ولا يجوز العزم على التأخير إلا إلى مدة يغلب على ظنه البقاء إليها كتأخيره الصلاة من ساعة إلى ساعة وتأخيره الصوم من يوم إلى يوم مع العزم على التفرغ له فى كل وقت وتأخيره الحج من سنة إلى سنة.

 "Melaksanakan perintah tidak boleh dilambat-Iambatkan melainkan dengan syarat ada azam (akan melakukannya dalam waktunya). Dan tidak boleh pula membuat azam untuk menangguhkan kewajiban itu melainkan dia bersangka kuat bahawa dia masih akan hidup sehingga habis masa tuntutan perintah. Seperti dia melambatkan sembahyang dari satu saat ke saat lain, menangguhkan puasa (ganti) dari satu hari ke hari lain yang disertai azam akan melakukannya pada bila-bila masa saja, dan begitu juga menangguhkan haji dari satu tahun ke tahun lain." [AI-Mustashfa 1/71]
*******
'UM malas nak taip dan malas nak hurai banyak-banyak , rujuk sendiri dalam kitab Fiqh al Awlawiyat oleh as Sheikh Dr . Yusuf al Qaradhawi. Di sana ada huraian dan anjuran ulamak apabila mafsadat dan kezaliman menguasai sesebuah negara. Yang pasti ianya dah selesai dengan tajuk di atas dan jika orang tersebut memahami keutamaan menunai hak orang ramai ke atas menunai hak dirinya semata.

Jika kita meninggalkan negara ketika pilihanraya, maka kaum yang bawa isme bukan Islam akan terus meneraju kepimpinan negara. Ini juga sesuatu yang haram untuk kita biarkan ia berlaku, firman Allah :

Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir
untuk membinasakan orang-orang yang beriman.
[al-Nisa 4:141]

Jatuhkan rejim UMNO/BN dalam PRU 13 juga adalah jihad jika memiliki kefahaman mengenai hukum berpilihanraya (ruj : hukum politik Islam dan berpilihanraya).
Kitab Fiqh Al Awlawiyat oleh Dr Yusof Al Qardhawi hal. 14 (Thinkers Library )
Solat juga adalah perkara fardhu dan ianya juga termasuk dalam perkara yang menjadi rukun malah ianya adalah rukun yang utama selepas syahadah berbanding dengan haji .. Namun di sana adanya rukhshah apabila terdapatnya perkara yang amat mendesak.

Dalilnya adalah:

عن عبدالله بن شقيق، قال: خطبنا ابن عباس يوما بعد العصر حتى غربت الشمس وبدت النجوم. وجعل الناس يقولون: الصلاة. الصلاة. قال فجاءه رجل من بني تميم، لا يفتر ولا ينثني: الصلاة. الصلاة. فقال ابن عباس: أتعلمني بالسنة؟ لا أم لك! ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء.
قال عبدالله بن شقيق: فحاك في صدري من ذلك شيء. فأتيت أبا هريرة، فسألته، فصدق مقالته.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidato (memberikan kuliah/syarahan) kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahihnya – hadis no: 705]

Riwayat di atas menjelaskan bahawa Ibnu Abbas menjamakkan sembahyang dalam keadaan bukan kerana bermusafir, bukan kerana ketakutan dan juga bukan kerana hujan. Di dalam kes ini dia telah menjamakkan solatnya ketika berada dalam urusan penting, iaitui pidatonya/syarahan/kuliahnya itu. Dia mengetahui jika syarahannya itu dihentikan maka akan hilanglah kemaslahatannya (kebaikan – pent.). Menurut perkiraannya meneruskan syarahan dianggap suatu hajat yang membolehkan jamak. [Lihat Koleksi Hadis Hukum, Prof. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Penerbitan Bulan Bintang, jil. 4, ms. 350]


*****
UNtuk lebih memahami keterdesakan tersebut , mari sama-sama kita perhatikan ulasan Ustaz Rosli Jabar yang pernah menangguhkan Haji beliau kerana terdesak yang hadir dari rasa bimbang sebagaimana di siarkan dalam mediaperak

Pada tahun lepas saya berjaya mendapatkan visa untuk mengerjakan haji, tetapi saya tangguhkan kerana kebimbangan berlakunya pilihanraya. Tahun ini saya memohon lagi dan saya bersedia untuk menangguhkannya jika sekirannya berlaku pilihanraya, sehingga ramai yang bertanya ” kenapa?”. saya bertanya kepada sahabat yang bertanya ” Solat juga adalah rukun Islam, bagaimana sekiranya jika kita sedang solat, pada waktu itu kita mengetahui rumah kita dimasuki pencuri dan penyamun, hati kita penuh dengan kebimbangan terhadap harta dan nyawa kita dan anak-anak, apakah harus kita berhenti dari solat?. tiga orang sahabat saya semuanya mengangguk ” ya” , kerana dah jelas hukum feqah begitu.
Saya kasihkan Agama saya,Negara saya, masyarakat saya,rakan saya dan keluarga saya, tak mungkin saya boleh menunaikan haji secara selesa jika sekiranya Negara saya terancam kerana diperintah oleh pemimpin yang telah terbukti mengkhianati Agama dan Negara saya?.. Saya sangat yakin dengan hadis Nabi ” Ada dua golongan manusia, jika baik dia, baiklah manusia, jika jahat dia, maka jahatlah manusia” .Saya tidak sanggup untuk mendapat pemimpin yang akan memimpin negara, masyarakat dan keluarga saya dari kalangan mereka yang tidak taat kepada Allah SWT. Saya yakin sangat buruk implikasinya jika pemimpin begini menang didalam pilihanraya, kerana bukti yang sudah cukup jelas telah pun berlaku dihadapan mata. Berlaku penyelewengan terhadap harta negara, berlakunya penganjuran program yang boleh merosakkan kaum keluarga saya, berlakunya penghinaan terhadap Islam, gejala sosial semakin bertambah seperti kes pembuangan bayi, zina, pembunuhan dan statistik kelahiran anak luar nikah secara rasminya yg dikeluarkan oleh pihak kerajaan sendiri ialah seramai 6 orang setiap satu jam. Saya yakin suasana ini akan bertambah teruk jika sekiranya pemimpin yang tidak beramanah dengan Allah berterusan menjadi pemerintah.
Sebagai seorang individu Muslim, saya sedar memilih pemimpin adalah merupakan tanggungjawap yang besar, kerana baik atau buruk natijahnya akan turut ditimpa keatas rakyatnya, bukan sahaja kepada masyarakat saya, rakan saya malahan sampai kepada anak-anak yang sangat saya kasihi juga berada diambang bahaya fitnah kesan daripada suasana negara saya yang semakin keji dan sentiasa mengarah kepada kejahatan. Sebagai ayah saya tidak mungkin mampu sepenuhnya untuk mendidik anak-anak dengan sempurna, saya sangat perlukan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang takut kepada Allah SWT, yang dapat membina suasana kerajaan yang mendorong rakyatnya untuk taat dan patuh kepada Allah SWT. Saya yakin suasana ini wujud jika sekiranya pemimpin yang takutkan Allah menjadi pemimpin dinegara saya.
Mengundi 5 tahun sekali, musim haji pada tiap-tiap tahun, dengan izin Allah SWT saya boleh menunaikan haji pada hadapan jika sekiranya saya tangguhkannya pada tahun ini. Saya yakin satu undi dari saya sangat memberikan makna kepada Agama,negara,masyarakat dan keluarga saya. Saya sedar bahawa saya akan disoal diakhirat tentang pemimpin yang dipilih, Haji adalah ibadat fardhiyyah saya, sementara mengundi pemimpin yang baik adalah bukan sahaja untuk maslahah diri saya, malahan agama, masyarakat dan keluarga saya.Saya sedar jika keadaan akan semakin buruk untuk 5 tahun akan datang jika Parti Islam kalah, kerana itu saya tidak akan melepaskan peluang untuk mengundi. Saya yakin menangguhkan haji kerana mengundi adalah untuk keperluan maslahah yang lebih besar yang dituntut didalam Agama Islam, maka saya sanggup, InsyaAllah.- TERIMA KASIH USTAZ ROSLI JABAR atas pencerahan isu “tangguh Haji”…

KHATIMAH :


Oiiittt UMNO / BN korang apa faham bab wajib aci tangguh dengan dak ni? Eh apa syarat yang ada nak bezakannya yer ? Hahaaha ...  Kecoh je lebih, korang pergi belajar balik boleh dak? Sejak bila korang perjuangkan Islam ?? Dah la jahil , eh lupa ...  tak nak mintak mufti korang keluarkan fatwa ke atau gunakan je Majlis Fatwa Kebangsaan tu untuk keluarkan nasihat budak tadika mewakili pihak korang ... hahaha. Jawaban pasal penangguhan Haji atas nung dikeluarkan oleh Mufti Brunei yang diisukan pada tahun 1998. 

Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh - TGHAH ; Presiden UMNO ...

OOpp maaf ayah chik 'UM sayang .. pembetulan : Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah presiden PAS dan jangan perasanlah UMNO tu tak pernah ada pemimpin tertingginya yang diiktiraf ulamak luar negara pun sebagai setaraf ulamak .. Ulamak-ulamak pasar mereka ; ulamak muda UMNO pun tak iktiraf mereka, geng boneka dalam Majlis Fatwa Kebangsaan pun tak iktiraf ... Harusanasini pun tak iktiraf mereka hihi .. kesian ... Mashitah awek comel dan Jamil Khir pulak toyol hensem pun tak iktiraf Mahyuddin dll yang duk bung bang tak ketahuan .

Ingin 'UM menyeru Ulama-ulama Muda Umno Fathul Bari n the gang agar segera mengembalikan Umno kepada landasan yang sebenar. Tiada gunanya terus berusaha menegakkan sebatang “pokok Puaka” yang telah tua itu. Pokok yang sememangnya tidak bertunjang itu telah reput akarnya dimana-mana.

Ingin 'UM menyeru juga seluruh kaum muslimin-muslimat semua yang cintakan ISLAM kalau kalian mahu melihat Keadilan ISlam menjadi dasar pemerintahan negara supaya sama-sama pakat tangguh HAJI kalau PRU di adakan di musim HAJI dan sama-sama kita pangkah jama'ah yang memperjuangkan ISLAM di atas wadah PARTI ISLAM SEMALAYSIA. Biar je puak UMNO dan PERKASA je pergi haji .. (UM : lepas ni sah kena bedal sebab aku seru semua sekali hahaha..)


Siapa pun yang melihat senario politik terkini tidak iktilaf lagi bahawa UMNO sedang menuju “nyawa-nyawa ikan”
Sebelum lupa : BUKAN SEMUA YANG PERGI HAJI TU KALI PERTAMA KAN ? ADA HAJI YANG DIBUAT BERULANG-ULANG ... UMNO / BN ada sediakan data pasal ni belum kalau belum pi la buat keje tu dulu sebelum kecoh-kecoh ? Urusan agama jangan duk memandai .. kalau korang dah teringin nak jadi ulamak pergila masuk belajar balik ... 


       بســـم الله الـرحمـن الـرحـــيم

Berpesan pada diriku sendiri dengan amaran Allah yang amat pedih pembalasanNya :
ولا يغرنكم بالله الغرور
"Dan janganlah kepercayaan kamu kepada Allah tertipu oleh yang amat pandai menipu!".
[Fathir : 5]

Berpesan lagi pada diriku yang amat kekurangan dengan pertanyaan daripada Allah Yang Maha Bijaksana :
ياايها الإنسان ما غرك بربك الكريم
"Hai manusia! Apakah yang memperdayakan engkau terhadap Tuhan engkau yang Pemurah?". [AI-Infithar : 6]

Ya Allaah, lindungilah kami daripada terpedaya dengan segala hasutan 'ulamak pasar' dan pemimpin serta pendokong ajaran sekularisme juga sesiapa saja yang menolak kefahaman perjuangan Islam secara syumul sehingga melupakan Engkau, sedang hanya Engkaulah yang telah mengurnia hidayah fitrah, hawas (pancaindera), aqal dan ad Diin ini kepada kami.. Maka tunjukkanlah kami jalan yang lurus ..
Allaahumma Aamiin

WALLAHU A'LAM

Ahad, 10 Jun 2012

TAKBIR ala PAS : Menjawab kejahilan Ulama Muda UMNO.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani ...

Sekadar mampu ..

Imam an Nawawi menjelaskan maksud hadis yang menjadi hujah UIS yang tersebut di dalam video di atas dengan menyentuhnya sebagaimana berikut di dalam syarah Sahih Muslim-nya :

Kasihanilah dirimu, dan rendahkanlah suaramu, kerana mengeraskan suara, biasanya dilakukan seseorang yang kerana orang yang dia ajak berbicara berada di tempat yang jauh, agar dia mendengar ucapannya. Sedangkan kamu sedang menyeru Allah Ta’ala, dan Dia tidaklah tuli (tidak pekak) dan tidak juga jauh, akan tetapi Dia Maha Mendengar dan lagi Maha Dekat.

Sehingga dalam hadis ini ada anjuran untuk merendahkan suara zikir, selama tidak ada keperluan untuk mengeraskannya, kerana dengan merendahkan suara itu lebih menunjukkan akan penghormatan dan pengagungan. Dan bila ada kepentingan untuk mengeraskan suara, maka boleh untuk dikeraskan, sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis.
[Syarah Shahih Muslim, oleh Imam an-Nawawi 17/26]

Secara ringkasnya , di antara keperluannya dapatlah kita perhatikan akan saat Islamnya Syaidina Umar dan Syaidina Hamzah r.anhuma. Di mana hujah ini juga menunjukkan harusnya bertakbir di dalam demonstrasi yang di mana hujah ini sendiri menunjukkan harusnya berdemonstarasi yang dipimpin oleh dua sahabat besar yang memimpin dua kumpulan.

Ibnu Abbas RA pernah meriwayatkan kisah ke-Islaman Umar RA. Menurut Ibnu Abbas R.A, setelah Umar mengisytiharkan dirinya memeluk Islam, Umar telah mengetuai satu saff dan Hamzah mengetuai satu lagi saff umat Islam menuju ke Kaabah. Mereka berteriak melaungkan takbir dengan kuat. Apabila orang-orang kafir Quraish melihat dua orang lelaki mulia ini, Umar dan Hamzah, lalu wajah mereka terus bermuram hitam dengan ke-Islaman mereka berdua [ Rujuk Kanzu Al Ummal Jilid/12 hlmn/247 dan Murqatul Mafatih Jilid/11 hlmn/192 ].

JELAS SEKALI TAKBIR tersebut selain bertujuan membesarkan Allah dan juga bertujuan memperdengarkan kepada mereka yang pekak dan jauh daripada kebesaran Allah. Ia juga adalah bertujuan menyeru manusia kepada kebesaran Allah sebagaimana takbir di dalam azan.

Apapun saya sebagai pendokong perjuangan PAS juga menganggap TAKBIR ini adalah suatu teguran kepada pihak pemerintah yang TAKBUR supaya mereka ingat bahawa Allah adalah lebih besar dalam segala hal berbanding mereka yang perasan diri mereka besar. Dan di antara se-afdhal-afdhal jihad adalah menegur pimpinan yang zalim dan menentang ajaran Islam dengan isme sekularismenya. Kami tidak menganggap takbir itu zikir semata-mata. 

Apakah ulama muda UMNO lebih alim dan cerdik daripada para sahabah seperti syaidina Umar r.anh yang disebut sebagai salah seorang khulafa' ar Rasyidin ?

Sebagai kesimpulan dan nasihat .. ayuh sama-sama kita merenung diri

1. Mencegah sesuatu yang khilaf bukanlah termasuk dalam perkara yang disebut sebagai nahyu munkar. Maka ketahuilah barangsiapa yg mencegah pelaku perkara khilaf dengan disusuli dengan merendah-rendahkan pelakuannya tersebut seolah-olah merendah-rendahkan ulamak yang jadi ikutan si pelaku.

Yang hanya dibenarkan ialah menjelaskan hujah mana yang lebih kuat antara pandangan2 yang ada, itupun jika berkelayakan. Namun ketepikan dulu perkara khilaf dan utamakan perkara ijma' dalam keadaan ummat Islam yang sedang dalam keadaan lemah kerana ia adalah lebih aula bagi ummat Islam di hari ini ..

Justeru melarang sesuatu yang tidak ijma' atas nama nahyu mungkar adalah suatu kejahilan si pendakwah, dia hanya akan menambahkan perpecahan ummah dan melemahkan usaha dakwah Islam sendiri. Nahyu munkar pada hal yang khilaf tidak boleh tidak mestilah lebih kepada mengemukakan hujah secara berhemah. Hal ini harus difahami kerana banyak perkara munkar yg bersifat tidak qat'ie , berselisih pendapat pada ijtihad itu tidak salah namun menghina ijtihad itu yg salah. Apalagi jika ianya hanyalah khilaful aula. Apapun al ijtihadu la yunqidhu bil ijtihad !

http://ustazthrash.blogspot.com/2008/09/antara-cara-mencegah-kemungkaran-wajib.html


2. Apalagi dalam hal takbir ini tiada suatu nas larangan yang jelas pun melainkan dalam keadaan biasa yakni bukan dalam sesuatu keperluan. Justeru tidaklah boleh bersikap literalist dalam menggunakan dalil dan hujah yang ada seolah Islam itu agama yang sempit.

3. Jangan lupa juga al 'adatul muhkmat. Jangan sehingga kalian kelak di cop sebagai bersikap kal himar yahmilu asfara. Sila menghadap Dewan Ulama PAS Pusat dan bermuzakarah sebelum terus menyerang jika benar kalian mencari perpaduan. Maaf mungkin saya terlebih tegas sehingga dirasa kasar

4.Sayugia dinasihatkan kepada ulama muda UMNO / ILMU supaya memahami fiqh awlawiyat. Banyak lagi laungan dan slogan yang boleh dibanteras seperti laungan 'Hidup Melayu' dll . Kalau nk komen pasal awlawiyat ni banyak sangatlah..

Di bawah ini jua 'UM sertakan jawaban ASIA.

saya hormati al fadhil ustaz idris sulaiman, tapi kurang setuju kerana :

1) sunnah bertakbir termasuk dalam keumuman dalil dari al quran dan as sunnah. andai ada takhsis sekalipun itu bukan memansuhkkan keumuman tersebut. mengamalkan kedua2 dalil itu lebih utama dari menghapuskan salah satu.

2) bukan urusan al fadhil ustaz idris sulaiman untuk baca hati orang. kalau ustaz boleh agak2 mereka tidak rasa gerun, saya juga boleh agak2 mereka berasa gerun. maka tidak boleh tarjih (bias) di sini. tapi bersangka baik itu jalan terbaik. sebab kefahaman dari kaedah ada sebut, 'asal manusia itu baik, kalau nak tuduh tak baik kena datangkan bukti".

3) berzikir tak faham itu lebih baik dari tak zikir langsung lisan dan hati. sekurang2nya itu sebagai medium ke arah meningkatkan kualiti dalam berzikir. keutamaan di sini ialah menghapuskan budaya mencarut dan menyatakan slogan kebangsaan semata2. baru adil.

4) hadis yang ustaz sebutkan (jangan tinggi suara / أيها الناس اربعوا على أنفسكم إنكم ليس تدعون أصم ولا غائبا ) itu betul, namun ulama juga menyatakan bahawa boleh tinggikan suara jika ada keperluan dan maqosid syariah. antara objektif tinggikan suara ialah mengukuhkan hati dan jiwa org beriman agar tidak rasa lemah ketika menyampaikan kebenaran dalam menghadapi kezaliman. ceramah juga salah satu jihad.(saya harap ustaz juga baca realiti malaysia secara menyeluruh, kerana mereka bukan ceramah main2)

-Azman Syah Ibnu Alias (ASIA)-

Sekian sekadar mampu Wallahu a'lam

UM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...