Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Khamis, 15 September 2011

Siri 1 : Perbandingan Kemantapan Aqidah Perjuangan.

Aqidah adalah dasar keIslaman seseorang. Aqidah yang terbatal pastinya akan kekal di jurang neraka selamanya. Aqidah yang sah pula tetap akan berakhir di syurga walaupun sebelumnya dilempar ke neraka kerana dosa pelakunya. Na'uzubillahi min zalik.

Jom kita berbicara mengenai dasar parti, bukan membicarakan selainnya. Dasar adalah umpama tapak. Bukankah sesebuah binaan akan runtuh jika didirikan atas tanah yang mendap?
UMNO
Fasal 4 perlembagaan Umno menyebut bahawa ahli-ahli Umno adalah dua jenis iaitu ahli biasa dan ahli bergabung.

Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas (Fasal 4.2).

PAS
Fasal 10 (Fasal lama 8). Ahli PAS:
Hanya satu sahaja jenis keahlian dalam PAS iaitu dinamakan 'Ahli PAS'.

Fasal 11 (Fasal lama 9). Syarat-syarat Menjadi Ahli
Adapun syarat untuk menjadi seorang Ahli PAS itu ialah:
(1) Warganegara Malaysia.
(2) Beragama Islam.
(3) 'Aqil baligh menurut Hukum Syara'.
(4) Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa.
(5) Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib canselor /Rektor Universiti berkenaan.


** UMNO bersifat perkauman, manakala Islam pula tidak menjadi agama yang istimewa dalam perlembagaan mereka. Agama rasmi negara ini bukanlah sebahagian syarat untuk menjadi ahli UMNO. Ini kerana parti itu menetapkan anggotanya mestilah seorang Melayu atau Bumiputera. Meskipun beragama Islam, seorang Cina atau India tidak boleh menyertai Umno kerana ia parti yang hanya dikhaskan untuk Melayu dan Bumiputera. Parti yang seolahnya menghalang penyatuan bangsa dan dalam masa yang sama membenarkan pula penyatuan pelbagai agama ke dalam masyarakat Melayu Malaysia yang kononnya adalah Islam kesemuanya ..
Astaghfirullahal adziim, jelas sekali kemaslahatan terhadap akhirat telah di abaikan .... perlembagaan Allah dan Rasul telah diabaikan. Apakah mereka ini bukan pejuang Islam seperti yang di dakwa. Jadi apakah isme-isme Yahudi Zionis yang akan menjadi panduan mereka dalam memelihara dan membimbing rakyat jika dasar saja sudah cukup membuktikan bahawa Islam diketepikan? Apakah dia tau bahawa seorang pemimpin ini jika meninggalkan akhirat tidak layak cium bau syurga, apakan lagi menikmatinya. Renung dan muhasabahlah diri dengan hadis di bawah -

Ma'qil Ibnu Yasar r.a berkata "Saya mendengar Nabi SAW bersabda:

Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu dia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga."
(al-Bukhari 93:8, Muslim 1:6)
.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...