Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 5 September 2011

As Syahid Ustaz Mat Indera al Hafiz bukan Mat Indera Petualang Berkefahaman Komunisme!


As Syahid ustaz Muhamad Indera al hafiz atau angggota PKM si Mat Indera si petualang??
Peringatan selamat pertukaran guru-guru sekolah agama ...
Sebelum ke tali gantung!


=============================================
Utusan Meloya melaporkan ... uweeek!!!

MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA 

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

Sila lihat transkrip sebenar ucapan Timb Presiden PAS yang sebenar di http://malaysiaberih.blogspot.com/2011/09/transkrip-penuh-ucapan-mohamad-sabu.html 
===========================================

Pedih ke atau rasa terhina ke? Bagaimana pula dengan keluarga as Syahid Muhammad Indera atau Mat Indera  yang selama ini dihina?? Bagaimana dengan perjuangan Tok Janggut dengan Mat Kilau serta yang lain-lain sebelum ini yang pernah dicop sebagai pengkhianat dan penderhaka walaupun akhirnya diiktiraf sebagai pejuang?? Wahai ahli keluarga mata-mata diraja British... sabarlah setiap orang tetap akan bangkit atas amalan masing-masing, jika benar di kalangan mereka yang berkhidmat dengan British cuma di atas nama strategi maka baiklah keadaan mereka bila dibangkitkan kelak... sedang kami pula hanya bencikan kezaliman oleh mata-mata yang memburu,menangkap, menyeksa atau membunuh pejuang-pejuang terdahulu yang berusaha memerdekakan tanah air ini daripada penjajah.. .

Apapun kepada pihak berkuasa hari ini pula, sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia kerana secara asasnya ianya tiada kaitan dengan kes Bukit Kepong. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu adalah kepada Baginda Raja Britain bukan kepada Yang Dipertuan Agung kerana masa itu British sedang menjajah. Pada tahun 1950 yakni sebelum merdeka mereka yang berada di situ BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah.

Justeru itu mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong. Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.

Ingatlah dan ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekalian, sesuatu kisah lampau tanpa fakta bukanlah sejarah namun ia mungkin lagenda yang tidak dapat dipastikan kebenarannya atau mungkin sahaja dongengan yang pastinya adalah penipuan yang sarat dengan kepalsuan dan khayalan semata-mata.

=======================================
Ketika masih ramai yang menyambut hari lebaran, segolongan manusia pula sibuk menabur fitnah dengan memutar belitkan fakta. Yang dirungkaikan ialah penafsiran semula sejarah mengenai pembabitan pejuang menentang penjajah yang dituduh sebagai komunis namun diputar belitkan pula sebagai menyokong idealogi komunis. Inilah kebatilan yang pasti akan lenyap setelah datangnya kebenaran.

Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud :
Apabila telah datang kebenaran maka lenyaplah kebatilan.

Alhamdulillah .. Kebenaran telah datang bila Tim Presiden PAS telah menemui buku terbitan Yayasan Warisan Johor yg bertajuk Pengukir Nama Johor yang penaungnya adalah MB Johor Dato Seri Abdul Ghani Othman telah mengiktiraf Mat Indera sebagai salah seorang pejuang yang menentang penjajah Inggeris. Sia-sialah laporan polis yang dibuat sebelum ini dan kecaman terhadap pemimpin PAS. 

Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Apakah kerajaan Johor yang Darul UMNO juga akan di cop oleh UMNO sebagai penderhaka atau pengkhianat agama dan bangsa kerana menerbitkan buku Pengukir Nama Johor???


Buku Pengukir Nama Johor dan Foto Mat Indera (dalam bulatan dikulit buku).
Lihat perenggan yang dibulatkan pada ayat yang terakhir : Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai pejuang bukan seorang petualang!

Mohamad Sabu menunjukkan buku Pengukir Nama Johor yang memaparkan Mat Indera sebagai salah seorang hero dan gambarnya diletak di muka depannya
Apa yang paling mengkagumkan aku as Syahid mungkin telah memahami dan menggunakan kaedah daripada hadith 'hilf al fudhul' untuk menumpaskan penjajah luar dan tali barut mereka terlebih dahulu walaupun terpaksa berkerjasama dengan mereka yang tidak beragama Islam .. wallahu a'lam.

Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah.
Sila ikuti berita di bawah ini untuk menghuraikan apa yang dikusutkan oleh politik kotor pihak terbabit...
===========================================

KUALA LUMPUR 5 SEPTEMBER : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan Umno kini hanya cuba menggali kuburnya sendiri apabila terus-menerus mempertikaikan kenyataan beliau bahawa Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara.

Mengulas lanjut dakwaan Umno itu, beliau kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol "Pengukir Nama Johor" yang mana penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri dengan menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.

Ghani juga turut memberikan kata-kata aluan dalam buku yang diterbitkan pada tahun 2004 itu.

Mohamad dijangka akan membuat satu sidang media segera bagi menunjukkan bukti ke atas kenyataan beliau sebelum ini bahawa Mat Indera adalah salah seorang hero dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Umno melalui medianya Utusan Malaysia dan lain-lain media kawalannya menyerang Mohamad dengan dakwaan menyokong komunis apabila menyifatkan Mat Indera adalah hero kerana melawan British.

Selain media, Umno juga menggerakkan ahli-ahlinya agar membuat laporan polis dan demonstrasi membantah ucapan Mohamad Sabu.

Buku Pengukir Nama Johor diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. 

Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. 

Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. 

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. 

Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. (Harakah Daily)
======================================

Telah termaktub di dalam al Quran dengan jelas sekali bahawa kita disuruh bersabar dalam melaksanakan kewajiban perjuangan (tanpa melupakan syarat2nya) sehingga datangnya janjiNya..

Maksud Firman Allah " Dan turutlah apa yang telah diwajibkan kepada kamu, serta bersabarlah (dalam perjuangan menegakan ISLAM) sehingga Allah menghukum ( di atara kamu dengan golongan yang ingkar dan memberikan kamu KEMENANGAN yang telah dijanjikan), kerana DIA lah jua sebaik baik hakim" YUNUS: 109
.

Apa sekalipun bagiku, Mat Indera yang dicop sebagai pengkhianat oleh segolongan UMNO (bukan semua) adalah as Syahid Ustaz Mat Indera al Hafiz dan beliau adalah mujahid sejati! Jangan lupa para syuhada di Memali juga pernah diberikan label yang sama oleh UMNO .. tetapi apa terjadi akhirnya..?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...