Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 25 September 2011

Khairy Jamaludin Sokong PAS Dalam Isu Hudud


Khairy Dah Jadi Budak Baik!!!
{Gambar ihsan daripada Azul@A4 }

Dah lama dah isu hudud ni, Kelantan dah mulakan selama 20 tahun lalu.
Ia diterangkan dan diterangkan lagi sehingga kini.
UMNO masih menjawab tak sesuai dan tak sesuai atas pelbagai alasan sehingga kini.

Apakah ini bukan kerja baik dan ketaqwaan yang perlu dibantu??
Apakah ini bukan tanggungjawab seluruh ummat Islam??

Kena la tolong.. Bukankah Allah telah memerintah dalam firmanNya :

Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-
kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada
perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan
seksaan yang amat dasyat. 

(Surah Al-Maidah: 2).

Sukakah di anggap 'SEPERTI' munafik sebagaimana dalam Firman Allah :
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang
telah diturunkan oleh
ALLAH dan kepada hukum RASULULLAH," nescaya engkau me-
lihat orang-orang munafik itu berpaling serta
menghalang (manusia) dengan bersungguh-
sungguh daripada menghampirimu.

(Surah an-Nisa': 61)
Apakah mereka mahu tergolong dalam kalangan ahli Kitab yang dilaknat kerana
menentang usaha ini??

Katakanlah:` Hai Ahli Kitab, mengapa kamu menghalang-halangi dari jalan Allah
orang-orang yang telah beriman, kamu menghendakinya menjadi bengkok, padahal
kamu menyaksikan? `.Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.
(Surah Ali Imran : 99)


Walaupun begitu di celah-celah kerosakan munculnya seorang pemuda UMNO; Khairy
Jamaludin....

Kata KJ   : kerajaan perlu meminda Perlembagaan
Kata Aku : boleh dipinda rupanya, tapi tak mau je selama ini kan??

Kata KJ   : semua pihak perlu nyatakan pendirian
Kata Aku : Ooo ramai yang tiada pendirian, mungkin penakut nak nyatakan pendirian

Kata KJ : diharapkan semua pihak berfikiran terbuka untuk memberikan kata putus
Kata Aku : betul tu, ramai di kalangan UMNO yg narrow minded sebab wyrenya putus

Kata KJ : hukum hudud masih belum sesuai kerana kita tiada pendedahan dan ilmu
tentang itu masih belum cukup
Kata AKU : memang pun sebab tu kita kena tukar kerajaan BN, atau BN bersatu je
dengan PAS sebab rakyat Kelantan rata-rata terima hudud sebab ilmu cukup

AKU ANGGAP KJ BAGI ISYARAT BAHAWA UMNO MEMANG
TAK RELEVAN DALAM ISU HUDUD...

Terkejut ke tak terkejut ke orang UMNO dengan penjelasan KJ???
Dia jadi budak baik dah dalam hal ni heran apa...heheh
---------------------------------------------------

Hudud: Pemuda PAS Kelantan sokong Khairy

Harakahdaily   
KOTA BHARU, 25 Sept: Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong gesaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin agar kerajaan pusat meminda perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, ketua penerangannya Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata kenyataan Khairy tersebut mempamerkan sikap seorang jauh terbuka dan berani berbanding dengan mana-mana pemimpin yang ada di dalam Umno.

"Kita menyambut baik dan menyifatkan kenyataan Khairy itu mewakili suara Pergerakan Pemuda Umno Malaysia keseluruhannya yang mahukan agar Kelantan diberikan peluang untuk melaksanakan hudud seperti yang telah dibentangkan hampir 20 tahun yang lampau," katanya.

Kenyataan Khairy tersebut dilaporkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, hari ini 25 September 2011 di halaman 11.

"Sekalipun bertentangan dengan pandangan Presidennya (Datuk Seri Najib Razak) sendiri, kami mengharapkan agar Khairy dapat meneruskan desakan ini di peringkat parti dan kerajaan serta tidak tunduk dengan mudah kepada ugutan parti MCA dan Gerakan seperti yang ditunjukkan oleh Presidennya," katanya.

Selain pusat, mereka juga mahu cadangan Khairy itu disambut baik oleh pemuda dan Umno Kelantan demi melihat undang-undang yang berteraskan syariah ini dapat dilaksanakan.
-------------------------------------------------------------------
Catatan Aku : Tak heran ke??? Kalau reti dan beriman sangat, kenapa UMNO tak cakap saja yang mereka bersetuju dengan hudud dengan berusaha ke arah melaksanakannya dengan mengambil sedikit masa untuk buat kajian kerana kerajaan dh ada Hal ehwal agama bawah JPM, JAKIM, IKIM dan lain-lain, kemudian berjanjilah akan bentengkan kaedah pelaksanaan hudud dalam tempoh terdekat dengan membuat pemindaan perlembagaan persekutuan macam yang dicadangkan Khairy.... tobat pemerintah UMNO memang hebat dan pembangkang pun pasti tak buat kecoh dah! Rakyat pun tak jadi kelam kabut sebab sakit kepala..

Atau mungkinkah Khairy seorang je yang bijak dan lebih beriman??? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui!!! Ya ALLAH, Engkaulah Yang Maha Membolak-balikkan hati, ubahlah KJ ini menjadi muslim yang mukmin.


Nantikan komen pimpinan UMNO yang lain membuat ulasan terhadap saranan KJ ini... Apakah KJ akan disesatkan selepas ini??? KJ kau tinggalkan je lah depa tu...
 pasti kau lebih bersinara dan diredhaiNya...
Kata penyair, Abu Firas al-‘Amiri yang dikenali dengan Majd al-‘Arab:

“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”. (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).

.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...