Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Khamis, 29 September 2011

Reminder : Sambutan Ulangtahun PAS Ke60


Tengah Hari Ini 30 September 2011

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang telah ditubuhkan pada 24 November 1951 bakal diraikan dalam Sambutan Ulang Tahun Ke-60 selama dua hari  hari ini dan esok (30 September- 1 Oktober 2011). Majlis bermula jam 2 petang ini (Pameran Sejarah PAS) dan berakhir pada 12 malam esok.

Perayaan gilang gemilang itu akan diadakan di Dewan Melenium, Kepala Batas, Pulau Pinang memandangkan negeri berkenaan pernah menyaksikan proses awal penubuhan PAS yang di mana antaranya ialah tok wan kepada Tun Abdullah Badawi iaitu Sheikh Ahmad Fahim seorang ulamak yang pernah bersama UMNO. Secara ringkasnya beliau dan beberapa tokoh agama yang lain meninggalkan UMNO kerana pemimpin dalam UMNO tidak menerima pandangan ulamak-ulamak yang menekan masalah syariah Islam walaupun telah sama-sama berjuang dengan mereka.

Malam Ini

Selepas solat Maghrib dan Solat Munajat Perdana (bersama TG Hj Abdul Hadi dan TG Mursyidul Am) satu Forum Perdana yang bertajuk PAS : Pembangkang, Pemerintah dan Penyelamat Ummah akan bermula pula pada jam 9.00 - 12.00 malam.

Ustaz Idris Ahmad seorang tokoh ulamak diberi tanggungjawab sebagai moderator forum. Ahli panel yang dijadualkan hadir adalah Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohammad Sabu, YB Solahuddin Ayob, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr MAZA (Institut Ibnu Qayyim al Jauzi).



Pagi Esok

Kongres bermula dengan Presiden PAS TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dijadualkan menyampaikan ucap tama di majlis keraian tersebut pada hari Sabtu sekitar jam 8 pagi.

Kongres yang dijadualkan berakhir pada tengah hari tersebut khabarnya bertambah menarik kerana bakal dipenuhi dengan  pendedahan dan pengkisahan sejarah jatuh bangun PAS di persada politik tanah air oleh beberapa tokoh, iaitu :

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar kemudiannya bakal membentangkan kertas kerja Pemikiran Dr Burhanuddin Helmi & Zulkifli Mohamad Dalam Pembentukan Gagasan Perjuangan PAS.

Haji Subki Latif yang sangat mendalam pengetahuannya mendalam mengenai PAS turut menyumbang kertas kerja berjudul Peranan & Sumbangan PAS Dalam Peta Politik Negara Sesudah 1969 Hingga Masakini.

Prof Amerities Dato Bakar Hamid akan membentangkan kertas kerja ketiga, iaitu Masa Depan PAS dalam Perjuangan Islam & Kesejerahteraan Bangsa.

Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pula akan menyempurnakan ucapan perasmian penutup sebelum solat zohor.

Petang EsokPelancaran Ameerah & Gelombang Epal Hijau 2.30-4.30 pm (dirasmikan oleh YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ).  Muslimat membimbing ummah ke medan siasah ....

Malam Esok

Ucapan Perdana  bermula jam 9.00 malam, penceramah-penceramah terhebat yang mampu mengundang puluhan ribuan pendengar tanpa perlu menjemput pendengar dengan bas atau duit minyak, elaun atau sogokan pelbagai cenderahati untuk  'dengar' penceramah 'sebelah sana' membuat ucapan.

Ucapan Perdana ini penceramah-penceramahnya ialah :

    YB Karpal Singh
    YB Lim Guan Eng
    YB Dato Seri Anwar Ibrahim
    YB Dato Seri TG Abdul Hadi Awang
    YB Dato' TG Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...