Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 24 Ogos 2011

Ulama PAS Dan UMNO : Peranan Mereka Dalam Politik, Apakah Diterima Parti Masing-Masing?




Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man 
Ulama muda Umno Fathul Bari (jangan silap baca Baru!) Mat Jahya. 
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria 
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertindak sebagai moderator.
=================================
 Sedutan Wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini Dan Ulasanku. 




Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, umum mengetahui perjuangan PAS adalah berpolitik berlandaskan syariat Islam dan menerapkan hukum hakam dalam setiap perlaksanaannya.
Justeru, PAS komited untuk melaksanakan pemerintahan Islam walaupun pada satu- satu masa, parti itu 'rugi' dari sudut politik.

Ulasanku : Kami menyokong parti PAS bukan kerana namanya PAS, kami menyokong jasad Tuan Ibrahim Tuan Man bukan kerana namanya Tuan Ibrahim Tuan Man. Namun sokongan kami adalah kerana Islam yang menjadi landasan perjuangan mereka dengan menempatkan golongan ulamak sebagai pewaris anbiya' diposisi yang strategik. Di mana ketakutan para ulamak ini kepada ALLAH yang menjadi sembahan kami sudah terbukti, mereka menjayakan satu demi satu perjuangan ke arah melaksanakan tuntutan keadilan Islam di atas tanah air kami ini dengan kesungguhan dan kebijaksanaan.


"Dalam satu keadaan kita laksana pemerintahan, kita menang dari sudut dakwah, tetapi rugi dari sudut politik.
"Sebagai contoh, kita mengesa pusat judi dan hiburan ditutup, sudah pasti mereka yang kaki judi, kaki kelab malam tidak mengundi kita (PAS)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Wacana Sinar Harian siri ke 6 yang bertajuk 'Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti?' di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini.


Ulasanku : Baru satu contoh, contoh lain banyak sangat. Apa yang paling jelas dan dilihat merugikan kepada parti tetapi tidak kepada Islam ialah ulamak PAS tak pernah gentar menjelaskan tentang keadilan Islam dan sentiasa menerangkan tiadanya undang-undang yang lebih baik daripada Islam. Mereka sentiasa membaca ayat-ayat yang menerangkan keburukan musuh daripada agama lain. Mereka mengajar tafsir Al Quran dan mensyarahkan hadith tanpa mengenepikan isu-isu pertembungan dan permusuhan golongan kaafiruun terhadap Islam. Dalam masa yang sama mereka juga mengajak golongan kaafiruun untuk mengenali keadilan Islam. Apakah ada khutbah ulamak UMNO yang menyentuh tentang hal ini sekerap mana ulamak PAS menyentuhnya.



Tambah beliau, perkara ini jelas menunjukkan betapa PAS komited dalam menegakkan syiar Islam walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko 'kerugian politik'.
Berbanding dengan Umno, PAS mempunyai Dewan Ulama dan Majlis Syura yang berperanan membantu parti dalam memastikan setiap perkara berkaitan Islam mengikut acuan tepat dan mudah difahami seluruh masyarakat.
Ia juga memartabatkan kedudukan para ulama dengan meletakkan pada kedudukan tertinggi.


Mengaitkan perkara itu tentang pengiktirafan terhadap ulama, Tuan Ibrahim mengambil kesempatan menyifatkan kerajaan dan Umno selama ini selama ini hanya menjadikan ulama seolah-olah 'terompah kayu' dan 'ricecooker' (periuk nasi).

"Ia beri gambaran, bila perlu saja pakai ulama. Pandangan majlis fatwa ditolak, pandangan mufti diketepi. (Jadi ulama) nak pandu politik macam mana kalau pengiktirafan pun tak ada," katanya.
Ulasanku : Kalau PAS parti yang sanggup menjual agama demi kertas undi dan pengaruh daripada bukan Islam pastinya PAS bersikap sebagaimana UMNO menurut kehendak MIC dan MCA dalam urus tadbir hal ehwal ummat Islam, kenapa tak buat satu undang-undang membatalkan lesen judi dan kelab malam jika pengusahanya membenarkan ummat Islam bersama mereka minum arak dan bergibur dikelab malam? Kuasa ada ditangan, laksanakannya secara berperingkat kalau mahu. Pas boleh lakukannya.. Lihat saja kepada DAP, sedangkan DAP yang asalnya adalah bersikap sama semacam MCA dan MIC tidak setuju dengan perjuangan PAS namun akhirnya semakin berlembut dengan perjuangan Islam dan semakin memahami Islam adalah agama yang adil ... kenapa Lim Guang Eng berminat nak menaikkan nama khalifah Umar Abdul Aziz dan melaungkan slogan amar makruf nahi munkar... mana pemimpin MIC dan MCA yang berbicara sedemikian??


"Mahu kita cadangkan kepada Umno, ianya ternyata suatu yang sukar, bagi saya mahu martabat ulama, ianya kan terlaksana sekirannya ulama itu berada dalam sebuah parti yang sememangnya mengiktiraf kedudukan mereka."


Ulasanku : Sejarah membuktikan ulamak keluar daripada UMNO kerana meluat dengan UMNO yang mahu mempertahankan loteri dan pelbagai lagi maksiat lain. Di antara ulamak ketika itu ialah Sheikh Abdullah Fahim nenda kepada mantan PM Malaysia ke5, Tun Abdullah Ahmad Badawi! (lih : http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=51:sheikh-abdullah-fahim&catid=36:ulamak-tanah-melayu&Itemid=89) Jika benar UMNO mahu menjadikan Islam sebagai dasar utama perjuangan mereka dan sedaya upaya melaksanakan Islam pasti ulamak-ulamak terdahulu tidak meninggalkannya. UMNO memang cari makan dengan judi semenjak sekian lama ...






=================================


Dalam wacana yang sama, Ulama Muda Umno, Fathul Bari menjelaskan Umno memerlukan masa untuk parti itu mempunyai majlis ulamanya sendiri, dalam memberi nasihat berkaitan isu agama dalam politik.


"Sedia maklum semua pihak mengetahui bahawa Umno tidak ada badan ulama, mungkin Umno memerlukan masa untuk menubuhkan satu badan agam yang mampu memandu dan menegur politik dan pentadbiran mereka," katanya.


Ulasanku : Fathul Bari yang dianggap ulamak UMNO dan terorist ini jelas mengakui hal ini. Jadi orang UMNO dan Fathul Bari yang cintakan Islam sendiri kena faham dan kena jelas dengan sejarah penubuhan PAS. Takkan masih tak sedar bahawa para ulamak yang keluar UMNO adalah antara faktor penyebab wujudnya PAS? Jadi Fathul Bari tak payah penat-penat nak memulakan sesuatu yang telah dimulakan.. ulamak tiada tempat dalam dasar perjuangan politik kepartian UMNO. Mereka hanya mempergunakan ulamak yang ada dengan mereka untuk memperlihatkan imej Islam. Jom ubah sebelum parah.. ubah parti! (Kadang-kadang aku terfikir bagus jugak Fathul Bari duk situ biar lagi jelas orang yang cintakan Islam macam Fathul Bari tidak dipedulikan UMNO).  Saya harap saudara Fathul Bari fikirkan balik kata-kata dan usaha Mufti Perak daripada zaman bapak Najib lagi..  lihat di mana seorang 'otai' Tan Sri Harussani Zakaria sendiri mendedahkan yang beliau tidak dipeduli ...
=============================

"Waktu nak pecat Anwar, saya pergi tapi tak boleh masuk (jumpa). Saya kata, kalau pecat dia, bukan sikit pengaruh dia (Anwar), berpecah orang Melayu... Kalau hendak buat tuduhan liwat, kalau tak ada saksi, buruk padahnya." [Sebagai respons kepada pendapat itu, Tuan Ibrahim (kiri) sebelum itu secara berseloroh mengusik Harussani dengan berkata: "Kalau mufti hendak jumpa perdana menteri pun tak boleh, lu fikirlah sendiri." kemudian disambut ketawa besar oleh hadirin.]

Beliau juga pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah."
"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan ini cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.

===============================

kesimpulan :
ULAMAK adalah kalimah keramat bagi pandanganku, aku yakin kalian juga bersetuju..

Apa sekalipun peranan golongan ulama dalam parti PAS dilihat sangat penting bagi memastikan hala tuju dan matlamat dasar parti PAS terpelihara dan tidak terpesong daripada landasan asal. Alhamdulillah keranaNya para ulamak telah dimuliakan dalam PAS. Wacana ini membuktikan ulamak tiada tempat dalam UMNO.. ertinya Islam tiada apa-apa pada UMNO.. adussss!!! So...




Nota : gambar-gambar yang ada di atas hanyalah perhiasan semata-mata .. ekekek!! ngeh2x (Lebai gelak)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...