Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 22 Ogos 2011

Menjawab Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof Sebagaimana Yang Dilaporkan Oleh Malaysiakini






(YB eh silap! Tan Sri Abdul Aziz laa)

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta pengundi berdaftar. 
 
Ulasanku : alasan lama mengaku bila terkapit. Bila terlepas bukan setakat menyalak malah menerkam dan menggigit hak rakyat semahu-mahunya. Ingatlah, kesilapn data komputer adalah mustahil berlaku dan jika berlaku pastinya kecil yang amat 0.000000001 % je lah.. takkan tak tau fakta kemustahilan kesilapan dalam penyimpanan data??
( tak caya? cek sendiri dalam portal berkaitan)
 
"Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Ulasanku : Maknanya sebelum ni kotor dan lebih banyak lagi la.. sebab duk bersih hari-hari pun tak habis-habis lagi. Hehehe. cuba kira 0.0001 % daripada 12 juta pengundi.. bermakna SPR mengaku kewujudan tidak kurang daripada 1200 pengundi yang tidak sah?? Apakah ini kesilapan? Ini yang diakui mereka sendiri. Apakah jawaban Pengerusi SPR dan berapakah agaknya pula jika berjaya dibuktikan bahawa keraninya tersilap tambah 2 digit no 0 slps titik perpuluhan?? Bayangkanlah jika 0.01, bukankah berjumlah 120,000?? Bayangkanlah pula jika keraninya tersilap tambah 3 digit no 0? Bukankah pengundi yang tidak sah pastinya berjumlah tidak kurang daripada 1.2 juta...*
Wahai warga kerja SPR kami yang dihormati sekalian.. berhati-hatilah mencatit nombor 0 walaupun sedigit..

*Apa saja yang aku tulis berkenaan nombor bukanlah fakta tapi hanya pembelitan sebagaimana SPR jua.. Cuma ianya kelihatan seolah-olahnya cara pengiraan yang sebenar wakakaka.. dan pembelitan ini pun aku akui sebagai pembelitan dan manakala SPR pula hanya mengakui sebagai kesilapan kecil .

Abdul Aziz mengulas laporan media mengenai kesilapan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk pengundi yang mempunyai dua identiti, seorang pengundi yang diberikan nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.

"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil.”


Ulasanku : hahaha sapapun tak pernah tengok org tak pandai kira tapi jadi SPR yg duk bilang undi dalam dunia ni melainkan negara tu mesti SPRnya pembohong... SPR Malaysia lak mengaku tak reti dan tersilap sedangkan PRU12 mereka baru hilang majoriti 1/3 sebab meraka terer pusing M3. jika tidak mungkin PRU ke9 dulu lagi mereka dah hilang kuasa.. mereka merendah diri mengaku silap sebab mereka nk pusing lagi.. Memang terer, huhu..

Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai “kesilapan kecil”.

Ulasanku : lakkkk… buat salah dahla tak mintak maaf, bidas rakyat yang mahukan keadilan lagi..wakakak. tak jujur langsung mintak maaf macam ni.

 (Nampak gaya nak kena turun BERSIH kot! cakap pandai sangat..)

"Harap-harap mereka yang berminat membersihkan daftar pemilih bersama kami - PAS dan satu lagi yang selalu hubungi kami - Malaysiakini, saya tidak tahu sama ada kamu (wartawan Malaysiakini) ada di sini atau tidak - jika kamu ada perangkaannya, sila hantar kepada kami supaya kami dapat mengesahkannya. Kenapa tidak kita bersama membersihkannya (daftar pemilih)?

"Tetapi (sebaliknya) mereka laporkan di media, satu atau dua kes dan mereka memperbesar-besarkannya, menjadikan seolah-olah tiga perempat daftar pemilih itu kotor ; tetapi jumlah sebenar amat kecil,” kata Abdul Aziz.

Ulasanku : Harap-harap SPR juga bersama rakyat secara bersih bukan bersama Parti Pemerintah huhuhu. Saya sebagai rakyat yang mahukan keadilan juga harap-harap dengan mengusulkan kepada YB A.Aziz (eh YB la pulak..pasal apa tersasul ye?) Apa minat-minat ni??? Jika tak jujur nak minta bantuan PAS dan Malaysikini untuk menolongnya cakap je la jangan duk macam hangat-hangat taik ayam je. Jika ya maka dia perlu izinkan supaya pihak yang dia mohon bantuan itu masuk selanggara sekali untuk bersihkan senarai daftar pemilih tu bersama keraninya dan bukan hanya minta perangkaan... nanti ramai lagi yang akan turun BERSIH.. kesiannya dia baru kena serang dalam internet dah kelam kabut belum kena teargas dan watercanon lagi... wakakkakaakka.... jika kenyataan kamu bahawa ‘seolah-olah ¾ daftar pemilih kotor ‘pastinya jelas kamu yang dah lebih buat spekulasi la pulak. Maknanya kamu lebih besar pembohongnya daripada mereka yang kamu nak bidas sebagai pembohong huhuhu…

Nota : Gambar-gambar di atas adalah bukti kekotoran dalam senarai daftar pemilih, manakala kes Mismar telah ditutup dengan pemberian mykad kepadanya setelah empat jam disiarkan di Malaysiakini. Tak caya cek la sendiri.. tak tau tanya.. sayang u all kerana ALLAH!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...