Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 29 Ogos 2011

Luka Mujahid Perantau Yang Pulang Ke Terengganu


Semalam aku sudah ada di k.terengganu
aku bangkit merenung ke hulu
aku turun berbaring sambil termanggu
lengan ku menongkat dagu

saat ini di depan screen dlm taratak keluargaku
jejari menari menghayati kenangan lalu,
mahu menyusun bait dan kata penawar duka hatiku
aku kadangnya menjadi keliru

menerjang jauh segala memori sembilu,
mengimbas saat gembira mengait kembali rasa rindu,
hidup ini penuh dengan sejarah yang kaku
aku perlu menerima hakikat walaupun dalam sendu

terguris luka saat menyusur ke destinasiku
melihat alur-alur keparahan sosial baru
anak-anak muda bercempera di jalan bagai kera luku
inikah kesan ajaran sesat parti haru biru

kadang berubah pada rupa sekaligus berubah pada kelaku
dulu ramai manusia kini ramai hantu
dulu yang bertudung kini jadi langsuir yang tak berpaku
dulu yg kuat kerja kini dah jadi penyeluk saku

mungkinkah PRU 13 nanti UMNO masih laku
adakah kerana penuhnya uwang di saku
atau mungkin sistem 'under meja dan bangku'
mungkin rakyat sekadar mahukan hutan batu

namun hatiku tetap pilu
melihat ramai yang tak terbantu
tanpa segan silu mohon dimaafkan daku..
aku cuma insan kecil hanya mampu mohon doa restu

ayuh teman seperjuangan bangkit dari tidurmu
bongkarkan segala kejahatn mereka dalam PRU
jangan biarkan terus negeri ini dalam celaru

walaupun arus dihulu mengalir lesu
aku pasti membantu sekadar termampu
namun aku kesempitan ruang dan waktu
aku juga tiada mampu menyumbang uwang beribu

ayuh terus pulihkan ganu
arghhh walaupun apa terjadi sokong tuan guru!
jangan peduli walaupun nyawa jadi taruhan kamu
arghhhh jom kita gamit kembali masa lalu

namun maaf, aku malu..
maaf, pulang hanya sebagai penyanyi lagu
maaf, aku hilang bila ditiup angin yang membisu
maaf, aku mesti pulang ke utara nanti kerana di sana tempat bertugasku

Pujuk temanku ....
Ustaz...inilah yg kami cuba usahakan moga Allah memudahkan urusan dlm perjuangan yg kami dokong dan junjung,perjuangan yg suci demi menegakkan kalimah yg suci....
biarpun lelah dan resah..
kami gagahi biarpun payah..

Hatiku memujuk dalam syahdu
Aku yakin seluruh petugas di terengganu adalah tabah sepanjang waktu..
kerana mereka yakin pada ALLAH dan perjuangan Rasulullah semenjak dulu..

Salam lembaran baru buat pejuang di Terengganu...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...