Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 20 April 2010

Ohhh Asyiknya Pencacai UMNO Menyerang Peribadi Pemimpin PR Sampaikan Lupa Pemimpin Sendiri Yang Terlebih Huduh Lagi.

Muqaddimah :

Firman Allah :
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui [al-Nisa’ 4: 148]



Pesananku  : Bacalah perenggan-perenggan di bawah selepas ini dengan hati yang terbuka, bermuhasabahlah diri kalian wahai para pencacai UMNO, sesungguhnya cara kamu dan kami tak sama. Tapi jangan sampai kami membalas dengan cara yang sama. Jangan zalimi kami, kami hanya mahu menegakkan kebenaran dan keadilan sebagaimana tuntutan Islam dalam pemerintahan negara tercinta ini. Janganlah kalian bermain sandiwara sehingga kami terpaksa terus memalukan pemimpin kalian dengan serangan peribadi juga. Jika berita di bawah ini tidak benar. Mintalah para pemimpin kamu bawa kes ini ke makhamah. Kami tidak mahu pemimpin kami jadi kaki fitnah apalagi dalam isu sebesar ini.
------------------------------------------------
BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

NONEMenyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bazlanercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

NONE"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:

"Tengoklah kalau (mereka) agak (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.

Mustafa juga berkata, selain Zaid, dua lagi pemimpin Pakatan yang sering menjadi mangsa serangan peribadi kali ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sendiri.

"The Ibrahim brothers (adik-beradik Ibrahim)," guraunya lagi.

Sumber : PAS: Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak (malaysiakini - Jimadie Shah Othman 3:12PM, Apr 20, 2010)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...